Oleh |
Kuasa Allah ; Al-Quran tidak hangus... |
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 31-07-07 17:31
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20070731093415/Article/index_htmlAl-Quran saja selamat Oleh Rudy Syareme Sheriffudin [email protected]GEORGETOWN: “Saya hairan apabila senaskhah al-Quran milik keluarga saya terselamat sedangkan rumah kami hangus terbakar,” kata mangsa kebakaran, Ramli Abd Rahman. Ramli, 42, adalah seorang daripada empat mangsa yang rumah mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Medan Tengku, Jelutong, di sini, jam 9 malam kelmarin. Menurutnya, sebelum kejadian, dia sedang menidurkan anaknya apabila terdengar jeritan jiran sebelah dan apabila bangun melihat api sedang membakar sebuah rumah. Katanya, sebaik melihat keadaan itu, dia mengarahkan seluruh ahli keluarganya keluar menyelamatkan diri sebelum rumahnya turut disambar api. “Ini rumah pusaka, dokumen berharga habis hangus terbakar dan kerugian dianggarkan RM100,000. Namun apa yang mengejutkan kami semua ialah senaskhah al-Quran yang digunakan keluarga sejak turun termurun tidak terbakar walau sehelai pun tetapi cuma basah terkena air,” katanya. Ramli berkata, dia yakin kejadian itu menunjukkan kebesaran Allah yang memelihara kesucian kitab al-Quran. Malah, katanya, turut terselamat dalam kejadian itu ialah surah Yasin dan poster mengandungi gambar Kaabah yang hanya pecah kaca pada bingkainya namun gambarnya masih dalam keadaan elok. “Apa yang berlaku sememangnya mempunyai rahmat tersendiri dan saya tetap bersyukur kerana seluruh ahli keluarga terselamat dalam kebakaran itu,” katanya. Seorang jiran Ramli, Bashir Gulam, berkata dia terperanjat apabila memeriksa naskah al-Quran itu yang masih dalam keadaan elok biarpun basah. “Al-Quran itu masih baik sedangkan semua barang lain termasuk perabot dan pakaian musnah dan setiap juzuk ayat suci al-Quran itu masih boleh dibaca dengan jelas,” katanya. Dalam kejadian itu, penghuni empat rumah papan berkenaan tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka musnah dijilat api. Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah rumah di situ sebelum merebak dengan pantas menyebabkan semua rumah termasuk sebuah rumah kosong terbakar. Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Idris Mydin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.04 malam dan tiba ke tempat kejadian tiga minit kemudian. Beliau berkata, lima jentera dari Balai Bomba Jalan Perak dan Lebuh Pantai bersama 36 anggota bergegas ke tempat kejadian dan ketika tiba, api sedang marak. “Dalam kejadian itu, sebuah kereta Proton Iswara Aeroback dan dua motosikal jenis Modenas Kriss dan Honda Ex5 turut musnah. “Api berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh sejam dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kebakaran masih disiasat,” katanya. ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
|
atie82
WARGA SETIA Menyertai: 15.12.2004 Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban
|
Posting pada: 31-07-07 17:39
wwt... Subhanallah..Itulah keajaiban AL-QURAN.. ALLAH SWT sentiasa menjaga kesucian AL-QURAN sehingga ke hari kiamat... ----------------- The Light of ALLAH surround Me, The Love of ALLAH Enfolds Me, The presence of ALLAH watches over Me, Whatever I am...ALLAH iS..
|
mujahidah_muslimah
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 31-07-07 18:10
Subhanallah, sungguh Allah memelihara Al Quran sehingga hari kiamat.. Alhamdulillah ----------------- I'm glad to be me.. Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam [email protected]
|
kestari
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.12.2006 Ahli No: 27622
Posting: 90
Dari: e_poh
|
Posting pada: 31-07-07 18:40
subhanallah... Allah sentiasa menjaga kitab teragung, Al-Quran
|
ummi_mmas
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2007 Ahli No: 28146
Posting: 133
|
Posting pada: 31-07-07 19:03
Pada 31-07-07 17:39 , atie82 posting:!!! QUOTE !!! wwt...
Subhanallah..Itulah keajaiban AL-QURAN..
ALLAH SWT sentiasa menjaga kesucian AL-QURAN sehingga ke hari kiamat...
ana setuju dengan anti........
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 31-07-07 20:15
apa nak hairan, sedangkan Allah boleh selamatkan Nabi Ibrahim dalam api yang panas membakar....Kita kena hairan, Kenapa Allah dah bagi manusia banyak nikmat, tapi masih ramai engkar pada Allah dan tolak sunnah Rasulullah
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 31-07-07 20:15
apa nak hairan, sedangkan Allah boleh selamatkan Nabi Ibrahim dalam api yang panas membakar....Kita kena hairan, Kenapa Allah dah bagi manusia banyak nikmat, tapi masih ramai engkar pada Allah dan tolak sunnah Rasulullah
|
ridwan_daie
WARGA SETIA Menyertai: 26.06.2004 Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 31-07-07 20:15
apa nak hairan, sedangkan Allah boleh selamatkan Nabi Ibrahim dalam api yang panas membakar....Kita kena hairan, Kenapa Allah dah bagi manusia banyak nikmat, tapi masih ramai engkar pada Allah dan tolak sunnah Rasulullah
|
Wuddah
WARGA SETIA Menyertai: 04.03.2007 Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai
|
Posting pada: 31-07-07 22:05
...kuasa Allah mengatasi segalanya...
|
Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3883
Posting: 349
|
Posting pada: 01-08-07 07:48
Allahu Akbar.. Telah nyata Kebesaran Allah bagi yang peka.. -----------------
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 01-08-07 12:00
subhanallah...hebatnya kuasa Allah...
|
Kaisi
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City
|
Posting pada: 01-08-07 13:09
ana tak terkejuk..sebab dengan kuasa tuhan..tiada yang mustahil..tapi takjubla jugakan..dalam banyak-banyak bencana pun kita selalu juga saksikan yang al-quran sentiasa terpelihara..ala..macam bencana tsunami itulah...al-quran elok saja..tapi benda lain habis licin binasa...maha suci Allah...pemilik alam semesta..
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 01-08-07 13:13
kekuasaan allah tiada tandingan...
|
aku_hambamu
Warga 5 Bintang Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29921
Posting: 393
|
Posting pada: 01-08-07 14:05
dia yakin kejadian itu menunjukkan kebesaran Allah yang memelihara kesucian kitab al-Quran. Allah memelihara kesucian kalamNya... masyarakat kita sekarang?? kesucian diri mereka tak dipelihara sebaiknya... nauzubillah... ----------------- _TerUsKan MenCaRi ReDha AllaH deNgAn MeneNtanG GoV yang ZaLiM_
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 01-08-07 14:42
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 01-08-07 15:06
Semoga pembaca harian metro semua mengambil pengajaran dan pedoman...
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 02-08-07 23:29
Allah yang menurunkan Al-Quran dan Allah jualah yang memeliharanya
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 03-08-07 00:14
|
syira_qistina
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2003 Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem
|
Posting pada: 03-08-07 07:50
Subhanallah... ana tak rasa hairan..sebab kuasa ALLAH mengatasi segala-galanya. Wallahua'lam...
|
anasha
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.04.2007 Ahli No: 29684
Posting: 52
Dari: B.B.B.
|
Posting pada: 03-08-07 10:25
itu baru bukti kecil keagungan Allah...ALLAHUAKBAR...Kehebatan Allah tak terkira banyaknya...
|
nur-nur
Warga Rasmi Menyertai: 27.07.2007 Ahli No: 30486
Posting: 11
|
Posting pada: 03-08-07 12:03
ALLAHUAKHBAR semua tu ada hikmahnya.. Tuhan sentiasa sayangkan kita dan tak nak lihat kita leka dengan dunia, kejadian ni ibarat Allah memberi peringatan kepada sesiapa yang lupa pada Nya..cuba anda fikir, selepas kejadian seperti inilah baru kita sedar semula tentang kekuasaan Allah,yang sebelum ni kita lupa..macam bagi pengajaran kepada kitalah lebih kurang sebagai umat akhir zaman ni...
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 04-08-07 00:24
"Sesungguhnya Kami lah yang menurunkan Al-Qur'an, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya." - (Surah Al-Hijr 15:9)
|
nurfieza
WARGA SETIA Menyertai: 19.01.2006 Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...
|
Posting pada: 04-08-07 10:47
|
adibahazrah
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26948
Posting: 167
Dari: selangor
|
Posting pada: 04-08-07 11:10
subhanallah... maha suci allah... Allah maha besar...
|
Nil
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 08-08-07 09:17
INI SEMUA BUKTI KEKUASAAN ALLAH... TAPI...MASIH RAMAI YANG TIDAK MEYAKINI AL-QURAN SEBAGAI DUSTUR UMAT ISLAM SEHINGGA ADA YANG INGKAR KEPADA HUKUM ALLAH DI DALAM AL-QURAN TERMASUK PEMIMPIN NEGARA KITA (PAK LAH).... MANA ORANG KUAT PAK LAH, TOLONG lah BERITAHU DIA...TAKUT-TAKUT DIA TERLUPA NAK TENGOK AL-QURAN DALAM MENTADBIR NEGARA... AMBILLAH PENGAJARAN
|
ilhammusafir
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR
|
Posting pada: 08-08-07 15:03
kesuciaannyer serta kemuliaannyer kekal hingga hari kiamat......benarlah Allah ...benarlah Rasul...benarlah Al-quran
|
IlyaFarhan
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.10.2004 Ahli No: 11686
Posting: 149
Dari: Penang
|
Posting pada: 08-08-07 15:45
"SESUNGGUHNYA KAMILAH YANG MENURUNKAN AL-QURAN DAN KAMILAH YANG AKAN MENJAGANYA"
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 26-08-07 10:49
Allah memang dah janji akan pelihara Quran...salah satunya Quran tersimpan dalam dada manusia, dihafal oleh para hafiz dan hafizah..ini dah cukup menyedarkan kita akan keagungan Allah...Subhanallah, Allahuakbar.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8 [ Telah diedit oleh: sakinahazzahra pada 26-08-07 11:17 ]
|
najah_musla
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.09.2006 Ahli No: 26198
Posting: 319
Dari: Gunung Semanggol
|
Posting pada: 27-08-07 21:40
subhanallah....Allah memang maha berkuasa atas segala-galanya....kita sebagai manusia sering kali lalai dan alpa kewajipan kita kepadaNya....moga iman kita sentiasa dipelihara dan dikuatkan lagi keimanan...
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 14-09-07 13:39
|