Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 105
Ahli: 0
Jumlah: 105




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: kisah isteri 4


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» kisah isteri 4

Please Mendaftar To Post


Oleh kisah isteri 4

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 22-11-07 20:54


Suatu ketika, ada seorang pedagang
kaya yang mempunyai empat orang
isteri. Dia mencintai isteri yang
keempat dan memberikan harta dan
kesenangan yang banyak. Sebab, isteri
keempat adalah yang tercantik di
antara kesemua isterinya. Maka, tidak
hairan lelaki ini sering memberikan
yang terbaik untuk isteri keempatnya
itu.apa dagang itu juga mencintai
isterin ya yang ketiga. Dia sangat
bangga dengan isterinya ini, dan
sering berusaha untuk memperkenalkan
is teri ketiganya ini kepada semua
temannya. Namun dia juga selalu
bimbang kalau-kalau isterinya ini akan
lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang
kedua. Dia juga sangat menyukainya.
Dia adalah seorang isteri yang sabar
dan penuh pengertian. Bila-bila masa
pun apabila pedagang ini mendapat
masalah, dia selalu meminta pandangan
isterin ya yang kedua ini. dialah
tempat bergantung. Dia selalu menolong
dan mendampingi suaminya melalui masa-
masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang
pertama. Dia adalah pasangan yang
sangat setia. Dia sering membawa
kebaikan bagi kehidupan keluarga ini.
Dialah yang merawat dan mengatur semua
kekayaan dan usaha si suami. Akan
tetapi si pedangang tidak begitu
mencintain ya. Walaupun isteri
pertamanya ini begitu sayang kepadanya
namun, pedagang ini tidak begitu
memperduli kannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit.
Kemudian dia menyedari mungkin masa
untuknya hidup tinggal tidak lama
lagi. Dia mula merenungi semua
kehidupan indahnya, dan berkata dalam
hati, "Saat ini. Aku punya empat orang
isteri. Namun, apabila aku meninggal,
aku akan sendiri. Betapa menyedihkan
jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya
datang dan kemudian mulai bertanya
pada isteri keempatnya, "Kaulah yang
paling kucintai, kuberikan kau gaun
dan perhiasan yang indah. Nah
sekarang. Aku akan mati, mahukah kau
mendampingiku dan menemaniku?" Isteri
keempatnya terdiam. "Tentu ! saja
tidak!" jawab isterinya yang keempat,
dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-
kata lagi. Jawapan itu sangat
menyakitka dan hati seakan-akan ada pisau
yang terhunus dan menghiris-hiris
h atinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya
kepada isteri ketiganya, "Aku pun
mencintaimu sepenuh hati, dan saat
ini, hidupku akan berakhir. Mahukah
kau ikut denganku, dan menemani akhir
hayatku?". Isteri ketiganya
menjawa b, "Hidup begitu indah di sini.
Aku akan menikah lagi jika kau mati".
Pedagang begitu terpukul dengan
jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri
keduanya, "Aku selalu berpaling padamu
setiap kali mendapat masalah. Dan kau
selalu mahu membantuku. Kini. Aku
perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku
mati, mahukah kau ikut dan
mendampingiku ?" Si isteri kedua
menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku
tak mampu menolongmu kali ini. Aku
hanya boleh menghantarmu ke liang
kubur saja. Nanti, akan kubuatkan
makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang
menyambar. Si pedagang kini berasa
putus asa. Tiba-tiba terdengar satu
suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku
akan ikut ke manapun kau pergi. Aku,
tak akan meninggalkanmu. Aku akan
setia bersamamu." Si pedagang lalu
menoleh ke arah suara itu dan
mendapati isteri pertamanya yang
berkata begitu. Isteri pertamanya
tampak begitu kurus.
Badannya seperti orang yang kelaparan.
Berasa menyesal, si pedagang Lalu
berguman, "Kalau saja aku mampu
melayanmu lebih baik pada saat aku
mampu, tak akan kubiarkan kau seperti
ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat
orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita.
Seberapa banyak waktu dan belanja Yang
kita keluarkan untuk tubuh kita supaya
tampak indah dan gagah, semuanya akan
hilang. Ia akan pergi segera apabila
kita meninggal. Tak ada keindahan dan
kegagahan yang tersisa saat kita
menghadapNYA .
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan
kekayaan kita. Saat kita meninggal,
semuan ya akan pergi kepada! yang lain.
Mereka akan berpindah dan melupakan
kita yang pernah memilikinya.
ISTE RI KEDUA pula adalah kerabat dan
teman-teman. Seberapa pun dekat
hubungan kita dengan mereka, mereka
tak akan mampu bersama kita selamanya.
Hanya sampai kuburla mereka akan
menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah
jiwa dan amal kita. Mungkin kita
sering mengabaikan dan melupakannya
demi kekayaan dan kesenangan peribadi.
Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal
kita sajalah yang mampu untuk terus
setia dan mendampingi kemanapun kita
melangkah. Hanya amal yang mampu
menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa
dan amal kita dengan bijak. Jangan
sampai kita menyesal kemudian hari!...
_________________
Ketenangan dan kebahagiaan
ada pada hati org yang
beriman, mereka akan tetap berhati
teguh dikala org lain mengalami
kegoncangan, mereka tetap yakin
dikala orang lain penuh keraguan,
mereka tetap sabar ketika org lain
berkeluh kesah, dan mereka
tetap berlapang dada dikala orang lain
runsing....



Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

annur_ayuni
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.07.2007
Ahli No: 30434
Posting: 37
Dari: shah alam

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-11-07 10:58


semog dapat muhasabah dr balik...
dunia ini hanya sementara ... akhirat jua yang kekal selamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For annur_ayuniProfil   Hantar PM kepada annur_ayuni   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.509264 saat. Lajunya....