Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"The word impossible is not in my dictionary"
-- Napoleon Bonaparte

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 9 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 30 hari yang lalu
muslimin23: 38 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: ~ Suratan Takdir.... @ Kisah benar hidupku ~


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ~ Suratan Takdir.... @ Kisah benar hidupku ~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~ Suratan Takdir.... @ Kisah benar hidupku ~

lagendabuta
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.12.2006
Ahli No: 27959
Posting: 26
Dari: Bumi Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 28-07-07 16:59


Secebis catatan kisah hidupku, insan kurang upaya.

Hari ini tiba waktunya isteriku menukarkan tiub kencingku dan membersihkan luka di punggungku. Katilku di laraskan dan aku dibaringkan seperti seorang pesakit yang sedang menunggu masa untuk dibedah. Hanya bahagian tertentu sahaja di tubuhku ditutup sebahagiannya terbuka untuk memudahkan kerjanya.

Dari hujung kaki sehingga ke bahagian dada kuperhatikan bentuk fizikalku. Jelas kelihatan perubahannya.

“Ain betis dan peha abang sudah mula nampak mengecilkan?”tanyaku pada isteri.

“Entahlah, sama saja Ain tengok,”jawab isteriku.

Aku terus memerhatikan bentuk tubuhku yang tidak seperti dahulu lagi. Di perutku penuh dengan kesan-kesan melecet akibat tiub kencing yang sentiasa melekat di perutku.

“Besok kalau orang mandikan mayat abang, pasti orang akan nampak kesan-kesan melecet ini kan!”

“Bila mandikan mayat abang nanti abang hendak Ain pangkukan mayat abang”pesanku pada isteri.

“Mayat orang lelaki mana boleh orang perempuan mandikan,”jelas isteriku.

Badanku di ngerengkan ke sebelah kanan untuk memudahkan luka di punggungku dibersihkan. Setiap kali badanku dipusing-pusingkan setiap kali itu juga semangatku hilang . Aku rasakan diri ini amat lemah sekali dan hidupku terasa tidak berguna lagi.

“Jika rumah kampung bolehlah mayat dipangku, ini rumah teres, air tidak boleh mengalir ke luar,”tambah isteriku.

“Sekarang orang sudah gunakan bekas mandi mayat, tidak perlu dipangku lagi,” jelas isteriku.

Sambil isteriku membersihkan luka di punggungku. Aku membelek-belek tapak tangganku . Tapak tanganku tidak se merah dulu lagi. Jelas terlihat retak-retak seribu di kedua-dua tapak tanganku di sebabkan lama tidak di gerak-gerakan.

“Ain berapa lama abang terpaksa menanggung derita ini?”

“Sampai bila abang dapat bertahan hidup begini?, inilah agaknya balasan dari dosa-dosa silam abang,” kataku lagi.

“Semua orang melakukan dosa,”balas isteriku.

Isteriku meneruskan kerjanya, malas hendak melayan pertanyaan-pertanyaanku. Dengan memakai sarong tanggan dan memegang alat penyepit kapas ala-ala jururawat, dia terus membersihkan lukaku.

“Bagaimana dengan lukanya, ada perubahan ke?”aku agak risau dengan keadaan lukaku.

“ Lukanya nampak agak dalam tapi bersih, dagingnya nampak merah,”jawab isteriku.

“Kalau lukanya merah tandanya elokkah?”tanyaku lagi.

“Menurut Doktor, kalau lukanya hitam tanda dagingnya mati,”jelas isteriku.

Isteriku menunjukkan kapas yang sudah bertukar kepada warna merah kepadaku. Aku memang ngeri dengan darah.

“Nasib baik abang hilang deria rasa, jika tidak tentu abang menjerit kesakitan,”kataku sambil memandang isteriku.

“Tuhan maha adil, diberinya luka kepada abang tetapi tidak diberi rasa kesakitannya.”

Di blogku kedengaran lirik lagu Raihan yang berbunyi “Wahai Tuhan ku tak layak ke syurgamu, Namun tidak pula aku sanggup ke nerakamu, Ampunkan dosaku terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkaulan pengampun dosa-dosa besar,”sinonim betul lirik itu denganku.

Sambil isteriku menukarkan tiub kencingku. Aku sempat merenung tepat wajahnya. Tidakku sangka gadis comel yang kunikahi 21 tahun dahulu kini terpaksa menanggung duka bersamaku. Terlalu awal dan dan berat buatnya menanggung ke semuanya ini.

Inilah yang di katakan suratan hidup….


-----------------
Aku bukan buta mata juga bukan buta hati tetapi liku-liku kehidupan di hadapanku di selubungi kegelapan dan kegelitaan... HITAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For lagendabutaProfil   Hantar PM kepada lagendabuta   Pergi ke lagendabuta's Website   Quote dan BalasQuote

mujahidah_muslimah
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 693
Posting: 678
Dari: Bumi Allah

pakistan   avatar


posticon Posting pada: 29-07-07 13:06


Ini kisah anda ke? Hargailah isteri itu....


-----------------
I'm glad to be me..
Jaga diri, jaga iman, Jaga hati. Tebarkan salam
[email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahidah_muslimahProfil   Hantar PM kepada mujahidah_muslimah   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.10.2004
Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-07-07 14:49


Pada 29-07-07 13:06 , mujahidah_muslimah posting:

!!! QUOTE !!!

Ini kisah anda ke? Hargailah isteri itu....



jika ini kisah anda..hargailah isteri anda sebagai teman di kala susah dan senang. kebiasaan org yang sedang sakit dan tak mampu melakukakan apa-apa tanpa bantuan insan lain biasanya mempunyai emosi yang tak menentu dan cenderung untuk marah.. dan jika anda mengalami keadaan seperti ini, ingatlah insan disisi anda yang masih setia dengan cinta dan pengorbanan tidak mengharapkan kata-kata yang akan mengguris hatinya khususnya berkait dengan kematian..redhalah dengan ujian darinya.. dan ungkapkan penghargaan padanya dengan menyatakan rasa syukur kepada Allah yang telah menyatukan anda..

Bookmark and Share

    


  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 29-07-07 20:42


sayangilah isteri yang terlalu baik dan taat ini..sesungguhnya inilah hadiah paling besar dari allah buatmu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.087542 saat. Lajunya....