Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 218
Ahli: 0
Jumlah: 218




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 47 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Impian & Harapan
 Posted on Isnin, 20 September 2004 @ 22:10:46oleh Kang
Berita Setiap manusia, kumpulan, pertubuhan berhak berimpian. Juga berhak untuk menaruh harapan. Impian dan Harapan. Setiap sesuatu bermula dari impian, kemudian harapan. Ia boleh berhenti setakat itu sahaja. Setakat bermimpi dan mengharap.

Bermimpi, berangan-angan berharap tidak membawa apa-apa kejayaan sebaliknya hanya menjatuhkan imej.

Bermimpi & Mengharap adalah titik permulaan. Ia mesti disusuli dengan usaha gigih menukar impian dan harapan kepada kenyataan!



SEKALI KAKI MELANGKAH
Ia langkah menuju kejayaan, atau tak payah melangkah sama sekali jika tujuannya bukan untuk membina kejayaan dan memberi faedah kepada seramai mungkin manusia.

Kita telah melangkah. Portal Ukhwah telah memulakan langkah pada 14 Mei 2003 berbekalkan modal '0'. Yang penuh ialah modal impian dan harapan. Hari ini setahun telah berlalu sejak Mei 2003, cahaya di hujung makin jelas kelihatan. Onak dan duri telah ditempuhi, kini Ukhwah.com makin dikenali. Dulu dicemuh, dihina, kini seakan dihormati, semakin dipercayai. Makin dikenali, makin yakin.

FASA SETERUSNYA
Jalan kita masih panjang lagi, masih jauh di depan. Kita sedang membina budaya -- budaya Ukhwah.com dan dalam masa yang sama berusaha mencapai impian utama kita iaitu YAYASAN UKHWAH.COM. Bukan sekadar impian dan harapan tetapi segala usaha sedang dijurus ke arah itu. Tenaga, kepakaran, kerjasama, kekuatan sedang dikerah untuk mencapai impian murni itu.

YAYASAN UKHWAH.COM
Inilah yang akan kita usahakan bila Yayasan Ukhwah.com telah menjadi kenyataan, InsyaAllah:

1. Mewujudkan perniagaan yang diurus secara profesional.

2. Mewujudkan peluang pekerjaan.

3. Mewujudkan rangkaian Ukhwah di seluruh dunia.

4. Berdakwah, menyeru kebaikan ke seluruh dunia.

5. Mewujudkan rangkaian pendidikan dengan bayaran yang rendah.

6. Membantu mereka yang memerlukan. Yayasan Ukhwah.com berusaha untuk memerangi kemiskinan melalui ilmu dan kewangan.

Dari mana dana untuk ini semua? Sudah tentu hasil dari keuntungan perniagaan Yayasan Ukhwah.com -- dari ICT hingga ke Pertanian. Dari perniagaan peruncitan hingga ke pengedaran. Dari teknologi hingga francais. Dari penerbitan hingga ke sekolah swasta. Makin banyak bidang, makin banyaklah peluang perniagaan dan pekerjaan.

LANGKAH KITA
Apa, bila, bagaimana kita akan mencapai matlamat kita itu? Ini langkah yang perlu kita ambil:

1. Mendapatkan perunding untuk penubuhan Yayasan Ukhwah.com

2. Membina struktur peneraju dan pengurusan Yayasan Ukhwah.com

3. Mendapatkan dana untuk modal perniagaan

4. Membina, menguruskan, meneruskan perniagaan dengan dibantu oleh perunding-perunding perniagaan.

5. Membina, memantapkan dan meneruskan Yayasan Ukhwah.com

Mari besama. Dengan kerjasama kita mampu membuang perkataan TIDAK di hadapan MUSTAHIL. InsyaAllah!

# Berikan sokongan anda. Sila beri cadangan dan komen yang membina di bawah ini....

Berikan sokongan anda. Sila beri komen, cadangan yang membina di bawah ini.
 

  Berita


Komen


"Impian & Harapan" | Login/Mendaftar | 33 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


:-)
oleh SaLaFiaN ([email protected]) pada Selasa, 21 September 2004 @ 12:05:57
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com


Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT...

Chaiyo! Chaiyo! Komuniti Ukhwah is the BEST!

Bersama-sama kita merealisasikan misi dan visi komuniti kita, bersandarkan keredhaan Allah SWT. Ikhlaskan niat, patuhi syariat. Tiada guna kecemerlangan tanpa mardhatiLlah...

Semoga harapan yang diimpi akan digapai bersama. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Kitalah yang mencorakkan Komuniti Ukhwah...

Sayaaannnngggg Ukhwah!

Allahu Ta'ala a'lam...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





  • Re: :-) oleh hafeezzul pada Ahad, 31 Oktober 2004 @ 15:58:37


Re: Impian & Harapan
oleh Kang pada Isnin, 20 September 2004 @ 22:56:20
(Info AHLI) http://www.ukhwah.com


Impian sudah ada; harapan pun dah sedia. Langkah berikutnya: Melaksanakan.

Tidak ada apa-apa yang tejadi tanpa langkan pertama.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Impian & Harapan
oleh Hanan ([email protected]) pada Selasa, 21 September 2004 @ 23:03:23
(Info AHLI) http://www.hanan.com.my


Alhamdulillah, moga dapat sama2 menjadikan impian satu realiti. Tunggulah kewujudan YAYASAN UKHWAH.COM. Moga ia dapat beri manfaat kepada semua warga portal.. Ameenn
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh Prof_Muslim pada Khamis, 23 September 2004 @ 10:53:57
(Info AHLI)


Prof juga harap sentiasa bersama Ukhwah demi mengapai impian yang pasti sukar diucapkan dengan kata-kata. Untuk buktikan kita sentiasa menyokong..mesti sentiasa buat kerja ( ikut kepakaran @ kemahiran ) masing-masing dan istiqamah dalam usaha yang baik ini.

Seolah bangunan itulah ingin Prof bina demi ukhwah....... Insya-Allaah, Prof akan bersama-sama sahabat/sahabiah seperjuangan UKhwah & Muslimah.

[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh kasihmu-amanahku pada Ahad, 26 September 2004 @ 11:39:42
(Info AHLI)


Setahun nan lalu, ukhwah.com ibarat bayi yang baru pandai meniarap. Namun, hari demi hari ianya tidak terhenti setakat itu sahaja. Dari merangkak, berdiri, melangkah & berjalan. Perlahan...tapi penuh hati-hati.
Kini, tiba masanya ukhwah bergerak lebih pantas. Bukan berlari kerna kita tidak perlu terlalu terburu-buru. Impian & Harapan disertai Usaha & Do'a.

SEMOGA BERJAYA UKHWAH.COM!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Impian & Harapan
oleh MuSaFiR_SaYYaFF ([email protected]) pada Isnin, 20 Disember 2004 @ 2:48:28
(Info AHLI)


Salamullah alaik.

Gang.. Apa2hal pun, do not give up. Everytime ana rasa macam down, ana cakap pada diri ana - Cabaran yang hebat hanya untuk orang2 yang hebat dan mempunyai masa depan yang hebat.(lupa ayat cantik dia macam mana, pointnya mcm tu la).

kita yang menentukan sejauh mana kita boleh melangkah. Sebijak dan seprofesional manakah kita hanya akan ditentukan apabila kita berhadapan dengan masalah.

Whateva.. Chow you beb! Tp sebenarnya ana nak tanya..

Ukhwah tak pernah terfikir ke nak daftar nama bawah badan2 yang berdaftar? kalaulah berdaftar.. InsyAllah peluang nak join venture dan jadi badan yang establish akan lebih terserlah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh Nazri ([email protected]) pada Isnin, 11 Julai 2005 @ 12:26:19
(Info AHLI)


Semoga Berjaya...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh nisa_maisarah pada Sabtu, 17 Disember 2005 @ 21:42:01
(Info AHLI)


..go ukhwah.com..semoga hasrat dan impian ini akan tercapai...bersatu kita teguh...bercerai akan roboh...

~demi menegakkan syiar ISLAM~....chaiyokk!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh tornado pada Jumaat, 10 Februari 2006 @ 10:56:27
(Info AHLI)


apa yang boleh saya buat dalam membantu menyokong ukhwah.com?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh Tetamu pada Rabu, 17 Mei 2006 @ 18:28:09


Ana setuju sangat.semua orang ada impian dan harapan.tapi kebanyakan kita hanya mengimpi dan mengharap saja .Tak pernah untuk merealisasikannya.Sepatutnya kita jadikan kedua-dua perkarani sebagai dorongan ke arah kejayaan.Betul tak?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Impian & Harapan
oleh rijaluddin pada Jumaat, 02 Jun 2006 @ 15:30:24
(Info AHLI)


assalamualaikum.....alhamdulillah sampai sekarang,ukhwah.com telah berjaya menjejakkan satu lagi langkah ke arah impian yang dituju....insyaalah,ana akan sentiasa menyokong segala usaha ukhwah.com dan bersedia untuk menyumbangkan tenaga,idea,wang ringgit(yang mampu,insyaallah) dan apa saja sumbangan semata-mata hanya untuk mengharapkan redha Allah agar YAYASAN UKHWAH berjaya ditubuhkan.....ana masih belajar lagi...insyaallah,jika tiada aral melintang,sememangnye ana ingin komitedkan diri dalam ukhwah.com...doakan ana dan sahabat2 sekalian...sama-sama kita majukan islam dengan menjadikan ukhwah.com sebagai salah satu wadah...
sedia berkhidmat kerana ALLAH...insyaallah...
wassalam.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Impian & Harapan
oleh sahabat83 pada Khamis, 03 Ogos 2006 @ 15:35:28
(Info AHLI)


semoga dipermudahkan Allah S.W.T segala urusan ini, moga apa yang diimipikan dapat direalisasikan dengan jayanya!!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Impian & Harapan
oleh SBM pada Rabu, 20 September 2006 @ 13:19:09
(Info AHLI)


semoga Allah memberkati perjuangan portal ukhwah...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Impian & Harapan
oleh nurul_huda3110 pada Rabu, 06 Disember 2006 @ 19:00:13
(Info AHLI) http://www.yahoo.com/


salam.
ana sentiasa mendoakan ukhwah.com berjaya merealiasasikan impian untuk mewujudkan yayasan ukhwah.

ana sentiasa menyokong warga kerja ukhwah.com. satu-satunya laman web berbentuk islamic yang penuh dengan ciri2 islam dan sentiasa mengingati ke arah kebaikan...

insyaallah ana akan menyambung pengajian pada awal bulan satu 2007.doankn kejayaan ana dunia dan akhirat.

ana mahu menghulurkan pertolongan kepada ukhwah.com

semoga ALLAH meredhai usaha ini..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh mohamad pada Selasa, 22 Mei 2007 @ 0:50:01
(Info AHLI)


assalamualaikum....

salam ukhwah dari ana.

semoga impian akan terlaksana.

insyaALLAH....



insyaALLAH...ana akan cuba bantu apa yang termampu.


ukhwah.com best.!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Impian & Harapan
oleh farahzulaikha ([email protected]) pada Ahad, 09 September 2007 @ 10:37:52
(Info AHLI)


salam, semoga Ukhwah. com terus cemerlang. Buat masa ini ana hanya boleh menyokong dengan kata- kata dan doa. Semoga ana boleh bantu Ukwah.com di masa akan datang dengan cara yang lain. Salam. teruskan usaha ini demi Allah s.w.t .
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh muslimah_aLfA (muslimah_aLfA) pada Khamis, 25 Oktober 2007 @ 18:05:55
(Info AHLI)


salam...
insyaAllah ana sentiasa mndoakn kejayaan ukhwah.com..
moga-moga sentiasa mmberi input dan output yang brguna untuk seluruh umat islam..
ukhwah fillah...

kemanisn dalam prjuangan dirasai bila brdepan dengan cabaran,
ketenangan yang hakiki dirasai dengan manisnya iman,
kekerdilan diri dirasai dengan sifat kehambaan..

~salam prjuangan~
ALLAHU AKBAR!!!
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh umar_khalil ([email protected]) pada Rabu, 06 Ogos 2008 @ 17:00:13
(Info AHLI)


cantik bangunan?ijo......mekar dakwah eh,...

ana bsyukur sangat-sangat brada dan menjadi warga ukhwah...so ana akan bagi komitmen dan membantu sktkt ana mampu...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh marul ([email protected]) pada Khamis, 14 Ogos 2008 @ 10:31:37
(Info AHLI)


bestnya kalau ukhwah akan jadi syarikat besar satu hari nanti..
syarikat dakwah terbesar...
bolehlah ana kerja dengan ukhwah...:)

moga tercapai impian kelak..Ameen...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh azzak pada Khamis, 20 November 2008 @ 2:06:21
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/


kecil2 ceria, besar-besar berjaya... moga kita sama-sama bebas dari penyakit al-wahn, & melakukan bermacam2 usha untuk dapat redha ALLAH...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Impian & Harapan
oleh sakinah283 ([email protected]) pada Isnin, 22 Februari 2010 @ 20:22:10
(Info AHLI) http://www.iluvislam.com/


insyaAllah...mudah-mudahan impian dan harapan ni jadi kenyataan...sama-sama lah kita beri sokongan dan doa yang terbaik....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]







Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.808065 saat. Lajunya....