Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 109
Ahli: 0
Jumlah: 109




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 7 hari yang lalu
Kang: 25 hari yang lalu
lidah-penghunus: 27 hari yang lalu
muslimin23: 36 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


New Page 1
 

Teks:

Hanan tadbir 4 e-komuniti
Oleh Nasron Sira Rahim

HANAN Alam Faizli cuma remaja biasa yang kelibatnya tidak dihiraukan ketika berulang alik ke bilik kuliah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), sebelum menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengurusan, Ogos lalu.

Bagaimanapun, di sebalik dunia realiti itu, remaja wanita berusia 23 tahun itu cukup dikenali sebagai pemimpin di kalangan hampir 30,000 ahli komuniti portal internet yang diasaskannya sejak dua tahun lalu.

Segala-galanya bermula pada April 2003 apabila beliau bersama dua rakannya menubuhkan e-komuniti Portal Muslimah iaitu laman web berbentuk forum yang membolehkan ahli berinteraksi membincangkan pelbagai isu, merancang program dan menjalin persahabatan.

“Laman web e-komuniti seperti ini sudah banyak diwujudkan tetapi saya dapati portal khusus untuk penyertaan muslimat masih belum ada di negara ini walaupun ia banyak dikendalikan di Indonesia.

“Lalu saya bersama rakan bercadang menubuhkannya dan selepas mendapat sambutan, kami menubuhkan satu lagi e-komuniti sebulan selepas itu yang keahliannya lebih umum membabitkan ahli lelaki dan wanita,” katanya.

Sambutan terhadap e-komuniti bagaikan trend masa kini kepada pengguna internet terutama remaja menyebabkan semakin ramai yang menyertai keahlian e-komuniti yang dibangunkan kumpulan itu.

Sehingga kini, Hanan mentadbir empat e-komuniti iaitu Portal Muslimah (www.hanan.com.my), Portal Ukhwah (www.ukhwah.com), Bicarasiswa (www.bicarasiswa.com) dan Celik IT (www.celikit.com).

Setiap e-komuniti itu memiliki pendekatan berbeza seperti Portal Muslimah dikhususkan untuk penganjuran program dan perbincangan isu dalam ruang lingkup wanita, Portal Ukhwah bersifat umum, Bicarasiswa sebagai wadah perbincangan dan pencernaan pemikiran siswazah dan Celik IT untuk peminat teknologi maklumat.

“Paling ramai menjadi ahli adalah Portal Ukhwah dengan keahlian lebih 20,000 orang manakala Portal Muslimah (hampir 6,000) manakala Bicarasiswa dan Celik IT masing-masing hampir 1,000 ahli.

“Ahli kami berusia lingkungan tujuh hingga 30 tahun tetapi kebanyakannya adalah remaja malah ada juga ahli dari luar negara seperti Brunei, Indonesia dan Singapura selain pelajar Malaysia di luar negara,” katanya.

Tanggungjawab berat untuk mentadbir e-komuniti yang keahliannya mencecah puluhan ribu itu menyebabkan pihaknya mula membentuk organisasi yang lebih sistematik dengan Hanan sebagai presiden yang memantau perkembangan empat e-komuniti itu.

Bagi urusan penyelenggaraan portal, ia diuruskan seorang ahli organisasi mereka yang membuka perniagaan membabitkan internet iaitu membangunkan laman web dan membekalkan perkhidmatan teknologi maklumat.

“Peranan saya adalah mentadbir segala pelaksanaan e-komuniti seperti persatuan biasa termasuk mencari dana dan merangka program tertentu yang dijalankan secara usaha sama dengan agensi swasta dan kerajaan.

“Ketika mula ditubuhkan dulu, agak sukar untuk berurusan bagi mendapatkan kerjasama pihak terbabit kerana mereka masih tidak mengetahui bagaimana e-komuniti bergerak,” katanya.

Perjalanan aktiviti e-komuniti sama seperti persatuan dan organisasi biasa, tetapi bezanya ahli e-komuniti dapat berinteraksi dengan lebih kerap secara talian, mengenali ramai rakan yang berbeza pengalaman, pekerjaan dan taraf hidup selain berkongsi ilmu.

“Ahli juga tidak dapat melihat fizikal ahli lain dan bagi mengatasi masalah itu kami mengatur perjumpaan secara berkala selain mengadakan program seperti lawatan kemasyarakatan ke hospital, aktiviti rekreasi dan gerai pada konvokesyen universiti tertentu. Aktiviti dijalankan di seluruh negara,” katanya.

Hanan tidak pernah menyertai sebarang persatuan ketika menuntut di API-UM tetapi pembabitannya dalam e-komuniti memberi manfaat besar kerana daripada situlah beliau mempelajari kemahiran berorganisasi, kaedah berurusan dengan pelbagai pihak, merancang kerja amal dan meningkatkan keyakinan diri.

Seperti kebanyakan persatuan lain, masalah utama dihadapi pihaknya dalam merancang program sepanjang tahun dan mentadbir empat e-komuniti itu adalah mendapatkan dana dan bagi mengatasi masalah itu, pihaknya menyusun dan menjual buku Mutiara Hikmah dan Mutiara Warisan.

kos keseluruhan bagi menyelenggarakan e-komuniti itu dianggarkan hampir RM11,000 setahun tetapi pihaknya bernasib baik kerana mendapat tajaan tapak server daripada syarikat Fivio.com.

“Perancangan masa depan kami adalah menubuhkan Yayasan Ukhwah yang menjalankan kerja kebajikan dan kini segala usaha sedang disusun untuk dilaksanakan bagi mencapai matlamat berkenaan,” katanya.

Walaupun mengikuti pengajian dalam bidang keagamaan, Hanan membuktikan bahawa ia bukanlah penghalang untuk remaja terus meneroka bidang lain bagi membentuk kemampuan diri yang lebih bernilai pada zaman serba mencabar kini.

 

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.077471 saat. Lajunya....