Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 20 jam, 57 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Guru gred 41 hingga gred 48 dibenarkan terlibat dengan politik


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Guru gred 41 hingga gred 48 dibenarkan terlibat dengan politik

Please Mendaftar To Post


Oleh Guru gred 41 hingga gred 48 dibenarkan terlibat dengan politik

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 16:34


KUALA LUMPUR: Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam sebuah parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.
- Bernama


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 16:38


tak ada maknanyerr....masih nak 'cucuk idung' guru2 kat Malaysia. Demokrasi cara Barisan Nasional dipelopori UMNO macam ni lah rupanya......mungkin dah terdesak sangat !


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 17:39


saya DG41...tapi tak minat lah main politik...
cuma peringatan kepada semua jangan lupa mengundi sebab FARDHU AIN...memilih pemimpin...


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 20:12


taktik umno....nak tarik pengundi balik.....kalau lah pembangkang tidak menang besar sebelum ni sudah tentu guru masih tak boleh berpolitik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Musafir_Ufuk_TimurProfil   Hantar PM kepada Musafir_Ufuk_Timur   Quote dan BalasQuote

minnie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.05.2005
Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-10 20:41


salam..bagi saya mungkin ada relevannya..yang penting,guru yang melibatkan diri dalam politik jangan lupa terus tanggungjawab utama mengajar dah..nanti kena soal kat sana,apa nak jawab..=)


-----------------
bersama meninggikan martabat ISLAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For minnieProfil   Hantar PM kepada minnie   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 30-07-10 22:14


pada saya Kenapa perlu highlight 'guru boleh berpolitik'...? nampak sangat selama ni kakitagna kerajaan yang bekerja sebagai cikgu2 ni terkongkong...

so bagaimana pula kakitgan kerajaan yang bukan guru di kementerian2 dan jabatan2? selama ni mereka memang diberi kebebasan ke untuk berpolitik? Kalau benar memang mereka bebsa selama ni nampak lah snagt yang sektor perguruan lah yang selalu kena kongkong..

dan Kalau memang pada asalnye semua kakitgan kerajaan tak boleh berpolitik...so disini kelihatan hanya guru saja diberi kebebasan berpolitik..bagaimana dengan kakitgan lain.,..?

erm..tak paham betul lah...memang sengaja nak bagi kredit pada 'guru'...


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 31-07-10 10:49


mengarut.
Allah mewajibkan politik, SPA pulak overide tuhan nak benarkan atau tidak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-08-10 12:09


Pada 30-07-10 22:14 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

pada saya Kenapa perlu highlight 'guru boleh berpolitik'...? nampak sangat selama ni kakitagna kerajaan yang bekerja sebagai cikgu2 ni terkongkong...

so bagaimana pula kakitgan kerajaan yang bukan guru di kementerian2 dan jabatan2? selama ni mereka memang diberi kebebasan ke untuk berpolitik? Kalau benar memang mereka bebsa selama ni nampak lah snagt yang sektor perguruan lah yang selalu kena kongkong..

dan Kalau memang pada asalnye semua kakitgan kerajaan tak boleh berpolitik...so disini kelihatan hanya guru saja diberi kebebasan berpolitik..bagaimana dengan kakitgan lain.,..?

erm..tak paham betul lah...memang sengaja nak bagi kredit pada 'guru'...



Inilah 'rupa' demokrasi yang dicanangkan oleh pihak kerajaan yang memerintah....yang pada hakikatnya adalah diktator atau pun tirani.

Guru2 ini kononnya diberi kekebasan berpolitik tapi dicengkam dengan arahan supaya berpihak hanya pada kerajaan sahaja.Sudah pasti guru2 yang nak terlibat perlu mendapat kelulusan dan mesti dalam pengetahuan bahagian perkhidmatan awam.Jika didapati guru2 berpihak pada pembangkang...mereka akan ditekan, di beri amaran bahkan akan dipindahkan bertugas di lain kawasan...jadi apa makna diberi 'kebenaran' terlibat kalau nak dijadikan robot yang cuma ikut arahan tuan??

Alangkah terdesaknya kerajaan dalam meraih sokongan rakyat...penjawat awam tidak dibenarkan memiliki kebebasan dalam fahaman politik mereka malah dipaksa menyokong pemerintah.....kononnya kerajaan telah banyak berjasa kepada kakitangannya dan gaji mereka juga dibiaya oleh kerajaan....huh macamlah gaji cikgu tu dari duit Najib saja, muhyidin yasin ke atau pun Dr M....padahal duit kita juga.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 01-08-10 17:04


a'ah lah myhoney..Kalau macam tu baik tarik balik kebebasan tu agar tak ada org ygs alah guna...malah ia lebih baik daripada ada yang berpolitik..nanti berat sebelah...apa benda lah..


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

samudra
WARGA SETIA
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20847
Posting: 721
Dari: Tanah Melayu

stkitts_nevis   avatar


posticon Posting pada: 03-08-10 08:35


Ada kawan dari jpn cakap , bila guru dibenar main politik ,senang mereka nampak penyokong parti mana jadi senang juga mereka nak sepak kat mana-mana , entahlah ..aku dah tak percaya janji BN ..



Bookmark and Share

    


  Member Information For samudraProfil   Hantar PM kepada samudra   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 03-08-10 15:31


Pada 01-08-10 12:09 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!




Inilah 'rupa' demokrasi yang dicanangkan oleh pihak kerajaan yang memerintah....yang pada hakikatnya adalah diktator atau pun tirani.



Tadi saya sempat mengikuti siaran langsung di TV1 dengan Speaker Dewan Negara. Beliau berulang kali menegaskan, baik dewan rakyat mahupun dewan negara, ia adalah dewan yang mulia kerana disitulah penggubal undang-undang bersidang dan hukum digubal. Mulia ke manusia gubal hukum?

Inilah demokrasi, baik tirani atau tidak, selagi mana menjadikan manusia sebagai penggubal hukum, ia tidak lebih jijik dari najis khinzir.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

rostanmohd
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2010
Ahli No: 39839
Posting: 42
Dari: Ipoh

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-10 13:53


penting jugak guru2 berpolitik.......tapi sebelum ini pun dah ramai curu2 pencing dan meletak jawatan untuk berpolitik.di sini saya ingin menyatakan kebimbangan kepad guru2 yang berpolitik masuk berpolitik dalam sekolah dan ke dalam bilik darjah........


-----------------
Insan yang lemah..........


Bookmark and Share

    


  Member Information For rostanmohdProfil   Hantar PM kepada rostanmohd   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.440113 saat. Lajunya....