Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 21 jam, 1 minit yang lalu
Kang: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Copy & Paste
Topik: Ingin suami soleh tapi...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Ingin suami soleh tapi...

Please Mendaftar To Post


Oleh Ingin suami soleh tapi...

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 22:23


Hmmmm..... Bila kita tanya mana-mana wanita ... kebanyakannya nak suami yang baik/soleh..
"Apakah doa kamu?"
"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat"...

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?

Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkansuruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang- kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid saja, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh.

Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Apakah kita pun redha sekiranya Allah mengabulkan permintaan kita untuk mendapat suami yang soleh... yang membimbing dunia dan akhirat? Jangan cuma pandai berkata 'memang nak' 'semua orang nak suami soleh' 'siapa yang tak nak lelaki soleh' - tetapi hakikatnya rungutan-rungutan di atas bermain di bibir. Selidikilah diri kita, dan hanya kita tahu kesilapan dalam hati kita.


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-05-07 23:02


Assalamualaikum...

Tapi....? :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nagibphg
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.04.2007
Ahli No: 29753
Posting: 104
Dari: Pantai_Timur_Tengah

Pahang  


posticon Posting pada: 17-05-07 23:37


assalamualaikum....
bagus peringatan ni untuk perempuan....
jangan hanya megharap kan sesuatu yang indah
tapi tak nak menghargai

firman Allah S.W.T yang bermaksud :

" wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak perbuat...?"

"Amat besar kebencian disisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"

surah ash shaff : ayat 2 dan 3

Bookmark and Share

    


  Member Information For nagibphgProfil   Hantar PM kepada nagibphg   Pergi ke nagibphg's Website   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 17-05-07 23:58


Pada 17-05-07 23:37 , nagibphg posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum....
bagus peringatan ni untuk perempuan....
jangan hanya megharap kan sesuatu yang indah
tapi tak nak menghargai


Betul tu...Walaupun dapat suami yang soleh tak bermakna perempuan tersebut secara automatik jadi wanita solehah...Suami yang soleh cuma dapat membimbing wanita tersebut jadi wanita yang solehah...Yang penting wanita tersebut berusaha untuk menjadi wanita solehah...

Iman dan perbuatan baik atau buruk seseorang tidak tergantung kepada iman dan perbuatan orang lain walaupun antara suami isteri, seperti isteri Nabi Luth AS, isteri Nabi Nuh AS, isteri Fir'aun, dan Maryam.

Iman tak dapat diwarisi dari seorang suami yang bertaqwa


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

carrot_syaima
Warga 1 Bintang
Menyertai: 04.04.2007
Ahli No: 29449
Posting: 23
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 01:20


salam...
betul...perempuan kisah tentang keperluan duniawi...
sebab nafsunye 9, akalnye cuma 1..
tetapi lelaki 9 akal, 1 nafsu....
bagi lelaki.. ni ada link...
try lah baca...

http://www.rakanmasjid.com/modules/article/view.article.php?a17

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrot_syaimaProfil   Hantar PM kepada carrot_syaima   Quote dan BalasQuote

teratai_putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27690
Posting: 77
Dari: J0hor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 02:25


selalu lah berdoa
semoga dapat suami yang terbaik untuk diri kita
saling lengkap melengkapi..insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For teratai_putihProfil   Hantar PM kepada teratai_putih   Quote dan BalasQuote

graduanislam22
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.01.2007
Ahli No: 28041
Posting: 343
Dari: selayang

egypt  


posticon Posting pada: 18-05-07 02:29


saya pula nak dapatkan isteri yang baik..tapi...Allah saja yang tau.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For graduanislam22Profil   Hantar PM kepada graduanislam22   Pergi ke graduanislam22's Website   Quote dan BalasQuote

samirah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5227
Posting: 384
Dari: depan PC

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-07 03:19


Mungkin sebab itu kita kalau boleh cari jodoh yang sekufu walaupun ia bukanlah syarat sah perkahwinan, sekufu pada bahasa maksudnya sepadan, esp dari segi iman ( kalau salah tolong betulkan).
tujuan kufu ialah untuk mencapai persamaan di antara suami dan isteri..kerana mahu menjamin kesejahteraan dan kedamaian hidup..

tetapi, saya juga pernah terbaca kisah isteri yang taat pada suruhan Allah tetapi mendapat suami yang melanggar suruhan Allah dan sangat menyedihkan apabila membaca kisah hidupnya yang sentiasa bersabar walaupun sudah hidup berumahtangga berpuluh tahun. Bila difikir, ada hikmah disebaliknya. Setiap cabaran itu kalau kita sabar redha insyaAllah darjat kita akan dinaikkan oleh Allah s.w.t.
kesimpulan, terimalah jodoh kita, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Hidup tak pernah sunyi dari ujian....wallahualam.
hanya Tuhan yang tahu

Bookmark and Share

    


  Member Information For samirahProfil   Hantar PM kepada samirah   Pergi ke samirah's Website   Quote dan BalasQuote

ilhammusafir
Warga 5 Bintang
Menyertai: 05.11.2005
Ahli No: 20222
Posting: 361
Dari: SeGaMat_JoHoR

Johor  


posticon Posting pada: 18-05-07 05:34


Allah taala maha adil..................................

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhammusafirProfil   Hantar PM kepada ilhammusafir   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.411926 saat. Lajunya....