Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Setiap tindakan menghasilkan tindakbalas
-- Hukum Newton

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 96
Ahli: 0
Jumlah: 96




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 19 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 48 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Pengetahuan Am
Topik: Faisal Tehrani


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Faisal Tehrani

Please Mendaftar To Post


Oleh Faisal Tehrani

Detective_Alam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.01.2004
Ahli No: 6331
Posting: 103
Dari: Kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 21-11-05 23:05


:-) Faisal Tehrani nama yang tidak begitu asing bagi peminat majalah Fokus dan para kaki buku...
jadi apa pendapat kamu tentang buku-buku yang dihasilkan oleh beliau?
apa masalh kamu terhadap buku-buku beliau macam susah nak beli sebab jarang nampak kat kedai dll?

p/s: cakap saja pasal beliau dan buku-buku beliau, ok?!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Detective_AlamProfil   Hantar PM kepada Detective_Alam   Pergi ke Detective_Alam's Website   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 79
Posting: 646
Dari: gombak

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-11-05 13:59


salam 'alaik..

teramat minat dengan penulisan dia..
heheh..
ermm.. advancer si peniupney..dah baca?
so..interesting!
wassalaM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 24-11-05 10:38


memang susah nak cari pasal karya dia tak diterbitkan oleh penerbit novel-2 popular seperti CESB dan ALAF 21 (walaupun ada juga karya beliau terbitan CESB iaitu Cinta Hari-2 Rusuhan) ... karya beliau kebanyakannya diterbitkan oleh Utusan Publications ... kalau nak cari boleh cari di kedai buku besar-2 seperti MPH dan Kinokuniya ... atau beli masa Pesta Buku di gerai Utusan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

kamalhisyam
WARGA SETIA
Menyertai: 10.06.2003
Ahli No: 1259
Posting: 526
Dari: dari satu tempat ke satu tempat

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-11-05 17:49


memang susah nak cari.....
inspirasi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kamalhisyamProfil   Hantar PM kepada kamalhisyam   Quote dan BalasQuote

norhanan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4218
Posting: 116
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-11-05 21:51


tak susah pun..kalau pergi kedai buku jumpa jea buku dia..cuma nak dengan tak nak beli jea...itu masalahnya...1515...

Bookmark and Share

    


  Member Information For norhananProfil   Hantar PM kepada norhanan   Quote dan BalasQuote

rul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.07.2005
Ahli No: 17312
Posting: 55
Dari: malaysia

Perak  


posticon Posting pada: 24-11-05 22:50


...pendapat peribadi....

-> seorang penulis muda yang berbakat besar dalam dunia penulisan....

-> jarang penulisĀ² di Malaysia yang dapat menerapkan elemenĀ² Islamic di dalam setiap penulisan mereka.... tetapi tidak Faisal Tehrani.....

-> gaya penulisan beliau juga pasti akan meninggalkan kesan kepada setiap jiwa pembaca.... walaupun baru pertama kali membaca tulisan beliau.....

wassalam....

>>>klik di sini.......
null

Bookmark and Share

    


  Member Information For rulProfil   Hantar PM kepada rul   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 25-11-05 15:20


Pada 24-11-05 21:51 , norhanan posting:

!!! QUOTE !!!

tak susah pun..kalau pergi kedai buku jumpa jea buku dia..cuma nak dengan tak nak beli jea...itu masalahnya...1515...



tak semua kedai buku ada jual buku dia ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

maisarah_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8175
Posting: 157
Dari: bumi Allah

australia   avatar


posticon Posting pada: 25-11-05 18:14


1515 memang best!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For maisarah_nurProfil   Hantar PM kepada maisarah_nur   Pergi ke maisarah_nur's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 25-11-05 22:56


Memang susah nak dapatkan novel2 beliau di kedai2 buku kecuali yang menang Anugerah Utusan.

Tapi ada alternatifnya, boleh membeli secara online! Saya pun baru menerima 'Surat-surat Perempuan Johor' dan 'Tunggu Teduh Dulu'. Belum sempat membaca lagi. Siapa berminat boleh lawati www.ujanailmu.com. Bagus jugak sebab dalam tempoh seminggu dah sampai dah buku2 pesanan tu :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

falah_nurani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19262
Posting: 83
Dari: madrasah

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-11-05 01:38


emm..ana suka KOMBAT 1511 hasil tulisan beliau..kalau betul2 wujud kisah tu, bagus juga rasanya..dalam tu presiden Amerika dibunuh oleh kecanggihan teknologi senjata ciptaan pejuang islam SH.NUSAYBAH..ana suka dengan heronya, Komander Muhammad Amin..antum semua dah baca belum?

Bookmark and Share

    


  Member Information For falah_nuraniProfil   Hantar PM kepada falah_nurani   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 28-11-05 10:35


Pada 25-11-05 22:56 , majidah posting:

!!! QUOTE !!!

Memang susah nak dapatkan novel2 beliau di kedai2 buku kecuali yang menang Anugerah Utusan.

Tapi ada alternatifnya, boleh membeli secara online! Saya pun baru menerima 'Surat-surat Perempuan Johor' dan 'Tunggu Teduh Dulu'. Belum sempat membaca lagi. Siapa berminat boleh lawati www.ujanailmu.com. Bagus jugak sebab dalam tempoh seminggu dah sampai dah buku2 pesanan tu :-di


Rasanya novel 'Surat-surat Perempuan Johor' pun terima Anugerah jugak .. novel ni terbitan syarikat mana ?? Kalau Utusan Publishing rasanya tak ada masalah nak dapatkan ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 28-11-05 11:51


Kebanyakkan novel2 beliau yang bukan memenangi Anugerah Sastera Utusan memang rasanya tak ada langung di bawah terbitan Utusan.

Surat-Surat Perempuan Melayu Johor pemenang ketiga Anugerah Sastera sejarah Johor( tak pasti nama anugerah sebenar...maaf) :-P , jadi memang bukan Utusan yang menerbitkan dan agak sukar mencarinya di kedai2 buku. baru-baru ni pun ke MPH MidValley dan novel tersebut masih tiada di rak :-di .

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

Detective_Alam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.01.2004
Ahli No: 6331
Posting: 103
Dari: Kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-05 15:44


ehmm...
nampaknya kamu ini memang suka la hasil nukilan dia ek...
buku dia saya belum baca tapi karya dia atau pendapat dia dalam FOKUS pernah la...
kat sini susah la nak dapat buku dia....

p/s: siapa duk kat kelantan tolong beritahu saya kat mana nak dapat buku dia ini....

wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Detective_AlamProfil   Hantar PM kepada Detective_Alam   Pergi ke Detective_Alam's Website   Quote dan BalasQuote

falah_nurani
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2005
Ahli No: 19262
Posting: 83
Dari: madrasah

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-12-05 09:32


kat sini ana nak tolong promote untuk Faisal Tehrani..bacalah 1511 novel beliau..pasti antum terpegun..bagi ana,novel ini dapat meningkatkan semangat kita untuk berjihad dalam bidang masing2..semoga setiap apa yang kita usahakan ikhlas dan menjadi ibadah pula disisi-Nya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For falah_nuraniProfil   Hantar PM kepada falah_nurani   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 18:47


baru saja nak berjinak2 dengan karya faisal tehrani ni..
hasil dari semua karyanya, cukup berkesan di hati..
gabungan ilmu dan pengalaman menjadikan karyanya betul2 memberi satu kenikmatan bagi penggemar sastera yang mahukan cebisan ilmu digarap baik dalam novel..
memang tarbiyah silam dan kembara beliau telah mempengaruhi penulisannya..

Advencer Si Peniup ini..1511 .. sekarang duk tengah hadam isi cerita Detektif Indigo..menarik belaka..

- Semoga lebih ramai novelis kreatif dan islamik seperti nya akan lahir..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 20:50


:-) Assalamualaikum....


    Seorang penulis muda yang berbakat...menerapkan penulisan ISLAMIK yang sangat menarik...


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

sumaiyya_cleo
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.03.2004
Ahli No: 8022
Posting: 43
Dari: bumi Allah yang dingin bersalju

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-12-05 21:02


assalamualaikum

Sayapun ada baca karya-karya saudara Faisal Tehrani ini,dan sudah lama juga mengagumi bakat,kreativiti dan gaya bahasa beliau yang begitu menarik dan terkesan di hati.

Walaupun bermula agak lewat dalam bidang penulisan,usia beliau yang masih muda tak menghalang beliau untuk mengorak langkah seperti sasterawan-sasterawan ternama i.e Shahnon Ahmad,A.Samad Said,etc.Tak silap saya umur beliau baru saja mencecah 31 tahun bukan?

Walaupun saya belum membaca buku-bukunya(kerana susah nak mendapatkannya dari sini),tapi dengan menghayati 2,3 buah cerpennya pun sudah cukup untuk buat saya jatuh cinta(pada karyanya sahaja--hehe jangan silap faham)
'bukan kuantiti yang diambil kira tapi kualiti'

Cemburunya pada sesiapa yang memiliki buku-buku tulisan Faisal Tehrani.Balik Malaya nanti saya nak borong banyak-banyak.

Kalau ada antara ahli ukhwah yang tak tahu bukalah laman web Faisal Tehrani,kalau nak tahu perkembangan terbaru..
http://fto.coolfreepage.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For sumaiyya_cleoProfil   Hantar PM kepada sumaiyya_cleo   Quote dan BalasQuote

miss_cendawan
Warga Rasmi
Menyertai: 15.05.2005
Ahli No: 16540
Posting: 1
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-12-05 21:18


Faisal Tehrani

FAISAL TEHRANI adalah nama pena kepada Mohd Faizal Musa. Beliau dilahirkan pada 7 Ogos 1974 di Hospital Kuala Lumpur. Pada usia 5 tahun beliau dibawa ibu-bapanya berpindah ke Melaka dan dibesarkan di kota bersejarah tersebut.

FAISAL TEHRANI mendapat pendidikan awal di Sekolah Sacred Heart Melaka, kemudian di Sekolah Rendah Jalan Dato? Palembang dan memperolehi 5 A untuk peperiksaan Penilaian. Faisal kemudian menuntut di Sekolah Menengah Sultan Muhammad sehingga Tingkatan Tiga, lantaran keputusan SRP yang cemerlang, beliau ditawarkan belajar di Kolej Islam Kelang (Kolej Islam Sultan Alam Shah). Kisah-kisah awal remaja Faisal banyak disirikan di dalam majalah Fokus SPM.

Faisal seterusnya menuntut di Akademi Islam Nilam Puri Kelantan sebelum meneruskan pengajian sehingga memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah Politik dari Universiti Malaya.Tidak lama kemudian Faisal menjadi fellow di Universiti Sains Malaysia. Beliau meneruskan pengajian peringkat Sarjana (MA) dalam jurusan Kesusasteraan dan kini melanjutkan pelajaran dalam kedoktoran (PhD) pula di UKM.

Dalam bidang drama pentas Faisal menulis tiga buah drama setakat ini iaitu Rintih Chicago (memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996/97), drama Angin Madinah (memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran Yayasan Pelajaran Islam Malaysia dan DBP) serta drama MISI yang dikerjakan bersama pengarah muda terkenal Nam Ron. Dalam tahun 2002 dilaporkan beliau akan bekerjasama sekali lagi dengan Nam Ron di samping mementaskan sebuah drama yang diadaptasi dari sebuah novel sensasi karangan seorang Sasterawan Negara.Dalam genre novel, Faisal menulis antara lain novel Cinta Hari-hari Rusuhan (Creative Enterprise 2000) dan Perempuan Politikus Melayu (Penerbitan Pemuda 2000). Novel Perempuan Politikus Melayu mendapat pujian pengkritik sastera antara lain seperti Profesor Madya Amida Abdul Hamid, sama Zakir dan Dato Johan Jaafar dan dianggap sebuah novel yang berani. Novel Jendela Berlangsir Hujan disirikan dalam majalah EH! mendapat sambutan dan masih berlangsung mengenai persahabatan tiga gadis Latha Baskaran, Dang Asmara dan Chloe Robertson. Novel bersiri Dongeng Kingdom Of Flowers di majalah al-Wasilah bagaimanapun terbantut setelah majalah remaja tersebut diharamkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan. Faisal beruntung mendapat asuhan antara lain dari Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, Sasterawan Negara Dato Shahnon Ahmad, pemenang SEA Write Award Zaharah Nawawi dan Sutung Umar rasa dalam bidang puisi. SN Dato Shahnon malah mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Faisal. Pada tahun 1999 Faisal bersama Mawar Shafie, Hizairi Othman, Jasni Matlani mewakili Malaysia ke Program Penataran Sastera anjuran Majlis Sastera Asia Tenggara di Jakarta dan Bogor.

Cerpen pertama beliau tersiar pada tahun 1992 di majalah Muslimah dengan judul Anastasia. Faisal hanya disedari oleh khalayak sastera pada tahun 1994 apabila cerpen-cerpen beliau iaitu cerpen Anak dan cerpen Opah memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994. Tahun yang sama beliau memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis, anugerah paling berprestij untuk penulis remaja waktu itu (kini sudah tiada).

Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal dikurniai rezeki yang murah dengan memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya.

Faisal seterusnya memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia pada tahun 1998 (dengan cerpen Cinta Gendang Kasturi), 1999 (cerpen Bulan dan Wira dan puisi Sesudah Hujan Dahlia) dan dalam tahun 2000 dengan cerpen Irisan-irisan Mimpi dan Syahid Raja Api. Faisal juga memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 96/97 dengan cerpen Perempuan Anggerik. Cerpen beliau ini diterjemahkan ke bahasa Thai, Inggeris dan Jepun serta diadaptasi ke dramatari oleh kareografer terkenal Adikara Dance Theatre, Jasni Abdul Hamid pada 29 Julai 2001. Dalam tahun 2001 juga Faisal memenangi Hadiah Sastera Berunsur Islam dengan cerpen Cahaya Pada Jiwa. Salah sebuah cerpen Faisal iaitu Kerana Manisnya Epal terkandung dalam komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu bagi Tingkatan Empat. Dua kumpulan cerpen mini beliau diterbitkan di Sasbadi dengan judul Sehari Dalam Perang (1997) dan Safari Gilgit (1997). Beliau membuat "kecoh" bersama Azman Husin dalam tahun 2000 dengan menerbitkan Kumpulan Cerpen Underground secara "berduet".

http://www.ujanailmu.com.my/cat_faisal.cfm

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_cendawanProfil   Hantar PM kepada miss_cendawan   Pergi ke miss_cendawan's Website   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 28-12-05 21:29


Faisal Tehrani-Penulis muda yang kreatif dan mementingkan unsur-unsur keislaman dalam novel beliau. Terbaru; Advencer Si Peniup ini, 1511 (Kombat) dan Detektif Indigo memang best.

Setakat ini, saya dah baca Detektif Indigo. Bacaan fiksyen yang sederhana dan sesuai dibaca golongan remaja.

Ternyata, pengalaman luas beliau melalui kembara ke serata ceruk dunia banyak membantu. Bahasa sastera diadun dengan istilah-istilah yang begitu asing pada pembacaan kita membuat saya kagum.

Paling penting, beliau tidak lupa menyelitkan ciri-ciri Islam dalam novel. Kebanyakan karya terbaru memang asasnya adalah tentang Islam.

Usaha yang sewajarnya mendapat pujian. Anugerah yang dimenangi sebagai pelengkap kepada kegigihan beliau.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

hazreenrashid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15666
Posting: 115
Dari: Moscow

malaysia  


posticon Posting pada: 28-12-05 22:40


SAya memang cari novel2 beliau tapi selalu tak berkesempatan. Masa form 4 ada la baca komponen sastera Kerana Manisnya Epal.boleh tahan jugak la yang tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hazreenrashidProfil   Hantar PM kepada hazreenrashid   Pergi ke hazreenrashid's Website   Quote dan BalasQuote

seek4truth
Warga Rasmi
Menyertai: 14.07.2004
Ahli No: 10049
Posting: 8
Dari: KL

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-12-05 23:43


salam semua.
faisal tehrani pernah jadi cikgu kita masa mpr 2005 dulu (minggu penuulis remaja)
memang orgnya agak islamik
1515 kombat memang best
cara dia mengajar pun best
tak ada lah bosan sgat
hopefully boleh jumpa dia lagi lepas ni :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For seek4truthProfil   Hantar PM kepada seek4truth   Quote dan BalasQuote

hanan2503
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.11.2005
Ahli No: 20558
Posting: 222
Dari: kajang,malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 01:48


abang saya ada beli "kombat 1511"..nanti saya try baca..macam best saja!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanan2503Profil   Hantar PM kepada hanan2503   Pergi ke hanan2503's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 29-12-05 07:23


Assalamualaikum :-)

sesiapa yang dah khatam Penyiasat Indigo,setuju tak kalau novel ni disambung jadi novel bersiri? Intipati ceritanya pun sesuai dijadikan series. Kes penyiasatan yang bersambung-sambungan. Ala2 komik2 jepun atau novel2 Enid Blyton. Saya orang paling tak sabar nak membeli kalau perkara ni betul2 terjadi! :-di

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

hujjatul_hikmah
Warga Rasmi
Menyertai: 06.12.2005
Ahli No: 20875
Posting: 11
Dari: kl

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 10:02


saya seorang yang gemar membaca buku2 & majalah kat malaysia ini...sejak akhir2 ini saya tambah berminat baca novel2 melayu..saya lihat ada perkembangan yang cukup positif dalam penulisan sekarang..penulisan HM tuah iskandar & faisal tehrani contohnya banyak menyumbang kepada pemikiran yang lebih terbuka & lebih Islamik..saya suka baca karya penulis2 yang menang hadiah sastera, mereka ada rasa tanggungjawab dalam menulis,ada keinginan untuk bina fikrah pembaca...kalau kita tengok novel2 kat malaysia ini, banyak sangat yang menulis untuk layan feeling..tak habis2 dengan topik cinta,cinta,cinta.. bukan la salah tapi bagi saya penulisan macam ni picisan sebab tidak dimasukkan dengan perkara2 yang mnambahkan knowledge.. selit2 la ilmu yang berguna dalam penulisan...buka minda orang melayu agar tak terus layu dibuai perasaan semata-mata..buka minda orang Islam agar tak terus tenggelam dalam lamunan..
thank you..and wassalam..
[ Telah diedit oleh: hujjatul_hikmah pada 29-12-05 10:06 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hujjatul_hikmahProfil   Hantar PM kepada hujjatul_hikmah   Quote dan BalasQuote

kasihmu-amanahku
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.10.2003
Ahli No: 4140
Posting: 709
Dari: rahsia

PulauPinang  


posticon Posting pada: 30-12-05 21:08


Pada 29-12-05 07:23 , majidah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum :-)

sesiapa yang dah khatam Penyiasat Indigo,setuju tak kalau novel ni disambung jadi novel bersiri? Intipati ceritanya pun sesuai dijadikan series. Kes penyiasatan yang bersambung-sambungan. Ala2 komik2 jepun atau novel2 Enid Blyton. Saya orang paling tak sabar nak membeli kalau perkara ni betul2 terjadi! :-di



Cadangan yang menarik tapi memang akan ambil masa yang lama untuk siapkan. Sebabnya, kena cari material untuk hasilkan karya yang bermutu seperti itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasihmu-amanahkuProfil   Hantar PM kepada kasihmu-amanahku   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-12-05 23:50


Pada 30-12-05 21:08 , kasihmu-amanahku posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-12-05 07:23 , majidah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum :-)

sesiapa yang dah khatam Penyiasat Indigo,setuju tak kalau novel ni disambung jadi novel bersiri? Intipati ceritanya pun sesuai dijadikan series. Kes penyiasatan yang bersambung-sambungan. Ala2 komik2 jepun atau novel2 Enid Blyton. Saya orang paling tak sabar nak membeli kalau perkara ni betul2 terjadi! :-di



Cadangan yang menarik tapi memang akan ambil masa yang lama untuk siapkan. Sebabnya, kena cari material untuk hasilkan karya yang bermutu seperti itu.


setuju dibuat kesinambungan ceritanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-05 04:45


Assalamualaikum

alhamdulillah abang faisal tehrani adalah penulis yang mengarap keagungan islam alam karyanya..ana pun ingin menjadi sepertinya insyaAllah..doakan ana

egyptstudent

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124569 saat. Lajunya....