Oleh |
Luahan hati Hawa....UntukMu Adam........ |
nurulain
WARGA SETIA Menyertai: 05.05.2004 Ahli No: 8792
Posting: 450
Dari: somewhere i belong
|
Posting pada: 30-06-04 09:52
Adam, Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan. Adam, Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu diakhir zaman, Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu. Adam, Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi,aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara. Adam, Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, merhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku danTuhanmu. Tapi Adam, nyata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam, mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. . Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Adakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? Adam..... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam.... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!! Dari itu Adam pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku..
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 30-06-04 15:06
yaaa.. untuk adam dah kluar dah senyumlah wahai adam dgn hati yg tenang
|
Muhseen
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.02.2004 Ahli No: 7631
Posting: 34
|
Posting pada: 30-06-04 16:18
|
ismi_safiza
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya
|
Posting pada: 30-06-04 17:32
wahai adam... sesungguhnya rusuk kirimu ini sudah dimaklumi akan bengkoknya dan rapuhnya ia..maka, luruskanlah ia dengan lembut dan berhikmah..janganlah adam engkau sendiri yg merosakkan rusuk kirimu ini... wslm -----------------
|
cahayamataku
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.06.2004 Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling
|
Posting pada: 02-07-04 00:52
pimpin daku dalam mencari keredaanNya..... ----------------- sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 07-07-04 15:25
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 07-07-04 16:33
Wahai kaum Adam..Ingin sekali ku luahkan hasrat hati ini..tapi apakan daya..lidah ku kelu tak berdaya...Biarlah takdir penentu segalanya...Ku redha dengan ketentuanNya... Senyuman yang terukir di bibirmu... Menjadi ingatan setiap waktu... Tanda kemesraan tersimpul padu... Kenangku didalam doamu... Semoga Allah berkatimu... -----------------
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 07-07-04 16:52
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 07-07-04 17:07
Biarlah redha dengan ketentuannya..bak kata orang" kalau ade jodoh..asam di darat,ikan dilautan..pasti bertemu jua..." Takkan ku sia2kan andainya kau ditakdirkan menjadi milikku... -----------------
|
farisHaq
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1169
Posting: 212
Dari: s. alam
|
Posting pada: 07-07-04 22:30
waah berdrama swasta plak
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 07-07-04 22:46
Quote:
| On 2004-07-07 17:07, ZahRaTuL_RaiHaNaH81 wrote: Biarlah redha dengan ketentuannya..bak kata orang"kalau ade jodoh..asam di darat,ikan dilautan..pasti bertemu jua..." Takkan ku sia2kan andainya kau ditakdirkan menjadi milikku... |
| "Asam di darat, ikan dilautan, nasi di pinggan ...sedang tunggu lauk untuk dimakan"
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 07-07-04 23:22
Amboi2 en.Prof kiter ni..pandai je ubah2 kata pepatah kan...hehehe... Takpe..janji kata2 tu selalu menjadi kenyataan...tapi kata2 prof" asam di darat,ikan dilautan,nasi dipinggan sedang tggu lauk untuk dimakan memang tiap2 ari kita lalui..betul tak? -----------------
|
ummu_qayyum
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.05.2004 Ahli No: 8967
Posting: 133
Dari: egypt
|
Posting pada: 07-07-04 23:42
amboi zahratul... ----------------- "I aM ThE BeSt ThAt I CaN Be.."
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 08-07-04 00:03
Asam garam kehidupan....Asam masin sedap juga di makan.. Takpe..janji kata2 tu selalu menjadi kenyataan...tapi kata2 prof"asam di darat,ikan dilautan,nasi dipinggan sedang tggu lauk untuk dimakan memang tiap2 ari kita lalui..betul tak? Betul tu..... ( siapa faham memang terer ) Insya-Allaah......
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 08-07-04 00:11
|
Prof_Muslim
Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 08-07-04 16:19
Sesiapa faham apa yg Prof atambah pepatah itu...pasti tersenyum..... "Asam di darat, ikan dilautan, nasi di pinggan ...sedang tunggu lauk untuk dimakan" p/s: teringat pepatah yg kak lin ( Darul_Numan81 ) buka ...iaitu topik Pepatah Melayu Moden
|
ZahRaTuL_RaiHaNaH81
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 426
Posting: 861
Dari: .: SaBah :.
|
Posting pada: 08-07-04 16:38
|