Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Tidak hidup dek puji; tidak mati dek keji
-- SMNA (Warga Ukhwah.com)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 9 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 30 hari yang lalu
muslimin23: 38 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Satu Ujian Seribu Pengharapan.


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Satu Ujian Seribu Pengharapan.

Please Mendaftar To Post


Oleh Satu Ujian Seribu Pengharapan.

lagendabuta
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.12.2006
Ahli No: 27959
Posting: 26
Dari: Bumi Allah

Selangor  


posticon Posting pada: 07-04-07 12:34


Catatan hidup insan OKU.

Hari ini sudah seminggu anakku Amir menyertai PLKN. Sudah seminggu juga aku tidak di angkat duduk di atas kerusi roda dan bermakna sudah seminggu juga aku tidak di mandikan…main lap-lap saja dari atas katil.

Aku selalu berfikir, bagaimana keadaan aku untuk tempoh tiga atau empat tahun akan datang bilamana anak-anakku memulakan kehidupan sebagai pelajar di luar sana mahu pun memasuki alam pekerjaan. Mereka akan meninggalkan kehidupan berkeluarga, mereka akan meninggalkan aku dan isteriku. Ketika itu usia isteriku meningkat, kederat isteriku mula menurun tidak sekuat sekarang. Apakah yang akan terjadi padaku, adakah aku akan terus terbaring seperti sekarang? Siapakah yang akan membantu isteriku nanti mengangkatku? Buntu fikiranku bila memikirkannya. rasa-rasa biarlah aku pergi dahulu sebelum tiba masanya itu…aku redha.

Aku sering memohon kepada Allah agar di permudahkan perjalanan hidupku ini dan di pendekkan penderitaanku ini. Di sembuhkan saraf-sarafku yang rosak dan berilah sekali lagi peluang kepadaku agar aku dapat duduk dan berdikari dan dapat beribadat dengan sempurna.

Seperti biasa hari ini isteriku membersihkan luka (bedsore) di punggungku. Sudah hampir lima tahun luka ini tidak sembuh-sembuh, sudah berbagai ubat telah di gunakan.

“Ain bagaimana dengan luka abang, ada perubahankah?”
“Entahlah nampak macam elok sedikit dengan krim baru ini, merah dagingnya,”sambil menunjukkan kapas (gauze) yang di penuhi dengan warna darah.
“Ada tidak orang meninggal di sebabkan bedsore,?tanyaku pada Ain.
“Entahlah, kena tanya doktor,”jawabnya rengkas.
“Tuhan ini maha adil, diberinya luka tetapi deria rasa abang ditarik.”
“Jika abang boleh rasa luka ini, mungkin abang meraung sakit sepanjang masa,”mengakhiri perbualanku.

Hari ini (Ahad) ibubapa di benarkan melawat anak-anak di kem PLKN. kasihan anakku Amir, walaupun kem latihannya cuma di Templer Park, Rawang tetapi aku tidak dapat hadir melawatnya kerana masalah fizikalku. Tentu dia tertunggu-tunggu kedatanganku…..hanya linangan airmata ayahmu pengganti diri.


-----------------
Aku bukan buta mata juga bukan buta hati tetapi liku-liku kehidupan di hadapanku di selubungi kegelapan dan kegelitaan... HITAM


Bookmark and Share

    


  Member Information For lagendabutaProfil   Hantar PM kepada lagendabuta   Pergi ke lagendabuta's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 12:58


salam...

lagendabuta ni sahabat kepada pemilik kassim selamat tu ke...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

wan_andmawaddah
Warga 5 Bintang
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22771
Posting: 361
Dari: tanah permaisuri

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-07 13:05


Semuga ayah Amir terus tabah menghadapi dugaanNya....
Ujian itu tanda ALLAH sayangkan kita...:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_andmawaddahProfil   Hantar PM kepada wan_andmawaddah   Quote dan BalasQuote

muslimah_jun
WARGA SETIA
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 28314
Posting: 1018
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-04-07 14:08


Sabarla…Allah tahu hmb Dia mampu, dalam diri org tersebut juga pelu yakin Allah pilih dia sebab dia mampu. Jk boleh jika telah sampai waktu kita pun biarlah kita pergi dengan hati tenang & menang dalam ujianNya. Menang dalam acara larian tak sama dengan menang ujian Allah. Menang dalam ujian Allah hingga saat terakhir nyawa adalah menang teramat BESAR yang sebenar, menang kerana berjaya memperoleh KASIH ALLAH sehingga akhir kalam. moga menang itu juga yang melayakkan diri antara beramai umat untuk mengadap & melihatNya. untuk menang kasih Allah tak semudah berlari, tapi ada sstu yang pelu dibayar. Allah tahu darjat hmbNya bukan melalui harta tapi taqwa, kerana tinggi taqwa seseorang maka ujian nya juga bertaraf tinggi. Sabarla…hanya itu mampu saya yang daif ucapkan...sabar & bersyukur kerana dapat merasakan perhatian & kasih Allah berbdg org biasa, berbandg org yang tengah leka bila diberi kesempurnaan di dunia.

walau pun saya sempurna segi anggota & pancaindera (syukur pada Allah ) namun banyak kekurangan, & mungkin tak sesabar org yang di uji di atas.Tolong doakan saya hmb yang daif ini juga agar sentiasa dalam rahmat, dilindungi dalam keberkatannya hingga akhir kalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_junProfil   Hantar PM kepada muslimah_jun   Quote dan BalasQuote

qibtiyah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.07.2005
Ahli No: 17187
Posting: 721
Dari: qaryah_qish

seychelles   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 14:42


moga kita sentiasa manjadi hambaNya yang bersyukur...
insya-Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For qibtiyahProfil   Hantar PM kepada qibtiyah   Quote dan BalasQuote

naja_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.03.2007
Ahli No: 29196
Posting: 73
Dari: Pahang Darul Makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-04-07 15:10


assalamualaikum pembuka bicara..
saya bersetuju dengan pendapat muslimah_jun..benar,setiap ujian yang dikurniakan oleh Allah kepada kita adalah untuk menguji tahap keimanan kita sebagai hamba Allah...sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan segala yang berlaku.redhalah dengan segala ujian Allah.segala yang berlaku itu pasti ada hikmahnya..jangan sesekali berputus asa dalam menjalani kehidupn..
InsyaAllah..suatu hari nanti pasti ada sinar bahagia..bersyukurlah kerana inilah tanda bahawa Allah s.w.t masih mengingati hambaNya..wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For naja_muslimahProfil   Hantar PM kepada naja_muslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089475 saat. Lajunya....