Array
Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login | Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi |
|
[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ] Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Bekas Mufti Perlis ditahan Jais |
---|---|
mas_ayu |
Posting pada: 02-11-09 07:26
KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tengah malam tadi kerana disyaki mengajar tanpa tauliah.
Beliau ditahan di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika memberikan ceramah kepada lebih 100 pengikut. Apabila pasukan Jais memasuki premis berkenaan sekumpulan lelaki cuba menghalang anggota penguat kuasa menahannya. Turut berada dalam banglo berkenaan ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Saari Sungib, yang turut mempertikaikan kesahihan tindakan Jais untuk menahan Dr Mohd Asri. Anggota Jais dikatakan memasuki banglo berkenaan kira-kira jam 9 malam dan kelihatan membawa Dr Mohd Asri keluar pada jam 12.10 ke Balai Polis Hulu Klang. Polis yang memantau operasi turut berdepan masalah kerana tidak mempunyai waran tangkap dan hanya menjadi perantara bagi urusan membawa Dr Mohd Asri dan beberapa pengikutnya ke balai polis untuk diambil keterangan. Turut mengiringi beliau ke balai polis ialah Zuraida, Saari dan beberapa pengikutnya menaiki kenderaan Jais. sumber : Berita Harian Online ----------------- http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com |
mimi_eniliana |
Posting pada: 02-11-09 09:13
lah sabar sajalah...sampai begitu sekali gara-gara satu jawatan...
sekarang memang nak akhir zaman dah ni.. muncul nya bijak pandai hingga ulama2 boleh di aniaya dikutuk tanpa rasa malu.. ----------------- the key is ignorance to negativity.. |
syed |
Posting pada: 02-11-09 09:40
nak kena ada tauliah ke?tu kan menyusahkan para pendakwah..ate hapuskan sistem tauliah ni...
----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan.. |
rdwira |
Posting pada: 02-11-09 10:25
isk isk... Kenapa lah JAIS yang dibawah kerajaan Selangor bertindak sebegitu ?
----------------- http://sukatolong.wordpress.com/ |
gezerg |
Posting pada: 02-11-09 12:57
mungkin penggunaan kuasa 'tauliah' semata untuk mengelak ajaran sesat!! good untuk ada tapi agak kerterlaluan untuk ustaz yang dah well known di mata rakyat. wallahu'alam bissowab
----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya |
muslimah83 |
Posting pada: 02-11-09 13:06
Pada 02-11-09 12:57 , gezerg posting:
!!! QUOTE !!! mungkin penggunaan kuasa 'tauliah' semata untuk mengelak ajaran sesat!! good untuk ada tapi agak kerterlaluan untuk ustaz yang dah well known di mata rakyat. wallahu'alam bissowab yelah...membuatkan kita berfikir pula... rasa-rasanya ni angkara siapa... ----------------- "InDaHnYa IsLAm" |
eme86 |
Posting pada: 02-11-09 13:11
tadi pun dah terbaca kat dalam paper, terkejut juga,mungkin ada pro dan kontranya....tapi kalau difikir2kan, tidak menjadi kesalahan pun memberikan ceramah,tapi mungkin memerlukan permit....
----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU... |
wildan85 |
Posting pada: 02-11-09 14:30
ya ALLAH..
geram betul lah... semoga ALLAH menguatkan hati beliau... sekarang anda semua menyaksikan dengan jelas..siapa yang menhalangi jalannya dakwah...alhamdulillah, saya sangat memahami aqidah ustaz Asri...seorang yang sangat berilmu... baca ayat2 ni..semoga allah merahmati..dan do'akan dr Asri... ================================================ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَن سَبِيلِ اللَّهِ أَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ Orang-orang yang kafir dan menghalangi (manusia) dari jalan Allah, Allah menyesatkan perbuatan-perbuatan mereka. وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَآمَنُوا بِمَا نُزِّلَ عَلَى مُحَمَّدٍ وَهُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ كَفَّرَ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَأَصْلَحَ بَالَهُمْ Dan orang-orang mu'min dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka. ذَلِكَ بِأَنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا اتَّبَعُوا الْبَاطِلَ وَأَنَّ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّبَعُوا الْحَقَّ مِن رَّبِّهِمْ كَذَلِكَ يَضْرِبُ اللَّهُ لِلنَّاسِ أَمْثَالَهُمْ audio Yang demikian adalah karena sesungguhnya orang-orang kafir mengikuti yang bathil dan sesungguhnya orang-orang mu'min mengikuti yang haq dari Tuhan mereka. Demikianlah Allah membuat untuk manusia perbandingan-perbandingan bagi mereka. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
solskjaer |
Posting pada: 02-11-09 14:34
Pada 02-11-09 10:25 , rdwira posting:
!!! QUOTE !!! isk isk... Kenapa lah JAIS yang dibawah kerajaan Selangor bertindak sebegitu ? soalan Kenapa kerajaan selangor buat begitu kenala tanya rashdin...dia pakar dalam bab-bab bagi fakta yang tak berapa pasti ni... ----------------- Manchester United Truly Fans |
ipun |
Posting pada: 02-11-09 14:39 |
mas_ayu |
Posting pada: 02-11-09 14:40
Pada 02-11-09 14:34 , solskjaer posting:
!!! QUOTE !!! Pada 02-11-09 10:25 , rdwira posting: ----------------- http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com |
wildan85 |
Posting pada: 02-11-09 14:44
entah kenapa..tiba-tiba saja saya jadi macam nak marah saja dengar berita ni..netol2 geraamm..geram sangat-sangat dengan orang-orang bodoh tu...
jika hal yang buruk yang mereka lakukan, semoga ALLAH menjaga DR..dan menyadarkan orang-orang yang berbuat tu... ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
ipun |
Posting pada: 02-11-09 15:01
sabar saudaraku.......rasullulah dahulu dan para sahabat menghadapi dugaan yang hebat untuk menyampaikan isalam.islam asalnya dagang.akan kembali dagang.berbahagialah orang-orang yang mengigit dengan gerahamnya kuat2 Al-Quran dan Sunah...
|
Rashdin |
Posting pada: 02-11-09 19:29
Menurut malaysiakini:
Jais tidak jadi dakwa Dr Asri Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad | Nov 2, 09 11:09am kemaskini 1.05pm Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, setakat hari ini, tidak didakwa atas kesalahan mengajar agama tanpa tauliah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seperti dirancang. Kah kah kah... Nak tahan bekas mufti pun kena rancang ke??? Kalau dah rancang mesti ada master mind??? Siapa master mind dalam episod penahanan Dr Asri agaknya??? Kah kah kah... Bekas mufti negeri Perlis nak bagi ceramah pun tak boleh ke??? Apa punya sengal lah tindakan JAIS ni??? Kalau anda tahan guru dan pengikut ajaran sesat lah bagus lah weiii...!!! Kah kah kah... ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
mdfakhri |
Posting pada: 02-11-09 21:17
jais ni pun satu hal...org nak belajar pun buat hal....
yang org duduk buat maksiat berlambak,malas pula nak pergi tahan,..bawah lah 100 polis tu pergi tahan org buat maksiat lah....ni pergi tahan org nak menuntut ilmu..buat malu kat budak-budak ----------------- http://www.zazizukeropok.blogspot.com SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi |
gezerg |
Posting pada: 02-11-09 23:10
Pada 02-11-09 21:17 , mdfakhri posting:
!!! QUOTE !!! jais ni pun satu hal...org nak belajar pun buat hal.... ini petunjuk bagi orang yang mahu berfikir! insya-ALLAH terbuka hati orang terhadap agama.....cuma JAIS kena jalnkan tugas juga apabila 'kelas agama' semakin banyak, sebab takut masuk yang SESAT dalam korum tersebut. Wallahu'alam bissowab Moga ALLAH memberi hidayah ISLAM kepada penulis ini, isnya-ALLAH. ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya |
triptofana |
Posting pada: 02-11-09 23:10
betul tu...lebih baik pergi tangkap orang-orang yang terang terangan buat maksiat macam couple yang berpelukan kat taman2 bunga, orang yang minum arak atau yang berpakaian tak menutup aurat ke....
bekas mufti pun kena tangkap sebab berceramah tanpa permit, inikan pula ustaz pondok yang ceramah kat surau, mesti kena lagi teruk kan? ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman. |
mas_ayu |
Posting pada: 03-11-09 07:16
PM persoal motif tahan Dr Asri
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Perdana Menteri berkata, ramai penceramah agama yang membuat ceramah tidak ditahan, berbeza dengan kejadian yang berlaku terhadap Dr Asri. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Pasar Tani di sini, hari ini. Najib berkata penahanan Dr Mohd Asri kerana dilaporkan memberi ceramah tanpa tauliah oleh Jais malam tadi bagaimanapun tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat. ----------------- http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com |
mas_ayu |
Posting pada: 03-11-09 07:17
PM persoal motif tahan Dr Asri
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Datuk Mohd Asri Zainal Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). Perdana Menteri berkata, ramai penceramah agama yang membuat ceramah tidak ditahan, berbeza dengan kejadian yang berlaku terhadap Dr Asri. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Pasar Tani di sini, hari ini. Najib berkata penahanan Dr Mohd Asri kerana dilaporkan memberi ceramah tanpa tauliah oleh Jais malam tadi bagaimanapun tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Pusat. sumber : Berita Harian Online ----------------- http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com |
marul |
Posting pada: 03-11-09 08:41
Sibuk rebut kan jawatan agaknya..tak pun kerja si ahbash..
Tak habis-habis memfitnah.. ----------------- ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/ |
ibnushahabudin |
Posting pada: 03-11-09 10:57
assalamualaikum,
agak-agak nya, ini lah balasan kepada DR Asri barangkali sebagai kaffarah dosa2 dia yang lalu. Saya bukan membenci Dr Asri, saya kekadang pun setuju dan tertarik dengan artikel2 yang diolah olehnya. Apa yang saya lihat dan dapati dr Dr Asri ini adalah kekadang ego dia mendahului minda tajdid dirinya sendiri. Tahun lepas, dr Asri begitu lantang mengutuk dan memerli Us nuruddin al banjari kerana mengatakan dia mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang bersalam dengan ustaz nuruddin, kelak akan masuk syurga. Tanpa memberi peluang kepada ustaz nuruddin, Dr asri menghentam nya seolah2nya dirinya sesat dan murtad. atas kapasiti dirinya ketika itu sebagai SS mufti perlis, dr maza kena berhati-hati mengecop org alim dan berkredibiliti seperti ustaz nurrudin sebagai 'tak betul'. Ulasan us Nurrudin amatlah menarik dalam isu ini. Beliau hanya memetik sebuah hadis dr Rasullulah dimana, sapa yang salam dengn baginda, dan siapa yang bersalam dengan org yang pernah bersalam dengan ku, akan masuk syurga (lebih kurang begitulah maksudnya). Ustaz Nuruddin menerangkan yang dikatakan 'bersalam' itu adalah org yang mengikuti apa yang diperintah oleh Allah dan RasulNya baru maksud syurga dan bukan perbuatan bersalam itu semata-mata yang membawa seseorang masuk ke dalam syurga. Instead untuk memahami maksud hadis tersebut, Dr MAZA telah mengambil harfiah hadis tersbut, lalu terjadi nya fitnah terhadap ustaz nurruddin. Sampai sekarang, tidak lah saya lihat atau terbaca sebuah kenyataan minta maaf dr DR Maza dalam isu ni. Dr Maza dulu pun pernah menghentam demonstrasi BERSIH sebagai suatu perbuatan pemberontakan. Tidak pula Dr Maza memberi komen tentang peranan polis dan kerajaan dalam menangani dan menjawab isu ini secara berkhemah. Didalam artikel nya baru-baru ini, dia menceritakan peihal DR Hamka ketika DR Hamka datang ke semenanjung nusantara, terjadi nya fitnah yang hebat terhadap diri Dr Hamka dan bapanya oleh mufti2 'tanah malaya' kerana membawa pendekatan yang berbeza daripada mereka. Dr Maza mengutip beberapa kenyataan DR Hamka dalam bukunya yang berjudul 'ayahku' dengan mengatakan DR Hamka dicop murtad dan sesat oleh golongan2 ini kerana pendapat2 DR hamka sendirik. Maka disini lah persoalan saya, tidakkah DR Maza sedar yang tindakan dia menghentam Ustaz Nuruddin juga adalah lebih kurang sama terhadap apa yang dilakukan oleh mufti2 terdahulu terhadap Dr Hamka? Kapasiti DR Maza ketika itu sebagai Mufti mebuatkan pendapat dirinya diterime ramai membuatkan apa yang diperkatakan membuatkan org cenderung kepada pendapat beliau sebagai kebenaran. Tangkapan DR MAZA tanpa waran tangkap dan sebab tahanan juga adalah sama seperti apa yang dilakukan pihak polis terhadap golongan 'pemberontak' yang terlibat dalam BERSIH beberapa tahun lepas. Sekali lagi saya ingin menegaskan, saya tidak membenci DR Maza, malah saya menghargai peranan dirinya sebagai seorang yang berani dan berpengetahuan. Mungkin kejadian ini Allah nak tunjukan kepada dirinya apa yang dirasai oleh org lain apabila dia memperkatakan sesuatu atau mengeluarkan pendapat dengan mengetahui kapasiti dirinya sebagai seorang tokoh yang diambil berat pandangan nya supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan pandangan. Dr Maza berulang2 kali menyebut bahawa dia suka didalam keadaan yang neutral, tidak memihak kepada UMNO dan PAS dalam sesuatu isu. Saya menghormati pilihan dan kedudukan DR Maza. cuma saya mengharapkan, selepas ini, dia akan lebih mepersoalkan peranan kerajaan sesetengah isu terutamanya dalam menjaga akidah umat islam Malaysia dengan memberi pandangan tegas dan berani dalam isu-isu berkenaan SIS, Ayah Pin, dan sebagainya. Wallahu'alam.... |
Rashdin |
Posting pada: 03-11-09 11:41
dari berita harian..
Kerajaan negeri telah dimaklumkan bahawa Jais - yang memiliki kuasa yang bebas dari kekangan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan Eknamen Pentadbiran Agama Islam Selangor jadi mesti ada tangan2 ghaib yang suruh buat benda ni ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
izdham |
Posting pada: 03-11-09 12:29
aku taknak komen sangat isu ni cuma agak hairan, bila nak ajar ilmu agama pun di susahkan dan juga pelik bila sister in islam menjmput amina wadud untuk buat ceramah tertutup dulu jais duduk dalam kelambu saja....adakah aminah wadud tu dapat tauliah dr jais ke??? kalau nak adil, laksanakan peraturan tu untuk semua tak kira dia tu anak bekas pm pun......
|
broshahir |
Posting pada: 03-11-09 14:29
Umat perlu mantapkan akidah, bukan bersengketa soal fiqh atau ekstrem mazhab
"SEMUA permusuhan boleh diharapkan perdamaian kecuali permusuhan akibat hasad dan dengki." (Diwan Al-Imam Al-Syafie: 49) Ungkapan, al-Imam al-Syafie jelas menggambarkan sifat semua manusia. Ia akan menjadi amat hodoh apabila menimpa mereka yang mendakwa diri alim dalam beragama. Ungkapan ini muncul daripada pengalaman Imam al-Syafie yang pernah menjadi mangsa permainan kejahilan pentadbir dan politikus yang jahat dan suka menyalahgunakan kuasa. Akibatnya beliau disisih, dihalang daripada mengajar dan berceramah, hatta dalam rumahnya sendiri. Lebih sedih untuk tujuan mengaibkan kemuliaan imam yang digelar nasirus sunnah (pembela sunnah Nabi SAW) ini, beliau digari, dirantai dan diseret dari Yaman menuju ke Baghdad akibat dituduh perkara yang tidak pernah dilakukannya. Semuanya hasil kelemahan dan kebodohan pemerintah yang hanya mendengar nasihat orang bodoh dan jahil tetapi berlagak serta berlakon umpama orang alim dalam disiplin agama. Tidak kira Muslim yang jahil atau alim, dari kalangan orang biasa atau ulama, sesungguhnya sifat hasad merosakkan akal dan jiwa, agama dan urusan dunia mereka. Disebabkan hasad, seseorang tidak boleh mengawal dirinya membenci, memusuhi dan mencuba menjatuhkan saudaranya sehingga lupa bahawa pernah turun ayat al-Quran yang mengingatkan supaya menghapuskan sifat dengki dari hati mereka. Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa; Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara kami yang sudah beriman lebih dulu daripada kami dan janganlah Engkau membiarkan rasa dengki dalam hati kami terhadap orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Hasyr: 10). Hasad dengki di kalangan ulama memang wujud, bahkan penyakit hati inilah yang paling besar bahayanya, mengotori kesucian ilmu dan agama, menebarkan kebusukan dan kejahatan yang ditunggangi oleh nafsu iblis. Setiap manusia ada syaitannya, tak kira nabi dan rasul, inikan lagi manusia biasa yang digelar ulama. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang pun daripada kamu melainkan ia diiringi temannya daripada jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: Dan padamu juga, wahai Rasulullah? Sabda Baginda: Padaku juga, tetapi Allah Azza Wa Jalla membantuku terhadapnya sehingga dia tiada menyuruhku kecuali kebenaran saja." (Hadis Muslim) Persaingan antara ulama untuk mendapat perhatian, kedudukan tinggi, kemuliaan dan kehormatan yang dijulang pengikut yang ramai menunjukkan ulama tetap manusia biasa. Siapa yang tak teringin dunia, kuasa dan nikmat yang berkekalan, bukankah ini tabiat semula jadi penciptaan manusia? Mengapa golongan kononnya berilmu ini terbabit juga dengan penyakit hati yang Rasulullah SAW sifatkan seperti pisau pencukur? Puncanya kerana ilmu yang dituntut belum sempurna dan hakikatnya ia tidak akan sempurna sampai bila-bila kecuali ilmu itu diwarnai dengan iman dan akhlak hasil pengalaman terhadap sedikit titisan ilmu anugerah Allah SWT. Ilmu Allah SWT begitu luas dan tiada siapa mampu mencapai kesempurnaannya. Jadi, sesiapa ulama yang menyangka dirinya lebih berilmu daripada saudaranya, sesungguhnya ia tertipu oleh ilmu sendiri. Bukankah guru kita sering mengingatkan dengan ajaran imam yang kita agungkan, al-Imam al-Syafie bahawa: "Kataku mungkin salah dan kata penentangku mungkin benar." Juga panduan dalam menilai yang benar, al-Syafie mengajarkan: "Jika (dalil penentang itu adalah) hadis yang sahih, maka itulah mazhab aku." Perbezaan pandangan seharusnya tidak memicu permusuhan dan dendam pada mereka yang bergelar pewaris Nabi. Sifat tawaduk jelas terakam dalam keperibadian empat imam mazhab yang masih kekal hingga kini. Maka jangan sesiapa cuba mengeksploitasikan hal ini. Imam Abu Hanifah berkata: "Inilah pendapat Abu Hanifah dan inilah sebaik-baik pendapat yang kami capai dan orang yang mendatangkan yang lebih baik daripadanya, itulah yang lebih benar." Imam Malik berkata: "Saya ialah manusia biasa, boleh benar boleh juga salah, maka perhatikanlah pendapat saya ini. Apa yang bersesuaian dengan al-Quran dan sunnah ambillah dan yang tidak sesuai tinggalkanlah." Imam Ahmad Hanbal berkata kepada Abu Daud: "Janganlah engkau bertaklid kepadaku, jangan bertaklid kepada Malik, jangan bertaklid kepada al-Thauri dan al-Auza'i, ambillah pendapat dari tempat mereka mengambil (iaitu al-Quran dan al-Sunnah)." (Ilmu Perbandingan mazhab, Prof Dr Hasbi Ash-Shiddiqie) Imam Al-Syafi'ie pula mengatakan: "Jika kamu dapati apa yang ada dalam kitabku menyanggah sunnah Rasulullah SAW, maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku." (Syiar Alam Al-Nubala' al-Zahabi Jilid 10, halaman 34). Malang sekali, pengikut yang mengaku pembela mazhab mereka saling bertikam, bersaing dan berdendam layaknya seorang jahil. Di kalangan orang awam lagi teruk keadaannya akibat momokan Wahabi. Padahal fahaman ini tidaklah sebagaimana tuduhan jahat yang dilemparkan orang jahil yang mengaku membela fahaman tertentu. Fitnah yang ditujukan kepada ulama yang tidak sehaluan, amat mengecewakan kerana ia dicetuskan oleh sesama orang alim yang dikawal oleh emosi dan nafsu untuk mempertahankan habuan dunia. Mengapa wajib mengamalkan mazhab tertentu, padahal zaman Rasulullah SAW tiada sebarang mazhab melainkan al-Quran dan Sunnah yang menjadi pegangan? Lagi pula disebabkan kerana bergaduh pasal fiqh yang amat remeh, maka hadis yang sahih daripada al-Bukhari dan Muslim ditolak akibat ia tidak mengikuti selera arus perdana. Akhirnya bab akidah yang menjadi teras keimanan diremehkan, muncul ajaran sesat yang semakin hangat kebelakangan ini sehingga penguat kuasa agama kecut perut untuk ambil tindakan dan ia tak mampu ditangani dengan baik. Penjahat sebenar dibiarkan bebas, tetapi ulama yang amanah dengan ilmunya dicemburui, disekat, difitnah bahkan kalau boleh dipenjarakan, sedangkan pintu dialog dan berbahas secara akademik dan profesional boleh dilakukan. Bukankah sejarah pernah mencatatkan dialog antara Tok Kenali dengan penentangnya pernah berlaku di pekarangan Istana Kelantan suatu ketika dulu, bahkan perkarangan Istana Selangor di tapak Kolej Islam Klang sekarang turut pernah memperlihatkan golongan ulil amri dan sultan berbahas secara akademik dan jujur dilakukan antara ulama yang berbeza pendapat diadakan bagi menjaga kesucian agama ini. Belum lagi masalah umat yang semakin kompleks dengan isu maksiat remaja, keganasan rumah tangga, kes kekeluargaan syariah yang lambat, amalan rasuah hingga sikap dan akhlak umat Islam di jalan raya pun sampai kini belum dapat diatasi dengan berkesan, walaupun pelbagai usaha dilakukan. Malangnya jika orang yang berkhidmat untuk agama terheret dengan sifat saling mendengki bagaimanakah masa depan umat ini? Jelas, kita perlukan pimpinan yang jiwanya besar dan jujur dalam menjalankan amanah untuk dirinya. Api hasad dengki itu merebak dengan pantas. Ia membawa kerugian amat besar kepada umat Islam. Kemajuan umat yang bergantung dengan toleransi akan terbantut dengan sikap hasad dan prejudis yang semakin menjadi-jadi. Betapa pentingnya memiliki sifat ketakutan kepada Allah SWT. Sifat khasyah (takut) kepada Allah SWT sudah dirakamkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya mereka yang amat sangat takutnya kepada Allah di kalangan hamba-hamba-Nya adalah ulama." Ini adalah pengiktirafan daripada Allah kepada ulama sebenar. Setiap pandangan, perbuatan dan pemikiran mereka dikawal dengan ketakutan dan ketundukannya hanya kepada Allah SWT, bukan takutkan kerusi dan gaji bulanannya. Maka dia tiada niat sedikitpun untuk menjatuhkan sesiapa demi meninggikan diri dan pandangan dirinya semata-mata. Inilah yang al-Imam al-Syafie fahamkan daripada al-Quran dan al-sunnah. Penulis ialah Mufti Perlis Dr Juanda Jaya Sumber: Berita Harian Online p/s: kalau diperhatikan, tulisannya ada sedikit sebanyak menyentuh pasal kisah ini. ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya. |
beeman |
Posting pada: 04-11-09 09:06
Penahanan Mohd. Asri disokong
JOHOR BAHRU 3 Nov. - Persatuan Kebajikan Al-Jamiatul Khairiah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin kelmarin. Presidennya, Datuk Syed Hussein al-Habshee berkata, pihaknya menerima banyak rungutan dan aduan di kalangan ahlinya dan masyarakat setempat di Wilayah Persekutuan dan Selangor tentang ceramah yang pendekatannya disyaki beraliran Wahabi. "Ramai yang mendesak agar persatuan membuat permintaan terhadap kerajaan supaya diambil tindakan bagi mengelak kekeliruan masyarakat setempat yang berpegang kepada mazhab Syafie," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Kelmarin, Mohd. Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah. Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000. Syed Hussein berkata, pendekatan yang disyaki Wahabi itu dikhuatiri akan memecah belah dan mengelirukan masyarakat khususnya generasi muda. "Kita tidak mahu sesiapa yang cuba menjadi jaguh keilmuan dengan mencetuskan kontroversi dan polemik melalui pendekatan bercanggah dengan mazhab yang diamalkan di negara ini," katanya. Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar diadakan muzakarah antara mufti-mufti berhubung pendekatan dan fahaman yang dibawa Dr. Mohd. Asri itu. "Mufti-mufti boleh membuat rumusan untuk membantu dan memberi panduan kepada umat Islam serta mencari jalan penyelesaian terbaik. "Perbincangan seterusnya adalah antara ilmuwan agama dengan Dr. Mohd. Asri sendiri," katanya. Syed Hussein berkata, apa yang berlaku seolah-olah sejarah berulang kembali kerana pada sekitar 2007, tiga tokoh ulama bermazhab Syafie dari Yemen juga tidak dibenarkan oleh Dr. Mohd. Asri berceramah tanpa tauliah di Perlis ketika beliau menjadi mufti negeri itu. Justeru, pihaknya percaya JAIS telah membuat pelbagai pertimbangan sebelum melakukan penahanan. p/s: resam orang berilmu, semakin tinggi ilmunya semakin merendah diri.tidak pernah mengangkat diri sendiri dengan title yang ada.tidak perlu mencetus kontroversi dan populariti.kita jangan menilai seseorang hanya berdasarkan ilmu tapi yang lebih utama taqwanya kepada Allah SWT.pesan ana bila wujud sebarang masalah maka kembalilah ke majlis mesyuarat.utamakan pandangan majoriti ulama.mohon maaf kepada penyokong dan pengikut Dr Asri atas pandangan ana ini. |
broshahir |
Posting pada: 04-11-09 10:03
Ini pula pandangan dari Ustaz Zaharuddin..
http://www.zaharuddin.net/content/view/887/72/ ----------------- Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya. |
wuzaraa |
Posting pada: 04-11-09 10:42
Pada 03-11-09 08:41 , marul posting:
!!! QUOTE !!! Sibuk rebut kan jawatan agaknya..tak pun kerja si ahbash.. Dalam UMNO biasa kita kedengangaran sesama ahli menjatuhkan, memfitnah dan mensabotaj ahli yang lain untuk naik. Sama saja dengan ulama' kerajaan. Seorang aliran wahabi salafiah dan seorang lagi asy'ariah, tetapi kedua-duanya adalah penyokong kerajaan kufur BN. |
Rashdin |
Posting pada: 04-11-09 11:37
Pada 04-11-09 10:42 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!! Pada 03-11-09 08:41 , marul posting: setahu saya wahabi ni fahaman bukannya mazhab.......diasaskan oleh ibnu taimiyah dan qayyim jauziah........tujuannya nak membetulkan balik banyak salah laku pada zaman mereka... ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
ct_umairah |
Posting pada: 04-11-09 11:45
kalau nak berdakwah kan ada tauliah xadalah ceramah2 agama kat masjid oleh imam-imam...
dunia akhir zaman... |
zulman |
Posting pada: 04-11-09 11:59
jika artis atau orang politik bergaduh itu biasa..tapi bila agamawan bergaduh , nampak tersangat buruk sekali..
patutlah ulamak kita tak ada yang bertaraf international...kalau macam ni punya politiking dan PHD... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah. |
marul |
Posting pada: 04-11-09 12:23
Pada 04-11-09 11:37 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-11-09 10:42 , wuzaraa posting: ni seorang lagi..nak tulis sesuatu tu..fikir lah dulu wahai sahabat..enta becakap pasal IBNU TAIMIYAH..seorang yang diibaratkan ketua segala imam dizamannya..Sapa pengasas wahabi??Ibnu Taimiyah?? Eloklah semak dulu. ----------------- ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/ |
Rashdin |
Posting pada: 04-11-09 12:28
Pada 04-11-09 12:23 , marul posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-11-09 11:37 , Rashdin posting: ni dari laman JAKIM !!! QUOTE !!! 'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM) http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894 ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
marul |
Posting pada: 04-11-09 12:44
pada ana,kalau kita nak melabel seseorang tu dengan fahaman wahabi adalah sesuatu yang amat keras..lebih-lebih lagi melabel ulama' besar seperti Ibnu Taimiyah..
(tapi ana kisah berkenaan dengan pemikiran yang dibawa oleh Muhammad bin Abd Wahab..yang telah banyak memusingkan dan mengubah pandangan Ibnu Taimiyah dsebabkan dia tidak menyetujui dengan apa yang ditulis oleh Ibnu Taimiyah dalam kitab-kitab Ibnu Taimiyah sendiri) ----------------- ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/ |
wildan85 |
Posting pada: 04-11-09 13:21
dah berubah tajuk k..?kenapa bahas wahabi pulak...tak payah bahas kalau tak pernah baca buku yang ditulis atas bicara "muhaammad bin abdul wahab"..
----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
ibnushahabudin |
Posting pada: 04-11-09 13:21
Pada 04-11-09 12:44 , marul posting:
!!! QUOTE !!! pada ana,kalau kita nak melabel seseorang tu dengan fahaman wahabi adalah sesuatu yang amat keras..lebih-lebih lagi melabel ulama' besar seperti Ibnu Taimiyah.. Boleh saudara jelaskan lagi apa yang dimaksudkan 'banyak memusingkan dan mengubah pandangan Ibnu Taimiyah dsebabkan dia tidak menyetujui dengan apa yang ditulis oleh Ibnu Taimiyah' dalam komen saudara ni?? |
wildan85 |
Posting pada: 04-11-09 13:39
Pada 04-11-09 13:21 , wildan85 posting:
!!! QUOTE !!! dah berubah tajuk k..?Kenapa bahas wahabi pulak...tak payah bahas kalau tak pernah baca buku yang ditulis atas bicara "muhaammad bin abdul wahab".. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
marul |
Posting pada: 04-11-09 14:47
Pada 04-11-09 13:21 , ibnushahabudin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-11-09 12:44 , marul posting: owh,mungkin enta masih belum tau yang sang wahabi adalah pemutar belit kitab dan memalsukan kitab karangan ulama' ahl sunnah..Moga kita semua tidak termasuk dalam dikalangan org yang menutup pintu kebenaran dengan mengatakan Ibnu Taimiyah wahabi.Amat besar dosa org yang memfitnah Ibnu Taimiyah. Telah banyak yang wahabi telah palsukan..ayat al-quran..hadith sahih bukhari dll lagi. Ini antara pandangan Ibnu Taimiyah yang telah diputar oleh sang wahabi.Telah ditanya Ibnu Taimiyah mengenai seseorang yang bertahlil,bertasbih,bertahmid,bertakbir dan menyampaikan pahala tersebut kepada simati muslim lantas ibnu taimiyah menjawab amalan tersebut sampai kepada si mati dan juga tasbih,takbir dll zikir sekiranya dismpaikan pahala kepada simati maka ianya sampai dan bagus serta baik manakala sang wahabi menolak dan mengkafirkan amalan ini. Rujuk kitab Majmuk Fatawa karangan Ibnu Taimiyah. Back to the topic.. ----------------- ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/ |
ibnushahabudin |
Posting pada: 04-11-09 17:20
Pada 04-11-09 14:47 , marul posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-11-09 13:21 , ibnushahabudin posting: sebenarnya, ni lah topic yang utamanya. yang menjadi isu Dr asri ditangkap adalah kerana banyak membawa pandangan2 'wahabi'. saya dah pun baca serba sedikit blog us zamehan, (pegawai JAKIM yang mendakwa Dr Maza wahabi) beliau juga memberi pendapat dan hujah yang sama berkenaan Muhammad bin Wahab ni. saya respect us zamehan, dan saya juga suka kekadang dengan pendapat Dr Maza, membuat kan saya jadi serba salah pula. Saya akui, pendekatan us zamehan menghentam Dr maza dalam blognya agak keras, tapi kena akui yang kekadang Dr maza pun pernah lakukan perkara yang sama terhadap ulama' lain masa jadi mufti dulu, contoh, us nurrudin al banjari. Hmm, nampak gayenyer kena banyak belajar dan muhasabah lagi kita ni. banyak benda yang kita tak ketahui, mana yang hak dan yang batil, wallaualam |
wuzaraa |
Posting pada: 04-11-09 21:33
Dr Asri adalah seoarang tokoh yang mendapat perhatian dari PAS mahupun UMNO. Sepertimana golongan yang mendakwa sebagai salafi hari ini, kita faham bahawa aliran salafi yang banyak di Malaysia adalah aliran Salafi yang mengiktiraf mana-mana pemerintah sunni adalah pemerintah Islam yang sah, termasuk Malaysia. Begitulah Dr Asri.
Walau bagaimanapun, mereka perlu juga mengambil hati ratusan ribu penyokong PAS. Maka dalam soal ini, mereka seperi cuba mengalihkan pembahasan dan bersikap lunak dengan penidrian PAS terhadap kerajaan pmerintah Malaysia sekarang. di dalam PAS sendiri ramai yang tidak boleh menerima fikrah salafi yang dibawa beliau terutama golongan mutakallimin asy'ariah. Begitu juga dengan UMNO. Ulama'2 dan ustaz2 UMNO dan kerajaan, sebilangannya memang memusuhi fikrah salafi ini dengan sebenci-bencinya, terutama yang golongan mutakallimin seperti Nakhaie, Uthman Muhammady dll. Bahkan permusuhan mereka lebih dahsyat lagi. Bagi kita, usahlah terperangkap dalam polemik selama ulama' kerajaan ini. |
myway |
Posting pada: 05-11-09 01:26
Pada 04-11-09 17:20 , ibnushahabudin posting:
!!! QUOTE !!! Hmm, nampak gayenyer kena banyak belajar dan muhasabah lagi kita ni. banyak benda yang kita tak ketahui, mana yang hak dan yang batil, wallaualam masih konfius lagi. apapun, umat islam tu perlu sangat cantik akhlaknya. isu ini perlu diselesaikn dengan baik. |
wildan85 |
Posting pada: 05-11-09 02:29
Pada 05-11-09 01:26 , myway posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-11-09 17:20 , ibnushahabudin posting: ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
marul |
Posting pada: 05-11-09 07:58
Yes,memang itu yang sepatutnya..Dan jangan sampai menghentam imam semulia Ibnu taimiyah sesuka hati..
p/s:masih ingat lagi seorang ustaz di jakim yang masa mula-mula nak naik dulu sibuk membentang kertas kerja membantai ibnu taimiyah.. ----------------- ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/ |
sakinahazzahra |
Posting pada: 05-11-09 08:30
Kenapa pula timbul isu sijil palsu tu?
Dr. Asri dah tunjuk sijil dalam laman web dia.. Hairan juga, Kenapa perlu hantar berpuluh polis untuk tangkap. Moga Allah tunjukkan yang hak. Pendapat daif saya, tujuan "idea tajdid" beliau itu baik tapi mungkin cara kurang. Apapun secara peribadi "idea" beliau antara yang menyumbang dalam mengaktifkan otak saya tidak menerima sesuatu bulat2. Keliru juga mana adat mana agama. Menjalani hidup sebagai orang Islam sebagai umat yang jauh dari zaman Rasulullah dan batasan sebagai orang awam (bukan pelajar agama). Moga Allah ampuni segala dosa. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 |
wildan85 |
Posting pada: 05-11-09 14:56
kan dr Asri dah nak hentam mereka balek..nak disaman...he.he..orang-orang macam tu memang patut di ajarkan dengan baik...
semoga ALLAH mudahkn... ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
mdfakhri |
Posting pada: 05-11-09 16:38
Pada 02-11-09 23:10 , gezerg posting:
!!! QUOTE !!! Pada 02-11-09 21:17 , mdfakhri posting: apa maksud saudara? ----------------- http://www.zazizukeropok.blogspot.com SeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi |
myway |
Posting pada: 05-11-09 17:29
Pada 05-11-09 14:56 , wildan85 posting:
!!! QUOTE !!! kan dr Asri dah nak hentam mereka balek..nak disaman...he.he..orang-orang macam tu memang patut di ajarkan dengan baik... |
wafie |
Posting pada: 05-11-09 20:08
Pada 05-11-09 17:29 , myway posting:
!!! QUOTE !!! Pada 05-11-09 14:56 , wildan85 posting: adakah sediap perkara jahat yang terjadi pada kita perlu dibalas semula.....adakah islam mengajar kita berbuat begitu??? ----------------- |
wildan85 |
Posting pada: 06-11-09 01:47
Pada 05-11-09 20:08 , wafie posting:
!!! QUOTE !!! Pada 05-11-09 17:29 , myway posting: itu cara muslim profesional....ketika dipermainkan, dia sudah siap sedia untuk memainkan permainan trsebut...bukankah beliau dituduh ijazah palsu..?maka pembuktian itu perlu...dan perbaikan nama baik itu juga perlu... ada beberapa hal asa dalam islam yang harus dijaga, salah satunya kehormatan... ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
myway |
Posting pada: 06-11-09 04:36
of course pembuktian dan pembaikan nama perlu.
perlu dengan cara saman ke? mengalah bukan bererti kalah. __________ suka baca pandangan UZAR. tertarik dengan kisah nabi dengan seorang pengemis yang suka memaki hamun nabi. |
mimi_eniliana |
Posting pada: 06-11-09 06:56
betul tu myway...dah saman pulak orang yang berbuat jahat, kira balas dendam lah tu... kalau sekali pun kita minat beliau, tak perlu nak cari jalan nak backing jugak2...
yang kesabaran adalah jika beliau tak jadi saman... maka amat lah wajar beliau dihormati apabila beliau membuat keputusan untuk tidak saman...ini barulah boleh dikatakan KESABARAN... bermusyawarah Isu saman bekas Mufti Perlis, PGSM dianggap selesai KUALA LUMPUR: Isu saman antara bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kini dianggap selesai selepas kedua-dua pihak itu bermusyawarah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, berkata Dr Mohd Asri dan PGSM mengadakan pertemuan dan bermusyawarah di Hotel Palace of Golden Horses di Seri Kembangan dekat sini, tengah hari semalam. “Dr Mohd Asri dalam keterbukaannya setuju dengan cadangan perdamaian,” katanya. “Ini satu perkembangan positif dan insya-Allah nanti kenyataan akhbar PSGM akan diberikan dan semangat seperti ini sepatutnya ada di kalangan umat Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Lembaga Pemegang Amanah (Malpa) Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) di sini, semalam. Bekas mufti itu dilaporkan akan mengemukakan saman terhadap PGSM kerana persatuan itu dikatakan membuat serangan peribadi terhadapnya dalam satu memorandum bertarikh 12 Oktober lalu kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ketika ditanya mengenai cadangan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelesaikan isu pertembungan beberapa aliran pemikiran di kalangan umat Islam di negara ini, Jamil Khir berkata, ia adalah satu cadangan yang baik. Menteri itu juga menjelaskan bahawa hak untuk mengeluarkan pertauliahan kepada seseorang ulama adalah terletak kepada sesebuah kerajaan negeri. Mengenai YWM, beliau berkata, yayasan itu akan memajukan tanah wakaf yang mempunyai potensi ekonomi daripada hampir 10,000 hektar di seluruh negara menerusi beberapa projek yang dikenal pasti untuk membangunkan institusi wakaf dan ekonomi umat Islam setempat selewat-lewatnya mulai tahun depan. Beliau berkata, ketika ini tidak sampai satu peratus daripada keseluruhan tanah wakaf itu yang dianggarkan bernilai RM1.9 bilion dimajukan. Sehubungan itu, katanya usaha akan diambil YWM dengan kerjasama majlis agama Islam negeri supaya hartanah wakaf itu dapat dimajukan dengan projek ekonomi sekali gus memberi manfaat untuk membangunkan ekonomi umat Islam. Bagaimanapun, katanya majlis agama Islam negeri tetap menjadi pemegang amanah tunggal wakaf di peringkat negeri dan YWM hanya membantu memajukan projek yang berpotensi menerusi dana yang disediakan kerajaan. “YWM tidak akan mengambil alih kuasa mutlak negeri dalam urusan pentadbiran hartanah wakaf negeri. Tetapi, semua negeri mempunyai tanah wakaf dan kita mahu ia dibangunkan supaya mendatangkan sumber ekonomi yang boleh mengukuhkan institusi wakaf. “Tanah wakaf di kawasan strategik atau persekitaran masjid, di kampung boleh dimajukan mengikut kesesuaian setempat seperti pembinaan kedai wakaf rakyat, bazar perniagaan, gerai makanan dan minuman atau pusat latihan intensif dan teknikal untuk remaja yang berminat dalam bidang perusahaan kecil dan sederhana (IKS). “YWM menerusi Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) akan membantu membangunkan tanah itu untuk dijadikan model kepada program pembangunan tanah wakaf di seluruh negara,” katanya. ----------------- the key is ignorance to negativity.. |
wuzaraa |
Posting pada: 06-11-09 08:55 !!! QUOTE !!! Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom, berkata Dr Mohd Asri dan PGSM mengadakan pertemuan dan bermusyawarah di Hotel Palace of Golden Horses di Seri Kembangan dekat sini, tengah hari semalam. Sapa yang sponsor meeting kat hotel mewah macam tu. Rate HPGH, satu table dinner 8-10 orang pun dah lebih rm10k. Inilah pertelingkahan antara ulama'2 kerajaan. Orang awam yang tak tahu menahu, kena bodohkan saja menyokong salah satu pihak. Hakikatnya mereka adalah ulama' yang digaji mempertahankan sistem kufur atau setidaknya mengalihkan pandangan atau pembahasan ummat agar tidak menyentuh politik. |
wahidatulfarahah |
Posting pada: 06-11-09 16:43
Pada 06-11-09 08:55 , wuzaraa posting:
!!! QUOTE !!!
adakah awak maksudkan PGSM atau dr. asri tu ulama'2 kerajaan yang digajikan untuk mpertahankan sistem kufur? awak pasti?? ----------------- ~GELITA KERANA CINTA, BERDERANG KERANA KASIH~ |
wildan85 |
Posting pada: 07-11-09 02:52
Pada 06-11-09 04:36 , myway posting:
!!! QUOTE !!! of course pembuktian dan pembaikan nama perlu. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
ibnushahabudin |
Posting pada: 07-11-09 10:00
Pada 07-11-09 02:52 , wildan85 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 06-11-09 04:36 , myway posting: saya kurang setuju dengan pendapat 'sedangkan ustaz asri memperbaiki nama dia tanpa memfitnah atau pun memburukkan.' banyak cerita yang kita tak tau dan berselindung. Dr asri pernah 'memerli' us nurrudin al banjari (dan masih lagi baru-baru ni dalam 'bahtera perubahan') tanpa memberi ruang untuk ustz nurrudin membalas balik pendapat beliau. saya tidak mahu dikatakan pro ustaz zamehan, tapi banyak perkara yang kita, org ramai tak tahu, tapi ustaz zamehan tahu. saya tak beberapa setuju dengan pendekatan keras ustaz zamehan hentam dr asri, tapi saya lagi tak setuju dengan Dr asri menghentam secara sinis, tanpa memberi peluang kepada empunya tuan menjawab. title dr asri sebagai bekas mufti dan ikon masyarakat akan membuatkan pandangan beliau sebagai kebenaran. Kepada kawan-kawan, jangan percaya apa yang kita baca sangat sebagai total truth. cuba selidik lagi tentang perkara ini. baca dan kaji kedue2 belah pihak, barulah boleh buat pemikiran dan keputusan yang ,insyaAllah betul. Sekrang ini, media massa hanya memainkan pendapat yang menyokong dr asri. cuba pula lepas ini baca pendapat pihak yang menentang pula. Wallahualam.. |
wafie |
Posting pada: 07-11-09 22:47 |
rimbabara |
Posting pada: 08-11-09 10:39
Bersaing dengan hujah
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ialah bekas Mufti Perlis. Saya malu apabila 'orang agama' bertindak secara terbuka 'seakan' menghalang perkembangan Islam. Saya sedih apabila senjata kuasa digunakan untuk 'memerangi' golongan agama. Di kala umat sedang kehausan ilmu dan bimbingan, lalu diletakkan seribu halangan untuk insan muslim menyebarkan dakwah. Saya berfikir betapa sukar hendak menunaikan arahan Nabi SAW: Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat. (Riwayat al-Bukhari). Nampaknya hadis ini tidaklah dapat ditunaikan oleh kebanyakan orang jika seseorang tidak boleh memberikan nasihat agama melainkan selepas mendapat tauliah. Saya sedang berfikir apa akan jadi jika perkara ini dikuatkuasakan kepada guru-guru yang mengajar dalam kelas di sekolah-sekolah, pensyarah-pensyarah universiti, penceramah-penceramah motivasi yang ingin memasukkan nilai-nilai Islam dalam pengajaran mereka. Bahkan sukarelawan-sukarelawan yang ingin menyampaikan nasihat agama seperti jemaah tabligh juga akan terkena tempiasnya. Di kala yang sama, kita bising jika ada gerakan missionary agama lain, tetapi sesama muslimlah jua yang membelenggu tangan pendakwah mereka dengan berbagai peraturan yang memberikan mudarat lebih banyak daripada maslahat. Saya tidak menafikan kemungkinan perkara tauliah ini boleh dikuatkuasakan di bawah siasah syariah (politik Islami) yang bertujuan untuk kemaslahatan umat. Namun apabila ia dikuatkuasakan untuk kepentingan kelompok tertentu, maka tujuannya menjadi rosak. Sepatutnya mereka yang sudah mempunyai sijil pengajian Islam yang sah dari institusi-institusi pengajian Islam yang diiktiraf dianggap sebagai berkelayakan. Apatah lagi jika mereka pensyarah pengajian Islam di universiti-universiti. Seorang muslim juga boleh menyampaikan ucapan kepada masyarakat melalui unsur-unsur agama dengan kadar yang difahaminya. Tidak perlulah setiap orang yang hendak memperkatakan tentang Islam dikehendaki mendapatkan tauliah. Berapa kerat manusia yang ada tauliah kalau begitu. Maka hanya berapa kerat manusia sahajalah yang boleh menyampaikan nasihat agama dalam ucapan-ucapan mereka dalam negara ini. Jika pun tauliah hendak diwajibkan, wajibkan kepada mereka yang langsung tiada sijil pengajian Islam rasmi tetapi ingin mengajar bab-bab khusus dalam disiplin ilmu seperti mengajar khusus akidah, hadis, tafsir, fikah dan seumpamanya. Bidang-bidang ini memerlukan kepakaran, seseorang yang ingin mengajarnya padahal dia tidak pernah menjalani pengajian formal mengenainya, perlulah diuji. Di sini mungkin sistem tauliah boleh berfungsi. Amatlah dukacita, di kala umat kehausan ilmu, golongan muda tercari-cari, isu-isu agama makin banyak yang belum terjawab, penularan pemikiran yang salah merebak dengan pantas dalam era globalisasi, unsur-unsur pengajaran yang bercanggah dengan ajaran tersebar di sana-sini. Tiba-tiba di kala itu dihalang golongan pendakwah dan mereka yang mempunyai pengajian Islam untuk menyampai ilmu atau memberi nasihat agama di 'mana saja' melainkan dengan tauliah. Sudahlah ramai ilmuwan dihalang dari bercakap dalam masjid dan surau hanya kerana isu tauliah yang sebahagian mereka berulang kali memohonnya tetapi tidak dapat, di tempat lain pun dihalang. Tidakkah pernah pihak-pihak berkenaan terkenangkan ayat Allah: (maksudnya): Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. (Surah al-Baqarah ayat 114). Kata al-Imam as-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir: "Yang dimaksudkan dengan menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah dalamnya ialah menghalang sesiapa mendatanginya untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara maksud berusaha merobohkannya ialah berusaha untuk membinasakannya dan merosakkan bangunannya. Ia boleh juga membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah yang ditetapkan juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid, seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk iktikaf dan menunggu solat" (1/144, Beirut: Dar al-Khair). Minggu lepas saya telah sebut tentang senjata fitnah. Memang sejak dahulu, ada kelompok yang apabila sahaja melihat atau mendengar tentang idea-dea pembaharuan terus sahaja dilabelkan Wahhabi. Senjata ini telah dihalakan kepada Prof Hamka, Za'ba, Syed Syeikh al-Hadi dan ramai lagi. Senjata fitnah jugalah dikenakan oleh sesetengah kelompok agama kepada tokoh-tokoh reformis sepanjang sejarah. Bak kata orang 'apabila habis perkakas hujah, lalu dipakai perkakas fitnah'. Apakah itu Wahhabi? Ia masih lagi misteri. Orang seperti saya bukan susah hendak cari kesesatan pemikiran jika ada. Saya bukan insan yang ghaib bersembunyi, saya ada tulisan, ada buku, ada siaran media elektronik dan berbagai lagi yang pemikiran saya boleh disiasat menerusi ucapan dan tulisan. Mengapa membuat tuduhan tanpa mendatangkan bukti? Saya teringat kata-kata Prof. Hamka menjawab sikap suka memfitnah ini, katanya: "Bersama dengan penghinaan kepada Wahhabi, diperbuat pula buku-buku yang memburukkan as-Sayyid Jamaluddin al-Afghani, dan as-Syeikh Muhammad Abduh, dan al-Sayyid Rasyid Ridha. Yang sangat bersemangat membuat buku demikian ialah al-Syeikh Yusuf bin Ismail al-Nabahani yang menjadi kadi di mahkamah Beirut dalam kerajaan Turki. Bukunya Shawahidul haq penuh dengan kata-kata yang penuh dengan fitnah dan penghinaan. kitab-kitab seperti inilah yang sampai ke tangan kaum tua. Oleh kerana mereka biasa dengan taklid tidaklah mereka mahu membaca pula kitab-kitab lain yang menerangkan pokok-pokok pendirian yang sebenar daripada orang yang dihina dan dicela itu. Syeikh Yusuf al-Nabahani menyatakan bahawa as-Sayyid Jamaluddin dan Syeikh Muhammad Abduh tatkala mati terjulur lidah, maka lekatlah kata-kata ini pada seluruh pembaca kitabnya. Syeikh Nabhani tidak sanggup menerangkan apakah kesalahan beliau itu, melainkan membuat fitnah yang tidak-tidak. ''Sampai as-Sayyid Rasyid Ridha dikatakan sama dengan Abu Jahal. Sehingga orang yang otaknya telah beku dan fikirannya tidak jalan, telah percaya kepada fitnah yang dibawa oleh al-Nabhani itu. Oleh kerana ulama yang mula-mula melepaskan tauhid Islam yang suci daripada khurafat dan bidaah mutasawwifin ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Qayyim maka beliau-beliau ini pun tidak pula lepas daripada serangan. Segala kata yang bukan-bukan pula yang diperbuat atas diri beliau-beliau itu. Memang apabila orang kehabisan hujah dan alasan, mereka pun kembali memakai perkakas fitnah. Dan inilah yang menyebabkan berpecah-belah umat Islam, berkaum tua berkaum muda". (Prof. Hamka, Teguran Suci dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m.s 76). Akidah Saya amat terkejut apabila dalam wawancara dengan Utusan Malaysia seorang wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan antara kesalahan akidah kelompok Wahhabi ialah pembahagian perbincangan tauhid kepada tiga; tauhid rububiyyah, uluhiyyah, asma dan sifat. Inilah yang dianggap kesalahan akidah puak ini. Wakil JAIS itu barangkali lupa; perbahasan tauhid seperti ini dipakai dalam pendidikan sekolah dan universiti tempatan. Bahkan inilah yang dipakai dalam ratusan universiti di dunia Islam, di Arab Saudi, Jordan, Kuwait, Qatar, Mesir dan berbagai negara lagi. Separuh umat Islam Indonesia dan separuh umat Islam di selatan Thai. Apakah mereka ini semuanya Wahhabi dan sesat? Dengan itu, inilah kes sesat-menyesat yang terbesar dalam sejarah umat Islam. Amat malanglah, jika umat Islam berbalah disebabkan kedengkian dan hasad lalu pergi ke daerah sesat-menyesat seperti ini. Namun, apa boleh buat, nasib yang sama menimba insan yang jauh lebih mulia, Nabi Muhammad SAW, daripada seorang yang digelar al-Amin, lalu dipanggil tukang sihir dan gila. Ini semua akibat tidak mampu bersaing di pasaran pemikiran. Padahal, dalam dunia yang terbuka, biarlah setiap pihak memasarkan pemikiran mereka secara ilmiah dan adil. Masyarakat sudah matang, biar mereka menilai. Selagi pemikiran itu tidak menghina Allah dan rasul-Nya, biarlah ilmu bersaing dengan ilmu. Bukan ilmu bersaing dengan kuasa, tetapi bersaing dengan hujah. Namun, bak kita kata tadi, apabila habis perkakas hujah, ada yang guna perkakas fitnah. ----------------- |
rimbabara |
Posting pada: 08-11-09 10:42 !!! QUOTE !!! 'Fahaman Wahabi Berasaskan Pemikiran Ibnu Taimiyyah' Oleh: Ghafani Awang Teh (JAKIM) http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=894 Katakan Tidak Pada Wahabi Disiarkan pada Nov 07, 2009 dalam kategori Akidah, Isu Semasa | (Artikel ini telah ditulis dua tahun yang lepas dan dicadangkan untuk pembacaan) Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti. Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!. Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya lah ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali. Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi’i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi. Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi’i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!. Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “awak wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!! Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi’i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih .a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad .a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut : Dar al-Fikr). Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi’i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi’i, terutamanya dalam fiqh muamalat. Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi’i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi’i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua). Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`). Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah. Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi’i .h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari .h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya. Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan. Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya. Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’ ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau. Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din. Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali. Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya “Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya” yang dicetak pada awal tahun 2004: “Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali .h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat. Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri. Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135) Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah) Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja. Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut ar al-Kutub al-`Ilmiyyah) Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya: -Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah) -Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”.( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah) -Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”.( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339) -Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”.( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah). Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya. Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !! Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri. Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut : ‘Katakan tidak untuk wahabi’. Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan. ----------------- |
mutmainah |
Posting pada: 08-11-09 10:51
salam....tak habis-habis lagi politik....negara ni ada uu tau lah mereka nak selesaikan macam mana yang dok kusutkan fikiran jadi pengkritik dan pganalisis pol buat apa...mereka tak pandang pun...memberi pendapat tu memang baik but in the end..cari ksepakatan untuk muafakat agar dapat berkat...
----------------- there is no such thing as a safe journey life is full of ups dan downs |
wildan85 |
Posting pada: 08-11-09 11:51
Pada 07-11-09 10:00 , ibnushahabudin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 07-11-09 02:52 , wildan85 posting: itu BUKAN perli...itu pelurusan apa yang difahami oleh masyarakat yang menganggap salah tentang kayu koka... saya dah tengok kedua-dua vidionya.. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
wildan85 |
Posting pada: 08-11-09 12:08
INI betul-betul ILMU..rugi kalau xbaca...
baca perlahan-lahan ye.. saya copy paste kan kembli apa yang disampaikan diatas... Katakan Tidak Pada Wahabi Disiarkan pada Nov 07, 2009 dalam kategori Akidah, Isu Semasa | (Artikel ini telah ditulis dua tahun yang lepas dan dicadangkan untuk pembacaan) Adalah malang apabila golongan yang kononnya kuat berpegang dengan agama tidak bersifat ilmiah. Sedangkan ilmu adalah teras kepada Islam yang tulen dan murni. Antara sikap tidak ilmiah ialah menuduh seseorang dengan sesuatu tuduhan palsu disebabkan tidak mahu atau berupaya menjawab persoalan yang dikemukakan. Sikap ini sama dengan Amerika sekarang yang menganggap sesiapa sahaja yang mengkritiknya sebagai pengganas sekalipun tanpa bukti. Di Malaysia ini, wujud sikap yang sedemikian. Jika seseorang memberikan pandangan agama yang bukan menjadi perkara yang biasa diketahui oleh golongan agama tradisional tempatan, maka dia akan dilebelkan sebagai ‘wahabi’. Sekalipun mungkin dia tidak tahu menahu wahabi itu apa?!. Bahkan yang membuat tuduhan itupun kebiasaannya tidak begitu tahu apa itu wahabi?!. Jika kita bertanya kepada kebanyakan yang suka melebelkan orang lain sebagai ‘wahabi’; apa itu wahabi?. Berbagai jawapan diberikan. Ada yang katakan wahabi ialah sesiapa yang tidak qunut subuh. Jika kita beritahu dia, mazhab-mazhab yang lain juga demikian. Apakah al-Imam Ahmad bin Hanbal dan Abu Hanifah juga wahabi?. Dia diam. Ada yang kata: wahabi tidak tahlil. Kita beritahu dia tahlil maksudnya lah ilah illa ALLAH, tahmid bermaksud Alhamd li ALLAH, tasbih bermaksud subhana ALLAH. Setahu kita mereka ini menyebutnya. Mana mungkin, jika tidak, mereka kafir. Bahkan imam-imam di Arab Saudi menghafaz al-Quran dengan begitu hebat dan bacaan-bacaan mereka diperdengarkan di sana sini. Adakah mereka kafir?!!. Ada yang kata wahabi adalah mereka yang belajar di Arab Saudi. Saya kata saya tidak belajar di Arab Saudi pun ada juga yang menuduh wahabi. Kemudian, kalau wahabi itu sesat, apakah sekarang Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabi sedang didiami dan diimami oleh golongan yang sesat?!!. Ada yang kata wahabi ialah golongan tidak bermazhab. Kita beritahu dia Arab Saudi yang sebagai dituduh wahabi bermazhab Hanbali. Agak yang lebih pandai menyebut; wahabi adalah pengikut Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Dari situ digelar pengikutnya ‘Wahhabi’. Saya katakan saya sendiri dalam pengalaman yang singkat ini ada yang menuduh wahabi, sekalipun saya tidak begitu membaca buku-buku Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab. Saya hanya menganggapnya salah seorang tokoh-tokoh umat yang ada jasa dan sumbangannya. Dalam masa yang sama ada kekurangan dan kelemahannya. Dia bukan tokoh mazhab fiqh yang ulung untuk dirujuk fatwa-fatwa fiqhnya. Dia sendiri bermazhab Hanbali. Bukan juga jaguh dalam hadith, sehingga al-Albani pernah mengkritiknya dengan agak keras. Namun, sebagai tokoh, ada sumbangannya yang tersendiri. Dari segi ilmiah, secara peribadi saya tidak dapat banyak manfaat daripadanya. Namun sumbangannya tidak dilupakan. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh al-Aulawiyyat memujinya, dengan berkata: Bagi al-Imam Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab di Jazirah Arab perkara akidah adalah menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan gambaran-gambaran syirik. (m.s. 263, ctk. Maktabah Wahbah, Mesir). Bahkan Dr. Wahhab al-Zuhaili juga memujinya dengan menyebut: “Sesuatu yang tiada syak padanya, menyedari hakikat yang sebenar, bukan untuk meredhakan sesiapa, berpegang kepada ayat al-Quran yang agung (maksudnya) “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85), bahawa suara kebenaran yang paling berani, pendakwah terbesar untuk islah (pembaikian), membina umat, jihad dan mengembalikan individu muslim kepada berpegang dengan jalan al-salaf al-salih yang terbesar ialah dakwah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab pada kurun yang kedua belas hijrah. Tujuannya untuk mentajdidkan kehidupan muslim, setelah secara umum dicemari dengan berbagai khilaf, kekeliruan, bid’ah dan penyelewengan. Maka Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab ialah pemimpin kebangkitan agama dan pembaikian (islah) yang dinantikan, yang menzahir timbangan akidah yang bersih..” (Rujukan: Dr Wahbah al-Zuhaili, Risalah Mujaddid al-Din fi Qarn al-Thani ‘Asyar, m.s 57-58). Bahkan banyak lagi puji-pujian beliau dalam risalah tersebut. Saya tidak pasti apakah tokoh-tokoh agama yang begitu ramai memuji Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab patut dituduh wahabi atau tidak?!!!.Antara kitab-kitab yang saya ajar ialah kitab fekah mazhab al-Imam al-Syafi’i. Saya baca kitab al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’i kerana ia agak mudah untuk generasi muda. Namun apabila saya menyebut apa yang terkandung dalam kitab tersebut yang tidak sama dengan amalan masyarakat, maka dituduh wahabi. Sedangkan kitab itu adalah kitab dalam Mazhab al-Imam al-Syafi’i. Tokoh-tokoh penulisnya, adalah tokoh-tokoh semasa mazhab al-Imam al-Syafi’i , iaitu al-Syeikh Mustafa Khin, al-Syeikh Mustafa al-Bugha dan ‘Ali al-Syarbaji.Namun apabila saya baca antara apa yang disebut dalam kitab tersebut: “Daripada bid’ah apa yang dibuat oleh keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan munasabah yang dinamakan berlalunya empat puluh hari dan seumpamanya. Sekiranya perbelanjaan makanan tersebut dari harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram. Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim tersebut. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya” (1/263, Damsyik: Dar al-Qalam), saya dituduh wahabi. Apakah semua penulis itu wahabi?!!. Mereka katakan kepada saya, jangan baca! Itu tidak sama dengan mazhab syafii tempat. Saya tanya: Adakah ada dua mazhab al-Syafi’i??!. Tidak mengapalah, mari kita tengok apa kata kitab-kitab melayu jawi. Kata Syeikh Daud al-Fatani (semoga ALLAH merahmatinya) dalam Bughyah al-Talab: “(dan makruh) lagi bid’ah bagi orang yang kematian membuat makanan menserukan segala manusia atas memakan dia sama ada dahulu daripada menanam dia dan kemudian daripadanya seperti yang diadatkan kebanyakan manusia (dan demikian lagi) makruh lagi bid’ah bagi segala yang diserukan dia memperkenankan seruannya” (2/34). Demikian juga kenyataan dibuat oleh al-Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari dalam Sabil al-Muhtadin. Begitu juga al-Marbawi dalam Bahr al-Mazi menyebut: “Maka bid’ah yang tidak elok” (7/130). Apakah mereka semua juga wahabi?!!. Apabila kita memberitahu amalan Nisfu Syaaban seperti yang dibuat oleh masyarakat kita bukan dari tunjuk ajar Nabi s.a.w. Mereka kata: “awak wahabi”. Kita kata ini bukan daripada tulisan Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab, ini fatwa Dr Yusuf al-Qaradawi apabila ditanya mengenai nisfu Syaaban, beliau menjawab: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya..perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.( Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut : Dar Uli al-Nuha). Apakah beliau juga wahhabi?!! Al-Imam al-Nawawi (meninggal 676 H) adalah tokoh agung dalam mazhab al-Syafi’i. Pada zamannya, beliau membantah mengiringi jenazah dengan mengangkat suara membaca al-Quran. Beliau berkata: “Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-salaf al-salih .a ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah yang cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad .a. pernah berkata –maknanya-: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak”. Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan Adab al-Qiraah keburukannya, besar keharamannya, dan fasiknya sesiapa yang mampu membantahnya tetapi tidak membantahnya”. (Al-Nawawi, Al-Azkar, m.s. 225-226, Damsyik: Maktabah al-Ghazali). Saya percaya jika al-Imam al-Nawawi di zaman kini dan buat kenyataan ini, golongan yang taksub pegangan tempatan akan menuduhnya juga wahabi. Apatah lagi jika dia mereka mambaca kenyataan al-Imam al-Nawawi ini menyetujui tokoh-tokoh mazhab al-Syafi’i yang membantah jamuan atau kenduri sempena kematian. Katanya: “adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan orang ramai kepadanya adalah tidak diriwayatkan daripada Nabi s.a.w sedikit pun. Ia adalah bid’ah yang tidak disukai” (Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Mahazzab 5/320 Beirut : Dar al-Fikr). Banyak lagi contoh-contoh lain jika hendak disebut. Maka fahamlah bahawa tuduhan wahabi kepada seseorang di negara kita ini kebanyakan adalah fitnah. Sebagai jawapan kepada persoalan yang tidak terjawab, maka diputarkan isu ke arah yang lain. Ia adalah lambang akhlak dan perilaku buruk pembuatnya. Memburukkan orang lain tanpa bukti dan ilmu. Kesemua mereka ini akan didakwa di akhirat kerana memutar belitkan fakta tanpa rasa takut kepada ALLAH. Tidak pernahkah mereka membaca firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat ayat 11-12: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. Adalah malang jika medan perbahasan ilmiah dijadikan medan fitnah memfitnah. Apatah lagi jika yang terlibat itu golongan agama. Kita sepatutnya hanya berada dalam sempadan fakta dan angka sahaja. Jangan terbabas ke peringkat tuduh menuduh secara tidak berakhlak. Umpamanya, memang benar kita dalam beberapa pandangan hukum, mengambil selain dari mazhab al-Syafi’i. Ini beradarkan kajian atau tarjih yang disandarkan kepada ulama lain. Di Malaysia pun memang banyak hukum yang tidak berpegang dengan mazhab al-Syafi’i, terutamanya dalam fiqh muamalat. Lihat sahaja hukum-hakam zakat di negara ini. Namun ini bukan bererti kita menghina al-Imam al-Syafi’i. Malang sebahagian yang berniat jahat membuat fitnah kononnya kita menghina Imam kita yang agung itu. Sedangkan saya sendiri pada Julai 2004 telah menulis tentang keagungan al-Imam al-Syafi’i dalam majalah ini dan demikian juga dalam buku-buku saya. Bahkan ada yang membuat cerita kononnya ingin dibakar kitab-kitab mazhab dan inilah wahabi. A’azu bi ALLAH min zalik (pohon perlindungan dengan ALLAH dari itu semua). Benarlah kata Kata Muhammad bin Salih al-‘Ali: “Kebiasaannya, taksub kepada sesuatu pandangan atau mazhab membawa kepada sejenis sikap keras terhadap sesiapa yang menyanggahi pandangan dan mazhabnya. Inilah yang berlaku kepada sebahagian pengikut mazhab fiqh yang lidah mereka petah (mencerca) sesiapa yang berbeza dengan mereka…Orang yang taksub terlindung dari penilaian secara ilmiah dan berhati-hati dalam hukuman. Dia tidak melihat melainkan keburukan dan kesilapan orang yang berbeza dengannya. Ini membawanya kepada sikap keras, mengkritik dan menyakiti..” (rujukan: Muhammad bin Salih bin Yusuf al-‘Ali, Insaf Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ah m.s. 113-114, Jeddah: Dar al-Andalus al-Khadra`). Ramai pendakwah yang mengeluh dengan akhlak buruk ini. Saya juga berdukacita dan bersimpati. Apatah lagi jika ahli fitnah memakai gelaran ahli badan ulama. Lebih lagi kita sedihkan. Namun saya katakan kepada diri saya yang amat dhaif dan para pendakwah yang difitnah; bersabarlah. Telah pun difitnah sebelum ini para rasul yang mulia, sehingga Nabi Muhammad s.a.w dituduh ahli sihir dan gila. Al-Imam al-Syafi’i .h pernah dituduh sebagai pendokong Syiah di zaman sehingga dia dihukum. Al-Imam Al-Bukhari .h pernah tuduh sebagai bersefahaman dengan Mu’tazilah mengenai al-Quran, sehingga dia terpaksa keluar dari kampung halamannya. Demikian sejarah dan sirah para ulama kesemuanya tidak sunyi dari mainan golongan yang hasad dan khianat. Demikian tabiat dakwah ini yang sentiasa menuntut keikhlasan dan pengorbanan. Pada hari kita memulakan dakwah ke jalan ALLAH dan rasulNya ini, kita sepatutnya mengetahui denai berliku dan lorong berduri yang akan lalui di hadapan. Jika tidak bertemankan keikhlasan dan kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Rasul, gugurlah kita satu persatu. Untuk itu dari awal kita mesti sedar hakikat ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ada kata golongan wahabi enggan terikat dengan mazhab. Jadi sesiapa yang ada berpegang dengan mazhab lain dalam beberapa perkara, maka dia wahabi. Kita katakan kita amat menghormati mazhab dan memuliakannya. Dalam banyak perkara kita terkait dengan mazhab al-Syafii. Tetapi ahli ‘tuduh menuduh’ ini seperti kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”. (rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah). Barangkali mereka juga kena masukkan al-Qaradawi dalam senarai wahabi seperti yang didakwa oleh Amerika terhadap beliau. Dalam ilmu hadith pula, kita menyebut apa yang disebut oleh ulama-ulama hadith yang mendhaif atau menghukum sebagai palsu sebahagian hadith yang diamalkan oleh masyarakat kita. Umpamanya, kita memetik ulasan-ulasan para ulama terhadap Kitab Ihya ‘Ulum al-Din. Bukan bertujuan menghina al-Imam al-Ghazali (semoga ALLAH merahmatinya), tetapi sebagai ingatan untuk kita. Malangnya, mereka yang tidak takutkan ALLAH membuat fitnah kononnya kita menganggap kita lebih alim dari al-Imam al-Ghazali. Di sini saya petik apa yang tertera dalam buku saya “Menangkis Pencemaran Terhadap Agama & Tokoh-Tokohnya” yang dicetak pada awal tahun 2004: “Sebagai contohnya di sini kita sebutkan kitab Ihya`Ulum al-Din karangan al-Imam al-Ghazali .h (meninggal 505H) secara khusus. Ini memandangkan ia merupakan yang paling masyhur dan banyak diguna pakai dalam masyarakat. Dengan kita menyedari bukan hanya kitab al-Ihya ini sahaja yang mengandungi hadith-hadith dhaif dan palsu, ada kitab-kitab lain juga banyak yang mempunyai masalah yang sama. Mengkritik hadith-hadith palsu dan dha`if dalam kitab al-Ihya ini tidaklah bererti kita menafikan sama sekali sumbangan penulisnya dan nilai-nilai baik yang terkandung di dalamnya. Sebagai seorang tokoh, tentunya Al-Ghazali mempunyai sumbangannya yang tersendiri. Namun ini tidak memboleh kita menyembunyi apa yang benar. Kita mendo`akan keampunan dan kerahmatan Allah untuknya dan juga kita. Namun persoalan kebenaran dan ilmu mesti dijelaskan. Firman Allah: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu.( Surah al-Nisa`: 135) Al-Ghazali seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas kesilapan-kesilapannya dalam kitab Ihya `Ulum al-Din: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak melakukan kesilapan. (rujukan: Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala 19/339, Beirut :Muassasah al-Risalah) Sesiapa sahaja yang mengkaji ilmu hadith tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang pakar dalam bidang hadith, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang jahil tentang ilmu hadith sahaja. Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H/ Beliau adalah tokoh mazhab al-Syafi’i yang terkenal) yang begitu mempertahankan al-Imam al-Ghazali dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: “Adapun apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian hadith-hadithnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam bidang hadith”. (rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 3/449, Beirut ar al-Kutub al-`Ilmiyyah) Kita lihat apa yang kata tokoh-tokoh hadith umat mengenai kitab Ihya `Ulum al-Din antaranya: -Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) dalam Al-Bidayah wa Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Bait al-Maqdis, al-Ghazali mengarang kitabnya Ihya `Ulum al-Din, ianya sebuah kitab yang ganjil. Ianya mengandungi ilmu yang banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawwuf dan amalan hati. Namun padanya banyak hadith yang gharib, munkar dan palsu”.( Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut : Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah) -Kata al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya’ berdasar pegangan mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadith-hadith yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya”.( rujukan :Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 190, Beirut : Dar al-Kutub al-ilmiyyah) -Kata al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada sejumlah hadith-hadith yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan zuhud yang diambil dari ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng, padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat?. Ianya apa yang dinyatakan al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah secara perkataan dan perbuatan”.( Al-Zahabi, Siyar `Alam al-Nubala`, 19/339) -Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak mempunyai kepakaran dalam hadith-hadith Nabi dan riwayat-riwayat salaf sepertimana yang dimiliki oleh ahli yang mengetahui perkara itu. Mereka dapat membeza antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu al-Ghazali menyebut dalam kitab-kitabnya hadith dan athar yang palsu dan dusta, yang mana kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya”.( Ibn Taimiyyah, Dar`u Ta`arud al-`Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad : Dar al-Kunuz al-Adabiyyah). Ada yang kata, kalau iya pun, banyak lagi isu yang lebih penting. Kita katakan alhamd lil Lah, atas kurnia ALLAH, banyak isu-isu ilmiah utama di negara ini, kita antara yang awal membincangkannya. Isu Islam Liberal, isu Astora, Syiah dan seumpamanya. Tulisan-tulisan kita banyak tentang isu-isu itu. Adapun isu-isu yang disebutkan tadi hanya sampingan sebagai menjawab persoalan-persoalan yang dibangkit oleh generasi baru yang luas pembacaannya. Namun telinga anda hanya memetik apa yang anda benci dan memekakkan diri dari apa yang anda suka. Kami pohon keampunan dari Allah untuk kami dan anda juga !! Justeru, jauhkan diri fitnah-menfitnah kerana itu perlambangan akhlak yang buruk dan peribadi yang amat rendah. Kita kurang kecewa apabila pelakunya itu ‘Shahrir Long’. Namun kita akan kecewa jika hal ini dilakukan oleh golongan agama, yang berakhlak dan mempunyai maruah diri. Mungkin ada orang yang benar-benar ingin menasabkan dirinya kepada wahabi. Namun kita sejuta kali menyebut : ‘Katakan tidak untuk wahabi’. Ya untuk syafii, ya untuk Hanbali, Ya untuk Maliki, Ya untuk Hanafi. Dengan syarat tidak ekstrim dan taksub. Tapi no untuk wahabi kerana ia bukan aliran yang cukup untuk dimazhabkan. ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang |
ibnushahabudin |
Posting pada: 08-11-09 18:23
Pada 08-11-09 11:51 , wildan85 posting:
!!! QUOTE !!! Pada 07-11-09 10:00 , ibnushahabudin posting: Kayu koka? saya rasa mungkin salah paham agaknya. video klip yang saya tengok adalah berkenaan dengan hadith Musalsal bil Musafahah. Dr asri mengatakan terdapat sanad dalam hadis tersbut meragukan. Us nurrudin sudah pun menjawab balik keraguan tersebut. link Boleh rujuk kepada link tersebut. saya mempersoalkan gaye dan cara dia membicarakan perkara tersebut. bagi saya, macam gaya nak 'memerli'. Memandangkan kredibiliti diri DR maza sebagai mufti ketika itu, org akan menganggapkan apa yang diperkatakan beliau sebagai kebenaran yang mutlak. Saya tak mengatakakan pendapat Dr maza tu salah 100%, cuma saya meminta dirinya dan diri kita supaya bermuhasabah sebab apa yang dia buat kat org, sudah menimpa dirinya balik. Dalam memperjuangkan pandangan 'tajdid' dan melaung2kan pemikiran perubahan beliau, pada masa yang sama, beliau haruslah memberi ruang atau sekurang2nya menjawab kembali hujah yang dikemukan oleh ustaz nurrudin. Barulah betul kepada cara dan tindakan. Wallahualam... |
wuzaraa |
Posting pada: 05-05-10 10:48
Larangan masjid jadi 'gelanggang politik' adil - Dr Hasan Ali
Larangan masjid di Selangor dijadikan 'gelanggang politik' adalah selaras dengan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, kata Exco kerajaan negeri itu, Datuk Dr Hasan Ali. Exco hal ehwal agama Islam Selangor itu berkata, enakmen tersebut menghalang individu daripada menggunakan masjid sebagai gelanggang politik. Enakmen tersebut dikuatkuasakan melalui Kaedah-kaedah Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah (Pindaan 2001). Ia digariskan demikian dalam Perkara 34(2)(b) dalam enakmen tersebut. "Saya rasa ini adil, sebagai exco yang menjaga bahagian hal ehwal Islam di negeri ini, saya rasa peraturan itu sangat munasabah. "Kalau ini dibenarkan, saya rasa akan timbul huru-hara, haru biru, bertentangan dengan semangat keutuhan masjid, semangat masjid itu ditegakkan di situ hanya untuk menggamit manusia ke arah keamanan," katanya. Beliau menjelaskan demikian ketika ditemui selepas sidang media di bangunan SUK, Shah Alam hari ini mengenai pelancaran Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT). Pelancarannya yang akan disempurnakan oleh Sultan Selangor malam esok dijangka akan menarik sehingga 10,000 orang ke Stadium Melawati, Shah Alam. Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan Baginda juga dilaporkan menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor bulan lalu. Mengulas lanjut, Dr Hasan berkata: "Di Selangor jelas masjid adalah larangan untuk kita berpolitik partisan dan kepartian." Namun, katanya, isu politik sememangnya tidak boleh dipisahkan daripada dijelaskan di masjid seperti politik pembangunan dan pentadbiran. "Yang besar macam itu, kalau kita tidak boleh cerita di masjid, di mana lagi kita hendak cerita," katanya lagi. Menurut Dr Hasan lagi, halangan yang wujud dalam enakmen kini adalah untuk menghalang kegiatan mencerca parti atau tokoh tertentu di pentas masjid. "Tapi kalau nak tuduh Umno begitu begini, nak kata PAS begitu begini, kerajaan negeri merasakan perkara itu tidak dibenarkan di dalam persekitaran masjid. "Kalau kita naik (saja) bersyarah sebut orang itu, sebut orang ini, itu namanya politik partisan. "Tapi kalau nak cerit tentang pembangunan, nak cerita tentang kemiskinan, politik kemiskinan misalnya, saya tidak nampaklah (kesalahan), asalkan cerita tentang kemiskinan itu tidak berkait langsung tentang politik kepartian seperti itu," katanya. |
wuzaraa |
Posting pada: 05-05-10 10:53
Inilah akibat terjerat dalam perangkap sistem kufur. Mereka yang kononnya memperjuangkan Islam pun, apabila berkuasa akhirnya menyesuaikan hukum dengan sistem kufur yang sediada. Kenyataan Dr Hasan Ali ini saling tak ubah dengan jawapan pegawai-pegawai Tadbir Agama atau Pengerusi2 Masjid (yang biasanya UMNO), yang kononnya apabila menyentuh soal politik di masjid akan menyebabkan pergeseran dalam masyarakat. Pemikiran sekular Dr Hasan sejak menjadi Pengarah BTN nampaknya belum betul-betul dibersihkan walaupun sudah lama memegang jawatan dalam Parti Islam.
|
fikrul_mustanir |
Posting pada: 05-05-10 11:12
Pada 02-11-09 14:34 , solskjaer posting:
!!! QUOTE !!! Pada 02-11-09 10:25 , rdwira posting: Majlis Agama negeri duduk bawah kuasa sultan. |
fikrul_mustanir |
Posting pada: 05-05-10 11:23
Pada 04-11-09 17:20 , ibnushahabudin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 04-11-09 14:47 , marul posting: Aikk...sdr sebut ustaz Zamehan...kami ada pengalaman dengan beliau di sebuah mesjid di muar...ketahuilah kebohongan yang dia bawa lebih besar dari serban yang dia pakai. |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |
Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com. Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com. Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com Portal Ukhwah © Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul) Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height Dibina oleh Team Walasri |