Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bulan tak jatuh ke riba, sebaliknya manusia menjatuhkan diri ke atas bulan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 254
Ahli: 0
Jumlah: 254




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Memilih Pasangan
 Posted on Khamis, 27 Januari 2005 @ 11:16:40oleh istisafa
Semasa safiee_iiu menulis Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan
wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadarsuka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.
Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan sama ada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:
"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa
yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan
akhlaknya antaranya ialah:
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa
bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.

Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas . a:
"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga
yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam
golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:
"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya
bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah saw bersabda:
"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,
pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:
"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku dihadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan
kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu
apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau
sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik.

Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

 

  Semasa


Komen


"Memilih Pasangan" | Login/Mendaftar | 33 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


jangan memilih yang berharta, yang bertittle
oleh naruto-san pada Isnin, 28 Ogos 2006 @ 14:49:54
(Info AHLI)


pilihlah yang beragama.....tak kira lelaki mahupun perempuan....pegangan agama perlu kuat......ilmu agama tidak cetek....tahu dan takut tentang dosa dan pahala....bertaqwa....beramal soleh.

agama perlu datang dahulu... then barulah benda-benda lain....

jangan memilih lelaki yang kaya...yang bertittle.....kerana kaya itu sementara....tittle itu hanya mengundang lahirnya sifat bongkak dan riak dalam hati.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Memilih Pasangan
oleh usop79 pada Jumaat, 02 Jun 2006 @ 12:32:39
(Info AHLI)


assalamualikum.... bagi saya memilih pasangan memang merupakan 1 pekara yang penting... tapi apa-apa biar lah semuanya berlandaskan ajaran Islam... kerana Islam tu ada segalanya...dan Islam tu agama yang sempurna... kita memang digalakan, tapi apa-apa pun kita meti letak agama yang pertama... baru lah hidup akan bahagia....wassalam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Re: Memilih Pasangan
oleh zahrat_almadaen ([email protected]) pada Selasa, 23 Ogos 2005 @ 22:59:31
(Info AHLI)


best....baik untuk semua generasi....ingatlah wahai sahabat ku sekalian...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]









Re: Memilih Pasangan
oleh lolima ([email protected]) pada Rabu, 07 Disember 2005 @ 12:12:09
(Info AHLI)


Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman." "Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

boleh terangkan dengan lebih terperinci tentang ayat ini...zaman telah berubah tetapi ayat-ayat al-quran akan kekal.tetapi benarkah meknanya akan kekal sampai bila-bila?kerana zaman sekarang sudah tiada lagi wanita yang benar-benar suci dan begitu juga dengan lelaki.ya lah seperti dialog dalam cerita cinderela tu"tak semua lelaki itu teruna tapi kalau dah duda kita boleh tahu dudanya..."bagi saya lelaki atau wanita adalah perlu saling membimbing.salah ke seorang wanita yang teruk akhlaknya berkahwin dengan lelaki warak?assalamualaikum.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]











Re: Memilih Pasangan
oleh neirha ([email protected]) pada Selasa, 04 Julai 2006 @ 16:18:35
(Info AHLI)


Memilih pasangan tak salah...bak kata orang 'untuk membina masjid, batu dan bata yang elok diperlukan bagi memastikan binaan itu kukuh untuk selamanya'.
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Memilih Pasangan
oleh fatty pada Khamis, 12 Oktober 2006 @ 16:59:42
(Info AHLI)


harta tak bawa ke mana...lagi pun susah nak jga kalau pasangan kita ini berhrta..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh nurfarhanazulkafli ([email protected]) pada Jumaat, 10 November 2006 @ 9:36:22
(Info AHLI)


insyaALLAH walhamdulillah...amiin,
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh najah_musla pada Jumaat, 02 Februari 2007 @ 16:42:30
(Info AHLI)


assalammualaikum...
pilihlah yang beragama....kerana dengan agama lengkaplah segala2nya.....kalau tak boleh bimbing diri sendiri, macam mana nak bimbing keluarga...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh ndb ([email protected]) pada Jumaat, 16 Februari 2007 @ 12:51:44
(Info AHLI) http://-/


Assalamualaikum.....

jika pasangan kita itu tidak seperti yang kita harap-harapkan ingatlah bahawa perkara yang kita suka mungkin bukanlah yang terbaik untuk kita,sebaliknya perkara yang paling dibenci tetapi ditakdirkan berlaku terhadap kita mungkin anugerah yang bernilai harganay yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh siti_ump ([email protected]) pada Jumaat, 16 Mac 2007 @ 11:10:12
(Info AHLI)


agama is the most important thing in our life..semua benda yang kita buat mesti berlandaskan agama.. dalam memilih pasangan pun begitu juga... jangan ikut nafsu.. tepuk dada tanya iman...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh Strawberry_Ungu pada Khamis, 24 Mei 2007 @ 1:49:13
(Info AHLI)


pilihlah pasangan mengikut tuntutan islam..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh najah_musla pada Jumaat, 24 Ogos 2007 @ 20:35:25
(Info AHLI)


kita yang nak mendirikan rumahtangga tak salah untuk memilih...memilih yang ana maksudkan dari segi agama...dengan adanya agama,kita dapat melayari bahtera rumahtangga dengan ketenangan....insyaAllah memilih dari segi agama,menjadikan jalan kita mudah dalam mendapat keredhaan nya,dengan syarat,si suami dan si isteri melakukan semuanya kerana Allah....kalau kita ada pilihan,orang yang kurang agama dan orang yang kuat pegangan agamanya datang mana satu pilihan kita...tentu yang kuat agamanya kan......kita lakukan semata-mata mencari keredhaan Allah
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh Nuhadiana ([email protected]) pada Jumaat, 31 Ogos 2007 @ 11:47:57
(Info AHLI)


Assalamualaikum..

menarik betul artikel 2 buat santapan kita sebagai hamba Allah dalam mmilih pasangan hidup..mudah-mudahan ianya menjadi satu panduan dalam mencari laluan kehidupan yang diredhai Allah SWT..InsyaAllah..
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh NurAihana ([email protected]) pada Jumaat, 14 September 2007 @ 15:36:06
(Info AHLI)


Assalamualaikum..

berkenaan memilih pasangan memang banyak perkara digariskan untuk memilih calon.. tapi tak mudah mencari walaupun kita sendiri tak sesempurna mana walhal memang kita nak mencari seseorang yang boleh menyempurnakan diri kita yang memang tak sempurna... kadang-kadang sukar nak mencari seseorang yang faham dan tahu t;jawab atau dah bersedia untuk ada komitmen...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh zainul ([email protected]) pada Ahad, 23 September 2007 @ 8:59:50
(Info AHLI)


InsayaALLAH.....
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh Wuddah pada Rabu, 17 Oktober 2007 @ 10:39:17
(Info AHLI)


Assalamualaikum....baik untuk dijadikan panduan....semoga bertemu dengan jodoh yang sebegitu...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh azzak pada Rabu, 14 Mei 2008 @ 20:33:25
(Info AHLI) http://azzakwan.multiply.com/


thank you....memilih pasangan lelaki ada tak?
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]



Re: Memilih Pasangan
oleh ismihanie ([email protected]) pada Khamis, 16 April 2009 @ 15:27:31
(Info AHLI)


alhamdulillah...bagus artikel ni..semoga dapat dijadikan panduan dalam hidup kat semua.....ameen
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

Re: Memilih Pasangan
oleh ibtisam_nisa ([email protected]) pada Sabtu, 27 Mac 2010 @ 16:44:21
(Info AHLI)


bestnya artikel ni...boleh dijadikan panduan hidup...berdoa dan berusaha yang termampu untuk mendapat pasangan yang terbaik... insyallah... semoga dikurniakan pasangan hidup yang saling memimbing untuk mengingati Dia yang satu...
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]





Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.19144 saat. Lajunya....