Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 46
Ahli: 0
Jumlah: 46




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


ISU PENGKLONAN DARI SUDUT SYARIAH
Disiarkan pada Isnin, 16 Jun 2003 @ 9:58:11 oleh Engku_Salina

Berita nuriz menulis: "Teknik pengklonan terbahagi kepada dua:

1) Pengklonan janin atau embrio (embryo cloning). Pengklonan ini telah dijalankan ke atas haiwan ternakan bagi menghasilkan ternakan yang lebih kuat bakanya. Eksperimen juga pernah dijalankan ke atas janin manusia dengan menggunakan kaedah ini, iaitu bagi membantu meningkatkan pengetahuan manusia tentang pembiakan sel kanser dan lain-lain penyakit genetic seperti Parkinson dan cystic fibrosis. Dengan itu, para saintis tidak lagi perlu bergantung kepada janin yang diambil dari klinik kesuburan untuk melakukan uji kaji. Ia juga dapat mengurangkan penggunaan janin-janin asal.

2) Pengklonan dengan menggunakan teknik pemindahan nucleus (nuclear transfer technology) Kaedah ini telah digunakan bagi mencipta seekor kambing yang dinamakan Dolly. Sebelum ini belum pernah seekor mamalia dilahirkan hasil penggunaan teknik tersebut.

Pengklonan DNA dewasa melalui teknik nuclear transfer bertujuan:

1) Pembiakan (Reproductive reason): Pengklonan jenis inilah yang dilakukan baru-baru ini sehingga melahirkan bayi Eve, dan yang diberitakan akan dilahirkan lagi di sebuah negara Eropah tidak lama lagi.

2) Perubatan (Therapeutic benefits): Menurut para saintis pengklonan jenis ini adalah berbeza daripada pengklonan untuk tujuan reproduksi. Antara faedahnya ialah :

i) Bagi memperolehi “stem cell” yang akan membantu pertumbuhan sel baru

ii) Bagi mencipta organ-organ penting

iii) Membantu mengubati pesakit-pesakit yang memerlukan pemindahan air tulang sum-sum

iv) Membantu meningkatkan pengetahuan tentang penyakit-penyakit genetik.

KEPUTUSAN PANEL KAJIAN SYARIAH

Panel Kajian Syariah dalam mesyuaratnya pada 1 Mac 2002 telah memutuskan bahawa:

1) Pengklonan untuk tujuan pembiakan manusia hukumnya adalah haram, kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia.

i) Perbuatan ini akan menjatuhkan darjat manusia sama seperti haiwan dan bertentangan dengan hikmat kejadian manusia seperti yang diterangkan Allah SWT di dalam ayat 70, surah Al-Isra’, dan ayat 12-14, surah Mu’minun, juga ayat 4, surah At-Tin.

ii) Pengklonan jenis ini juga akan memberikan implikasi yang buruk kepada individu dan masyarakat. Akibatnya, akan terhakis ikatan kekeluargaan dari segi syarak dan undang-undang. Hal ini bukan sahaja akan menafikan hak si anak, malah akan menimbulkan komplikasi, jika si ‘ayah’ atau si ‘ibu’ tidak lagi mahu bertanggungjawab terhadap hak tersebut. Kedudukan anak serta ibu tidak lagi terjamin dari segi nafkah, harta pesaka dan sebagainya setelah berlaku perpisahan atau kematian.

iii) Kebenaran menggunakan kaedah ini kepada wanita yang tidak berkahwin akan menambahkan lagi masalah ibu tunggal dan anak yang tidak mendapat kasih sayang bapa. Hal ini menjadi lebih serius dalam jangka panjang, iaitu berkemungkinan bahawa kaum lelaki tidak diperlukan lagi kerana pembiakan tidak lagi bergantung kepada sperma lelaki.

iv) Kaedah ini juga akan memusnahkan institusi keluarga, dan bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti yang tersebut di dalam ayat 30, surah Ar-Rum.

2) Kaedah ini juga tidak seharusnya dibenarkan kepada pasangan suami isteri kerana dari segi saintifik, status anak yang dilahirkan sebenarnya bukanlah ‘anak’ kepada pemberi nucleus tersebut. Sebaliknya anak klon yang dihasilkan adalah ‘kembar seirasnya’ yang dilahirkan pada waktu yang terlewat oleh orang yang berbeza. Hal ini akan menimbulkan implikasi terhadap status anak dari sudut syarak, seperti perwalian, nafkah, harta pusaka, penentuan aurat dan sebagainya.

3) Perbuatan mengklon janin manusia untuk tujuan kajian : Kaedah ini adalah diharuskan dengan syarat bahawa janin tersebut dimusnahkan sebelum tempoh 120 hari berdasarkan pandangan para Fuqaha’ yang mengharuskan pengguguran kandungan sebelum sempurna 120 hari.

4) Pengklonan manusia untuk diambil sum-sum tulang atau mana-mana organ pada manusia yang telah diklonkan hukumnya haram kerana pengklonan ini telah melahirkan manusia yang cukup sifatnya.

5) Pengklonan untuk tujuan perubatan seperti mencipta sel-sel tertentu bagi menggantikan organ yang rosak hukumnya adalah harus.

KEPUTUSAN MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA KALI KE-51 PADA 11 MAC 2002

Muzakarah yang diadakan pada 11 Mac 2002 telah mengambil perhatian tentang pandangan Panel Kajian Syariah seperti yang tersebut di atas, dan telah membuat keputusan seperti berikut:

1) Pengklonan manusia untuk apa-apa tujuan sekalipun adalah haram kerana ianya bertentangan dengan fitrah kejadian manusia yang ditentukan oleh Allah SWT;

2) Penggunaan ‘stem cell’ bagi tujuan perubatan dan kajian, yang diambil bukan dari proses pengklonan adalah diharuskan selagi ianya tidak bercanggah dengan hukum syara’.

Wallau'aklam.

"

Berita


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Berita:


Impian & Harapan

Recent News About Berita:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"ISU PENGKLONAN DARI SUDUT SYARIAH" | Login/Mendaftar | 1 Komen
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


assalamualaikum
oleh al-Hajari ([email protected]) pada Jumaat, 27 Jun 2003 @ 23:13:52
(Info AHLI) http://none


Assalamualaikum...salam buat seluruh umat Muhammad SAW..Pengklonan?apakah pengklonan benar benar wujud?pernah kah kita bertanya pada diri kita semua sama ada pengklonan itu benar benar wujud?namun,walau pon kita masih belum pasti akan kesahihannya,para ulama kita di malaysia telah mengadakan muzakarah...menetapkan hukum bg suatu benda yg kita sendiri belum pernah lihat atau diperlihatkan...
:)Alhamdulillah..baru2 nie,ana ada menghadiri satu kuliah bersama Al-Fadhil Ust Khazim Al-Hafiz..dalam kuliah tersebut,al fadhil membicarakan tentang ufo,neil amstrong&isu pengklonan...dipendekkan cerita....
Beliau mengajukan satu soalan yang mungkin hanya segelintir sahaja dr kita yg menyedarinya..Benarkah pengklonan wujud?seperti yg kita tahu..kajian tentang pengklonan ini dilakukan di amerika...namun,pernahkah ada bukti yg klon benar2 wujud,selain dari dolly si kambing biri2.. kalau kita rujuk kembali kepada al-Quran dan al-hadis,klon tak mungkin wujud..kerna, dalam banyak surah,Allah telah menerangkan bahawa kita dijadikan dari nutfah,yakni mani,..namun, dalam pengklonan ini,nutfah tidak di gunakan...apakah mungkin kita menandingi kehebatan Allah?apakah kita mahu mencabar Allah?nauzubillah...apa yang agak menyedihkan,al fadhil ust ada menceritakan yg beliau telah menghadiri satu muzakarah di perak,yg membicarakan tentang isu ini,apa yg menyedihkan,didalam muzakarah itu ada seorang panel yg mengeluarkan satu dalil,dari surah maryam,ayat 21 kalau tak salah ana...yg mana beliau mengatakan bahawa itu ialah dalil wujudnya klon...masyaAllah, ayat tu sebenarnya mencerikan tentang bagaimana Allah jadikan Nabi Isa di dalam perut ibunya...sebenarnya belum ada dalil yg menunjukkan wujudnya klon...yg ada pon,hanyalah dolly,..namun dolly adalah kambing biri biri..sprt yg kita tahu...semua kambing biri biri adalah sama..mengapa mereka tak melakukan ujian pada binatang lain?cuba2lah kita fikirkan...apa pon yang kita lakukan,rujuklah pada Al Quran&As sunnah terlebih dahulu...Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah...kalau ada sebarang kesalahan atau kekurangan,maafkan ana...Wallahua`lam
[ Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar ]

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.163319 saat. Lajunya....