Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 2 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 31 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Suara Hatiku
Topik: {Saat-Saat Di Bacakan Talkin}


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» {Saat-Saat Di Bacakan Talkin}

Please Mendaftar To Post


Oleh {Saat-Saat Di Bacakan Talkin}

wee
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27872
Posting: 33

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-01-07 22:49


Assalamualaikum wr wb.... khas buat saudara2 ku

Sebak dada bila membaca email ni....but its good ....Semoga kita insaf dan jadi pengajaran. InsyaAllah...

Hari berganti hari.Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak. Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.

Derita sungguh, nafasku sesak. Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang, mengucap .... Asyhaduallailahaillallah.." ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat" jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha".

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, Kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini. Aku ingin berbicara denganmu. datanglah..... Tapi mataku.......semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah. "Abangkah yang bersuaraitu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan, abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

"Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi, ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkan lah daku. "Yassin....". bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang.

Tetapi Kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu??? Apakah aku sudah menghampiri maut?????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut......

Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu. Aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang. Aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu, tolonglah aku. Aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak?

Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas..". tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek.....". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu.....". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi....". Ayah....kau datang ayah....". "Matilah dalam agama yahudi anakku. matilah dalam agama nasrani.

Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga". "Nenek....ibu.....ayah......suara kau kah tadi?? Kenapa kau berubah laku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang, mengucap. Ashaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya paying hijau, katanya "Mari ikut kami". cahaya putih datang. datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut.......!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk. dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah...".

Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun.... Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......". "Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini.

Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya......jijik, loya. Aku rasa..... teramat loya melihatnya. "Kau tak kenal aku?" "Tidak, jawabku tegas.

Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!". Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji......". Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya. Aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.

Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia, akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh! Tuhan. Aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak.

Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.

Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku?? Aku malu.... malu.... malu.... !!!!".

Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong rimas....panas........". Kemudian aku diletakkan di suatu sudut.

Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi Kenapa aku di sembahyangkan? Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri. Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

Aku diangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. tapi kemana dia bawanya aku?".

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku. Aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang besaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku, dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu.

"Tolong keluarkan aku dari sini. Aku seram!!!". Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

"Innalillahiwainnailaihi rajiuuun....... Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayup aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang.

Pandanganku makin lama, makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan. "Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!!

THIS IS A GOOD STORY BUT THE AUTHOR LEFT OUT ONE MOST IMPORTANT THING IN DEATH.....

"SAKITNYA SAKRATUL MAUT ITU ADALAH UMPAMA SERIBU PEDANG YANG AMAT TAJAM MENGHIRIS DAGING DAN TULANG SERENTAK...DAN SAKITNYA HINGGA KE AKHIRAT."

:-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For weeProfil   Hantar PM kepada wee   Quote dan BalasQuote

umi_iium
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.11.2006
Ahli No: 27261
Posting: 133
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 10-01-07 00:47


subhanallah maha suci Allah..
"sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan menemui mati"

Bookmark and Share

    


  Member Information For umi_iiumProfil   Hantar PM kepada umi_iium   Quote dan BalasQuote

shahirah86
Warga Rasmi
Menyertai: 06.01.2007
Ahli No: 28024
Posting: 6
Dari: kuala lumpur

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 10:11


Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahirah86Profil   Hantar PM kepada shahirah86   Quote dan BalasQuote

hanan_nur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.01.2007
Ahli No: 28138
Posting: 110

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 10:35


SALAM..
subhanallah..
Ya Allah ampunkan dosa2ku sama ada sengaja atau tidak..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanan_nurProfil   Hantar PM kepada hanan_nur   Quote dan BalasQuote

qhal
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 11344
Posting: 385
Dari: (((Selangor)))

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-01-07 12:44


Innalillahiwainnailaihi rajiuuun....... !!!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qhalProfil   Hantar PM kepada qhal   Quote dan BalasQuote

izzz81
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.10.2005
Ahli No: 19761
Posting: 125

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-01-07 09:56


assalamualaikum semua..

sedihnya saya baca coretan ni..
saya baru saja kehilangan nenek tersayang...pada hari ahad 14hb jan 07....al-fatihah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzz81Profil   Hantar PM kepada izzz81   Quote dan BalasQuote

wee
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.12.2006
Ahli No: 27872
Posting: 33

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-05-07 23:52


moga-moga nenek izat81 dicucuri rahmat dari nya
insyaallah.............alfatihah

Bookmark and Share

    


  Member Information For weeProfil   Hantar PM kepada wee   Quote dan BalasQuote

raihan2004
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.01.2004
Ahli No: 6388
Posting: 375
Dari: kedah

egypt   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 00:21


Ya Allah.....
terasa sangat insaf......
takut sangat pun ada.......
:-( :-( :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For raihan2004Profil   Hantar PM kepada raihan2004   Quote dan BalasQuote

Nadiena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2007
Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 10:00


Ya Allah...insaf2..



Bookmark and Share

    


  Member Information For NadienaProfil   Hantar PM kepada Nadiena   Quote dan BalasQuote

yusof88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28247
Posting: 249
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 10:09


semoga kita yang masih hadap ni dapat mengambil iktibar dan ingatlah....................
setiap dtk kita hampir kepada perkataan yang dinamakan MATI.......
yang pergi takkan kembali lagi.....


~menyemai kasih memupuk ukhwah~

Bookmark and Share

    


  Member Information For yusof88Profil   Hantar PM kepada yusof88   Quote dan BalasQuote

yusof88
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28247
Posting: 249
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-05-07 10:09


semoga kita yang masih hadap ni dapat mengambil iktibar dan ingatlah....................
setiap dtk kita hampir kepada perkataan yang dinamakan MATI.......
yang pergi takkan kembali lagi.....


~menyemai kasih memupuk ukhwah~

Bookmark and Share

    


  Member Information For yusof88Profil   Hantar PM kepada yusof88   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 31-05-07 11:06


subhanallah maha suci Allah...
takutnya.
insaf dengar cerita ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

FIENDA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.11.2006
Ahli No: 27433
Posting: 224
Dari: NS

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 31-05-07 11:55


huk...huk...cedeynye cerita ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For FIENDAProfil   Hantar PM kepada FIENDA   Quote dan BalasQuote

shinobi
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2005
Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...

blank  


posticon Posting pada: 31-05-07 12:00


ampunkan dosa2 kami ya Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinobiProfil   Hantar PM kepada shinobi   Pergi ke shinobi's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 08:58


Semasa membaca, sebut-sebutlah nama sendiri, kalau tidak terasa takut sama-samalah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah membaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yang kita lakukan selama hidup di dunia yang akan menjadi penyelamat, InsyaAllah..




Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam

Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran

Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai

Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa

Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum

Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala


Wahai Diriku Bin/Binti Ibuku, wahai Diriku Bin/Binti Ibuku, wahai Diriku Bin/Binti Ibuku

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah

Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah

Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah


Ingatlah wahai Diriku Bin/Binti Ibuku,

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu

Iaitu Munkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut

Janganlah kamu berdukacita dan risau

Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut


Ketahuilah wahai Diriku Bin/Binti Ibuku

Bahawasanya Munkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,

Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,

Mereka juga akan menyoal kamu

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?


Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka

Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak

Dan janganlah bergopoh-gapah

Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:


Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu kiblatku,

Malahan solah lima waktu,

Puasa di bulan Ramadhan,

Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

Bahkan dari masa hidup hingga aku mati

Aku mengucap: “lah ila ha illallah Muhammaddur rasulullahâ€.

Wahai Diriku Bin/Binti Ibuku tetapkanlah hatimu

Inilah dia suatu dugaan yang paling besar

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh

Sehingga sampai satu masa kelak,

Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar


Insaflah wahai Diriku Bin/Binti Ibuku,

Bahawasanya mati ini adalah benar

Soalan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar

Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar

Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar

Minum di kolam air nabi adalah benar

Ada syurga dan neraka adalah benar

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya

Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa

Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur


Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah

Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu

Tuhan jua yang menetapkan hati kamu

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala

Menjinakkan hati kamu yang liar

Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu

Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan

Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu


Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Maha suci Engkau Tuhanmu, Tuhan yang Maha Agung dari segala kekurangan yang mereka (orang kafir) sifatkan, serta salam sejahtera buat sekelian rasul.. Segala puja dan puji hanya untuk Allah, Tuhan Penguasa sekelian alam..




p/s: Talkin untuk dirimu sendiri..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

lightarrowss
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23586
Posting: 167
Dari: KELANTAN

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 10:08


kullu nafsin zaaiqatul maut.."sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti menghadapi maut..bila ana baca artikel ni ..ana teringat nasyid far east--menanti dialam barzarkh..memang menginsafkn..sekarang top dalam carta nasyid ikim..cubalah antum2 semua dengar...kalau boleh tengok dengan video lagi bagus dan hayatilah lirik dia..

Menanti di Barzakh - Far East

Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan rohku melengkapi semua kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzarkh sebelum berangkat ke mahsyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
tujuh langkah pun baru berlalu
seusai talqin bernada syahdu

tenang dan damai di pusara ku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yang kutinggalkan
kehidupan di sini bukan suatu khayalan
tetapi ia sebenar kejadian

kembali roh kembali
kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri
sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku
jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang di muka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali

lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali
tak untuk ku mengulangi

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan
di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

Bookmark and Share

    


  Member Information For lightarrowssProfil   Hantar PM kepada lightarrowss   Quote dan BalasQuote

arezy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.08.2006
Ahli No: 25607
Posting: 124
Dari: Kuching

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 02-06-07 10:40


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

terbayang jika ana berada di saat kematian...
teringat pak cik ana yang baru meninggal dunia 27 Mei 2007...pak cik yang paling rapat dengan ana.yang hantar dan ambik ana dr sekolah...nenek ana baru saja meninggal 24 Januari 2007...begitu cepat masa berlalu...dulu kami berdua yang pergi ke masjid untuk uruskan kelangkapan untuk nenek ana...tapi sekarang ana pulak yang tolong mandikan dan kebumikan pak cik ana...tiada lagi gurau senda yang kedengaran...tiada lagi yang selalu tungu ana balik sekolah...tak sngka yang pak cik ana terkena advance heart failure...tak pernah ALLAHyarham cerita kat ana yang dia sakit..walaupun ana tahu sejak akhir2 ini pak cik ana nampak kurang sihat...sejak akhir2 ini, pak cik ana jugak selalu cerita pasal time dia kecil2 dulu...selalu nasihat dan bagi pesanan kat ana...macam ALLAHyarham tak ada lagi kat dunia ini...rupanya apa yang dia cakap menjadi kenyataan jugak akhirnya...waktu kat hospital,ALLAHyarham bgtahu kat isterinya yang dia nak jumpa ana dan kakak ana...Allhamdulillah ana dan keluarga sempat jugak tengok buat kali terakhir..tak sangka yang ALLAHyarham meninggal dalam usia yang muda...anak masih kecil...paling menyedihkan anak dia yang bongsu tanya Kenapa ayahnya dikapankan dan ditanam...sampai hari ini ana masih ingat detik2 kami bersama... betapa singkatnya pertemuan kami...Ya ALLAH rahmatilah dan cucuri rahmat keatasnya.Al Fatihah.
[ Telah diedit oleh: arezy pada 02-06-07 10:48 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For arezyProfil   Hantar PM kepada arezy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.554399 saat. Lajunya....