Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 156
Ahli: 0
Jumlah: 156




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Bicara Haji: Air zam-zam cetus tumpuan ke Makkah
 Posted on Sabtu, 28 November 2009 @ 20:12:37oleh Hanan
Semasa putridurriyah menulis Bersama Datuk Kamal Mohamad

Daerah kontang maju selepas pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim

MAKKAH al-Mukarramah adalah satu daripada tiga kota suci umat Islam, selain al-Madinah al-Munawwarah dan Baitulmaqdis.

Makkah menjadi tumpuan sepanjang tahun dengan kedatangan jutaan umat Islam sebagai jemaah umrah. Mulai Syawal hingga Zulhijah pula, mereka datang sebagai jemaah haji.

Selain Makkah, kota suci ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Bakkah, al-Balad, Ummul Qura, Haraman Amina, Ma'ad dan al-Qaryah, yang semuanya disebut di dalam al-Quran.

Makkah terletak di garisan latitud 19, 25, 21 darjah U Khatulistiwa dan garisan longitude 46, 49, 39 darjah T. Kota Makkah berada pada ketinggian 277 meter di atas paras laut dengan keluasan melebihi 4,800 hektar.

Bahagian muka buminya yang rendah dinamakan al-Bathaa', bahagian timur al Masjidil Haram dinamakan al-Ma'lah, manakala bahagian barat dan selatannya pula dinamakan al-Misfalah. Kini, ada tiga jalan masuk utama menuju ke kota suci Makkah iaitu menerusi al-Hujun, al-Misfalah dan al-Shubaykah.

Makkah mula terbina pada zaman Nabi Ibrahim. Baginda mendapat perintah Allah supaya membawa isterinya Hajar dan puteranya, Ismail yang ketika itu masih menyusu, ke satu tempat yang berdekatan dengan Kaabah. Baginda meletakkan mereka di bawah sebatang pokok yang bertepatan dengan telaga zamzam.

Makkah pada ketika itu tiada penghuni serta tidak mempunyai sumber air. Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua di situ dan meletakkan di sisi mereka sebuah bekas daripada kulit yang mengandungi beberapa biji tamar dan sebekas air.

Kemudian baginda bertolak pulang ke Sham. lsterinya Hajar a.s. mengikutinya sambil bertanya : "Wahai Ibrahim! Ke manakah kamu hendak pergi, kami di lembah yang tidak berpenghuni dan tiada apa-apa pun di sini." Nabi Ibrahim berdiam, tidak menjawab pertanyaan isterinya. Isterinya mengulangi pertanyaan beberapa kali, tetapi Ibrahim terus tidak menjawab.

Hajar bertanya lagi: "Adakah Allah memerintah kamu berbuat demikian?" Nabi Ibrahim menjawab dengan membenarkan pertanyaan isterinya itu. Hajar lalu berkata: "Jika begitu, Allah tidak akan sama sekali membiarkan kami." Beliau kembali semula ke tempat puteranya Ismail dan Ibrahim meneruskan perjalanannya.

Apabila baginda jauh meninggalkan mereka dan tidak dapat melihat kedua beranak itu lagi, Nabi Ibrahim berhenti dan menghadap ke arah Kaabah. Baginda mengangkat kedua-dua tangannya dan berdoa kepada Allah yang bermaksud: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian daripada zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumah-Mu (tapak Baitullah) yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan solat (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian daripada manusia tertarik (gemar) kepada mereka (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakan rezeki kepada mereka dari pelbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur."

"Wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan dan tiada sesuatu pun di langit dan dibumi, yang tersembunyi kepada Allah!" (Surah Ibrahim, ayat 37 dan 38).

Hajar pula tinggal di tempat itu bersama anaknya Ismail dan bekalan yang ditinggalkan. Apabila bekalan telah habis, diikuti dengan keringnya susu di badan Hajar, puteranya Ismail keadaan itu, lalu memberanikan dirinya mendaki sebuah bukit yang berhampiran iaitu Bukit Safa.

Beliau berharap dapat bertemu dengan manusia yang dapat menolongnya atau mendapat tanda wujudnya air dari Bukit Safa itu. Namun, tiada sesiapa pun ditemui dan tiada tanda wujudnya air di sekitar kawasan berkenaan. Hajar kemudian turun dari Bukit Safa dan terus berjalan menuju ke satu bukit lain yang berhadapan dengan Bukit Safa iaitu Bukit Marwah.

Apabila sampai di tengah lembah, beliau berlari-lari anak kerana runsing dan bimbang. Kemudian berjalan lagi hingga sampai ke Bukit Marwah.

Hajar mendakinya dan meninjau ke sekitarnya dengan harapan yang sama seperti ke Bukit Safa, tetapi natijahnya sama juga.

Ia tidak beroleh apa-apa. Begitulah berlarutan perbuatan itu sehingga mencecah tujuh kali berulang alik (berulang alik di antara Safa ke Marwah, Marwah ke Safa).

Suatu ketika pada saat yang semakin kritikal, ketika Hajar tiba di Bukit Marwah pada kali terakhirnya, beliau mendengar satu suara yang datangnya dari arah di mana puteranya Ismail ditinggalkan.

Beliau pun bergegas ke tempat puteranya ditinggalkan itu. Alangkah terkejutnya Hajar apabila mendapati ada air yang sedang menyembur keluar dari tendangan kaki Ismail ke bumi. Hajar segera membuat batas dengan tangannya (kepungan) di sekeliling mata air itu dan mengisi bekas airnya dengan air yang mula mengalir keluar. Beliau lalu meminum air itu dan menyusukan anaknya.

Hajar dan Ismail tinggal di situ beberapa lama sehingga pada suatu hari satu rombongan dari kaum Jurhum lalu di kawasan itu.

Mereka berhenti kerana mendapati sumber air di situ (tempat Hajar dan anaknya Ismail). Lalu mereka berjumpa untuk meminta kebenaran daripada Hajar i bagi mendapatkan air itu. Hajar membenarkannya dengan berkata: "Ya, tetapi janganlah kamu jadikan air itu sebagai milik kamu." Mereka menjawab :"Ya". Lalu, mereka pun menetap di kawasan itu.

Bumi Makkah yang dulunya sebuah kawasan yang kering kontang serta tiada berpenghuni mula didiami oleh manusia. Ia melalui proses perkembangan yang panjang selepasnya.

Nabi Ibrahim diperintah oleh Allah membina Kaabah bersama anaknya Nabi Ismail. Dari sinilah berkembangnya kota suci Makkah yang akhirnya menjadi tumpuan umat Islam sejagat.


-------------
• Penulis ialah Pengurus Besar (Pakej/Swasta) Lembaga Tabung Haji



Inti Pati: Sejarah Awal Mekah
• Makkah mula terbina pada zaman Nabi Ibrahim. Baginda mendapat perintah Allah supaya membawa isterinya, Hajar dan puteranya, Ismail yang ketika itu masih menyusu, ke satu tempat yang berdekatan dengan Kaabah. Baginda meletakkan mereka di bawah sebatang pokok yang bertepatan dengan telaga zamzam yang ada pada hari ini.
• Pada awalnya Makkah kering tanpa sebarang air dan tidak ada manusia ke sana.
• Kewujudan air zamzam menyebabkan bumi subur dan menjadi tumpuan manusia.
• Kaabah dibina di Makkah yang kini menjadi tumpuan umat Islam beribadat.
• Selain Makkah, kota suci ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Bakkah, al-Balad, Ummul Qura, Haraman Amina, Ma'ad dan al-Qaryah, yang semuanya disebut di dalam al-Quran.
• Makkah berada pada ketinggian 277 meter di atas paras laut dengan keluasan melebihi 4,800 hektar.


Petikan bharian_jumaat/20060609

 

  Semasa


Komen


"Bicara Haji: Air zam-zam cetus tumpuan ke Makkah" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.






Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099561 saat. Lajunya....