Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 9 hari yang lalu
Kang: 27 hari yang lalu
lidah-penghunus: 29 hari yang lalu
muslimin23: 38 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: ~ Isteriku...Kau Laksana Bulan ~ catatan hidup insan OKU.


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ~ Isteriku...Kau Laksana Bulan ~ catatan hidup insan OKU.

Please Mendaftar To Post


Oleh ~ Isteriku...Kau Laksana Bulan ~ catatan hidup insan OKU.

lagendabuta
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.12.2006
Ahli No: 27959
Posting: 26
Dari: Bumi Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 09-04-07 18:59


Pening kepalaku pagi ini kerana semalaman mataku tidak dapat dipejamkan. Mungkin kesegaran badanku selepas dimandikan malam tadi membuat mata aku terus segar. Semalam aku berpeluang mandi setelah lebih dua minggu badanku tidak disirami air. Semenjak anakku menghadiri PLKN sejak dua minggu lalu, tiada siapa yang dapat kuharapkan untuk mengangkat kubangun.

Malam ini ada rezekiku, adikku datang menziarah lalu kuambil peluang ini meminta bantuannya untuk mengangkatku bangun. Malam pun malamlah, janji aku dapat mandi. Sudah lama tubuhku tidak merasai kelembutan dan kesejukan air pili.

Pertama kali air sampai ke badanku terketar-ketar gigiku menahan kesejukan. Maklumlah sudah dua minggu badan tidak bertemu air.

“Jangan takut-takut, ini bukan peluru, ini air biasa,” kata isteriku sambil menyiram air di keseluruh tubuh badanku.
“Malam ini air terlalu sejuk sangat,”kataku sambil terketar-ketar.
“Tengok ini menggeletar badan abang.”
“Macam ini bagaimana abang nak pergi London, baru sejuk begini sudah tidak tahan,”gurauku sambil meminta isteriku menutup badanku dengan tuala.

Sungguh tenang suasana malam ini dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kupandang ke langit kelihatan cahaya bulan menyinar lesu sambil wajahnya di litupi awan. Malam ini aku mandi bertemankan sang rambulan. Tetapi wajah bulan agak lesu malam ini, mungkin dia turut simpati pada diriku.

Setelah badanku di lap kering aku terus diangkat ke atas katil. Tiba masanya pula isteriku membuat ‘dressing’ pada luka di punggungku. Entah bagaimana keadaan lukaku, harap-harap ada kurangnya.

“ok, abang mengerenglah, tidak payah duduk lagi,”kata isteriku sambil mengalihkan posisi badanku.
“Teralalu awal untuk menggereng, ini baru pukul 11.00 malam,”jawabku.
“Ain sudah penat memusing-musing badan abang, sakit pinggang menggangkat abang tadi, tengok ini berpeluh dahi Ain.”
“Okeylah, tetapi ‘on’ kan laptop di sebelah abang ya!”

Sambil menggereng ke arah sebelah kiri. Aku menolak-nolak jariku di papan sesentuh (touch pad) laptopku. Dengan tenaga yang tidak sekuat mana. Aku menziarahi dari satu blog ke satu blog membaca beberapa artikel. Waktu sudah mencecah pukul 4.00 pagi, tuan-tuan blog sedang lena di ulit mimpi. Aku menziarahi mereka tidak kena waktunya.Bila jariku mulai penat. Aku berhenti seketika.

Sesekali kedengaran dengkuran isteriku. kasihan dia seharian penat menjagaku. Semenjak aku sakit ruang tamuku menjadi ganti bilik tidurnya. Tiada katil antik tiada tilam empuk mengalas badannya, hanya tilam ‘toto’ menjadi teman tidurnya. Kamarku kini sepi tanpa penghuninya.

Kedengaran alunan azan subuh sayup-sayup ke udara, memanggil-manggil muslimin dan musliman mengadap yang Esa. Teringat aku waktu sihat dahulu, bergegas ke masjid berjamaah sujud menghadapNya. Mengaminkan doa qunut yang di lafazkan oleh Tok Imam.

Pukul 7.00 pagi aku minta di telentangkan setelah 8 jam dalam posisi mengereng. Aduh
sakit-sakit bahuku dibuatnya, sambil melentang aku memujuk-mujuk mataku agar lelap seketika. Tatkala orang sibuk-sibuk memulakan kehidupan pagi. Aku pula mencari mimpi di siang hari bertemankan sang mentari.

~ Nostalgiaku ~ http://kassim8888.blogspot.com/


-----------------
Aku bukan buta mata juga bukan buta hati tetapi liku-liku kehidupan di hadapanku di selubungi kegelapan dan kegelitaan... HITAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For lagendabutaProfil   Hantar PM kepada lagendabuta   Pergi ke lagendabuta's Website   Quote dan BalasQuote

bayti_jannati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2006
Ahli No: 26228
Posting: 220
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 09-04-07 19:17


aik...bersambung ke???
boleh tahan lah cerita ni...
pengorbanan seorang isteri tanpa mengenal erti penat dan lelah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For bayti_jannatiProfil   Hantar PM kepada bayti_jannati   Quote dan BalasQuote

lagendabuta
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.12.2006
Ahli No: 27959
Posting: 26
Dari: Bumi Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 09-04-07 19:30


nii kisah hidup sebenar si lagenda, tiada sambung2 kerana ia bukan cerpen tetapi rentetannya catatan hidupnya mungkin ada InsyaAllah.


-----------------
Aku bukan buta mata juga bukan buta hati tetapi liku-liku kehidupan di hadapanku di selubungi kegelapan dan kegelitaan... HITAM
[ Telah diedit oleh: lagendabuta pada 09-04-07 19:33 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For lagendabutaProfil   Hantar PM kepada lagendabuta   Pergi ke lagendabuta's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.086048 saat. Lajunya....