Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya
-- Hukama'

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 86
Ahli: 0
Jumlah: 86




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 5 hari yang lalu
Kang: 24 hari yang lalu
lidah-penghunus: 26 hari yang lalu
muslimin23: 34 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Keliru isu Muawiyah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Keliru isu Muawiyah

Please Mendaftar To Post


Oleh Keliru isu Muawiyah

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-02-08 07:41


Bersama:MOHD. YUSOF ABAS
SOALAN: Saya keliru dengan pandangan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa Muawiyah bin Abu Suffian sebenarnya ialah seorang yang jahat dan perampas kuasa daripada Sayidina Ali bin Abi Talib. Apa pandangan agama Islam mengenai hal ini?

– Muhammad Jiwa, Kampung Baru,

Kuala Lumpur.

JAWAPAN:

Anda tidak perlu keliru dan gelabah mengenai perkara ini kerana panduan dan catatan sejarah yang ditinggalkan adalah jelas. Kita perlu mengikut dan menerima hanya satu ajaran yang dinamakan ahli sunah waljamaah. Mereka tidak mudah menuduh sesiapa dari kalangan umat Islam (ahli al-Qiblah) apa lagi dari kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. di mana mereka pernah berjuang dan mempertahankan Islam bersama Rasulullah. Mereka berjasa dalam pembukaan negara Islam Madinah. Biasanya pendapat seperti itu datangnya dari kumpulan khawarij. Kumpulan ini menentang bukan sahaja Muawiyah tetapi mereka mengatakan Ali juga adalah salah kerana menerima tahkim (berdamai melalui orang ketiga). Bagi kita, kedua pihak Ali dan Muawiyah adalah atas petunjuk dan keredaan Allah kerana sekalipun mereka berselisih pendapat sehingga berlaku pergaduhan tetapi bukan kerana kepentingan peribadi malah atas dasar ijtihad yang betul dan ikhlas. Dalam hal ini Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: siapa yang berijtihad dan kebetulan tepat (ijtihadnya) maka baginya dapat dua ganjaran dan siapa yang berijtihad tetapi salah ijtihadnya maka baginya satu ganjaran sahaja. Dalam sabdanya lagi yang bermaksud: jangan kamu mengutuk para sahabatku. Demikian juga dalam sabdanya yang lain bermaksud: sahabatku adalah seperti bintang yang mana kamu ikuti kamu akan beroleh petunjuk.

Sehubungan ini juga Allah berfirman bermaksud: Mereka yang terdahulu, yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar dan orang- orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat) Allah reda akan mereka semua dan mereka pula reda akan Dia serta Ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (Surah at-Taubah ayat 100).

Apa yang dapat difahami bahawa para sahabat dan pengikut mereka semuanya akan mendapat keredaan Allah. Kita tidak boleh menyalahkan sesiapa dari kalangan sahabat tadi malah kita harus menerima mereka sebagai sahabat dan mereka adalah umat terbaik selaras dengan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: sebaik-baik kurun itu ialah kurunku dan mereka yang mengiringnya.

Kumpulan Khawarij ini menerima sahabat dari kalangan ahli al-Bait sahaja manakala sahabat yang lain adalah sesat dan tidak boleh diterima segala riwayat mereka. Jadi banyaklah hadis yang diriwayatkan para sahabat besar tersebut tertolak dengan percuma. Manakala al-Quran juga mereka katakan ada banyak tambahan yang belum lengkap dan sebagainya. Wallahualam.


Berpegang kepada pendapat majoriti
SOALAN: Ada kawan saya yang mengatakan kita tidak boleh berpegang atau mengikut pendapat majoriti umat Islam hari ini kerana katanya suara ramai itu sesat dan bidaah. Adakah pendapat ini benar?

– Siti Norbaya binti Zakaria,

Kuala Muda,Kedah.

JAWAPAN:

Pendapat kawan anda itu kurang tepat, kerana banyak kekeliruan terdapat di dalamnya antara lain ianya bertentangan dengan al-Quran dan juga hadis Rasulullah. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Siapa yang menentang (ajaran) Rasulullah s.a.w. sesudah nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang beriman Kami akan berikan kepadanya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya (dan pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya neraka jahanam dan itulah sejahat dan seburuk tempat kembali. (surah an-Nisa ayat 115).

Oleh itu kumpulan majoriti Islam adalah tetap kekal atas jalan petunjuk dari Tuhan mereka selaras dengan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Sentiasa umatku berada atas jalan petunjuk keredaan Tuhan tidak menjejaskan mereka oleh mereka (kumpulan yang menyalahi mereka) sedikitpun sehingga kiamat (riwayat Muslim). Adapun yang dimaksudkan dengan pendapat ramai itu ialah majoriti dari kalangan umat manusia di dunia ini seluruhnya sesuai dengan firman-Nya bermaksud: sekiranya kamu patuh kepada kebanyakan umat manusia di muka bumi ini mereka akan menyesatkan kamu dari jalan petunjuk-Nya. Dan Allah berfirman lagi bermaksud: tidak beriman kepada Allah s.w.t. oleh kebanyakan (manusia) melainkan mereka mempersekutukan-Nya (surah Yusof ayat 106). Sedangkan majoriti umat Islam serta majoriti ulama mereka itu dinamakan ijmak yang perlu dijadikan pegangan dan ikutan kita dari kalangan orang awam hari ini. Wallahualam.

Nilai hutang lama
SOALAN: Saya telah berhutang dengan seorang kawan semasa belajar di luar negara. Sekarang baru ada kesempatan untuk membayarnya, sedangkan nilai wang tersebut telah mengalami sedikit perubahan. Adakah saya perlu melangsaikannya menurut nilai mata wang hari ini atau nilai semasa berlaku pinjaman tersebut lebih kurang 20 tahun dahulu?

– Sharul Ahmad,

Nilai, Seremban.

JAWAPAN:

Ulama ada mengatakan, sekiranya berlaku demikian maka perbezaan nilai tersebut hendaklah diambil kira untuk mengelak dari berlaku sebarang penganiayaan kepada sesiapa. Sekiranya perbezaan itu agak ketara seperti seratus lebih maka bayaran hutang tersebut hendaklah dikira semasa waktu yang tidak akan merugikan kedua belah pihak. Contohnya semasa berhutang dulu sebanyak RM300, manakala nilai sekarang bersamaan dengan RM400. Maka bolehlah dibayar hutang tersebut sebanyak RM400 sesuai dengan arahan Rasulullah supaya pihak yang berhutang digalakkan menjelaskan hutangnya lebih sedikit, kerana jika dibayar sebanyak RM300 pasti akan mengurangkan nilai hutang tersebut dengan ketara dan mungkin berlaku penganiayaan kepada tuan hutang tersebut melainkan dengan kerelaannya sendiri. Begitulah sebaliknya. Tetapi sekiranya perbezaan nilai tersebut tidak begitu besar dan ketara seperti dua tiga ringgit sahaja, maka boleh dilangsaikan hutang tadi mengikut harga lama semasa berlaku hutang tersebut. Wallahualam.

- ALAMATKAN kemusykilan anda kepada Kemusykilan Anda Dijawab, Yadim, Jalan Perdana 50480 Kuala Lumpur atau e-mel [email protected]. Nyatakan nama penuh dan nama samaran untuk siaran.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

niairza
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2008
Ahli No: 32656
Posting: 14
Dari: Kuala Kubu Bharu

malaysia  


posticon Posting pada: 20-02-08 13:40


jangan pening-peningkan kepala pasal benda ni, jaga iman dan amal masing-masing lagi bagus

Bookmark and Share

    


  Member Information For niairzaProfil   Hantar PM kepada niairza   Quote dan BalasQuote

tanpanama
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2005
Ahli No: 18761
Posting: 310
Dari: Bintang Timur

botswana  


posticon Posting pada: 20-02-08 23:03


Pada 20-02-08 13:40 , niairza posting:

!!! QUOTE !!!

jangan pening-peningkan kepala pasal benda ni, jaga iman dan amal masing-masing lagi bagus




pemikiran seorang yang jahil....


Wassalam



Bookmark and Share

    


  Member Information For tanpanamaProfil   Hantar PM kepada tanpanama   Pergi ke tanpanama's Website   Quote dan BalasQuote

muhammady7
Warga Rasmi
Menyertai: 27.02.2008
Ahli No: 32739
Posting: 7
Dari: Kuantan

saudiarabia  


posticon Posting pada: 02-03-08 13:56


Pada 20-02-08 23:03 , tanpanama posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-02-08 13:40 , niairza posting:

!!! QUOTE !!!

jangan pening-peningkan kepala pasal benda ni, jaga iman dan amal masing-masing lagi bagus




pemikiran seorang yang jahil....


Wassalam



Ishh jangan tuduh menuduh....adapun pendapat golongan yang terlalu benci Muawiyah mereka adalah dari golongan Syiah dan khawarij...Muawiyah ialah seorang sahabat rasul, juga penulis wahyu.

yang berpendapat tentang jamaah yang majoriti itu bid'ah, ketahuilah mereka ini yang menggunakan nama SALAFI TULEN atau SALAFI ORI....mereka ini telah dinasihatkan oleh mufti abdul aziz al-syeikh,mufti arab saudi agar tidak berlebih-lebihan

Bookmark and Share

    


  Member Information For muhammady7Profil   Hantar PM kepada muhammady7   Pergi ke muhammady7's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107976 saat. Lajunya....