Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 90
Ahli: 0
Jumlah: 90




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 8 hari yang lalu
Kang: 26 hari yang lalu
lidah-penghunus: 28 hari yang lalu
muslimin23: 37 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Takkan Ku Maafkan Diri Ini


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Takkan Ku Maafkan Diri Ini

Please Mendaftar To Post


Oleh Takkan Ku Maafkan Diri Ini

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 17:19




Takkan Ku Maafkan Diri Ini - Sebuah Kisah benar

BERTENANG.....DAN TUMPUKAN PERHATIAN ANDA TERHADAP BAHAN BACAAN INI.
Usia
ayah menjangkau 70 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu
menunggang
basikal ke kedai yang jauhnya lebih kurang 2 kilometer bagi membeli
keperluan harian. Sejak kematian ibu 6 tahun lalu, ayah bersendirian
di
kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya-
bergilir-gilir
menjenguknya.

Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di
Teluk
Intan. Sebagai anak lelaki sulung, saya mengambil tanggungjawab yang
lebih.
Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ayah bertanya khabar dan
sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri
saya
mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.

"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ayah. Puas 2 anak saya
merayu-rayu,
ayah tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ayah kalau Kak Long
mempelawanya,
Kak Ngah mendesak ataupun adik-beradik saya yang lain merayunya.
Bagaimanapun
sesekali ayah mengalah. Namun sehari 2 berada di rumah anak-anaknya,
dia
minta dihantar balik. Ada-ada saja alasannya. Suatu hari Januari lalu,
ayah
mengikut saya ke Kuala Lumpur. Kebetulan sekolah masih bercuti,
seronoklah
anak-anak saya bermain dan bergurau senda dengan atuk mereka.

Masuk hari ketiga, dia merayu nak balik kampung. Seperti biasalah,
ada-ada
saja alasan tak logik yang diberikannya. "Saya sibuk ayah, tak boleh
nak
ambil cuti. Tunggulah sikit lagi, ataupun hujung minggu ni saya hantar
ayah,"
balas saya. Anak-anak saya turut memujuk atuk mereka. "Tak apalah kalau
kamu
sibuk sangat, belikan ayah tiket di Puduraya, biar ayah naik bas,"
katanya
membuat saya bertambah kecewa. Memang ayah pernah berkali-kali naik bas
pulang ke kampung sendirian. "Tak usahlah..." kata saya memujuk dan
merayu
selepas makan malam itu. Ayah diam terus masuk ke bilik bersama
cucu-cucunya.


Bagaimanapun esok paginya ketika saya bersiap untuk ke pejabat, ayah
sekali
lagi berpesan minta saya belikan tiket bas di Puduraya. "Ayah ni, tak
faham
ke, saya ni sibuk, sibuuuukkkk!!!" balas saya terus keluar menghidupkan
enjin
kereta. Saya tinggalkan ayah terkontang-kanting di muka pintu. Sedih
saya
tengok mukanya. Di dalam kereta, isteri saya memujuk. "Buat apa kasar
sangat
dengan ayah? Cakaplah elok-elok! Kesian dia...!" Saya terus membisu.
Sebelum
isteri saya turun kereta sebaik tiba di pejabatnya, dia berpesan agar
saya
penuhi permintaan ayah. "Jangan lupa bang, belikanlah tiket ayah,"
katanya
ringkas.

Di pejabat saya termenung panjang. Lalu saya meminta cuti kecemasan,
terus
ke
Puduraya membeli tiket Transnasional ke Teluk Intan. Pukul 11.00 pagi
saya
sampai ke rumah, terus beritahu ayah supaya bersiap. "Bas bergerak
pukul
2.00," kata saya ringkas. Saya mengaku bersikap agak kasar ketika itu
kerana
didorong rasa marah dengan sikap degil ayah. Ayah tanpa banyak kerenah
bersiap. Dia masukkan baju dan kain ke dalam beg sandang. Lebih kurang
pukul
12.30 saya bergerak ke Puduraya.

Dalam perjalanan lebih kurang 1 jam itu, sepatah pun saya tidak
bersuara.
Selalunya saya dan ayah akan bersembang panjang setiap kali naik kereta
bersama. Ada-ada saja yang kami bualkan. Hari tu ayah tahu saya
marahkannya..
Dia pun enggan menyapa saya. Tiba di Puduraya, saya terus menghantar
ayah
ke
tingkat bawah stesen bas itu. Selalunya saya akan membimbing lengan
ayah
tapi
hari itu saya biarkan ayah turun sendiri, cuma saya perhatikan agar
langkahnya tidak terganggu. Setelah saya pastikan nombor tempat duduk
ayah,
saya bersalam dan terus turun dari bas. Ayah langsung tidak memandang
saya
sebaliknya dia memandang ke luar tingkap. Ayah merenung jauh.

Tepat pukul 2.00 bas bergerak. Saya pandang ayah tapi dia masih
melemparkan
pandangan ke luar tingkap mengelak daripada memandang saya. Setelah bas
bergerak jauh, saya menaiki tangga menuju ke kereta. Semasa melalui
gerai-gerai di hentian paling sesak itu, saya terpandang susunan kek
pisang
di atas meja. Langkah saya terhenti. Berdesup fikiran teringatkan ayah
kerana
dia cukup suka makan kek itu. Pernah 2-3 kali kalau dia menaiki bas
pulang
ke
kampung, dia akan meminta saya belikan makanan kegemarannya. Tapi hari
itu
ayah tidak minta apa-apa. Saya terus memandu pulang.

Tiba di rumah, fikiran rasa tidak menentu. Ingatkan kerja di pejabat,
ayah
yang dalam perjalanan dan isteri yang berada di tempat kerjanya. Malam
itu
sekali lagi saya meneruskan keegoan saya apabila isteri meminta saya
menelefon ayah di kampung seperti yang saya lakukan setiap kali ayah
pulang
dengan bas. Malam berikutnya, isteri bertanya lagi sudahkah saya
hubungi
ayah. "Takkan tak sampai-sampai lagi," jawab saya meninggikan suara.

Dinihari itu, saya menerima panggilan telefon dari Hospital Teluk
Intan.
"Pak
Long dah tak ada..." kata sepupu saya di hujung talian. "Dia meninggal
5
minit tadi selepas mengadu sesak nafas Maghrib semalam." Terlalu sebak
dia
hendak meneruskan kata-kata, selain meminta saya pulang segera. Saya
terjelepok di lantai. Gagang masih di tangan. Isteri datang menerpa.
"Kenapa
bang?" Saya hanya menggeleng-geleng, agak lama baru mampu memberitahu
"Ayah
dah tak ada!" Tiba di kampung sayalah yang paling hiba sekali. Tidak
berhenti-henti menangis berbanding kakak dan adik-adik saya. Barulah
saya
sedar betapa berharganya seorang ayah dalam hidup ini. Kek pisang,
kata-kata
saya pada ayah, sikapnya semasa saya di Puduraya, kata-kata isteri
membeli
tiket silih berganti menyerbu fikiran. Hanya Tuhan yang tahu betapa
luluhnya
hati saya apabila teringatkan itu semua.

Saya amat terasa kehilangan ayah yang pernah menjadi tempat saya
meluahkan
rasa, seorang rakan yang sering bersimpati dan ayah yang cukup mengerti
perasaan seorang anak. Kenapalah saya tidak dapat membaca gerak rasa
seorang
tua yang merindui belaian kasih sayang daripada seorang anak yang akan
ditinggalkan buat selama-lamanya.

Kini telah 5 tahun berlalu. Setiap kali pulang ke kampung, hati saya
bagi
dirobek-robek apabila memandang nisan di atas pusara ayah. Saya tidak
dapat
menahan air mata apabila terkenangkan semula peristiwa pada hari-hari
terakhir saya bersamanya. Saya merasa amat bersalah dan tidak akan
memaafkan
diri ini. Benarlah kata orang, kalau hendak berbakti biarlah semasa
ayah
dan
ibu masih ada. Apabila sudah tiada, menangis air mata darah sekalipun
tidak
bererti lagi. Kepada pembaca yang masih ada ayah, jagalah perasaan
seorang
tua. Kasihi mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil dulu.
RENUNGKANLAH.......




Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 17:28



eh, awat yg last sekali tu, pulak?
konfius den!

moral:
ayah dan ibu yg kita ada kat dunia ni hanya itulah satu-satunya..hargailah mereka..walaupun ada perkara yg tak menyenangkan hati kita telah mereka perbuatkan, bersabarlah...

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 18:18




Bak kata pepatah.."Menyesal kemudian tiada gunanya.."..selagi ibu dan ayah masih hiduo didunia ini...taburkanlah jasa&kasih sayang kita kepada mereka..kerana tanpa mereka kita takkan dapat lahir kedunia ini...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZahRaTuL_RaiHaNaH81Profil   Hantar PM kepada ZahRaTuL_RaiHaNaH81   Quote dan BalasQuote

Salman_Alfarisi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.12.2003
Ahli No: 5667
Posting: 122

Selangor  


posticon Posting pada: 07-07-04 23:36


" salah satu cara untuk mengekalkan kasih dan sayang ialah dengan menyedari ianya bakal hilang untuk selama2nya.... "

oleh itu... sayangilah org yg dekat dgn anda sekarang... bile lagi? jgn bila dia tiada... baru kita terasa nak memberikan kasih sayang.... ingatlah kasih dan sayang itu nikmat dari Allah...

"kasih syg... itu titi... kasih syg penyubur jiwa..."
-raihan- kasih syg.-


Bookmark and Share

    


  Member Information For Salman_AlfarisiProfil   Hantar PM kepada Salman_Alfarisi   Pergi ke Salman_Alfarisi's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 08-07-04 01:20




jgn sesekali meninggikan suara di dpn parents.. tunjukkan rasa kasih & jagalah hati mereka.. siapa ler kita tanpa ibubapa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Usmad
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2004
Ahli No: 7517
Posting: 597
Dari: Parit Buntar

libya   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 00:42


Insaf insaf

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsmadProfil   Hantar PM kepada Usmad   Pergi ke Usmad's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 01:26


cam citer drama tv jer ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-10-04 12:10


terharu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 23:26


buat baiklah pada kedua ibu bapa kita seperti mana mereka mengasihani kita semasa semasa kecil.hargailah mereka ketika mereka masih hidup.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093226 saat. Lajunya....