Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika perjuangan itu adalah kerana perut, nilai perjuangan itu sama dengan apa yang keluar dari perut.
-- Imam Syafie

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 21 jam, 31 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Antara Ibu atau Anak


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Antara Ibu atau Anak

Please Mendaftar To Post


Oleh Antara Ibu atau Anak

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 01-04-04 17:56



...

Seorang ayah berjalan mundar-mandir di
lorong hospital, gelisah akan keadaan isterinya yang akan melahirkan
anak sulung mereka.setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar
tangisan bayi. tiba-tiba, seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari
ruang persalinan menuju
kearahnya.


"Bagaimana keadaannya doktor?" tanyanya penu harap. "Maaf encik,
kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal si ibu sudah tak sedarkan
diri!" jawab doktor itu. "Jadi bagaimana doktor ... ?" "Kami tak mungkin
dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi... masih ada harapan.

Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau menyelamatkan
si bayi . Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata... ... .

"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong
cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung... Saya serahkan sepenuhnya kepada doktor.

Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.

Doktor pun bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia
sudah berpengalaman menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini.
Dan dia tahu apa yang harus dilakukannya.

Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh
mempengaruhi keputusan disaat genting. Seorang
doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak,
dan mengorbankan si ibu.

Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan
mengorbankan si bayi. memang benar, dua-duanya
adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.

Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah
membawa dosa, doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal".

Manusia yang lahir sudah menanggung dosa Nabi
Adam dan Hawa untuk menebusnya ia harus mengikuti seorang
penyelamat yakni penebus dosa. (Ketua Paderi atau Pope). Doktor Kristian
itu akan berjuang sedaya upaya untuk menyelamatkan si anak, agar dia dapat
lahir dengan sihat dan selamat walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si
ibu.

Doktor berharap, setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan
untuk dibaptiskan, untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal
sebelum dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya
belum sempat ditebus.

Dalam ajaran Islam, setiap manusia yang lahir dalam keadaan
fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan
si ibu, kerana dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka.

Dengan terselamatkannya si Ibu, insyaAllah setelah sihat kembali
akan dikurniai kekuatan untuk mengandung lagi dan mudah-mudahan
mendapatkan ganti yang lebih baik, yang lebih soleh.sedangkan anak yang tak
sempat
terselamatkan, biarlah ia kembali ke penciptaNYA dalam keadaan suci.
Mungkin lebih baik sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh
tipu daya ini agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.

Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki tadi tak sempat untuk
memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada
doktor itu. Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan.

Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar,
dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti. Kisah di
atas adalah salah satu daripada contohnya.

Beruntunglah orang yang selalu diberi jalan
untuk mencari Ilmu yang bermanfaat, yang selalu dijadikan pedoman
dalam mengambil keputusan dari sekian banyak pilihan yang ada.

Kerana itu saya ingin berpesan kepada saudara-saudaraku kaum
muslimin dan muslimat, teruslah mengkaji ilmu-ilmu agama,
mudah-mudahan pengetahuan yang kita peroleh akan semakin memantapkan kita
dalam memutuskan suatu masalah, dan semoga akan lebih mendekatkan kita
kepada Allah SWT.

Amin ya rabbal alamiin.
wallahualam bissawab.
Wassalam

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit
mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn
keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati."



Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

qalbun_nisa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 487
Posting: 63
Dari: ntah

Sabah  


posticon Posting pada: 07-04-04 12:01


bismillahir rahmanir rahim
assalamualaikum w.b.r.
alhamdulillah..hamdan lahu wassolatu wassalamu 'ala rasulihi wahabibih

barakahllahu fik.. info ni menyentuh rohani, mengetuk pintu pemikiran.. walaupun satu pengetahuan yg nampak ringkas dan direct.. tapi ada makna mendalam dan tersirat yg boleh dan harus difikirkan..sama2 la kita renung2kan. Antara Islam dan Kristian...

-----------------
Tuhan..
Dosaku menggunung tinggi..
Tapi rahmatMu melangit meluas...
Harga selautan syukurku...
hanya setitis NikmatMu di bumi...
Tuhan selangkah ku dekat padaMu...
seribu langkah Kau dekat padaku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For qalbun_nisaProfil   Hantar PM kepada qalbun_nisa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.322172 saat. Lajunya....