Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Pencapaian Pelajar
Disiarkan pada Rabu, 01 Oktober 2003 @ 9:15:59 oleh Engku_Salina

Semasa ust_zal menulis: "Pencapaian pelajar Melayu rata-rata sememangnya perlu ditingkatkan walau apa pun polisi pendidikan yang digunakan kerana jika dibandingkan dengan pencapaian bukan Melayu, khususnya pelajar Cina. Pencapaian akademik pelajar Melayu di pelbagai peringkat masih jauh ketinggalan, baik di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun di institusi pengajian tinggi (IPT). Kebanyakan yang cemerlang adalah pelajar Cina.

Pencapaian yang rendah ini mestilah bersebab kerana tidak ada kejadian dalam dunia ini yang boleh berlaku tanpa sebab. Jika sesuatu itu berlaku tanpa sebab, itu adalah kerana kejahilan kita untuk menerangkan sebabnya ataupun kerana kemalasan kita untuk merungkai kekusutan yang ada. Yang pasti, pencapaian lemah pelajar Melayu ini juga tidak terkecuali daripada ada penyebabnya, sebagaimana pencapaian tinggi pelajar Cina juga ada puncanya.

Jika pencapaian lemah pelajar Melayu ini diterima sebagai masalah, ia agak melegakan kerana tidak ada masalah di dunia ini yang tidak boleh diselesaikan, seperti juga tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya melainkan mati.

Satu daripada punca yang mempengaruhi pencapaian pelajar Melayu adalah faktor naungan. Naungan bagi pelajar adalah seperti biasiswa dan penempatan. Hakikatnya, kebanyakan pelajar Melayu lebih miskin daripada pelajar Cina. Yang melemahkan sebahagian pelajar Melayu adalah kekurangan naungan ataupun naungan yang berlebihan, ibarat tumbuh-tumbuhan yang kekurangan air ataupun yang disirami air saban waktu sehingga naungan yang diberikan itu bukan menguatkan tetapi melemahkan lagi jatidiri mereka.

Jangan kita terperanjat jika kelengkapan sekolah Cina pada umumnya lebih baik berbanding dengan sekolah yang kebanyakan muridnya adalah Melayu. Sumber kewangan pelajar Cina juga lebih banyak daripada pelajar Melayu. Ini menyebabkan suasana pembelajaran itu lebih subur berbanding dengan sekolah-sekolah Melayu yang masih kurang kelengkapannya.

Sungguhpun demikian, ada juga pelajar Melayu yang terlebih naungan. Kita boleh sahaja menyatakan bahawa biasiswa itu adalah untuk pelajar, bukan bapanya tetapi usah kita lupa bahawa biasiswa itu diberikan pada dasarnya sebagai program sosial yang afirmatif sifatnya, iaitu untuk membantu pelajar yang baik pelajarannya tetapi kurang kemampuannya untuk membayar kos pendidikan di pelbagai peringkat.

Sumber kewangan yang lebih banyak pada pelajar Cina misalnya turut membantu mereka mendapat makanan yang lebih seimbang. Salah satu sebab utama pelajar Melayu di sekolah berasrama penuh (SBP) tinggi pencapaian akademiknya berbanding dengan sekolah harian adalah faktor pemakanan. Makan di sekolah berasrama penuh biasanya memenuhi piramid makanan yang seimbang itu. Selepas kebanyakan mereka meninggalkan sekolah asrama dan memasuki IPT, mereka tidak lagi menjaga keperluan makanan yang berkualiti.

Tidaklah menghairankan jika dari segi fizikal pelajar Cina misalnya lebih cergas daripada pelajar Melayu. Makanan yang dimakan cukup sekadar mengenyangkan dan bukannya menyihatkan. Selain daripada penyalah gunaan biasiswa, misalnya membeli dan saling menukar telefon bimbit yang mahal daripada makanan yang berzat, duit biasiswa juga tidak cukup untuk membeli buku-buku teks dan bahan-bahan rujukan. Akibatnya yang dibaca adalah kertas-kertas fotostat lusuh yang membosankan dan melayukan lagi minat yang ada. Yang boleh dilakukan di sini adalah memastikan biasiswa yang diberikan tidak disalah gunakan.

Pencapaian lemah pelajar Melayu adalah masalah yang berterusan sehingga kini, iaitu masalah yang luar biasa. Lazimnya masalah yang luar biasa juga memerlukan penyelesaian yang luar biasa. Mungkinkah sebahagian biasiswa di IPT wajar diberikan dalam bentuk buku dan makanan?

Sama ada kita suka ataupun tidak, kita perlu menerima hakikat bahawa dalam masyarakat Melayu masih lagi ada saki-baki amalan feudalisme. Satu daripada ciri feudalisme yang tidak positif ialah kurangnya kemahuan untuk maju ke hadapan ataupun ke atas kerana terlalu terikat kepada tradisi. Tanah umpamanya masih lagi dilihat sebagai harta yang lebih baik daripada ilmu, walaupun seluruh dunia membicarakan tentang k-ekonomi. Ramai keluarga Melayu yang lebih gemar melabur membeli tanah, ataupun benda-benda yang dikaitkan dengan tanah seperti rumah sewa ataupun menggantikan pagar rumah misalnya, daripada melabur dalam pendidikan anak-anak seperti membeli buku dan komputer.

Anak-anak pula tidak digalakkan (walaupun dibenarkan) untuk mencari dunia sebanyak mungkin tetapi sekadar meneruskan kehidupan seadanya, seperti dalam masyarakat feudal. Nilai negatif inilah yang diturunkan ke dalam diri kebanyakan pelajar Melayu, sama ada disedari ataupun tidak.

Seluruh dunia tahu tentang pencapaian ekonomi orang Melayu di Malaysia. Yang perlu dilakukan ialah untuk mengikis budaya feudal yang negatif ini dan digantikan dengan budaya pembelajaran berterusan, melalui pendidikan formal dan informal, yang membuahkan minat yang mendalam untuk mereka berurusan dalam bidang ilmu dan menguasai kepelbagaian kemahiran yang terkini bagi masa depan yang lebih terjamin.

Agama memainkan peranan yang penting dalam pemikiran pelajar Melayu. Orang Melayu boleh bergaduh dan juga bersatu atas pertimbangan keagamaan. Pencapaian yang lemah juga akibat daripada salah faham keagamaan. Jika pelajar Melayu menerima kefahaman Islam yang betul, sudah pastilah pencapaian akademik mereka boleh dibanggakan kerana ajaran Islam yang betul menuntut penganutnya menguasai ilmu sebanyak yang mungkin.

Daripada pandangan orang ramai, kebanyakan daripada lulusan agama kelihatan seolah-olah mereka lebih pakar dalam ilmu berpidato, berforum ataupun menulis dalam bidang keagamaan, dan bukannya yang melaksanakan tuntutan-tuntutan keagamaan dalam bentuk yang berbeza, seperti menjadi ahli sains yang ternama misalnya. Dalam keadaan yang demikian, bagaimanakah pelajar Melayu mampu untuk diyakinkan bahawa menguasai ilmu yang pelbagai dan bermanfaat itu adalah tuntutan keagamaan yang perlu dipatuhi?

Para guru di sekolah dan juga pensyarah di universiti juga ada peranannya walaupun sedikit. Ini kerana pelajar Cina dan Melayu belajar daripada pensyarah yang sama tetapi pencapaiannya berbeza. Oleh itu yang membezakan pencapaian ini bukanlah sangat kerana faktor pengajar itu tetapi lebih kepada faktor-faktor lain.

Sungguhpun demikian, masalah pencapaian lemah pelajar Melayu memerlukan sumbangan yang menyeluruh dan ini termasuklah peranan yang perlu dimainkan oleh para pengajar. Para pengajar tidak seharusnya memberikan masa dan perhatian yang sama ke atas pelajar yang berbeza pencapaiannya. Pelajar yang lemah tentulah memerlukan masa yang lebih banyak.

Pesakit yang kronik sudah pasti memerlukan masa dan ubat yang lebih efektif daripada doktor. Kemungkinan bahawa pencapaian pelajar Melayu lemah akibat daripada perhatian yang sama rata ke atas semua pelajar yang diberikan oleh para pengajar di pelbagai peringkat tidak boleh dipandang ringan.

Latar belakang yang berbeza sudah sewajarnya diambil kira. Yang penting adalah tidak adanya diskriminasi kaum dan tindakan itu seharusnya berpandukan kepada pencapaian akademik. Jika pelajar bukan Melayu misalnya juga lemah, maka perhatian yang lebih banyak juga perlu diberikan.
Orang Melayu terlalu bersopan santun dan jarang sekali berterus terang. Sifat segan-silu mencari ilmu ini adalah sifat yang tidak sihat. Sifat ini adalah penyakit akademik dalam personaliti pelajar Melayu yang lemah.

Mereka Melayu tidak agresif dalam menuntut ilmu, sebagaimana agresifnya mereka dalam berpolitik. Ramai yang segan untuk bertanya dan malu mendampingi pensyarah berbanding dengan pelajar Cina. Hampir tidak ada pensyarah yang tidak mahu menolong jika diminta bantuan. Inilah salah satu punca pencapaian mereka yang lemah itu. Mereka seharusnya tahu bahawa semua guru mahu mereka berjaya tetapi jika pesakit tidak memberitahu doktor di mana tempat yang sakit, doktor yang terbaik dalam dunia pun sukar untuk membantu.

"

Semasa


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Semasa:


Memilih Pasangan

Recent News About Semasa:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Pencapaian Pelajar" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.327305 saat. Lajunya....