Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 120
Ahli: 0
Jumlah: 120




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Mahasiswa
Topik: Masalah Gangsterisme.. Apa Peranan Mahasiswa/i


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Masalah Gangsterisme.. Apa Peranan Mahasiswa/i

Please Mendaftar To Post


Oleh Masalah Gangsterisme.. Apa Peranan Mahasiswa/i

exshahianz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6202
Posting: 88
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-04-04 18:26


...

exs just nak menarik perhatian semua terutama kita yg digelar mahasiswa/i permata masyarakat... Saban hari kita di paparkan dengan permasalahan adik - adik kita disekolah.. Yg terbaru membawa kepada kematian... Jelas disini terdapat kelemahan dalam sistem pendidikan kita ??

Justeru ape peranan kita dalam situasi ini... Adakah sekadar ddk berbincang/berforum atau sekadar menjadi pembaca akhbar yang setia.

Adakah istilah mahasiswa turun padang yg dahulu nya menjadi punca kebangkitan mahasiswa/i masih relevan sehingga kini... atau mungkin hanya kerana momokan AUKU kita menjadi golongan yg lemah dan pemerhati yg setia...

Justeru exs menyeru aktivis kampus lebih berani.. sekiranya ada kesilapan dalam sistem pendidikan kita... berilah teguran pada pihak berkenaan.... menegur bukan menentang.... menegur untuk membaiki...

So wat is ur opinion... BANGUNLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For exshahianzProfil   Hantar PM kepada exshahianz   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-04-04 18:33


Satu pandangan yang baik. Ya mahasiswa/i bukan duduk berforum, berseminar untuk berbincang di bilik air-cond semata-mata untuk menjadi mahasiswa kangkung atau beretorik tentang hal-hal yg tak penting dan mengikut telunjuk sesetengah pihak, cth PMI yg banyak mengikut cakap Pas, Wawasan yg tengelam dalam kerajaan. Mahasiswa boleh menyokong politik samaada pas atau UMNO tetapi bukan untuk di perkudakan.
Dalam hal ini eloklah di cadang supaya mahasiswa turun padang menyelami masalah-masalah ummah dan bertindak menyelesaikannya secara bijaksana dan mengikut kemapuan yg ada. Wallahua'alam


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-04-04 18:55




MAHASISWA KANGKUNG??hehe lucu lah pulak istilah tu..tp..idea yg diberikan itu diterima!!

Adik-adik kita tak selamat..kaum wanita tak selamat..semuanya jadi takut!!

OK..bagi mereka yg nampak peranan mahasiswa..so..go on la..bertindak mengikut IPT masing2..canangkan kat MPP..supaya adakan memorandum bantahan kpd Kementerian...kaji balik kenapa punca kesalahan!!apa yg patut dibetulkan...

Hakikatnya..rata-rata sek berlaku insiden ini..baik di sek.agama ke..atau sek harian biasa...skrg ni..kita sbg mahasiswa perlu highlightkan aje keprihatinan kita..khususnya melemparkan idea yg berkesan kpd guru-guru utk mengawal selia sek masing2..sbb nmrk sndr pasti arif suasana sek itu bagaimana..
Mahasiswa boleh pergi ke sekolah..tp-..apalah sgt yg dpt kita laksanakan..kecuali bagi motivasi kpd adik2 dlm bentuk seminar..atau program bakti siswa...kita tak leh masuk ikut redah jer ke sekolah dgn membawa meseg..MAHASISWA LIDAH MASYARAKAT dan sbgnya...

atau ada pendapat yg lain..??wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 02-04-04 19:02


Bagus juga buat memo bantahan tetapi kita kena tengok siapa menteri kita. Jadi saya nak tanya ler sbb skrg ada dua kementerian yg jaga bidang pendidikan. Lawak jugak idea Pak Lah ni, apa pun MPP yang sebelum ni begitu aktif, maka aktif-aktif kan diri anda dengan isu-isu sebegini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

exshahianz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6202
Posting: 88
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-04-04 01:44


mungkin memorandum merupakan satu penyelesaian yang ade.. tapi bagi exs yg paling penting kita turun bersama mereka... yerlah exs sure kebanyakkan mahasiswa sekarang nie sedanga bercuti.. apa kata gunakan masa nie untuk kita menyumbang tenaga kita.. gerak kerja kemasyarakatan perlu diperkemaskan dan diperbanyak untuk mengoptimumkan sumbangan mahasiswa kepada masayarakat terutama nya remaja.. tak kisah le berwadahkan apa.. yg penting kita bergerak... bukan beretorik


Bookmark and Share

    


  Member Information For exshahianzProfil   Hantar PM kepada exshahianz   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-04-04 10:11


Masuk kelab silat terbang ke,taaekwando ke..senang cerita...dia nak buli kita..kita kasi"pang"pd dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

exshahianz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6202
Posting: 88
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 14:47


Quote:

On 2004-04-05 10:11, JoshuaIsfahan wrote:
Masuk kelab silat terbang ke,taaekwando ke..senang cerita...dia nak buli kita..kita kasi"pang"pd dia..



baik blaja menembak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For exshahianzProfil   Hantar PM kepada exshahianz   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 15:06


Nak menembak, huh nanti di tuduh pengganas plak. Banyak cara untuk menanganinya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 15:17


masalah ni akan sentiasa berlaku...
ia berlaku secara turun temurun...
generasi ke generasi seterusnya...
dijadikan sbg satu budaya...
bila anda junior anda akan ditindas senior...
bila anda telah menjadi senior anda pula yg akan menindas senior...
perkara ini akan terus berlaku...

so, dimana silapnya???
semua pihak kena mainkan peranan...
terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa...
generasi muda ini perlu didik dgn baik sejak dari kecil lg...
pendidikan agama tu amat penting...
jgn pinggirkan agama...
mrk adalah pemimpin masa hadapan...
melihatkan masalah sosial yg teruk dikalangan remaja sekrg ni, tentu masa depan neg akan hancur...

-----------------
Hai org-org yang beriman, jika datang kpdmu org fasik membawa suatu berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui kdaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu. (Al-Hujurat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-04-04 15:29


Quote:

On 2004-04-05 15:17, Engku_Salina wrote:
masalah ni akan sentiasa berlaku...
ia berlaku secara turun temurun...
generasi ke generasi seterusnya...
dijadikan sbg satu budaya...
bila anda junior anda akan ditindas senior...
bila anda telah menjadi senior anda pula yg akan menindas senior...
perkara ini akan terus berlaku...



Contoh paling jelas ialah ketika minggu orientasi di IPT...
macam mana mahasiswa nak atasi masalah gangsterisme kalau mahasiswa sendiri yang membudayakannya di IPT..
minggu pertama di IPT lagi mahasiswa sudah disambut dengan suasana 'ilmiah' tersebut..
tak sesuai langsung dgn personaliti mahasiswa..
bukan sahaja buli membuli.
malah program tari menari dan kebudayaan lebih ditekankan dr akademik..
keliru dengan status mahasiswa..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-04-04 10:38


Mengatasi gengsterisme - Muhasabah dan munafakat dalam tindakan

Oleh Zamri Mohamad

Tidak kira di mana sahaja berada, para ibu pasti menginginkan suasana yang selamat dan terkawal untuk anak-anak mereka di sekolah yang berperanan mengangkat kualiti pendidikan. Dengan suasana komuniti berhadapan dengan gejala dadah, gengsterisme dan pemilikan pistol secara berleluasa, ia mengancam dan membebankan prinsip-prinsip yang kita dukung selama ini. Sesiapa yang merasakan diri mereka tidak terancam dengan suasana begini, sebenarnya mereka golongan yang naif.

Kenyataan yang disuarakan oleh Micheal Durso, Pengetua Sekolah Tinggi Springbook dalam majalah Washingtonian bertarikh September 1997, memperlihatkan gambaran situasi mencabar yang mengganggu-gugat sistem pendidikan di Amerika Syarikat. Apa yang disuarakan oleh beliau bukannya masalah dalaman mereka sendirian kerana Malaysia dan negara-negara lain turut berhadapan dengan gejala yang sedang tumbuh menjadi budaya. Soalnya hari ini bukan siapa hendak dipersalahkan tetapi mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah yang membantutkan proses perkembangan minda dan tamadun manusia. Institusi-institusi pendidikan seperti sekolah telah dicabar oleh ahli-ahlinya sendiri, iaitu para pelajarnya dengan tindakan-tindakan melampau yang membawa kepada mudarat dan bahaya.

Kisah terkini yang menyambung dilema pendidikan negara dengan kematian seorang lagi pelajar Muhammad Farid Ibrahim, yang mati dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor, Ampangan seolah-olah memberi satu lagi tekanan dalam menyelesaikan keadaan ini. pendarahan otak, usus pecah dan lebam hati akibat kesan pukulan dengan objek keras merupakan hasil terbaru kesan gejala yang tidak dapat dibendung sepenuhnya. Lebih parah lagi, sekolah agama kerajaan merupakan lokasi kejadian ini berlaku.

Para pelajar sekolah dikelompokkan kepada dua, kelompok kuat dan lemah. Sebagaimana kebiasaan yang lemah tiada tempat bergantung melainkan hanya mampu mengadu apabila ditindas yang kuat. Suasana sebegini berlaku sama ada di sekolah harian mahupun berasrama. Ketika ini kita perlu sekali lagi menilai keberkesanan sistem dalam mendidik hati para pelajar selain mempertingkatkan kemampuan mental pelajar dalam dunia akademik serta persiapan kerjaya masa hadapan. Selagi rasa ego, senioriti, tuan-hamba berlegar dalam minda pelajar, selepas ini kita bakal melihat satu lagi pelajar menjadi ganti Muhammad Farid Ibrahim kepada kes yang mungkin dilupakan masyarakat sebulan dua ini.

Terdahulu, hukuman merotan dilihat dapat membendung masalah gengsterisme di kalangan pelajar apabila cadangan ini diterima pakai dan disokong oleh banyak pihak. Kelihatan ia seperti satu cara yang berkesan kerana memberi kesan kepada pelajar. Tetapi, sejauh mana keberkesananya dapatkah ia dinilai melalui kajian atau angka-angka statistik salah laku di kalangan pelajar merupakan perkara penting untuk dilihat semula.

Dunia moden banyak membawa kepada perubahan pemikiran manusia melalui limpahan maklumat serta pergaulan yang semakin luas sempadannya. Remaja sebagai pelajar abad ini semestinya berhadapan dengan perubahan tersebut yang mana mereka sedar dan sanggup meredah risiko atas perbuatan mereka. Sebagaimana dikongsi oleh rakan penulis pada zaman persekolahannya, pelajar yang dihukum rotan masih mampu tersenyum kerana apa yang dilakukan sudah dilaksanakan. Malah satu ketika, terdapat sekolah yang menjemput bapa pelajar sendiri untuk merotan anaknya di hadapan ribuan pelajar.

Kesannya cukup mendalam, rasa malu dan terhina dengan hukuman sedemikian. Ia mungkin membantu membantutkan sikap samseng dan kurang ajar pelajar tetapi kita perlu mengambil kira bagaimana sikap pelajar-pelajar keseluruhan sebagai komuniti kecil yang turut menyaksikan dan mengetahuinya? Persoalannya, sama ada pelajar-pelajar mempunyai sikap mengambil berat serta memberi sokongan dan melihat rakan yang dirotan dengan rasa simpati atau disambut pula dengan sindiran keras. Jika berlaku keadaan kedua, siapa pula bakal menanggung risiko baru seterusnya, guru yang menghukum, keluarga atau rakan-rakan yang menyindir?

Hukuman rotan perlu dilakukan secara bijak setelah usaha-usaha lain sebelumnya telah dilakukan dan diperbaiki kelemahannya. Pada 18 September 2003, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan kejadian seorang pelajar Sekolah Menengah Teknik Arau, Mohd. Firdaus Abd. Rahim, 16 dipukul oleh sekumpulan pelajar senior sekolah itu sehingga terpaksa dibedah adalah serius dan kejam. Secara fizikal, ia kelihatan begitu dan dalam masa yang sama masyarakat turut bersifat kejam jika hanya terus menerus menyalahkan pelajar walhal gejala-gejala luaran dibiarkan menerobos masuk ke minda mereka.

Jauh daripada memastikan keselamatan sekolah dikawal melalui peraturan, hukuman dan amaran, kita perlu menyedari sekolah bukannya sahaja pusat mendidik para pelajar, mempersiapkan mereka dengan pelbagai jenis ilmu dan memastikan mereka dapat pergi jauh lagi dan membina kerjaya yang cemerlang, malah ia merupakan institusi moral dan budaya pelengkap kehidupan hari ini dan akan datang. Lebih penting lagi, sekolah berperanan secara tiga hala, mendidik murid, guru dan ibu-bapa sendiri.

Mesyuarat tahunan PIBG yang menghimpunkan guru-guru dan ibu bapa seharusnya tidak sekadar membentangkan laporan kewangan dan aktiviti tahunan sekolah atau pencapaian akademik dan kejayaan sukan semata-mata, tetapi menjadi medan membincangkan permasalahan ini dan mendidik ibu-bapa tentang fungsi sekolah yang sebenar, mendengar permasalahan guru-guru dan kehendak mereka untuk bekerjasama dengan keluarga murid serta dalam masa yang sama guru-guru yang berpengalaman perlu bersedia memberi saranan-saranan membantu pihak sekolah dalam proses pendidikan terus ke rumah pula.

Kerjasama mengembangkan fungsi sekolah sebagai pusat perkembangan nilai-nilai murni pelajar sentiasa dititik beratkan oleh warga pendidik. Namun jika masih dengan idea-idea lama untuk mengatasi masalah-masalah baru yang timbul di kalangan pelajar yang silih berganti, seolah-olah meletakan institusi pendidikan di ambang maut. Islam meletakkan elemen kerjasama dan muafakat dalam apa jua tindakan. Maka, konsep ini perlu ditekankan dan diperluaskan kefahaman dan gerak kerja yang perlu disesuaikan. Ia merupakan budaya dalam unit keluarga sehinggalah kepimpinan nasional. Al-Quran menyebut di dalam surah Ali-Imran ayat 159, Bermusyawarahlah kamu dengan masyarakat dalam urusan itu.

Konsep muhasabah dalam setiap tindakan perlu juga di ambil kira. Kita perlu menyedari kewujudan sebilangan kecil golongan pendidik menjadi medium pengantara yang membawa budaya buli dan pukul memukul. Sebagaimana berlaku di Jepun, seorang guru sekolah rendah berumur 46 tahun telah digantung kerja oleh Lembaga Pendidikan Bandar Fukuoka setelah didapati membuli anak muridnya berumur 9 tahun secara terus menerus dengan memegang kedua-dua belah telinga pelajar tersebut dan mengangkatnya serta menariknya ke sana sini sambil memicit hidungnya. Apakah dalam setahun dua yang akan datang pelajar yang menjadi mangsa gurunya akan memperlakukan perkara yang sama terhadap pelajar-pelajar yang lain atau mungkin lebih daripada itu?

Berfikir dalam bertindak, menilai dan kritis sebelum melakukan sebarang tindakan adalah perkara-perkara penting untuk menjadikan konsep muhasabah diri berkesan terhadap diri. Menjaga kualiti peribadi adalah salah satu perkara yang perlu dipertahankan oleh guru-guru hari ini. Cabaran pasti akan datang, dengan sikap murid yang pelbagai dan kadang kala menyakitkan hati tetapi jangan sampai ia melemahkan daya juang dan kesabaran untuk mendidik.

Tradisi Islam meletakkan guru-guru sebagai jentera yang menggerakkan minda pelajar untuk memenuhi tanggungjawab dan amanah. Ibu bapa pula seharusnya mendukung usaha keras guru melalui sokongan moral dan sifat peka terhadap permasalahan serta cabaran dunia pendidikan hari ini. Koordinasi kerjasama guru dan ibu bapa adalah satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah ini. Jurang komunikasi interpersonal antara guru dan pelajar juga perlu diberi perhatian. Kita menyedari ada guru-guru yang berjaya menjalin hubungan baik dengan anak-anak didiknya sehingga suasana yang terbentuk sangat mesra dan harmoni, seolah-olah pelajar tersebut mempunyai keluarga kedua yang sangat memahami isi hatinya dan menjadi tempat rujukan dalam menghadapi permasalahan remaja. Sebaliknya, hubungan renggang membawa kepada situasi pelajar melihat guru sebagai individu asing yang digajikan untuk menyampaikan ilmu mengikut sukatan dalam waktu yang diperuntukan dan hubungan setakat dalam sempadan sekolah.

Terdapat empat kategori etika komunikasi guru dan murid. Pertama, guru hanya menyampaikan dan pelajar menjadi pendengar yang pasif. Mereka tidak dapat bertanya apabila mereka tidak faham. Demikian juga guru tidak mengetahui apakah pelajarannya dapat diikuti ataupun tidak. Melalui jenis hubungan ini, bahan pelajaran, dapat diselesaikan dalam waktu yang singkat. Lebih buruk lagi apabila konsep komunikasi interpersonal sebegini meletakan pelajar dan guru sebagai objek berdasarkan status mereka tanpa sebarang ikatan peribadi sama sekali.

Kedua, komunikasi antara seorang murid dan seorang guru secara individual. Antara pelajar dan pelajar tiada hubungan. Pelajar tidak dapat berdiskusi dengan teman atau bertanya sesama sendiri. Nilai-nilai kerjasama dan ukhuwah tidak dapat dibentuk dalam diri pelajar sehingga lahirlah golongan yang mementingkan diri, manipulasi dan jurang antara pelajar yang berlainan latar kehidupan.

Ketiga, hubungan sehala antara murid dan guru ditambah dengan hubungan antara pelajar sahaja tanpa wujud suasana perbincangan dan persefahaman. Terakhir, hubungan komunikasi berangkai di mana pelajar dapat mengadakan hubungan yang tidak terbatas. Guru dapat mengetahui apakah pelajarannya dan bimbingannya dapat difahami dan diterima oleh pelajar. Perbincangan juga dapat mengupas sekecil-kecil perkara atau sebarang ketidakpuasan dalam pembelajaran, di antara guru dan pelajar malah konsep kerahsiaan individu mulai terbuka kesan daripada rasa kepercayaan dan amanah yang dipersetujui bersama sesuai dengan kehendak Islam menghormati hak individu. Bergantung kepada seorang guru melihat etika komunikasi yang diikuti dan sejauhmana ia membantu pelajar dalam kehidupan sekolah dan sekitar.

Salah laku pelajar yang membudayakan nilai-nilai baru membahayakan ini adalah titik persoalan sama ada kita sebagai seorang guru, ibu atau ayah yang mewakili masyarakat keseluruhan bersedia duduk bersama memahami satu sama lain dan memperbaiki diri dan sama-sama bekerjasama demi memperbaiki keadaan hari ini.

Sumber: Utusan Online

Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...



[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2004-04-07 10:39 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099688 saat. Lajunya....