Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
-- Al-Baqarah: 45

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 113
Ahli: 0
Jumlah: 113




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 10 hari yang lalu
Kang: 29 hari yang lalu
lidah-penghunus: 31 hari yang lalu
muslimin23: 39 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: Pëñyäkît Hätî


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Pëñyäkît Hätî

Please Mendaftar To Post


Oleh Pëñyäkît Hätî

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-06-03 09:41


Hati itu dapat hidup dan dapat mati, sihat dan sakit. Dalam hal ini, hati lebih penting daripada tubuh.
Allah berfirman :

"Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah² masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gelita yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya." (Al-An'aam : 122)

Ertinya, ia mati kerana kekufuran, lalu Kami hidupkan kembali dengan keimanan. Hati yang hidup dan sihat, apabila ditawari kebatilan dan hal-hal yang buruk, dengan tabiat dasarnya ia pasti menghindar, membenci dan tidak akan menolehnya. Lain halnya dengan hati yang mati yang tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.


Dua Bentuk Penyakit Hati

Penyakit hati itu ada dua bentuk : Penyakit syahwat dan penyakit syubhat. Keduanya disebut di dalam Al-Qur'an.

"Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (melemah-lembutkan bicara) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya." (Al-Ahzab : 32)

Ini yang disebut sebagai penyakit syahwat.

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya..." (Al-Baqarah : 10)

"Dan adapun orang yang di dalam hati mereka ada penyakit, maka dengan surah itu bertambah kekafiran mereka, di samping kekafirannya (yang telah ada)." (At-Taubah : 125)

Penyakit di sini adalah penyakit syubhat. Penyakit ini lebih parah dari penyakit syahwat. Ini kerana penyakit syahwat masih boleh sembuh, apabila syahwatnya telah ditepis. Sedangkan penyakit syubhat, tidak akan dapat sembuh, kiranya Allah tidak merahmatinya dengan limpahan rahmat-Nya.

Seringkali penyakit hati bertambah parah, namun pemiliknya tak juga sedar. Kerana seseorang itu tidak sempat malah enggan mengetahui cara rawatan dan faktor penyakit tersebut. Bahkan terkadang hatinya sudah mati. Ia juga tidak merasa susah dengan dirinya yang menyimpang dari kebenaran.

Kadangkala ia juga merasakan sakitnya. Namun ia tidak sanggup menahan pahitnya ubat. Masih bersarangnya penyakit tersebut di hatinya semakin sukar dirinya menelan ubat. Kerana ubatnya adalah dengan melawan hawa nafsu. Itu hal yang paling berat bagi jiwanya. Namun baginya, tidak ada sesuatu yang lebih bermanfaat dari ubat itu.

Kadangkala, ia memaksa dirinya untuk bersabar. Tetapi kemudian sabarnya itu dirobek dan ia meneruskannya lagi. Ini kerana kelemahan ilmu, keyakinan dan ketabahan. Kalau kesabaran dan keyakinannya hilang, ia akan balik mundur dan tidak mampu menahan kesulitan. Apalagi kalau tidak ada sahabat, dan takut sendirian.

Menyembuhkan Penyakit Dengan Makanan Bergizi dan Ubat

Gejala penyakit hati adalah, ketika ia menolak makanan yang bermanfaat bagi hatinya, lalu menggantikannya dengan makanan yang tidak sihat bagi hatinya. Berpaling dari ubat yang berguna, menggantinya dengan ubat yang berbahaya. Sedangkan makanan yang paling berguna bagi hatinya adalah makanan iman. Ubat yang paling mujarab adalah Al-Qur'an. Barangsiapa yg mencari kaedah penyembuhan penyakit hati selain dari Al-Quran dan As-Sunnah, maka ia adalah orang yang paling bodoh dan sesat.

"Katakanlah: "Al-Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang² yang beriman. Dan orang² yg tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-Qur'an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang² yang dipanggil dr tempat jauh." (Fushhilat : 44)

Al-Qur'an adalah ubat yang sempurna bagi segala penyakit tubuh dan hati, segala penyakit dunia dan akhirat. Namun tak sebarangan orang mahir menggunakan Al-Qur'an sebagai ubat. Jika si pesakit mahir menggunakannya sebagai ubat, ia diletakkan pada bahagian yang sakit, dengan penuh keimanan dan penerimaan, disertai dengan keyakinan yang kuat dan memenuhi syaratnya. Tak akan ada penyakit yang menyerang.

Bagaimana mungkin penyakit itu akan menentang firman Rabb langit dan bumi ; yang apabila turun di atas gunung, gunung itu akan hancur, dan bila turun di bumi, bumi itu akan t'belah ? Segala penyakit jasmani dan rohani, pasti terdapat di dalam Al-Qur'an cara memperoleh ubatnya, sebab² timbulnya dan cara penyembuhannya. Tentu bagi orang yang diberi kemampuan memahami kitab-Nya.

-------

Dipetik dr : Abdul Akhir Hammad Alghunaimi, "Tahdzib Syarh Ath-Thahawiyah Dasar-dasar 'Aqidah Menurut Ulama Salaf", Penterjemahan: Abu Umar Basyir Al-Medani, Pustaka At-Tibyan, buku 2, Cetakan I, 2000, hal 264-266.

Allahu Ta'ala a'lam...





-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

[ Posting ini telah di edit oleh: SaLaFiaN pada 2003-06-08 12:41 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

sufi_musafir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 731
Posting: 108
Dari: Pulau Mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-06-03 12:39


Ya...Allah, Tuhan yg mencipta hati baikilah hatiku supaya seluruh hidupku menjadi baik,
Ya....Allah, Tuhan yg menjaga hati tetapkanlah hatiku,teguhkan hatiku agar tak tergugat dengan dunia...jangan Kau palingkan hatiku dari rahmatMu Ya Allah.......Aaaamin!!

-----------------
Alangkah sukarnya mendidik nafsuku,yg tidak dpt melihat kebenaranMu....Bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_musafirProfil   Hantar PM kepada sufi_musafir   Quote dan BalasQuote

Jendela_Hati
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 351
Posting: 29
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 09-06-03 09:31


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang

Firman Allah yang bermaksud: "Maka apabila diturunkan suatu surah yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya (perintah) perang, kamu lihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya, memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pengsan kerana takut mati, dan kecelakaanlah bagi mereka."

(Surah Muhammad ayat 20).




-----------------
Jendela_Hati...
Insan biasa yang mengharapkan keredhaan Allah S.W.T

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jendela_HatiProfil   Hantar PM kepada Jendela_Hati   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089682 saat. Lajunya....