Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


MADAH IMAM SYAFIE
Disiarkan pada Jumaat, 19 Mac 2004 @ 14:49:58 oleh Engku_Salina

Umum atiqah menulis: "Imam Al-Syafie bijak mengungkaikan madah bagi menyampaikan maksud ajaran Islam dengan mendalam. Ungkapannya bertujuan tidak melukakan hati pendengar, selain membolehkan pengikutnya menghalusi maksud disebalik ajarannya.

Sebahagian besar madahnya mengajak manusia memikirkan arah tuju kehidupan, selain melakukan muhasabah diri bagi memperbetulkan kesilapan yang dilakukan.

Antaranya;

1) Perhiasan ulama' itu adalah taqwanya, keelokannya akhlak mulia,dan kecantikan murah hati.

2) Tidaklah berjaya seseorang itu dalam menuntut ilmunya melainkan dia berada dalam kekurangan.

3) Tidak ada aib yang lebih buruk bagi seseorang ulama', selain daripada kesukaannya terhadap perkara yang tidak disukai oleh Allah.

4) Ilmu itu bukanlah yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat.

5) Kemiskinan ulama' itu disebabkan "Faqrul Ikhtiyar" (kerana pilihan), sedangkan kemiskinan orang bodoh itu disebabkan "Faqrul Idhtirar" (kerana terpaksa).

6) Barangsiapa ingin hatinya diterangkan oleh Allah, hendaklah dia banyak berkhalwat(bersendirian), mengurangkan makan, tidak bergaul dengan orang bodoh yang buruk pekertinya serta tidak berkumpul dengan kalangan orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan adab.

7) Orang yang berakal itu adalah orang yang diikat akalnya daripada segala perbuatan tercela.

8) Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuh sahabatnya.

9) Tidak ada kegembiraan yang menyamai dengan perjumpaan dengan sahabatnya dan tidak ada kesedihan yang menyamai dengan perpisahan dengan mereka.

10) Barangsiapa yang menasihati saudaranya secara diam-diam, beerti dia menginginkan kebaikan.

11) Barangsiapa yang menasihati saudaranya ditengah khalayak ramai, bermakna dia telah membuka rahsia saudaranya dan memburukkan namanya.

12) Barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka tidak ada kemuliaan padanya.

13) Jangan anda berbicara sesuka hati kecuali perkara yang perlu saja kerana kalau anda ucapkan satu kalimah saja beerti kalimah itu telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya.

14) Bersahabat dengan orang yang tidak takut celaan, sebenarnya lebih tercela.

15) Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksaan yang ditimpakan Allah kepada Ahli Tauhid.

"

Umum


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Umum:


info mengenai tahi lalat

Recent News About Umum:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"MADAH IMAM SYAFIE" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.568064 saat. Lajunya....