Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  

Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 92
Ahli: 0
Jumlah: 92

Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu

[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]

Bincang Agama
Topik: Puasa dan Perkara Yang Ditokok Tambah- Apa Kata Dr. al-Qaradawi

Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Puasa dan Perkara Yang Ditokok Tambah- Apa Kata Dr. al-Qaradawi

Please Mendaftar To Post

Oleh Puasa dan Perkara Yang Ditokok Tambah- Apa Kata Dr. al-Qaradawi

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 11:25

Perkara yang ditokok tambah
(1) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa

Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:

1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

2. Menelan air liur membatalkan puasa.

3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

Semua di atas dan pelbagai lagi yang seumpama adalah hukum yang ditokok tambah ke dalam ibadah puasa sehingga benar-benar memberatkan umat Islam. Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menulis:( Fiqh al-Siyam (edisi terjemahan oleh Ma’ruf Abdul Jalil dan rakan-rakan dengan judul Fiqh Puasa; Era Intermedia, Solo 2001), masa. 118 & 107-108)

Para ahli fiqh radhiallahu 'anhum telah memperluas pembahasan hal-hal yang membatalkan puasa sedemikian rupa sehingga saya tidak yakin hal-hal tersebut pernah terfikir di benak seorang jua daripada para sahabat Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, yakni orang-orang yang menyaksikan secara langsung penurunan al-Qur’an, yang memahami secara terus pesanan Allah dan Rasul-Nya dengan sebaik-baik pemahaman dan yang berpegang teguh kepadanya dengan sebaik-baiknya.

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya.

Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah tiga perkara iaitu bersetubuh, makan dan minum. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). (al-Baqarah 2:187)

Makanan dan minuman yang membatalkan puasa terbahagi kepada dua kategori:

Pertama:

Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara hakiki kepada orang yang mengambilnya, sekali pun dalam jumlah yang sedikit.

Apa-apa makanan yang diambil secara sengaja dan sampai ke perut, maka ia membatalkan puasa. Apa-apa minuman yang diambil secara sengaja dan melalui tenggorok, maka ia membatalkan puasa. Apa-apa zat makanan yang dimasukkan ke dalam darah melalui suntikan, umpama glukosa yang diberikan kepada pesakit yang tidak dapat makan dan minum seperti biasa, ia juga membatalkan puasa.( Yang tepat, orang yang sakit sehingga tidak dapat makan dan minum seperti biasa tidak perlu berpuasa kerana keuzuran yang dihadapinya tidak mewajibkan dia berpuasa.)

Maka dengan itu apa-apa benda, makanan atau minuman yang dimasukkan ke dalam rongga-rongga manusia, ia tidaklah membatalkan puasa. Contohnya, memasukkan pen ke dalam mulut, menggosok gigi, berkumur-kumur, membersihkan telinga, mengorek hidung, menggunakan ubat titisan mata, menyedut debu, peneranan yang tidak sempurna ketika membuang air besar dan pelbagai lagi, semua ini tidak membatalkan puasa.

Merasai makanan yang sedang dimasak tidak membatalkan puasa asalkan ia dikeluarkan semula. Baki makanan yang ditemui terselit di celah-celah gigi tidak membatalkan puasa asalkan ia tidak ditelan secara sengaja. Menelan air liur, sengaja atau tidak sengaja, juga tidak membatalkan puasa. Air liur tidak pernah dianggap di sisi manusia yang normal sebagai minuman. Seandainya air liur adalah sejenis minuman, nescaya tidak ada manusia yang mati kehausan jika terdampar di padang pasir.

Demikian juga, mengambil suntikan insulin bagi pesakit kencing manis dan menggunakan alat melegakan pernafasan bagi pesakit asma, ia tidaklah membatalkan puasa.

Timbul persoalan, adakah menelan ubat tanpa disertai apa-apa minuman membatalkan puasa? Contohnya seorang berpuasa yang menghadapi pening kepala, lalu dia menelan dua biji Panadol. Adakah ini membatalkan puasa? Yang benar dia tidak perlu meneruskan puasanya kerana sakit yang dihadapinya adalah salah satu bentuk keuzuran yang membolehkan dia berbuka. Maka berbuka adalah lebih utama daripada menjerumuskan diri ke dalam sesuatu yang diperselisihkan hukumnya.

Kedua:

Sesuatu yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga secara psikologi sekali pun dalam jumlah yang sedikit. Ia bukanlah makanan dan minuman tetapi mengambilnya memberi kesan psikologi berupa kepuasan atau kenikmatan yang mengenyangkan dan/atau menghilangkan dahaga bagi nafsu.

Contohnya ialah orang yang menghisap rokok. Asap rokok bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penghisap rokok, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap rokok membatalkan puasa. Akan tetapi bagi orang di sekitarnya yang terhisap asap rokok tersebut (secondary smoker), ia tidak membatalkan puasa kerana asap rokok tersebut bukanlah satu nikmat bagi diri mereka.

Tetap pada contoh asap, menyedut asap kenderaan di lalulintas yang sesak tidak dianggap membatalkan puasa. Ini kerana asap kenderaan bagi manusia yang norma, tanpa dibezakan dia penghisap rokok atau tidak, bukanlah suatu nikmat yang memuaskan.

Contoh lain ialah menghisap dadah atau mengambil dadah melalui suntikan. Dadah bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penagih dadah, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap atau menagih dadah membatalkan puasa.

Dalil bagi apa yang disebut dalam kategori kedua ini ialah hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah berfirman (Hadis Qudsi):

Setiap amal anak Adam adalah bagi dirinya…kecuali puasa maka ia adalah untuk Aku dan Aku sendiri akan membalasnya. Dia (anak Adam) meninggalkan makanan kerana Aku dan meninggalkan minuman kerana Aku dan meninggalkan kenikmatan kerana Aku dan meninggalkan isterinya (tidak bersetubuh) kerana Aku.( Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya – hadis no: 1897 dan sanadnya dinilai sahih oleh Muhammad Mustafa al-‘Azami.)

Yang dimaksudkan dengan meninggalkan kenikmatan bukanlah semua bentuk nikmat seperti tidur, mandi dan sebagainya. Akan tetapi ia adalah nikmat yang terhasil pada diri seseorang seumpama makan dan minum.

Daripada penjelasan di atas, jelas bahawa dalam kebanyakan aktiviti seharian kita yang normal, tidak ada sesuatu yang menyebabkan terbatalnya puasa. Antara hikmah berpuasa adalah mendisiplinkan diri daripada bersetubuh, makan, minum dan sesuatu kenikmatan yang seumpama makan dan minum pada siang hari. Menokok tambah hukum bahawa kononnya memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa tidak ditemui dalilnya daripada al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih. Ia juga tidak memiliki apa-apa peranan mahupun manfaat dari sudut hikmah disyari‘atkan berpuasa.

Dalil yang lazimnya digunakan oleh pihak yang mengatakan batal puasa bagi seseorang yang memasuk sesuatu ke dalam rongga badannya ialah hadis berikut:

Sempurnakanlah wudhu’ dan bersungguh-sungguhlah dalam menyedut air ke dalam hidung (dan menghembusnya) kecuali jika kamu sedang berpuasa.( Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 333 (Kitab Thaharah, Bab Anjuran menyedut air ke dalam hidung…))

Berdasarkan sabda Rasulullah “…kecuali jika kamu sedang berpuasa†mereka memahami bahawa seseorang itu dilarang menyedut air ke dalam hidung apabila sedang mengambil wudhu’ dalam keadaan berpuasa. Jika dimasukkan air, ia akan membatalkan puasa. Kemudian fahaman ini diluaskan kepada semua rongga tubuh badan berdasarkan analogi (qiyas).

Fahaman ini adalah tidak tepat kerana pengecualian yang dimaksudkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bukan ditujukan kepada menyedut air ke dalam hidung tetapi kepada “bersungguh-sungguh†dalam penyedutan tersebut. Dalam erti kata lain yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah, apabila berwudhu’ dalam keadaan berpuasa, tidak perlu bersungguh-sungguh menyedut air ke dalam hidung kerana dibimbangi sebahagiannya akan masuk jauh ke dalam sehingga sampai ke tenggorok dan ditelan sebagai “minuman.â€( Yusuf al-Qaradhawi - Fiqh al-Siyam, masa. 117)

Sumber: “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa†susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

puterilindunganbulan2005
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.11.2004
Ahli No: 12283
Posting: 102
Dari: klang,selangor

Selangor  

posticon Posting pada: 01-09-08 11:32

salam..

terkejut saya mula-mula baca post ni.. lepas itu baru faham.. huhu..

Bookmark and Share

  Member Information For puterilindunganbulan2005Profil   Hantar PM kepada puterilindunganbulan2005   Pergi ke puterilindunganbulan2005's Website   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  

posticon Posting pada: 01-09-08 12:44

terima kasih =D

itulah, memang sekarang ni baru sedar banyak sangat perkara yang mengelirukan.

Bookmark and Share

  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 13:26

**Contoh lain ialah menghisap dadah atau mengambil dadah melalui suntikan. Dadah bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penagih dadah, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap atau menagih dadah membatalkan puasa.

ana ingin kongsi sikit..tentang suntikan..
dalam konteks kesihatan.. contoh untuk ambil sampel darah..
suntik untuk menahan sakit dan yang berkaitan..
hukumnya harus..

harus di sini untuk kesihatan kita..
jawapan dari persoalan ni ana totnton tv9..
dekat di hati..hehee.. pagi awalan rmdhn tadi..

so, lepas ni boleh tonton jm6.30++ siri tanya UStaz..
promote..promote..;)
wallahu'alam..

Bookmark and Share

  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 13:44

Artikel di atas ini bukan bermakna memudah-mudahkan. Sebab di dalam mazhab syafie - ulamak yang mensyarahkan mengenai perkara makruh supaya kita dapat menjaga adab di dalam berpuasa dengan lebih baik agar puasa kita akan lebih bermakna.

Anda memasukkan pen, kendian adakah memasukkan pen tersebut tidak disertai dengan hisapan dan kendian masuk ke dalam perut dan memberi perasa di dalamnya. Semua ini sudah dibahaskan di dalam mazhab syafie yang amat menjaga amalan ibadah.

Ulamak dahulu mengkategorikan hukum kepada lima iaitu, wajib, haram, harus, makrus, dan sunat.

Berhati-hati apabila menerima artikel kendian terus sahaja terima.

Artikel di atas ada penambahan dari penulis dan bukannya dari Dr Yusof al Qardhawi sendiri.

Anda lihat pula di sini :

Banyak ahli fiqh telah memperlebarkan wilayah pembahasan akan hal-hal yang dianggap membatalkan puasa. Para fuqaha Mazhab Hanafi telah menyebut sekitar 57 perkara manakala fuqaha Mazhab al-Syafi‘e tidak kalah banyaknya. Sejumlah ulama’ masa kini bahkan memperincikan hal-hal yang dapat membatalkan puasa secara aneh. Mereka membuat kaedah-kaedah lalu membangun di atasnya cabang-cabang persoalan yang tidak terhitung bilangannya. Namun kaedah-kaedah itu sendiri tidak didasarkan kepada dalil-dalil yang kuat daripada al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada di antara mereka yang berkata bahawa kemasukan sesuatu benda, seperti kerikil umpamanya, ke dalam rongga badan orang yang berpuasa akan membatalkan puasanya.

Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah tiga perkara iaitu bersetubuh, makan dan minum. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Maka sekarang (1) setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan (2) makanlah serta (3) minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). (al-Baqarah 2:187)

******************************************************

merujuk kepada yang diboldkan : adakah ini bermakna mengeluarkan air mani dengan sengaja ia tidak membatalkan puasa? Muntah dengan sengaja, murtad, keluarnya haid dan nifas tidak membatalkan puasa?

bagaimana pula mengulum gula getah? - sedangkan memasukkan pen dibolehkan pula ? Biasanya apa tujuan orang memasukkan pen ke dalam mulut?

Yang lebih merbahaya pula - adakah persoalan dari artikel yang dibawa oleh MASRI2 ini dan jawapannya adalah berdasarkan keperluan sepertu rukhsah atau darurah?

Anda dapat lihat yang saya bold dan gariskan - perlukah perkara ini didedahkan kepada orang awam yang tidak faham tentang feqh serta perbahasannya?

Tolonglah moderator - admin - pantau lah bahagian agama yang amat penting ini. Jangan sampai tersebar pula fahaman yang tidak mengikut mazhab. lainlah yang bercakap itu adalah mujtahid mutlaq (yusof al qardhawi adalah mujtahid tarjih - dia boleh ambil mana dalil yang kuat) Kita ini???

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 13:47

Masukkan gula getah ke dalam mulut, kendian boleh sahaja kata - aku bukannya makan, tapi masukkan sahaja? Apa kata anda?

Mazhab Syafie adalah antara mazhab yang amat berhati-hati di dalam perkara ibadah. Sebab itu ramai ulamak termasuk muhaddith mengikut mazhab ini. Begitulah juga dengan 3 mazhab muktabar yang lain.

Berhati-hatilah dengan gerakan alla mazhabiyyah (tidak bermazhab)

ALLahu ALlah...

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 14:09

assalamualaikum wbt

ya, benar artikel di atas bukan 100% tulisan dari Shaikh Yusuf al-Qaradawi Rahimahullah. Ada penambahan daripada penulis tersebut, petikan dr Dr. Yusuf al-Qaradawi ialah dari Fiqh as-Siam susunan beliau.

Untuk membaca buku ini ada di dalam web dr Yusuf al-Qaradawi,

bab yang dipetik di atas ada pada link ini

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=3615&version=1&template_id=219&parent_id=1

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 14:30

Pada 01-09-08 13:26 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

**Contoh lain ialah menghisap dadah atau mengambil dadah melalui suntikan. Dadah bukanlah makanan atau minuman tetapi bagi penagih dadah, ia adalah suatu nikmat umpama makanan yang memuaskan mereka. Maka menghisap atau menagih dadah membatalkan puasa.

ana ingin kongsi sikit..tentang suntikan..
dalam konteks kesihatan.. contoh untuk ambil sampel darah..
suntik untuk menahan sakit dan yang berkaitan..
hukumnya harus..

harus di sini untuk kesihatan kita..
jawapan dari persoalan ni ana totnton tv9..
dekat di hati..hehee.. pagi awalan rmdhn tadi..

so, lepas ni boleh tonton jm6.30++ siri tanya UStaz..
promote..promote..;)
wallahu'alam..

assalamualaikum wbt

ni saya petik dari web Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)
http://www.ppim.org.my/view_artikel.php?artikel=20031022umum-ramadhan&title=umum
Ramadhan

Assalamualaikum
To share with you all on the topic
( From the 9th Fiqh-Medical Seminar, convened at Casablanca, Morocco, during 8-11 Safar 1418, corresponding to 14-17 June 1997, under the eminent auspices of the Commander of the Faith- ful, His Majesty King Hassan II. The theme of the seminar was "An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues", and it was held jointly with the Hassan II Institute for Scientific and Medical Research on Ramadhan, the ISESCO, the Islamic Fiqh Academy, and the World Health Organisation Regional Office.)

3. Substances and actions that nullify the fasting

According to the Quran and the authentic Sunnah of the prophet (pbuh) three actions nullify fasting: eating, drinking and sexual intercourse. Therefore, the passing of any solid or liquid sybstance that can be described as food or drink, in any quantity through the gullet would nullify fasting. Accordingly, the p.articipants agreed unanimously that the following do not nullIfy fasting.

1. Eye and ear drops, and ear wash.
2. Nitroglycerine tablets placed under the tongue for the treatment of angina.
3. Insertion into the vagina of pessaries, medical ovules, vaginal washes, vaginal speculum, and doctor's or midwife's fingers during pelvic examination.
4. Insertion of the urethroscope into man or woman radio-opaque media for tak-ray diagnosis or bladder irrigation.
5. Tooth drilling, extraction, cleaning or the use of mis-wak and toothbursh, provided nothing is swallowed into the stomach, do not nullify fasting.
6. Injections through the skin or muscle or joints or veins, with the exception ofintravenous feeding.
7. Blood donation or receiving blood transfusion.
8. Oxygen and anaesthetic gases.
9. All substances absorbed into the body through the skin, such as creams, ointments, and medicated plaster.
10. Drawing blood samples for laboratory testing.
11. Catheter and media for arteriography of heart or other organs.
12. Endoscopy for diagnostic or intervention purposes.
13. Mouth wash, gargle or oral spray, provided nothing is swallowed into the stomach.
14. Hysteroscopy or insertion of an intrauterine device.
15. Biopsy of the liver or other organs.

A majority of participants added the following:

1. Nose drops, nose sprays, and inhalers.
2. Anal injections, anoscopes, or digital rectal examination.
3. Surgery involving general anaesthetic, if the patient decided to fast.
4. Machine or intraperitoneal renal dialysis.
5. Use of gastroscope, provided it does not entail the introduction of liquids or other substances into the stomach.

sedikit tambahan dari al-ahkam.net
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=21240&highlight=inhaler&sid=76f52c27df39af8069d2f687b5f1bf25

Keputusan yang telah dicapai didalam seminar "An Islamic View of Certain Contemporary Medical Issues" menepati Fiqh Tarjih dan juga Fiqh Taysir (ringan/mudah). Perkara-perkara yang tidak membatalkan puasa yang disenaraikan diatas disokong oleh ulama-ulama kontempori dan lama termasuklah Shiekh Al-Islam Ibn Taimiyah, Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Sheikh Atiyah Saqr, Sheikh Mohammad Salih Al-Munajjid, Sheikh Ibn Utsaimin, Sheikh Abdul Aziz bin Baaz dan lain-lain. Malahan perkara seperti suntikan ini pernah difatwakan hukumnya tidak membatalkan puasa oleh Sheikh Mohammad Bakhiet Al-Mutiei pada tahun 1919.

Anda boleh melihat cebisan petikan-petikan fatwa mereka yang kami petik didalam menjawab beberapa Soaljawab Al-Ahkam (sila gunakan pilihan Search keatas Jawapan Soaljawab Feqh ).

Berapa kesimpulan yang boleh diambil dari keputusan para ulama, diantaranya adalah :-

1. Alat-alat (barangan) tersebut digunakan menyalurkan ubat - tujuan perubatan
2. Ia tidak bertujuan memasukkan makanan.
3. Alat-alat tersebut tidak sampai ke perut.
4. Ubatan seperti ubat titisan mata atau telinga walaupun sampai keperut, ia tidak melalui rongga yang biasa.

Pada asasnya, seseorang itu berpuasa untuk menahan diri dari syahwat perut dan syahwat seks. Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa seseorang yang berpuasa haruslah merasa lapar dan dahaga. Ubatan-ubat melalui suntikan, ubat mata dan sebagainya bukanlah bertujuan melegakan dahaga dan mengenyangkan seseorang. Beliau memetik kata-kata Ibn Taimiyah didalam fatwanya :

أن الكحل لا يغذي ألبتة ، ولا يدخل أحد كحلاً إلى جوفه ، لا من أنفه ولا من فمه، وكذلك الحقنة (يعني الشرجية;) لا تغذي بل تستفرغ ما في البدن ، كما لو شم شيئًا من المسهلات ، أو فزع فزعًا أوجب استطلاق بطنه ، وهي لا تصل إلى المعدة ..
"Sesungguhnya celak sama sekali tidak memasukkan makan dan tidak ada seorangpun yang memasukkan celak kedalam perutnya, baik melalui hidung atau mulutnya, dan begitu juga dengan suntikan, alat ini tidak membawa makanan kedalam tubuh seseorang, malah ia mengosongkan sesuatu yang ada didalamnya, seperti orang yang menghidu bau busuk, atau terkejut dan takut yang boleh mengerakkan perut, padahal ia tidak sampai ke perut".

Keringanan ini memudahkan bagi mereka yang sakit yang mempunyai kemampuan untuk berpuasa. Sebagai contoh, mereka yang mengidap penyakit asma yang memerlukan inhaler, sampai bila-bila pun ia tidak akan dapat berpuasa, sedangkan ia mempunyai kekuatan untuk berpuasa. Dengan berpandukan pandangan diatas, dapat pesakit-pesakit asma ini berpuasa. Moga-moga pandangan diatas dapat merealisasikan firman Allah swt :-

وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

"..Dan berpuasa itu lebih baik bagimu (dari bayar fidyah) jika kamu mengetahui." -

Insyaallah, kita di Malaysia yang kebanyakkannya bermazhab Syafie boleh menggunakan pandangan dan fatwa diatas, malahan ramai Shiekh-Sheikh Al-Azhar yang bermazhab Syafie mempersetujui pandangan diatas.

wallahu'alam, wassalam.
----------
Rujukan :

1. Shiekh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Mu'asyirah - I. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001. masa 325-328.

Bacaan yang boleh anda rujuk :

1. Sheikh Salih Al-Munajjid. Things that invalidate the fast . url :

2. Sheikh Atiyah Saqr. What Invalidates the Fast. url : . url :

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 14:35

oleh itu saya harap pernyataan ini ditarik balik ":

1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

2. Menelan air liur membatalkan puasa.

3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

##############################################

kerana ia tiada syarahnya dari ulamak feqh yang telah dikatakan mengeluarkan pendapat yang aneh.

Silakan bersikap adil

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 14:42

Pada 01-09-08 14:35 , Anak_Pejuang posting:

maafkan saya, saya tidak mahu menarik balik, kerana saya sendiri pernah di ajar sejak zaman sekolah dahulu oleh ustaz dan ustazah di sekolah bahwa korek telinga batal puasa, korek hidung batal puasa,.

Begitu juga saya pernah belajar di masjid waktu zaman sekolah dulu, di mana disebutkan kalau buang air, tiba najis kita termasuk balik dalam tubuh kita ia membatalkan puasa kr masuk dalam rongga.

Begitu juga sampai sekarang masih ada yang bertanya tak kiralah ikut YM, emel, sms etc adakah hisap jari membatalkan puasa,

maka atas sebab-sebab ini saya tak mahu menarik balik.

sekian terima kasih, semoga Allah memberi hidayah kepada saya dan kita semua. Amin!

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 14:46

Pada 01-09-08 14:42 , masri2 posting:

ALlahu ALlah - hanya dengan membaca artikel kendian tiada syarahnya terus sahaja terima bulat-bulat dan anda sebarkan kepada orang awam yang tidak tahu mengenai usul feqh?

Siapa yang mengajar anda cara begini?

Na'uzubiLlahi min zalik..

Adakah anda ini tidak memahami makna dari surah al hujaarat di mana ALLah meminta kita semua agar menyelidik sesuatu berita ?

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 15:00

!!! QUOTE !!!

Pada 01-09-08 14:46 , Anak_Pejuang posting
ALlahu ALlah - hanya dengan membaca artikel kendian tiada syarahnya terus sahaja terima bulat-bulat dan anda sebarkan kepada orang awam yang tidak tahu mengenai usul feqh?

Siapa yang mengajar anda cara begini?

Na'uzubiLlahi min zalik..

Adakah anda ini tidak memahami makna dari surah al hujaarat di mana ALLah meminta kita semua agar menyelidik sesuatu berita ?

Dan siapa pula mengajarkan anda apabila membaca sesuatu yang pelik (tak sama dengan apa yang pernah dipegang selama ini) lalu ditolak bulat2?.

Apakah anda tidak nampak rujukan2 dan kitab2 yang disertakan untuk anda dan the so-called 'orang awam' untuk kembali membuat rujukan dan perbandingan?

A'uzubiLlahi min zalik wa minka aidhan...

Kita sendiri pun dulu, di kala so-called ustaz-ustazah kita mengajar kita akan semua2 ini (yang masri2 sebut sebagai penambahan), kita check ke? Kita pun taqlid a'ma juga.....

Akhir sekali, biar saya beritahu awak.. TGNA pernah berpendapat dengan sebahagian yang diberitahu masri2 di atas. Kita nak cakap perkara yang sama kat beliau?kita nak kata beliau so called alla mazhabiyah?

Saya nasihatkan awak kembali
1. Jangan prejudis dengan benda-benda so-called 'pelik'
2. Awak sendiri pergi study makna dari surah al hujaarat di mana ALLah meminta kita semua agar menyelidik sesuatu berita, dan jangan cepat sangat jump to conclusion.

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 15:14

Pada 01-09-08 15:00 , sunan-faqih posting:

:) - untuk pengetahuan anda - Tok Guru Nik Aziz ia juga mempunyai kemampuan sendiri untuk mengeluarkan pendapat darihal agama. Dan saya menghormati pendapatnya.

saya nak tanya apa kredibiliti MASri2 dan anda sendiri?

Anda mengatakan saya jump to the conclusion? Sudahkah MAsri2 dan anda sendiri mengajar sekurang-kurangnya dengan pandangan yang adil - pernytaan yang aneh dan pelik?

Bagaimana beramal dengan mazhab?

Bagaimana beramal dengan al Quran dan hadith mengikut disiplin ilmu dan tidaklah jadi seperti sekarang ini ramai yang bermudah-mudah dengan perkara hukum agama?

Bagaimana beramal dengan pendapat mazhab mengikut keperluan sedangkan anda perlu ingat dr yusof al Qardhawi sendiri mengatakan talfiq itu boleh jatuh haram yang menurutkan hawa nafsu.

Dan yang lebih best - Anda menyuruh orang awam pergi tengok balik kitab-kitab tersebut ? Atas dasar apa? Bagaimana dengan kemampuan mereka sendiri? Adakah semua diwajibkan berbuat demikian? dan adakah mereka semua akan kembali melihat. Atau akhirnya menjadi taqlid buta juga dengan artikel yang telah disampaikan oleh Masri2 tersebut?

Belajar silalah dengan disiplin dan tengok juga kepada siapa anda sampaikan hukum agama tersebut, jangan sampai mencelarukan umat Islam.

p/s: Bila pula saya mengatakan terus tolak bulat-bulat? saya meminta Masri2 menarik balik sebahagian isu artikel tersebut kerana ia tiada syarahnya. Ia amat berlainan sekali dengan apa yang Dr Yusof Al Qardhawi bahaskan di dalam perenggan seterusnya. Bukankah hujjah dan dalil serta pernytaan ulamak-ulamak berikut semuanya mengikut keperluan yang mendesak untuk membenarkan keadaan tersebut?

Ini ada pulak penambahan lain dari artikel itu tanpa ada syarahnya??

-----------------
.:Hidup Ini Mencari Mati Yang Sempurna:.
http://jarumemas.blogspot.com

http://jomfaham.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 17:38

assalamualaikum wbt

sahabat2 sekalian apakah apabila kita memilih pendirian seperti di dalam artikel ini bermakna kita keluar ijtihad sendiri atau kita sebenarnya ikut fatwa ulama lain?

saya xkeluar ijtihad sendiri, saya ikut fatwa2 ulama2.

dan saya cuba untuk mengikut fatwa mereka dengan mengetahui dalil2 mereka.

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 17:40

dalam masa yang sama terima kasih kepada anak pejuang, saya akan boldkan mana yang di quote dr al-qaradawi rahimahullah untuk membezakan mana yang merupakan tulisan penulis spy xkeliru mana satu yang diquote dari feqh as-siyam.

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 17:50

dan ada sebhgn dr artikel di atas dia ambil terus maksud dr tulisan dr yusuf al-qaradawi, bukan menterjmahkan contohnya, bab hadith berkumur2 itu, dan begitu juga ayat yang anak pejuang argue iaitu "Yang sebenarnya membatalkan puasa hanyalah tiga perkara iaitu bersetubuh, makan dan minum" dan lain-lain.

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 17:58

(2) Mewajibkan lafaz niat

Membaca lafaz niat untuk berpuasa atau untuk apa-apa ibadah lain seperti wudhu dan solat sebenarnya adalah tidak perlu, jauh sekali daripada bersifat wajib. Yang wajib adalah seseorang itu mengetahui dengan sedar ibadah apa yang bakal dilakukannya. Jika seseorang itu lazimnya diganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan melintaskan di dalam hati sekadar “Inilah puasa aku†atau “Inilah solat Zohor akuâ€. Jika masih was-was maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan lintasan hati. Jika setelah itu masih was-was, maka janganlah diberi perhatian kerana ia tidak lain adalah permainan syaitan.

TOP

(3) Menetapkan waktu imsak

Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati†adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh. Allah 'Azza wa Jalla berfirman:

Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. (al-Baqarah 2:187)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Bilal azan ketika waktu masih malam, oleh itu makanlah dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.†(Perawi menerangkan): “Beliau (Ibn Ummi Maktum) adalah seorang yang buta, dia tidak akan melaungkan azan sehingga dikatakan kepadanya: Waktu Subuh telah masuk, waktu Subuh telah masuk.â€(17)

Dalam ayat dan hadis di atas, jelas bahawa dibolehkan untuk bersahur, yakni makan dan minum, sehingga jelas terbitnya fajar atau dilaungkan azan Subuh. Tidak wujud waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum waktu Subuh.

TOP

(4) Menghukum makruh jika mandi ketika puasa

Antara hukum yang ditokok tambah ialah kononnya makruh untuk mandi pada petang hari ketika berpuasa. Yang benar hukumnya adalah sunnah kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menyiram air ke kepalanya kerana haus atau panas. Abu Bakar bin ‘Abd al-Rahman radhiallahu 'anh berkata:

Aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di al-Arj (sebuah tempat), baginda menyiram air ke kepalanya sedangkan pada waktu itu baginda berpuasa. Yang demikian itu kerana kehausan atau kepanasan.(18)

Berkata al-Imam Syams al-Haq al-‘Azhim rahimahullah:(19)

Dalam hadis ini terdapat dalil bahawa dibolehkan bagi orang yang berpuasa yang merasai kepanasan untuk menyiram air ke atas sebahagian badannya atau keseluruhan badannya. Ini merupakan pendapat jumhur dan mereka tidak membezakan antara mandi kerana suasana genting, sekadar perlu atau tanpa apa-apa alasan sekalipun.

TOP

(5) Qadha dua kali apabila berbuka dalam puasa qadha

Termasuk hukum yang ditokok tambah adalah, jika seseorang itu sedang mengqadha puasa lalu dia membuka puasa tersebut sama ada kerana sengaja atau tidak, maka dia perlu mengqadha sebanyak dua puasa, yang pertama puasanya yang asal manakala yang kedua adalah puasa qadha yang dibukanya itu. Contoh, jika seorang muslimah sedang berpuasa untuk menqadha puasa Ramadhannya yang lalu, kemudian pada siang hari dia didatangi haid sehingga terpaksalah dia berbuka, maka kononnya dia diwajibkan qadha dua kali, pertama adalah mengqadha puasa Ramadhan yang lalu, kedua mengqadha puasa qadha yang dibukanya.

Yang benar muslimah tersebut hanya perlu mengqadha sekali, iaitu puasa Ramadhan yang lalu. Demikian juga, sesiapa yang membuka puasa qadhanya maka kewajipan dia hanya mengqadha sekali, iaitu puasa asal yang perlu diqadhanya. Ini kerana maksud “qadha†ialah melaksanakan suatu ibadah di luar waktunya dan kewajipan mengqadha hanyalah ke atas ibadah yang sepatutnya dilaksanakan dalam waktunya yang asal. Tidak ada qadha ke atas ibadah yang sedang dilakukan di luar waktunya yang asal.

TOP

(6) Membayar fidyah jika puasa qadha ditunda ke tahun seterusnya.

Sebahagian pendapat menyatakan, jika seseorang itu memiliki sejumlah puasa Ramadhan yang perlu diqadha, lalu dia tidak mengqadha dalam tahun tersebut sehingga menundanya ke tahun hadapan, dia wajib membayar fidyah sebagai denda di atas penundaan tersebut. Pembayaran fidyah ialah sekali makanan yang mengenyangkan mewakili setiap hari bagi setiap tahun yang ditunda. Dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat sebagaimana jelas Syaikh Yusuf al-Qaradhawi:(20)

Adapun jika penundaan puasa qadha terjadi tanpa keuzuran, maka ada keterangan daripada sejumlah sahabat yang mengatakan bahawa dia wajib memberi makan orang miskin (fidyah) setiap hari sebagai denda bagi penundaannya. Pendapat ini dipegang oleh Malik, al-Tsauri, al-Syafi‘e, Ahmad dan lain-lain.

Ada pendapat lain yang menyebut bahawa hal itu (penundaan puasa qadha) tidak menuntut apa pun selain qadha. Ini adalah pendapat al-Nakha‘e, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya serta dikuatkan oleh pengarang kitab al-Raudhah al-Nadiyah. Ini kerana tidak ada dalil apa jua tentang hal itu (penundaan puasa qadha) yang dapat disandarkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika ada sekali pun, paling kuat ia adalah kata-kata sekelompok sahabat. Tentu ini bukan hujah bagi seseorang kerana kita tidak boleh beribadah kepada Allah dengan hujah seseorang. Oleh itu kerana itu, hukum bagi hal ini (penundaan puasa qadha) adalah neutral dan dikembalikan kepada dasarnya (iaitu qadha sahaja tanpa fidyah). Tidak boleh menggunakan nukilan daripada kata-kata sahabat (dalam bab hukum-hakam) melainkan hadis (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) yang sahih.

Saya (Syaikh al-Qaradhawi) melihat bahawa mengambil dalil daripada kalangan sahabat hanyalah sekadar hal-hal yang sunat, bukan wajib. Adapun yang wajib, kita memerlukan nas dalil daripada yang maksum (yakni Rasulullah) dan ini tidak kita perolehi.

Oleh itu dalam persoalan ini, yang lebih mendekati kebenaran ialah tidak perlu membayar fidyah. Seseorang yang menunda puasa qadhanya ke tahun seterusnya hanya wajib mengqadha, tidak lebih dari itu.

TOP

(7) Puasa dua dalam satu

Dalam sebahagian kitab fiqh disebut bahawa dibolehkan melaksanakan dua atau lebih puasa di dalam satu hari. Berdasarkan pendapat ini, merupakan satu kelaziman bagi sebahagian orang untuk melaksanakan kedua-dua puasa qadha dan puasa sunat Syawal dalam satu hari. Kebolehan menggabungkan dua atau lebih puasa di dalam satu hari adalah pendapat semata-mata dan sehingga kini tidak ditemui dalil yang membolehkannya daripada al-Qur’an mahupun al-Sunnah yang sahih.

Di sini perlu digariskan bahawa manhaj kita dalam beribadah ialah berhenti sehingga diperolehi dalil yang sahih lagi muktamad (qath‘e) yang mensyari‘atkannya. Kita sebagai hamba tidak tahu apa, bila dan bagaimana bentuk ibadah yang akan diterima dan diredhai oleh tuhan yang kita sembah, iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Oleh itu kita hanya beribadah sekadar apa yang disyari‘atkan tanpa menambah atau mengubahsuainya. Pendapat manusia, sekalipun kita menghormati dan menyanjunginya, tidak boleh dijadikan hujah untuk menambah atau mengubahsuai sesuatu ibadah.

Justeru yang benar tidak ada amalan menggabungkan dua atau lebih puasa di dalam satu hari. Setiap puasa hendaklah dilaksanakan dalam harinya yang tertentu. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah menjelaskan:(21)

Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. (Maksud Surah al-Baiyinah 98:05).

Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tiada dibenarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.

Tidak dinafikan bahawa amalan puasa “dua dalam satu†rancak disebut-sebut dalam akhbar, majalah, televisyen, radio, ceramah, kuliah, khutbah dan sebagainya. Tidak kurang juga, orang-orang yang menyebutnya adalah mereka yang masyhur dalam menyampaikan cerita-cerita agama. Akan tetapi jika dicermati analisa secara mendalam, akan didapati bahawa apa yang mereka sampaikan adalah pendapat semata-mata tanpa ada dalil yang sahih lagi muktamad yang mendukunginya.

Di sini penulis ingin menasihatkan para pembaca sekalian bahawa kebenaran agama tidak dinilai oleh kemasyhuran seseorang tetapi berdasarkan dalil dan hujah yang disampaikannya. Jika dalam pelbagai urusan duniawi kita semua menekankan nilai fakta dan penelitian, maka hendaklah penekanan yang sama kita praktikkan dalam menerima sesuatu ajaran agama.

Demikian beberapa perkara yang ditinggalkan dan yang ditokok tambah berkenaan amalan dan hukum puasa yang sempat dibicarakan dalam risalah ini. Perkara-perkara yang dibicarakan merupakan apa yang lazim ditanya dan dibincang bersama penulis dalam kuliah-kuliah dan soal-jawab e-mel. Pasti sahaja perkara-perkara ini tidak memiliki batas maksimumnya kerana selagi mana manusia ingin menjadikan agama sebagai permainan akalnya, selagi itulah akan muncul amalan dan hukum yang berjauhan daripada keaslian al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Nasihat penulis kepada para pembaca, jadikanlah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih sebagai tolok ukuran setiap ajaran yang diterima dan diamalkan. Jadikanlah ayat 59 surah al-Nisa’ yang dikemukakan di awal risalah ini sebagai manhaj utama dalam beragama.

Nota kaki:
(17)             Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 617 (Kitab Azan).

(18)             Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).

(19)             Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud (Dar al-Fikr, Beirut 1995), jld. 6, masa. 395.

(20)             Fiqh al-Siyam, masa. 98.

(21)             Pedoman Puasa (Thinker’s Library, Kuala Lumpur 1996), masa. 136-137

Sumber: “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa†susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 01-09-08 22:06

:) setahu saya tiada pula ulamak di sini yang mewajibkan lafaz niat. :) ulamak syafie menyatakan talaffuz binniyyat adalah sunah hukumnya dengan mengikut kaedah feqh berdasarkan kepada al Quran dan sunnah :)

Saya harap benda begini tak perlu lah diributkan. Lafaz niat akan mendapat pahala darihal solat dan berpuasa (berkaitan ibadah khusus) termasuk juga adalah lafaz niat di miqat haji.

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 08:51

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah,

Sekadar bertanya kepada ustaz2, teman ada terdengar bahasa hadis yang berkaitan dengan fadhilat solat sunat terawih tu Hadis Palsu. Maaflah saya tidak tau hadis yang mana. Boleh tak ustaz2 memberi sedikit penerangan?

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  

posticon Posting pada: 02-09-08 09:29

Berguna sungguh info ni...

8-)

-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...

Bookmark and Share

  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 12:02

Pada 01-09-08 17:58 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

(6) Membayar fidyah jika puasa qadha ditunda ke tahun seterusnya.

Sebahagian pendapat menyatakan, jika seseorang itu memiliki sejumlah puasa Ramadhan yang perlu diqadha, lalu dia tidak mengqadha dalam tahun tersebut sehingga menundanya ke tahun hadapan, dia wajib membayar fidyah sebagai denda di atas penundaan tersebut. Pembayaran fidyah ialah sekali makanan yang mengenyangkan mewakili setiap hari bagi setiap tahun yang ditunda. Dalam hal ini terdapat perbezaan pendapat sebagaimana jelas Syaikh Yusuf al-Qaradhawi:(20)

Adapun jika penundaan puasa qadha terjadi tanpa keuzuran, maka ada keterangan daripada sejumlah sahabat yang mengatakan bahawa dia wajib memberi makan orang miskin (fidyah) setiap hari sebagai denda bagi penundaannya. Pendapat ini dipegang oleh Malik, al-Tsauri, al-Syafi‘e, Ahmad dan lain-lain.

Ada pendapat lain yang menyebut bahawa hal itu (penundaan puasa qadha) tidak menuntut apa pun selain qadha. Ini adalah pendapat al-Nakha‘e, Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya serta dikuatkan oleh pengarang kitab al-Raudhah al-Nadiyah. Ini kerana tidak ada dalil apa jua tentang hal itu (penundaan puasa qadha) yang dapat disandarkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jika ada sekali pun, paling kuat ia adalah kata-kata sekelompok sahabat. Tentu ini bukan hujah bagi seseorang kerana kita tidak boleh beribadah kepada Allah dengan hujah seseorang. Oleh itu kerana itu, hukum bagi hal ini (penundaan puasa qadha) adalah neutral dan dikembalikan kepada dasarnya (iaitu qadha sahaja tanpa fidyah). Tidak boleh menggunakan nukilan daripada kata-kata sahabat (dalam bab hukum-hakam) melainkan hadis (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) yang sahih.

Saya (Syaikh al-Qaradhawi) melihat bahawa mengambil dalil daripada kalangan sahabat hanyalah sekadar hal-hal yang sunat, bukan wajib. Adapun yang wajib, kita memerlukan nas dalil daripada yang maksum (yakni Rasulullah) dan ini tidak kita perolehi.

Oleh itu dalam persoalan ini, yang lebih mendekati kebenaran ialah tidak perlu membayar fidyah. Seseorang yang menunda puasa qadhanya ke tahun seterusnya hanya wajib mengqadha, tidak lebih dari itu.

TOP

(7) Puasa dua dalam satu

Dalam sebahagian kitab fiqh disebut bahawa dibolehkan melaksanakan dua atau lebih puasa di dalam satu hari. Berdasarkan pendapat ini, merupakan satu kelaziman bagi sebahagian orang untuk melaksanakan kedua-dua puasa qadha dan puasa sunat Syawal dalam satu hari. Kebolehan menggabungkan dua atau lebih puasa di dalam satu hari adalah pendapat semata-mata dan sehingga kini tidak ditemui dalil yang membolehkannya daripada al-Qur’an mahupun al-Sunnah yang sahih.

Di sini perlu digariskan bahawa manhaj kita dalam beribadah ialah berhenti sehingga diperolehi dalil yang sahih lagi muktamad (qath‘e) yang mensyari‘atkannya. Kita sebagai hamba tidak tahu apa, bila dan bagaimana bentuk ibadah yang akan diterima dan diredhai oleh tuhan yang kita sembah, iaitu Allah 'Azza wa Jalla. Oleh itu kita hanya beribadah sekadar apa yang disyari‘atkan tanpa menambah atau mengubahsuainya. Pendapat manusia, sekalipun kita menghormati dan menyanjunginya, tidak boleh dijadikan hujah untuk menambah atau mengubahsuai sesuatu ibadah.

Justeru yang benar tidak ada amalan menggabungkan dua atau lebih puasa di dalam satu hari. Setiap puasa hendaklah dilaksanakan dalam harinya yang tertentu. Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie rahimahullah menjelaskan:(21)

Kemudian hendaklah diketahui bahawa mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat. Dalilnya ialah firman Allah: Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya. (Maksud Surah al-Baiyinah 98:05).

Ikhlas yang dimaksudkan dalam firman Allah ini ialah mengikhlaskan amal ibadah yang disuruh dengan cara yang disuruh. Demikian menurut Imam Malik, al-Shafi‘e dan Abu Sulaiman. Kemudian perhatikanlah pula hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim daripada A'isyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Barangsiapa yang mengamalkan sesuatu amal yang tidak ada atasnya tuntutan (ajaran) kami, maka amalnya itu tertolak.

Maka sesiapa mencampur adukkan sesuatu amalan dengan amalan lain, bererti telah melakukan suatu amal yang tiada dilakukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tiada dibenarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Kerana itu, amalan sebegini tidak diterima.

Tidak dinafikan bahawa amalan puasa “dua dalam satu†rancak disebut-sebut dalam akhbar, majalah, televisyen, radio, ceramah, kuliah, khutbah dan sebagainya. Tidak kurang juga, orang-orang yang menyebutnya adalah mereka yang masyhur dalam menyampaikan cerita-cerita agama. Akan tetapi jika dicermati analisa secara mendalam, akan didapati bahawa apa yang mereka sampaikan adalah pendapat semata-mata tanpa ada dalil yang sahih lagi muktamad yang mendukunginya.

Di sini penulis ingin menasihatkan para pembaca sekalian bahawa kebenaran agama tidak dinilai oleh kemasyhuran seseorang tetapi berdasarkan dalil dan hujah yang disampaikannya. Jika dalam pelbagai urusan duniawi kita semua menekankan nilai fakta dan penelitian, maka hendaklah penekanan yang sama kita praktikkan dalam menerima sesuatu ajaran agama.

Demikian beberapa perkara yang ditinggalkan dan yang ditokok tambah berkenaan amalan dan hukum puasa yang sempat dibicarakan dalam risalah ini. Perkara-perkara yang dibicarakan merupakan apa yang lazim ditanya dan dibincang bersama penulis dalam kuliah-kuliah dan soal-jawab e-mel. Pasti sahaja perkara-perkara ini tidak memiliki batas maksimumnya kerana selagi mana manusia ingin menjadikan agama sebagai permainan akalnya, selagi itulah akan muncul amalan dan hukum yang berjauhan daripada keaslian al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Nasihat penulis kepada para pembaca, jadikanlah al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih sebagai tolok ukuran setiap ajaran yang diterima dan diamalkan. Jadikanlah ayat 59 surah al-Nisa’ yang dikemukakan di awal risalah ini sebagai manhaj utama dalam beragama.

Nota kaki:
(17)             Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 617 (Kitab Azan).

(18)             Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no: 2365 (Kitab puasa, Bab orang berpuasa yang disiram ke atasnya air…).

(19)             Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud (Dar al-Fikr, Beirut 1995), jld. 6, masa. 395.

(20)             Fiqh al-Siyam, masa. 98.

(21)             Pedoman Puasa (Thinker’s Library, Kuala Lumpur 1996), masa. 136-137

Sumber: “Menelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasa†susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213

jelasnya, perkara 6 dan 7 di atas adalah khilaf di kalangan ulama', saya rasa bukan hak kita termasuk masri untuk menetapkan pandangan ulama' mana yang betul, ulama' mana yang salah dan menokok tambah (bid`ah).

kita bebas untuk beramal dengan pandangan yang bagi kita lebih rajih, tidak semestinya berpegang kepada mana-mana imam, mazhab atau mana-mana ulama' sahaja... tapi adakah hak kita untuk menuduh pandangan mana-mana ulama' sebagai salah, tokok tambah dan tak boleh diikuti?

iye, Dr. Yusuf al-Qaradawi mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan, dan itu adalah pandangan beliau, persoalannya, di manakah tempat kita?

saya bersetuju dengan kebanyakan perkara yang dipost, tapi ada juga beberapa perkara yang saya tak setuju, terutama yang saya tunjuk di atas tu.

wassalam.

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 12:38

salam alaik...
masing-masing ada pandangan yang berbeza...
tapi pastikan dr sumber yang sahih..
hormati setiap pandangan orang lain dan sampaikan teguran secara berhemah..
good topic..

Bookmark and Share

  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 14:43

Pada 02-09-08 08:51 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah,

Sekadar bertanya kepada ustaz2, teman ada terdengar bahasa hadis yang berkaitan dengan fadhilat solat sunat terawih tu Hadis Palsu. Maaflah saya tidak tau hadis yang mana. Boleh tak ustaz2 memberi sedikit penerangan?

Di riwayatkan oleh Saiyidina Ali (.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadan:

Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam Ke 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ke 3:
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy' supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Ke 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam Ke 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam Ke 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ke 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi'raun dan Hamman.

Malam Ke 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam Ke 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Ke 10:
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam Ke 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam Ke 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam Ke 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam Ke 15:
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

Malam Ke 16:
Allahsubhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam Ke 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam Ke 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam Ke 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam Ke 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam Ke 23:
Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam Ke 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam Ke 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam Ke 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam Ke 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam Ke 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam Ke 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam Ke 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar"."

Web Jabatan Mufti Terengganu
http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali .a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:

* Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

* Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

* Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

* Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

* Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

* Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

* Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)

Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=printview&t=30965&start=0
Fadilat tarawih didakwa hadis rekaan

KOTA BHARU, Rabu - Sebuah kumpulan pengajian Islam di sini, Darul Quran Was Sunnah, meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa majlis agama negeri menyiasat penyebaran hadis palsu berhubung kelebihan solat tarawih.

Hadis yang dikatakan palsu itu mengenai kelebihan solat tarawih sepanjang malam Ramadan, kononnya diriwayatkan oleh Saidina Ali dan disebarkan secara meluas melalui media massa.

Jurucakapnya, Asri Yusof, berkata hadis itu nyata lemah dan palsu serta tidak pernah ditemui dalam kumpulan Sunnan Sittah (himpunan dalam kitab hadis oleh enam ulama hadis masyhur) dan kitab Muwatta' karangan Imam Malik.

Hadis itu antara lain mengenai kelebihan solat tarawih pada setiap malam, misalnya pada malam pertama keluar dosa orang mukmin seperti bayi yang baru dilahirkan, sehingga malam ke-30.

"Perkara mengenai kelebihan solat tarawih ini hanya tersebar secara meluas sejak dua atau tiga tahun kebelakangan ini.

"Hampir semua media memetik dan mengguna pakai hadis ini, yang tersebar luas kepada orang ramai sedangkan ia ternyata palsu," katanya kepada Berita Harian.

Sebelum itu, Darul Quran Was Sunnah yang beralamat di Masjid Purnama, Paya Purnama, dekat sini, menghantar salinan bertajuk Kepalsuan hadis kelebihan tarawih meminta perkara itu diperbetulkan bagi memperbaiki salah faham umat Islam.

Menurutnya, umat Islam perlu berhenti daripada mempercayai perkara bidaah kerana ia nyata sesat dan menyesatkan.

Asri berkata, perkara itu mungkin berlaku disebabkan kelemahan umat Islam sendiri dalam memahami ilmu hadis atau pengaruh fahaman Syiah yang cuba menyelewengkan kefahaman pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Hadis itu dipercayai terdapat dalam beberapa buku fadilat Ramadan terbitan tempatan dan kitab Duratunasihin karya Othman Hassan bin Ahmad Asyalal al-Khaoubori yang diterbitkan di Mesir pada 1954.

Di KUALA LUMPUR, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaysia, Prof Madya Dr Abdul Hayei Abdul Sukor, berkata hadis mengenai kelebihan 30 malam solat tarawih itu dianggap palsu atau rekaan kerana ia tidak mempunyai sumber muktabar.

Menurutnya, hadis itu dipercayai direka oleh orang yang mempunyai kepentingan.

Serentak itu, beliau meminta masjid atau surau yang menampal hadis berkenaan di premis masing-masing supaya membuangnya bagi mengelak umat Islam mempercayai hadis itu.

"Umat Islam yang menunaikan solat terawih tidak harus terpengaruh dengan kelebihan fadilat dalam hadis rekaan itu, sebaliknya menunaikan solat dengan mengharapkan balasan Allah," katanya.

Ditanya bolehkah seseorang mencipta hadis untuk mendorong umat Islam menunaikan solat terawih, Dr Hayei berkata mereka termasuk dalam golongan yang melakukan dosa besar.

Beliau berkata, antara hadis sahih mengenai kelebihan solat terawih ialah:

"Dari Said Musayyap, Rasulullah bersabda: sesiapa beribadat (solat terawih) dalam bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni dosa-dosa yang terdahulu, hadis riwayat al-Nasa'i.

"Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: sesiapa yang menghayati (beribadat) malam lailatulkadar dengan iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni semua dosanya, hadis riwayat al-Nasa'i."

-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 02-09-08 14:44

oo sunan faqih dah post xperasan pula.

Bookmark and Share

  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar

posticon Posting pada: 06-09-08 13:22

Post ana telah dipadam berkenaan fadhilat tarawih tu..entah Kenapa Allahua'lam, walau bagaimanapun ana nak menambah nilai posting Masri..ada post daripada ustaz Zaharuddin di webnya berkenaan perkara di atas juga..

Jom! ke SINI! Batalkah puasa anda jika...

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

my_masjid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.06.2003
Ahli No: 1419
Posting: 87
Dari: Ganu Da Roll Iman

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 06-09-08 15:22

Pada 01-09-08 14:46 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-09-08 14:42 , masri2 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 01-09-08 14:35 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

oleh itu saya harap pernyataan ini ditarik balik ":

1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

2. Menelan air liur membatalkan puasa.

3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

##############################################

kerana ia tiada syarahnya dari ulamak feqh yang telah dikatakan mengeluarkan pendapat yang aneh.

Silakan bersikap adil

assalamualaikum wbt

maafkan saya, saya tidak mahu menarik balik, kerana saya sendiri pernah di ajar sejak zaman sekolah dahulu oleh ustaz dan ustazah di sekolah bahwa korek telinga batal puasa, korek hidung batal puasa,.

Begitu juga saya pernah belajar di masjid waktu zaman sekolah dulu, di mana disebutkan kalau buang air, tiba najis kita termasuk balik dalam tubuh kita ia membatalkan puasa kr masuk dalam rongga.

Begitu juga sampai sekarang masih ada yang bertanya tak kiralah ikut YM, emel, sms etc adakah hisap jari membatalkan puasa,

maka atas sebab-sebab ini saya tak mahu menarik balik.

sekian terima kasih, semoga Allah memberi hidayah kepada saya dan kita semua. Amin!

ALlahu ALlah - hanya dengan membaca artikel kendian tiada syarahnya terus sahaja terima bulat-bulat dan anda sebarkan kepada orang awam yang tidak tahu mengenai usul feqh?

Siapa yang mengajar anda cara begini?

Na'uzubiLlahi min zalik..

Adakah anda ini tidak memahami makna dari surah al hujaarat di mana ALLah meminta kita semua agar menyelidik sesuatu berita ?

assalamualaikum.....
setahu saya apa yang saudara masri2 kemukakan itu adalah betul.dulu saya pernah mendengar kupasan tentang perkara ini oleh Ustaz Azhar Idrus (penceramah bebas dr terang) yang memperjelaskan tentang perkara & masalah puasa.memang betul pun.... :oops:

-----------------
Hati yang dekat pada masjid akan dekat dengan ilmu,hati yang dekat pada ilmu akan dekat dengan amal kebajikan,hati yang dekat dengan amal kebajikan akan dekat dengan Syurga.Dan Syurga itu pastinya dekat dengan Allah s.w.t

Bookmark and Share

  Member Information For my_masjidProfil   Hantar PM kepada my_masjid   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar

posticon Posting pada: 06-09-08 16:09

BismiLlah,

jadi mungkin saudara my masjid boleh berkongsi ceramah ustaz azhar, untuk menjelaskan lagi mengenai persoalan yang saya musykil tersebut. Tentu ada syarahnya..

terima kasih ya.. :)

Bookmark and Share

  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

my_masjid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.06.2003
Ahli No: 1419
Posting: 87
Dari: Ganu Da Roll Iman

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 17-09-08 23:46

intisari daripada penerangan ustaz macam ni...
masalah memasukkan sesuatu dalam mulut atau rongga time puasa tu adalah had dan batasannya.kalau setakat ruang rongga mulut masih lagi belum mmbatalkan puasa.hadnya jangan sampai terlalu dalam (area anak tekak & seterusnya).yang juga boleh menyebabkan muntah dengan sengaja.
begitu juga dengan hidung,hadnya jangan sampai lubang pada bhagian tengkorak.
telinga pun begitu juga.
yang pasal buang air besar tu...bukan pasal kena meneran habis.masalahnya bila najis masuk bailk semasa meneran itu boleh menyebabkan batal puasa.so, kena hati-hati tentang masalah ni.
ini adalah kupasan daripada ustaz...bukan sendiri memandai2 post ini...

Bookmark and Share

  Member Information For my_masjidProfil   Hantar PM kepada my_masjid   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  

posticon Posting pada: 18-09-08 08:03

Pada 01-09-08 14:46 , Anak_Pejuang posting:

!!! QUOTE !!!

ALlahu ALlah - hanya dengan membaca artikel kendian tiada syarahnya terus sahaja terima bulat-bulat dan anda sebarkan kepada orang awam yang tidak tahu mengenai usul feqh?

Siapa yang mengajar anda cara begini?

Na'uzubiLlahi min zalik..

Adakah anda ini tidak memahami makna dari surah al hujaarat di mana ALLah meminta kita semua agar menyelidik sesuatu berita ?

salam,

karutnya, dari mana datangnya ajaran untuk mengetahui pendapat berlainan mazhab mesti belajar usul fiqh? pernah belajar usul fiqh ke? tahu ke definisi usul fiqh? Janganlan kita mengelirukan orang yang tidak belajar usul fiqh disebabkan kita tidak menguasai usul fiqh.

Perhatian juga kepada anda, perlu dibezakan antara usul fiqh dengan fiqh.

Apa yang masri bawakah adalah HUKUM yang telah 'dibina' dan 'diterbitkan' oleh ulama'2.

seperkara lagi, janganlah memandai-mandai 'mengistimbatkan' hukum dari surah al-hujuraat itu disebabkan kita sendiri yang tidak menyelidik, dan kita sendiri yang kita tidak tahu. Anda tidak tahu bukanlah menjadi hujjah dalam isu ini. Kerana ramai yang tahu.
Sumber telah diberikan, pendapat mujtahid semasa telah ditunjukkan. Tidak puas Hati? kemukakan sumber anda pula.

p/s: tidak ada guna jika berilmu tetapi tidak berakhlak, dan akhlak mestilah di lihat secara holistik bukannya atas kesempitan minda kita semata-mata.

Wassalam.

Bookmark and Share

  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 
Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.133791 saat. Lajunya....