Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 75
Ahli: 0
Jumlah: 75




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 6 hari yang lalu
Kang: 25 hari yang lalu
lidah-penghunus: 27 hari yang lalu
muslimin23: 35 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: Lelaki Kacak untuk Didampingi


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Lelaki Kacak untuk Didampingi

Please Mendaftar To Post


Oleh Lelaki Kacak untuk Didampingi

safiee_iiu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2434
Posting: 339
Dari: 475, felda air tawar 1, 81920 kota tinggi, johor

Johor  


posticon Posting pada: 20-04-04 16:57


Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :"Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata:
"Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat.""Janganlah engkau bimbang.Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa
dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat -malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.wallahua'lam





Bookmark and Share

    


  Member Information For safiee_iiuProfil   Hantar PM kepada safiee_iiu   Pergi ke safiee_iiu's Website   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 20-04-04 19:28


Ya ALLAH,betapa hebatnya nikmat membaca al-quran...Sama2lah kita hayati kisah ini dan jadikan pengajaran INSYAALLah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

nur_lailatun
Warga Rasmi
Menyertai: 16.07.2004
Ahli No: 10081
Posting: 4
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 13:33


Rasulullah bersabda :

"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."

Sama-samalah kita rajin membaca Al-Quran...hayati dan fahamilah maksudnya...Insya`Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_lailatunProfil   Hantar PM kepada nur_lailatun   Quote dan BalasQuote

nur_lailatun
Warga Rasmi
Menyertai: 16.07.2004
Ahli No: 10081
Posting: 4
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 13:34


Rasulullah saw bersabda :

"Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,Al Qur'an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku,akan masuk syurga bersama-sama aku."

Sama-samalah kita rajin membaca Al-Quran...hayati dan fahamilah maksudnya...Insya`Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_lailatunProfil   Hantar PM kepada nur_lailatun   Quote dan BalasQuote

e_da
Warga Rasmi
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9158
Posting: 4
Dari: kuala krai

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-07-04 13:51


Ya Allah, betapa besarnya keagungan Kitab Suci Al-Quran yang diturunkan ke muka bumi ini untuk menjadi panduan hidup kita di dunia ini. Oleh itu marilah sama-sama kita jadikan Kitab Suci Al-Quran itu sebagai panduan hidup kita kerana Al-Quran mempunyai beribu2 dan berjuta2 syafaat serta kebaikannya.
"MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMBACA, MENGHAFAL SERTA MEMAHAMI ISI KANDUNGAN KITAB SUCI AL-QURAN"

Bookmark and Share

    


  Member Information For e_daProfil   Hantar PM kepada e_da   Quote dan BalasQuote

khaulah_al_azwar
Warga Rasmi
Menyertai: 12.02.2005
Ahli No: 14297
Posting: 13
Dari: bumiwaqafan

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-04-05 16:22


sesungguhnya dgn mengingati Allah hati akn jadi tenang.ceriakanlah hari anda dgn membaca Al-quran dan berzikrullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For khaulah_al_azwarProfil   Hantar PM kepada khaulah_al_azwar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.279355 saat. Lajunya....