Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 106
Ahli: 0
Jumlah: 106




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Layan jangan..lawan pun jangan


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Layan jangan..lawan pun jangan

Please Mendaftar To Post


Oleh Layan jangan..lawan pun jangan

dramian219
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2008
Ahli No: 36274
Posting: 18
Dari: atas bumi bawah langit

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 00:48


“Ustaz, bagaimanakah caranya untuk saya mengelakkan diri daripada bercinta semasa belajar? Apakah kaedah yang boleh digunakan?”, tanya seorang peserta kepada saya di dalam ceramah Aku Terima Nikahnya, anjuran Nisa’ WP tempoh hari.

“Oleh kerana kita sudah berbicara tentang kuasa cinta, maka saya berpandangan, cinta tidak boleh dilawan dan tidak boleh dilayan. Untuk menjadi mangsa kuasa cinta, tidak perlu melayan cinta, sebaliknya melawan cinta juga sama kesannya”, saya memberikan jawapan.

Saya bukan Profesor Serba Tahu yang ada jawapan untuk semua soalan. Maka jawapan-jawapan saya lebih kepada perkongsian. Mana yang baik, jadikan teladan. Mana yang buruk, jadikan sempadan.

Soal melayan cinta, memang tidak sukar melihat akibatnya. Sudah banyak kali saya perkatakan sebelum ini berkenaan kesan melayan cinta tanpa kebarangkalian cinta itu mencapai perkahwinan.

Tetapi soalnya kali ini ialah perbuatan melawan cinta.

Peserta tersebut bertanyakan kepada saya, apakah dengan mengelakkan diri daripada mendengar lagu cinta termasuk nasyid cinta, maka dirinya boleh terelak daripada terjebak ke dalam cinta.

Hakikatnya, cinta tidak perlu dilayan atau dilawan. Hanya dengan mengingatinya dengan cara apa sekali pun, seseorang itu sudah pun duduk di bawah pengaruh cinta. Mengingati cinta lalu melayannya, ada akibat yang kita sedia maklum. Mengingati cinta lalu melawannya, juga ada kesan yang tidak baik.

“Macam mana cara orang melawan cinta?”, saya bertanya.

Peserta tersenyum-senyum. Begitu juga dengan penyoal.

“Bercakap kasar dengan lelaki atau bercakap pedas dengan perempuan?”, saya mengemukakan cadangan tentang cara biasa melawan cinta.

MELAWAN CINTA

Biasa benar saya bertemu dengan muslimat yang mahu melawan cinta, bercakap dengan lelaki seperti seorang askar bertitah kepada anak buahnya. Kalau sekali pun al-Quran menganjurkan perempuan supaya jangan melunakkan suara ketika bercakap dengan lelaki ajnabi, tidak pula sekali-kali al-Quran mengajar alternatifnya begitu.

Cakap biasa sudahlah.

Jika sudah biasa bercakap kasar dengan lelaki kerana kononnya sedang memerangi cinta, lama-lama sudah bercinta dengan suami pun masih terbiasa bercakap kasar. Itu penangan melawan cinta.

Sama juga dengan yang lelaki.

Kalau melawan cinta itu caranya ialah dengan me’laser’ perempuan, bercakap yang pedas-pedas hingga teresak-esak setiap perempuan yang berurusan dengannya, hati-hati! Jangan pula selepas berkahwin nanti pun, bermulut pedas kerana pengalaman bujang menentang cinta, lebih lama dari pengalaman kahwin menyuburkan cinta.

MENGELAK CINTA

Habis, apa caranya untuk mengelakkan diri dari bercinta?

Oleh kerana lawan pun kena, layan pun sama… maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA.

Cara untuk melupakan cinta bukanlah dengan memikirkan cara melupakannya. Itu bukan lupa, tapi mengingati cinta secara melupakannya!

Sesungguhnya kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya.

Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.

Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.

Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.
~~seminar nisa'~


-----------------
~kEeP iT sImpLe~


Bookmark and Share

    


  Member Information For dramian219Profil   Hantar PM kepada dramian219   Pergi ke dramian219's Website   Quote dan BalasQuote

dramian219
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2008
Ahli No: 36274
Posting: 18
Dari: atas bumi bawah langit

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 00:50


aiseh..
silap z0ne lah pula..
ma3lish..
ana org baru kat sini..
harap-harap senpai semua boleh bagi tunjuk ajr..
salam ukhwah~~ :malu:


-----------------
~kEeP iT sImpLe~


Bookmark and Share

    


  Member Information For dramian219Profil   Hantar PM kepada dramian219   Pergi ke dramian219's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 13-12-08 03:07


salam perkenalan kepada dramian219....harap enta/enti enjoy dan gembira join portal ukhwah.

banyak pengalaman dan ilmu yang boleh diperolehi kat sini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

dramian219
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2008
Ahli No: 36274
Posting: 18
Dari: atas bumi bawah langit

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 03:17


syukran awi naruto-san..

ana InsyaAllah enti :D..

best lah gop masuk p0rtal neyh..

banyak mnde boleh dapat:D


-----------------
~kEeP iT sImpLe~


Bookmark and Share

    


  Member Information For dramian219Profil   Hantar PM kepada dramian219   Pergi ke dramian219's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 10:06


good info.. so let us talking abt it..

saya amat2 bestuju dengan kenyataan ni...cinta tak boleh nak dikayan mahupun dilawan sedangkan datangnya cinta tu tak diundang tak juga dipaksa.. erm..susah juga ye..

______________________

memang cinta itu tak boleh dipaksa
tidak juga boleh kita menolaknya
hadirnya ke hati tanpalah dipinta
terserah pada kita untuk melaluinya

( member punya idea :D )
__________________________________

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

dramian219
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2008
Ahli No: 36274
Posting: 18
Dari: atas bumi bawah langit

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 21:06


j0m syemarly..
topik neyh macam menarik 4 our discussion:P


-----------------
~kEeP iT sImpLe~


Bookmark and Share

    


  Member Information For dramian219Profil   Hantar PM kepada dramian219   Pergi ke dramian219's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 13-12-08 22:03


.. Payah nak elak cinta manusia ni .. Wawa akui ..memang payah. tapi adanya do'a yang tak putus-putus pada ALLAH SWT, INSYA ALLAH, Kita akan terselamat :-)

Wawa memang seorang yang sosial 1 ketika dulu .. Senang sangat terima cinta manusia ni tapi .. satu saat, rasa macam 1 keajaiban bila Wawa mampu bernikah tanpa prasaan cinta pada insan tersebut.. sedangkan 1 ketika dulu dalam kuliah, Wawa pernah 'melawan' kata-kata seorang Ustaz yang mmbahaskn tentang indahnya prcintaan selepas berkahwin.. Wawa siap cakap " ustaz, org gila saja yang kawn dengan org yang dia tak kenal betul-betul" but now ...??

semoga ALLAH SWT memelihara ksucian hati kita sbelum termeterainya ikatan sah dua hati ...yang suci, Amin :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

dramian219
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2008
Ahli No: 36274
Posting: 18
Dari: atas bumi bawah langit

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 23:09


InsyaAllah..
susah betul nak juga hati neyh..
memang kena banyak-banyak berdoa..
jodoh pertemuan InsyaAllah Allah dah aturkan..m0lep ag:D


-----------------
~kEeP iT sImpLe~


Bookmark and Share

    


  Member Information For dramian219Profil   Hantar PM kepada dramian219   Pergi ke dramian219's Website   Quote dan BalasQuote

alam_kubur24
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35967
Posting: 36

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 00:28


Pada 13-12-08 22:03 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

.. Payah nak elak cinta manusia ni .. Wawa akui ..memang payah. tapi adanya do'a yang tak putus-putus pada ALLAH SWT, INSYA ALLAH, Kita akan terselamat :-)

Wawa memang seorang yang sosial 1 ketika dulu .. Senang sangat terima cinta manusia ni tapi .. satu saat, rasa macam 1 keajaiban bila Wawa mampu bernikah tanpa prasaan cinta pada insan tersebut.. sedangkan 1 ketika dulu dalam kuliah, Wawa pernah 'melawan' kata-kata seorang Ustaz yang mmbahaskn tentang indahnya prcintaan selepas berkahwin.. Wawa siap cakap " ustaz, org gila saja yang kawn dengan org yang dia tak kenal betul-betul" but now ...??

semoga ALLAH SWT memelihara ksucian hati kita sbelum termeterainya ikatan sah dua hati ...yang suci, Amin :-)


tepat sekali..kak wawa..sokong anda... :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For alam_kubur24Profil   Hantar PM kepada alam_kubur24   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 02:33


nak nyibok atekk

:bunga: maka cara terbaik mengelakkan diri dari cinta di luar masa, ialah dengan MELUPAKANNYA

:bunga: kaedah terbaik untuk melupakan cinta, ialah dengan menyibukkan diri dengan hal-hal lain yang lebih sesuai dengan masanya

:bunga: Sibukkan diri dengan pelajaran dan pengajian seoptima mungkin.


:bunga: Sibukkan diri dengan kerja-kerja persatuan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain kegiatan yang bersifat “memberi”.

:bunga: Sibukkan diri dengan kerja dakwah, kerana dakwah bukan boleh berhasil terus dengan kesediaan. Ia memerlukan latihan, pendedahan, proses buat betul dan buat salah… dan zaman pelajarlah masa terbaik untuknya.

                
~~~~~~~~~~~ Apabila tiba masa untuk berumahtangga, barulah masukkan cinta dalam agenda ketika diri sudah pun biasa dengan kesibukan, iaitu realiti sebenar kehidupan yang jauh dari angan-angan.


tapi bagi yang dah kerja...... :-D


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 07:05


Pada 13-12-08 22:03 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

.. Payah nak elak cinta manusia ni .. Wawa akui ..memang payah. tapi adanya do'a yang tak putus-putus pada ALLAH SWT, INSYA ALLAH, Kita akan terselamat :-)

Wawa memang seorang yang sosial 1 ketika dulu .. Senang sangat terima cinta manusia ni tapi .. satu saat, rasa macam 1 keajaiban bila Wawa mampu bernikah tanpa prasaan cinta pada insan tersebut.. sedangkan 1 ketika dulu dalam kuliah, Wawa pernah 'melawan' kata-kata seorang Ustaz yang mmbahaskn tentang indahnya prcintaan selepas berkahwin.. Wawa siap cakap " ustaz, org gila saja yang kawn dengan org yang dia tak kenal betul-betul" but now ...??

semoga ALLAH SWT memelihara ksucian hati kita sbelum termeterainya ikatan sah dua hati ...yang suci, Amin :-)



wawa nak elak buat apa..suburkan lah terus.mekar hgg akhir hayat....

syukur wawa...ana doakan agar cinta wawa dengan mulya mekar hgg ke akhir hayat...amin................


-----------------
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 07:13


ada juga pendapat mengatakan jika kita boleh mengawal perasaan cinta tersebut,tak ada masalah sama ada masa belajar atau tidak...
defend pa individu iu lah......

erm,salaing ingat mengingatilah kita.....

cinta itu adalah fitrah manusia lumrah kehidupan,
nikmat ALLAH terhadap hamba manusia,
Laknat jika cinta manusia mengatasi cinta ALLAH,

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

putri_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.11.2008
Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 07:35


kadang-kadang kita tak dapat mengelak daripada cinta... datangnya tanpa diundang tanpa dipinta.
jangan terlebih melayannya kerana ia akan melalaikan kita... juga jangan terlalu keras melawannya kerana ia akan menyebabkan kita menderita.
apa yang boleh kita lakukan ialah jangan terlalu mengikut perasaan. belajarlah mengawal diri kita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_imanProfil   Hantar PM kepada putri_iman   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 08:26


Cinta sesama manusia??
biarlah berpada-pada.....kerana cinta sesama manusia kadang-kadang manis, pahit...membahagiakan dan menyakitkan......
cinta yang abadi adalah cinta kepada ALLAH........cinta yang akan sentiasa memberi ketenangan dan kedamaian.....kebahagiaan di dunia & akhirat.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096852 saat. Lajunya....