Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Orang-orang yang suka memuji dan mengampu bukan kawan sejati, kerana merosakkan hati kawannya.
-- -- Saidina Ali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 105
Ahli: 0
Jumlah: 105




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Sajak
Topik: MAWAR ITU PENUH DURI.. 2


Carian Forum

Moderator: Administrator, kasih_kekasih
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sajak
    »» MAWAR ITU PENUH DURI.. 2

Please Mendaftar To Post


Oleh MAWAR ITU PENUH DURI.. 2

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-05 12:37


Assalamualaikum

MAWAR ITU PENUH DURI.. 2

Dahulu telah ku khabarkan perihal mawar berduri,
Dahulu telah ku ceriterakan mawar itu kusirami keikhlasan
Dahulu telah ku nukilkan mawar itu ku bajai budi
Dahulu telah ku beritakan mawar ku julang dengan tiang seri hati ini
Sehingga indah kelopaknya tangkainya menjulang
Sehinggah subur dan mekarnya bercahaya
Ketika disentuh sinar mentari

Sudah menjadi adat alam makhluk ini
Yang membajai tidak semestinya memiliki
Yang menyirami tidak semestinya menemani
Yang menjulang tidak semestinya mendapati
Kilauannya sudah ada yang memerhati
Mekarnya sudah ada yang ingin memiliki
Sehingga mawar berduri kelihatan mencari,
Mahu bersama peneman sejati…
Ingin bersama pemiliknya yang azali

ku hanya penjaga laman pagi
Apalah daya ku tidak memberi
Dengan nama Ilahi mawar berduri ku petik
Walau jemari pedihnya amat terperi
Kerana bisa mawar berduri menusuk hati
Kepada peneman sejati mawar berduri ku beri
Moga mawar berduri bahagia dan dijaga rapi
Moga mawar berduri teguh hati dan diri
Moga mawar berduri di bawa ke jalan Syurgawi


ku kembali melihat laman pagi,
Yang sudah hilang seri
Baru ku sedar mawar berduri sudah tiada lagi
Adakah mawar berduri akan kembali?
Sebagai hamba Ilahi tiadalah ku pasti
Hanya takdir Allah itulah yang pasti !

Firman Allah yang bermaksud:
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman . Surah Ali Imran 139


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
[ Telah diedit oleh: zulman pada 16-12-05 07:24 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

lailiey
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2005
Ahli No: 15576
Posting: 26

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-10-05 13:02


assalamualaikum....

macam frust saja....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailieyProfil   Hantar PM kepada lailiey   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-10-05 13:34


Pada 23-10-05 12:37 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Firman Allah yang bermaksud:
Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman . Surah Ali Imran 139



frust..... taklah....

Orang Islam kena kuat dan tabah....
baru lah tahan uji..

"nikmat dan ujian itu adalah kembar"

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

lailiey
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.04.2005
Ahli No: 15576
Posting: 26

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-10-05 15:02


uummm....a'ah

anak lelaki tidak boleh di hirau panjang,hidupnya ialah buat ber juang,kalau perahu nya telah dikayuhnya ketengah,dia tak boleh surut palang, meskipunbagaiman besar gelombang.biar kemudi patah,biar layar robek,itu lebih mulia dari membalik lauluan pulang...

pepatah orang mengkasar...(tenggelamnyer kapal VAn ada Wijck.)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lailieyProfil   Hantar PM kepada lailiey   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-05 16:14


Andai di siram dan di jaga..
Kalau tertulis sejak azali dia bukan milikmu...
Pasti kamu tak dapat memlikinya...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

hudahasnan
WARGA SETIA
Menyertai: 10.01.2005
Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-10-05 23:23


emm...orang yang membaca dan mghayati sajak ni...akan menyimpulkn seseorang tu dalam kekecewaan...
tapi kalau dah dnafikn c empunye diri...itu haknya...dok begitu?

4 sure..thats not the main point here...smoge yang brkenaan tu bersabar..."pasrah segalanya"...tu pun stelah anda berusaha...
yakin adanya hikmah di sebalik suatu kejadian..itulah nikmat buat hambanye yang redha dan yakin pada ArRahman...

:roll: :roll: :roll:


-----------------
Ukhwah yang terbina persis untaian tasbih.Ada awal, tiada penghujung.Dibuat untuk mengingatiNya.Dicantum kerana cintaNya…
[ Telah diedit oleh: hudahasnan pada 23-10-05 23:25 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahasnanProfil   Hantar PM kepada hudahasnan   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 24-10-05 10:34


bersabaq separuh daripada iman... Allah sentiasa menyediakan yang terbaik untuk hambanya...insyaallah.....

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 10:42


Tanam la Mawar yang lain pulak ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

sufti_ilham
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2003
Ahli No: 3515
Posting: 1490
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 24-10-05 11:41


berlalulah wahai penjaga laman pagi
jangan sesekali dikau menoleh dan menapak ke belakang lagi..
mawar berduri telah kau serahkan pada peneman sejatinya
tinggalkanlah ia bersamanya di situ..
doakanlah kebahagiaan mereka andai hatimu ikhlas menyayanginya..
itulah bukti tulus kasih sayang sucimu untuknya..

pandulah hatimu ke hadapan
yakinlah olehmu wahai penjaga laman pagi..
kasturimu sedang menantimu..
pergilah kepadanya dengan hati yang terbuka dan ikhlas
siapa tahu
mungkin kasturi itu kurniaan Allah sebagai peneman sejatimu

sememangnya..
kasturi itu tiada mekar
malah tiada kelopaknya
jika dibandingkan dengan mawar berduri itu..
harumnya tidak semerbak untuk dihidu dan dijumpai orang lain

kerana..
dia sedang berteleku di situ
di suatu sudut yang amat istimewa
sedang menantikan kehadiranmu untuk menjumpainya
kerana harumnya kasturi itu hanya untukmu..

pergilah wahai penjaga laman pagi
carilah kasturi itu..
sorotilah tiap sudut dengan mata hati yang suci
keluarkanlah bisa mawar berduri dari hatimu..
balutilah luka itu sekemasnya
sirnakanlah..hapuskanlah..keluarkanlah..
bayangan mawar berduri dari hatimu..

pergilah dikau mencari kasturimu..
dia sedang menantimu
pintalah peta dari Ilahi
untuk kau sampai pada kasturimu..
bajailah ia..
walau pun tiada kelopaknya untuk ia mekar..
namun..jadikanlah ia mekar
di dalam hati nuranimu..
[ Telah diedit oleh: sufti_ilham pada 24-10-05 11:43 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sufti_ilhamProfil   Hantar PM kepada sufti_ilham   Quote dan BalasQuote

transmissionline
WARGA SETIA
Menyertai: 05.08.2005
Ahli No: 17849
Posting: 916
Dari: mana hendak ke mana

centralafricanrep   avatar


posticon Posting pada: 24-10-05 13:00


Sepatutnya bunga yang ditanam di jaga dan di bajai oleh "tuan punya" bunga tu sendiri ... dan diserahkan oleh si "tuan punya" bunga itu pada sesiapa yang dikehendaki ... jadi bukan hak kita nak baja dengan keikhlasan ke apa ke ... bukan hak kita jugak nak pastikan yang bungan tu milik kita kalau pun kita sukarela nak bajakan dia ... sapa "tuan punya" yang dimaksudkan di sini ... "tuan punya" tu ialah orang yang menanam dan membajainya sejak dari biji benih lagi ... sejak dari belum tumbuh lagi ... sejak dari pucuknya lagi ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For transmissionlineProfil   Hantar PM kepada transmissionline   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-10-05 10:50


Pada 23-10-05 16:14 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!

Andai di siram dan di jaga..
Kalau tertulis sejak azali dia bukan milikmu...
Pasti kamu tak dapat memlikinya...



justeru itu..redha sahaja pada ketentuannya....
insyaAllah..tiba masanya akan bersatu jua....

ps:jangan dicemari ukhwah sesama kita hanya kerana insan yang belum
     tentu menjadi milik kita....UKHWAH FILLAH.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-10-05 22:24


syauqah wardah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 10:05


mawar itu penuh duri,
kerana ia dijanjikan syurga hakiki,
andai malunya menjadi pakaian diri.

sungguh ia mawar berduri,
durinya iman tegaknya diinsafi,
kerana ia muslimah sejati.

benar ia mawar berduri,
menjadi idaman sejujur hati,
kerana ia amat dirindui.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

MiraUmairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 837
Posting: 33
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 27-10-05 11:26


Ana sokong dengan kata-kata sufti_ilham..

Zulman,

Biar mawar itu cantik, biar mawar itu indah
Biar hatimu hancur kerananya
Biar kau berpatah arang berkerat rotan
Jangan sesekali kau mengharapkan balasan
Atas limpahan kasih sayang yang kau berikan.

Pasti Ilahi akan menganugerahkanmu srikandi
Janganlah dikau bersedih hati...
Penjaga laman yang baik budi
Anggaplah kehadiran mawar satu persinggahan
Sementelah dirinya menemui teman yang dicari

Mungkin Ilahi telah mentafsir
Satu hari nanti mawar berduri akan menusuk
Membuat penjaga laman rebah tak berdiri
Membuat penjaga laman tak lagi mencari cinta Ilahi
Membuat penjaga laman lupa akan esok hari...

Maka Ilahi menyerahkan mawar berduri
Pada penjaga lain yang mampu melindungi
Maka janganlah bersedih hati....
Penjaga laman yang baik hati
Ada kasturi yang menantimu
Hanya perlu mencari dengan mata hati
Bersulamkan doa dan mengharap bantuan dari Ilahi........

MiraUmairah

Bookmark and Share

    


  Member Information For MiraUmairahProfil   Hantar PM kepada MiraUmairah   Quote dan BalasQuote

permata_ayah_bonda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.09.2005
Ahli No: 19302
Posting: 78
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 16:25


betul tu zulman..ana pun sokong kata kata sufti_ilham dan mira umairah tu.pergilah cari kasturi anda.lupakanlah mawar berduri itu.carilah di mana kastuti anda.lagipun dari sajak anda itu,menunjukkan mawar berduri itu sudah berpunya.erti ertikanlah..:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_ayah_bondaProfil   Hantar PM kepada permata_ayah_bonda   Quote dan BalasQuote

nano
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.10.2005
Ahli No: 19971
Posting: 386

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-10-05 20:08


jangan sangka mawar saja yang berduri ..... la ni si kumbang lagi banyak durinya ..... hati2 jangan sampai terjerat ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanoProfil   Hantar PM kepada nano   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 09-11-05 10:20


Pada 27-10-05 20:08 , nano posting:

!!! QUOTE !!!

jangan sangka mawar saja yang berduri ..... la ni si kumbang lagi banyak durinya ..... hati2 jangan sampai terjerat ....


betul tu..
bahkan duri si kumbang ni pun..
boleh tahan jugak tajamnye.... :-)
[ Telah diedit oleh: lubaina pada 09-11-05 10:21 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-11-05 12:04


a'aa..betullah lubaina..kumbang memang banyak duri.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

ratusyahadah_uiam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.06.2004
Ahli No: 9636
Posting: 72

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-12-05 15:40


mawar berduri mungkin tiada pilihan...jika disuruh memilih lagi takkan mawar berduri sia2 kan...
semoga sentiasa berbahagia..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratusyahadah_uiamProfil   Hantar PM kepada ratusyahadah_uiam   Pergi ke ratusyahadah_uiam's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-12-05 20:22


:-) Assalamualaikum.....



    Tak mungkin jadi seperti Mawar berduri...kalau bunga Melur ya agaknya...hehehe... :-)


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

permata_ayah_bonda
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.09.2005
Ahli No: 19302
Posting: 78
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-12-05 16:23


mawar berduri tak boleh mementingkan diri sendiri dan bermain dengan perasaan dan hati orang lain.. :-) fikir fikirkanlah wahai mawar berduri dan juga penjaga laman pagi.. :-)
[ Telah diedit oleh: permata_ayah_bonda pada 22-12-05 16:26 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_ayah_bondaProfil   Hantar PM kepada permata_ayah_bonda   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.463491 saat. Lajunya....