Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Air dari gunung, mengalir, berpecah akhirnya bertemu semula di laut
-- Peribahasa Lama

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 7 hari yang lalu
Kang: 26 hari yang lalu
lidah-penghunus: 28 hari yang lalu
muslimin23: 36 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


HANAN NETWORK

ETIKA AHLI

  • Ahli hendaklah menggunakan nama yang sopan, baik dan melambangkan keperibadian muslim. Ahli dilarang sama sekali menggunakan nama yang membawa maksud yang tidak baik.
  • Ahli hendaklah mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjaga nama baik Portal Ukhwah di dalam dan luar.
  • Ahli juga hendaklah memberikan komitmen kepada aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak Portal atau dari kalangan ahli sendiri. 
  • Ahli dilarang sama sekali untuk mendaftar menggunakan pelbagai ‘nickname’. Gunakan hanya satu nama sahaja di dalam Portal ini.

 

ETIKA FORUM

  • Ahli hendaklah menggunakan bahasa yang baik dan sopan santun. Penggunaan bahasa yang kasar dan keras seperti ‘gua’ dan ‘lu’ adalah tidak dibenarkan. Bahasa chat dan IRC juga tidak dibenarkan sama sekali.
  • Perbincangan hendaklah berada dalam keadaan aman, damai, dan harmonis agar mencapai kata sepakat dari perbincangan bukan untuk menghentam atau memalukan mana-mana pihak. Perbincangan yang terlalu agresif akan dikunci untuk kebaikan ahli.
  • Perbincangan mengenai politik hendaklah global dan tidak mengena mana-mana parti.
  • Posting yang diambil dari web lain (copy and paste) hendaklah dinyatakan sumber dan dihuraikan dahulu.
  • Pastikan topik berkenaan dalam ruangan yang sepatutnya. Elakkan masalah salah ‘landing’.
  • Pastikan topik yang hendak dihantar belum dibincangkan lagi. Sekiranya sudah ada, ahli hendaklah menyambung perbincangan tersebut sahaja. Topik yang sudah dikunci adalah dilarang untuk dibuka semula melainkan dengan budi bicara pihak pengurusan.
  • Pastikan topik yang dibincangkan mempunyai mesej yang hendak disampaikan bukan sekadar mengejar juara carta sahaja.
  • Iklan jualan adalah dilarang sama di forum kecuali barang yang telah mendapat keizinan pihak pengurusan Portal.
  • Setiap program yang diiklankan atau dibincangkan di dalam Portal Ukhwah hendaklah dijalankan bersama dengan Portal Ukhwah atau sekurang-kurangnya mempromosikan Portal Komuniti Ukhwah.com
  • Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab dengan sebarang kenyataan atau perbincangan ahli

 

ETIKA SUPERMARKET DAN JUALAN

  • Hanya ahli sahaja yang boleh berurusniaga di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com
  • Setiap barang yang hendak diiklankan hendaklah melalui pihak pengurusan Portal.Ukhwah.com
  • Hantarkan maklumat berikut kepada pihak pengurusan
    • Jenis produk
    • Harga jual
    • Harga kos
    • Keterangan ringkas produk
  • Ahli yang hendak menggunakan nama Portal Komuniti Ukhwah.com atau Portal Komuniti Ukhwah.com dalam sebarang jualan atau menjual barang kepada ahli portal  hendaklah melalui pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com
  • Pihak pengurusan akan mengambil komisyen 10%-20% dari harga produk tersebut.

 

ETIKA ARTIKEL

  • Artikel tidak terlalu panjang. Sekiranya panjang, ringkaskan. Tetapi, jika kisah tersebut sememangnya menarik dan tidak dapat diringkaskan, edit artikel terbabit sebaiknya bagi memudahkan pihak pengurusan Portal.
  • Jangan pula menghantar artikel yang terlalu pendek. Sekiranya terlalu pendek, lebih sesuai diletakkan di ruangan forum.
  • Sekiranya artikel tersebut mempunyai ruangan di forum, sila hantarkan ke forum sahaja.
  • Pastikan ejaan dalam teks adalah tepat. Sekiranya salah satu dua, insyaAllah akan diperbaiki. Tetapi, seboleh-bolehnya semak ejaan dahulu sebelum dihantar.
  • Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak bahasa-bahasa ringkas ataupun singkatan seperti "org2" dan lain-lain. Kaedah penulisan sebegini akan mencemari gaya dan kualiti suatu artikel. Untuk menarik perhatian pembaca, keadaan yang ditampilkan amat penting.
  • Gunakan BBCode yang sesuai untuk memastikan artikel lebih menarik. Antara BBCode yang boleh digunakan :
    • bold
    • italic
    • underlined
      (Sekiranya ingin mengetahui kod terbabit, boleh PM kepada pihak atasan)

Dengan adanya BBCode ini, boleh digunakan sebagai penegasan, subtopik dan lain-lain.

  • Pastikan perenggan atau susunan baris dalam keadaan teratur. Tidak mahu tunggang terbalik. Seimbangkan perenggan atau jarak bagi mengelakkan kekeliruan pembaca.
  • Sekiranya artikel terbabit berkaitan dengan hal-ehwal agama, semak dahulu sumber artikel terbabit, samada sahih atau tidak. Semak hadith² dan ayat² Quran yang ditampilkan. Dikhuatiri artikel yang dihantar wujud cacat cela dari sudut pengisian.
  • Sebaiknya, jangan lupa untuk meletakkan sumber, rujukan atau asal artikel terbabit sekiranya artikel itu dipetik dari mana² pihak.
    Sekiranya artikel diambil dari e-mail, tolong edit seelok-eloknya. Jangan terus hantar tanpa sebarang pengubahsuaian.
  • Gunakan tajuk yang mudah dan menggambarkan isi keseluruhan program. Elakkan penggunaan tajuk ‘Renungan’, ‘Mesti Baca’ dan sebagainya
  • Artikel yang melanggar peraturan akan didelete serta merta

 

ETIKA WEBLINK

  • Web yang mengandungi unsur-unsur keliru atau bercanggah dengan agama tidak dibenarkan
  • Web yang mengandungi gambar-gambar lucah dan kurang sopan juga adalah dilarang

 

ETIKA GALERI

  • Hanya gambar ahli yang aktif sahaja (AHLI SETIA ke atas) yang akan disiarkan
  • Gambar peristiwa atau beramai-ramai lebih diutamakan.
  • Setiap ahli hanya boleh menghantar satu gambar sahaja
  • Gambar hendaklah dalam keadaan sopan dan menutup aurat
  • Saiz gambar hendaklah tidak melebihi 100 K
  • Gambar hendaklah menggunakan format: jpeg, gif
  • Gambar ahli muslimah tidak lagi dibenarkan melainkan gambar aktiviti program beramai-ramai. Gambar ahli muslimah boleh dihantar ke Portal Muslimah.

 

PERATURAN PROGRAM DAN AKTIVITI UKHWAH.COM

Peraturan Mencadangkan Program :

  • Sediakan proposal yang mengandungi :
    1. Nama Program
    2. Pengisian Program
    3. Butir-butir program (Tarikh, masa dan Tempat)
    4. Kerjasama
    5. Objektif dan Matlamat
    6. Senarai AJK
    7. Belanjawan Program
    8. Perkara Berkaitan
  • Hendaklah posting di ruang Cadangan Aktiviti terlebih dahulu.
  • Hanya bila telah mendapat sambutan barulah dipindahkan ke ruang Pengumuman Aktiviti.
  • Semua cadangan aktiviti hendaklah diberitahu terlebih dahulu kepada Pengurus Kelab: Prof_Muslim
  • Sesiapa yang memberi cadangan Aktiviti hendaklah mengusahakan aktiviti tersebut sehingga berjaya. Jangan hanya nak cari nama sahaja. Mestilah diusahakan dari A sampai Z, sehingga menjadi kenyataan.
  • Penyusunan AJK, Lokasi, Masa, Kehadiran dll hendaklah tersusun dengan rapi. Jangan lepas tangan
  • Semua aktiviti hendaklah ada laporan dan semua laporan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Ukhwah.com littlemuslimah yang kemudian beliau akan menyerahkan kepada Hanan

Peraturan Ketika Gerak Kerja Program :

  • Memastikan tarikh yang dipilih belum mempunyai sebarang aktiviti
  • Mendapatkan seorang pengarah sebagai penasihat dan pemantau program
  • memaklumkan setiap perkembangan program di ruangan forum dan juga kepada penasihat program
  • menghantar laporan kepada setiausaha Portal Ukhwah (littlemuslimah)
  • Memaklumkan kepada mana-mana pengarah jika memerlukan khidmat PM atau sebarang bentuk promo
  • Memaklumkan jika program yang dilakukan mempunyai hubungan atau kerjasama dengan mana-mana pihak. Hanya kerjasama yang bersesuaian sahaja akan dibenarkan
  • Memastikan program yang dilakukan mempunyai mesej dan objektif yang jelas. Pastikan mempunyai pengisian yang baik dan tidak sekadar suka-suka.
  • Diharap pengarah program dapat memberikan no. hp kepada peserta program bagi mengelakkan perubahan maklumat pada saat-saat akhir. Pengarah atau AJK yang berkenaan juga diharap dapat mengumpulkan senarai no. hp sahabat-sahabat bagi program-program kecil supaya mudah untuk dihubungi.

#Diharap semua pihak dapat bekerjasama dalam mematuhi peraturan dan etika yang telah digariskan. Bersama kita menjaga keharmonian Portal Komuniti Ukhwah.com.

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.074034 saat. Lajunya....