Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 74
Ahli: 0
Jumlah: 74




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


KEPENTINGAN AURAT
Disiarkan pada Jumaat, 29 Oktober 2004 @ 12:49:28 oleh istisafa

Semasa sara_salsabila menulis: "Persoalan penutupan aurat wanita dipandang remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita.Kononnya masalah penutupan aurat adalah hak induvidu .Tebal atau nipis iman di dada bukan terletak pada gaya atau fesyen pakaiannya.

Betulkah dan bagaimanakah pula seriusnya masalah pendedahan aurat dalam media massa sehingga menimbulkan kacau-bilau dan simpang -siur di dalam gaya kehidupan kita? Mentaliti juga sangat dipengaruhi oleh persoalan pendedahan aurat rupa-rupanya.

Kebimbangan hari ini tidak terhenti kepada persoalan aurat semata-mata malah menular kepada isu implikasinya yang mengundang kepada kemungkaran seksual, pembuangan bayi, penderaan dan pelakuan zina dalam masyarakat yang mengakui dirinya Islam.

Perkembangan media massa kini yang pada asalnya merupakan elemen penyebaran maklumat kian tersingkir dengan memperlihatkan kepada kita seolah-olah ia medan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Di sinilah bermulanya unsur yang mendesak kepada saingan untuk mengeksploitasikan aurat wanita sebagai umpan paling laris lagi mujarab.

Bermulanya dengan majalah hiburan yang boleh dikatakan 100% terlibat dalam eksploitasi kaum hawa seperti URTV, Hai, sehinggalah kepada majalah-majalah komik Mangga , Syok dan Remaja malah dalam keadaan tertentu penerbitan bacaan ilmiah dan berunsur maklumat juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan umpama pelaris seperti Jelita, Wanita, Dewan Siswa dan Dewan Masyrakat. Ini belum dikira lagi majalah -majalah yang kian membanjiri pasaran tempatan hari ini, yang sengaja diimport dari luar seperti Her World, She Elle, Vogue dan Cosmolitan sebagai contoh.

Dalam konteks ini, timbul persoalan tentang hukum kerjaya wanita dalam media massa terutama sebagai model iklan atau cover girl yang menjadi kegilaan remaja islam masa kini. Prof.Dr Shalaby menggariskan tentang maksud wanita berkerjaya dalam Islam sebagai mereka yang berkerja di luar rumah dengan menyebut beberapa pra syarat yang perlu diikuti iaitu:-
* Boleh menutup aurat dengan kebenaran tanpa ada paksaan untuk membukanya
* Tidak menjerumuskan ke arah pergaulan bebas antara pekerja lelaki dan wanita
* Tidak memerlukan pergerakkan agresif yang menampakkan rasa ghairah golongan lelaki melihatnya (bagaimana dengan aktiviti PKN??)
* Tidak menimbulkan fitnah seperti menarik perhatian atau rasa ghairah lelaki
* Kerjaya itu mestilah bukan jawatan tertinggi pemutus(decision maker/decesive leader)yang dikhususkan untuk golongan leleki

Ini bertepatanlah dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah:-
"Aku tidak meninggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih besar bahayanya bagi kaum lelaki selain wanita". (muttafaqun A'laihi)

Sebagai rumusan, kita boleh menyimpulkan faktor berlakunya pengeksplotasikan aurat wanita hari ini sebagai:
* Penglibatan wanita dengan kerelaan yang tidak menyedari senario. Pengeksplotasikan ini sebagai satu bentuk penghinaan kepada mereka. Ini berlaku hasil daripada gagalnya panduan suasana persekitaraan dan sistem pendidikan mereka
* Pihak penerbitan yang mengambil kesempatan atas kelemahan wanita dan undang-undang
* Kerajaan dan undang-undang yang tidak ada usaha ke arah membendung gejala eksplotasi aurat wanita secara serius malah kadangkala sebagai faktor penggalak.
* Masyarakat yang turut sama memberi sokongan secara langsung atau tidak

Untuk itu, sistem perundangan negara ini, khususnya Akta Media Cetak dan Elektronik perlu diislamisasikan dengan kadar segera. Kesucian agama hendaklah diutamakan meskipun tidak mendatangkan banyak keuntungan yang berbentuk duniawi kemudian hendaklah isu ini dapat diatasi dan dibendung.....

Wanita Seri Pemuda, Mulia Agunglah Pemuda, Hina Wanita Rosaklah Pemuda, Rosak Pemuda Binasalah Negara

Wallahua'lam

"

Semasa


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:


Memilih Pasangan

Recent News About Semasa:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"KEPENTINGAN AURAT" | Login/Mendaftar | 3 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


Re: KEPENTINGAN AURAT
oleh haiza pada Jumaat, 24 Disember 2004 @ 13:09:23
(Info AHLI)


ASSALAMUALAIKUM.

KALAU BUKA CERITA PASAL AURAT....

MESTI DIKAITKAN DGN WANITA..

TAPI SEBENARNYA...

LELAKI JGK RAMAI Y TAK MENYEDARAI TELAH MEMBUKA AURAT MEREKA.

[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]


Re: KEPENTINGAN AURAT
oleh MuSe ([email protected]) pada Jumaat, 24 Disember 2004 @ 23:01:30
(Info AHLI)
isu aurat memang panas dan hangat untuk diperkatakan.nak kata tak tahu,rasanya penekanan terhadap kepentingan menutup aurat sudah diajarkan sejak kecil walaupun hanya dinyatakan supaya berpakaian sopan.terlalu cetekkah fikiran sehinggakan ramai dari kita yg berpk,berpakaian menjolok mata itu masih dikategorikan sopan.tepuk dada tanyalah iman.....aurat memang hak individu tapi slagi kita mengingati kita hanyalah seorang hamba,menutupnya adalah wajib....
]

Re: KEPENTINGAN AURAT
oleh ukhtifillah pada Isnin, 14 Mac 2005 @ 11:25:47
(Info AHLI)


Ramai wanita masuk neraka...kerana mereka tidak mengikut perintah Allah dan Rasul.Dewasa ini,wanita semakin tidak menghiraukan perintah Allah (menutup aurat) kononnya mengikut fesyen terkini.Dan mengatakan tutup aurat itu tak up to date..sebenarnya siapa yang kuno?orang yang menutup aurat atau yang tak menutup aurat seperti orang di zaman batu yang tak de kain?fikir-fikrkan...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.380743 saat. Lajunya....