Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: apabila bukan ahli tafsir mentafsir al-quran


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» apabila bukan ahli tafsir mentafsir al-quran

Please Mendaftar To Post


Oleh apabila bukan ahli tafsir mentafsir al-quran

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-09-05 10:47


check laman web ni.
http://www.e-bacaan.com/artikel_wanita.htm#penudung_jilbab
http://www.e-bacaan.com/emailb16.htm

Persoalan mengenai pemakaian tudung kepala bagi kaum wanita di laman web ini telah mencuit perasaan sesetengah pihak. Kami amat memahami betapa sensitifnya isu tersebut, dan memohon maaf atas segala perasaan yang terganggu. Akan tetapi, kami terus memberi penjelasan kepada pengunjung yang memerlukannya. Yang benar tetap benar, walaupun pahit apabila ditelan. Namun begitu, kami tidak memaksa sesiapa untuk menerima pendapat kami, dan tidak juga memandang rendah orang-orang yang memakai tudung kepala.

Selanjutnya pula, kami mengalu-alukan teguran daripada pihak yang memakainya atas nama agama. Teguran tersebut, di samping diabadikan di sini, diberi juga sedikit ulasan kami - seperti yang dilakukan di bawah ini:

From: "zahra Md"
Subject: Pakaian Wanita
Date: Wednesday, March 26, 2003 10:42 AM

Assalamualaikum...

Saya keliru dengan soalan lazim ke 21 yang pernah diutarakan oleh pembaca iaitu berkenaan dengan "Pakaian Wanita" dan sebuah artikel "Wanita Dalam Islam Sebenar" dengan tajuk kecilnya, Kesopanan.

Berikut adalah petikan dari artikel tersebut..."Tudung yang dipakai oleh wanita dewasa ini, yang dikatakan Islam oleh sesetengah pihak, adalah mindeel dalam bahasa Arab, bukan jilbab. Perkataan mindeel tidak terdapat di dalam al-Qur'an, sekali gus mengesahkan bahawa tudung itu tidak dianjurkan oleh Tuhan dalam agama-Nya."

Soalan :

Apakah yang penulis Bacaan maksudkan sebagai "....bahawa tudung itu tidak dianjurkan oleh Tuhan dalam agamaNya?" Adakah bermaksud tudung itu tidak perlu dipakai oleh kaum wanita Islam?

Saya pernah terbaca tentang firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” - (An-Nur: 31).

Berikutan dengan firman tersebut, ada fatwa mengatakan bahawa sebab turun ayat ini ialah pada masa itu kaum wanita apabila menutup kepala dengan ‘khumur’ (semacam kain tudung) maka mereka tarik ke belakang sehingga leher, dada dan telinga terdedah. Maka Allah memerintahkan mereka menutup bahagian hadapan, termasuk dada, leher, telinga dan rambut.

Selepas turun ayat itu, wanita mukmin segera mengoyakkan kain untuk menutup apa yang terbuka. Aisyah sendiri pernah menegur tudung Hafsah, anak seorang saudaranya. Hafsah datang dengan bertudung menutup leher tetapi nipis. Kata Aisyah: “Ini amat nipis, tidak dapat menutupnya.”

Dalam ayat al-Quran juga, Allah melarang wanita mukmin memperlihatkan perhiasan (tubuhnya) kecuali yang lahir (yang biasa nampak seperti tangan dan muka.

Dalam artikel lain yang pernah saya baca ada menceritakan juga mengenai hal menutup aurat, Aisyah pernah menceritakan teguran Rasulullah terhadap Asma binti Abu Bakar. Ketika Asma menemui Rasulullah, dia memakai pakaian nipis. Rasulullah lalu menegurnya.

“Wahai Asma, sesungguhnya jika seseorang perempuan sudah sampai masa haid (baligh) maka tidak layak baginya menampakkan kecuali yang ini (baginda mengisyaratkan pada muka dan tangannya). Daripada beberapa keterangan itu nyatalah wanita Islam wajib menutup perhiasan yang tersembunyi termasuklah rambut kepala.

Untuk itu,tolong berikan jawapan berhubung dengan penjelasan dan kekeliruan di atas. Sekian berbanyak terima kasih dan semoga Tuhan memberkati anda.

Wassalam.

Salamun alaikum. Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Kami faham maksud kandungan surat saudari dan di sini kami cuba memberi sebaik jawapan yang boleh.

Pada pendapat kami, kekeliruan yang timbul adalah kerana perbezaan yang wujud dalam terjemahan ayat-ayat al-Qur'an, iaitu antara fahaman kami dengan orang-orang yang saudari rujuk. Kehadiran beberapa buah cerita daripada orang-orang zaman dahulu mengenai kewajipan memakai tudung kepala pula merumitkan lagi keadaan sehingga menjadi lebih mengelirukan.

Namun begitu, kami bersedia untuk memberi jawapan supaya kekusutan yang timbul dapat dihuraikan. Jawapan dimulakan dengan huraian bagi kenyataan saudari "zahra" yang berbunyi:

Apakah yang penulis Bacaan maksudkan sebagai "....bahawa tudung itu tidak dianjurkan oleh Tuhan dalam agamaNya?" Adakah bermaksud tudung itu tidak perlu dipakai oleh kaum wanita Islam?

Benar, itulah maksudnya. Tudung kepada adalah tidak wajib dipakai oleh kaum wanita Islam. Kerana tidak disuruh di dalam al-Qur'an.

Lalu sebuah firman Allah dikemukakan sejurus selepas soalan tadi dibuat, untuk menangkis jawapan yang sedia diketahui. Ayat itu berbunyi,

Saya pernah terbaca tentang firman Allah yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin supaya menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh badan mereka kecuali yang lahir. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.” - (An-Nur: 31).

Maaf, kami mendapati ayat Tuhan di atas telah diterjemah dengan tidak tepat. Terdapat beberapa perkataan yang sepatutnya tidak berada di situ tetapi ada, seperti "daripada melihat yang haram", "tubuh badan" dan "belahan leher baju". Maka kandungan ayat yang suci itu telah dicemari oleh tambahan kata-kata manusia yang bersifat agak nakal. Bagi kami ayat tersebut bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya; dan hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka" ( 24:31)

Sekiranya berasa waswas dengan terjemahan kami, sila rujuk teks asal dan terjemahkanlah ayat itu, perkataan demi perkataan.

Kembali memperkatakan mengenai terjemahan yang diutarakan oleh saudari tadi. Izinkan kami memberi sedikit komen setelah petikan sebahagian daripada ayat diturunkan:

1. "menyekat pandangan mereka daripada melihat yang haram"

Frasa melihat yang haram di situ tidak terdapat di dalam teks asal al-Qur'an. Ia bukan dari sisi Allah. Ia, tidak syak lagi, adalah suntikan daripada orang atau orang-orang yang mempunyai agenda tersendiri.

Beberapa soalan timbul akibat perbuatan itu. Apakah yang dimaksudkan dengan yang haram? Adakah kaum lelaki yang berjalan-jalan sambil berpakaian kemas haram dipandang? Atau bab*, yang diharamkan Tuhan, adakah ia haram dipandang sewaktu ia meluru untuk menyondol orang yang memandang? Bagaimana pula cara untuk menyekat pandangan?

Maka kata-kata itu tidak datang dari Tuhan. Yang datang dari Tuhan tidak mengandungi kekeliruan seperti itu.

Terjemahan sebenar bagi petikan di atas adalah "menundukkan pandangan mereka". Bermaksud, pandangan mereka harus ditundukkan, dan tidak pergi jauh, tatkala berdepan atau bergaul dengan kaum lelaki. Bagi lelaki juga terdapat suruhan yang sama (24:30). Itu kesopanan ajaran Tuhan. Dia tidak melarang lelaki dan perempuan bergaul.

2. "Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka.”

Apa yang dikatakan "belahan leher baju" tidak disebut di dalam al-Qur'an untuk ditutup. Yang disuruh tutup ialah bahagian dada. Ia ditutup dengan kain "penudung", firman-Nya, "hendaklah mereka meletakkan penudung mereka pada dada mereka".

(Sila rujuk di sini untuk huraian selanjut mengenai "penudung". Terima kasih.)

Kemudian saudari menyatakan "Dalam ayat al-Quran juga, Allah melarang wanita mukmin memperlihatkan perhiasan (tubuhnya) kecuali yang lahir (yang biasa nampak seperti tangan dan muka." Terdapat pula fahaman lain, walaupun semazhab, yang menyatakan muka dan tangan pun tidak boleh dinampakkan!

Tidak, Tuhan tidak menyebut bahagian muka dan tangan di dalam ayat yang berkaitan. Itu adalah andaian sesetengah pihak sahaja. Dan perkataan "perhiasan" tidak bermaksud "tubuh" seperti yang didakwa. Sila rujuk di sini untuk maksud perkataan perhiasan yang sebenar dan di sini untuk mengetahui ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perkataan tersebut.

Dengan itu, apa yang dimaksudkan Tuhan dengan perhiasaan bukanlah segala anggota badan wanita kecuali bahagian muka dan tangan. Atau kesemuanya sekali bagi sesetengah orang, lalu harus diselubungkan kesemuanya!

Ayat yang dimaksudkan itu sebenarnya berbunyi "dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya." Oleh kerana perhiasan di situ bermaksud apa yang tumbuh di dada perempuan, maka itulah yang tidak patut dinampakkan, kecuali apa yang nampak daripadanya sahaja, setelah ia ditutup.

Ia ditutup kerana menimbulkan "keinginan seks" (perkataan ini disebut di hujung ayat 24:31) di kalangan sesetengah pihak. Dan rambut pula, yang disebut dalam salah sebuah cerita zahra, tidak pula disebut Allah di dalam ayat-ayat mengenai pakaian wanita. Ia tidak disuruh supaya ditutup. Rambut perempuan tidak mungkin dapat menyemarakkan keinginan seks kaum lelaki dengan hanya melihatnya sahaja, kecuali mereka yang mindanya berpenyakit.

Cerita-cerita yang diutarakan saudari kononnya menguatkan lagi pentafsiran sesetengah orang terhadap ayat-ayat Tuhan mengenai tudung kepala. Akan tetapi cerita-cerita tersebut, yang menggunakan nama isteri dan Nabi sendiri, menimbulkan keraguan kerana tafsiran yang dibuat ke atas ayat-ayat yang dilandaskan didapati tidak tepat dan jujur. Malah, cerita-cerita itu tidak disebut di dalam al-Qur'an dan tidak juga ditulis sendiri oleh Nabi. Nabi tidak mungkin mengetahui tentang adanya orang atau orang-orang yang menulis cerita-cerita tersebut. Kitab-kitab yang di dalamnya tercatat cerita-cerita itu ditulis beratus tahun selepas baginda wafat.

Lagi pun, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa Nabi telah menyampaikan ajaran agama yang selain daripada perintah Tuhan.

Justeru, sungguh berat bagi kami untuk menerima cerita-cerita orang zaman dahulu sebagai perkara wajib diimani dalam Islam. Bagi kami kesemuanya bukan petunjuk. Kerana petunjuk bagi orang-orang yang takut kepada-Nya hanyalah al-Qur'an, seperti firman-Nya yang berbunyi,

"Kitab itu (al-Qur'an), di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan)," (2:2).

Tuhan menyebut (hanya) sebuah kitab sebagai petunjuk. Sekiranya Dia menghendaki hamba-hamba-Nya memegang lebih daripada sebuah kitab, tentu Dia telah menjamakkan perkataan "kitab" di situ. Dan Kitab yang satu itu tidak menyuruh kaum wanita memakai tudung kepala

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 02-09-05 12:49


Inilah yang dikatakan sesat dan cuba menyesatkan. Di alam nyata di alam internet cuba menyesatkan! Hati-hati...

Hati-hati juga dengan kaum yang terlalu berat mulutnya nak menyebut ALLAH. Mungkin mereka tak ada Allah, yang ada cuma TUHAN. Lihat jawapan di atas... tak ada Allah.. yang ada cuima Tuhan. Adakah malu untuk menyebut ALLAH sedangkan Tuhan adalah kata am, ALLAh adalah kata khas.

Di mana-mana ada saja kaum Islam yang sangat berat menyebut ALLAH tetapi sangat ringan menyebut TUHAN. Takut tak universal katanya kalau sebut ALLAH (mana punya standard dipakai ni pun tak tahu).

Di Rufaqa' dan sebahagian besar kumpulan nasyid tak ada ALLAH. Yang ada bagi mereka hanya TUHAN. Tapi bila tanya balik cara takbiratul ihram ialah: Allahuakbar, bukan Tuhanhuakbar. Mereka juga menyebut, InsyaAllah, bukan InsyaTuhan. Pelik kan?

Rupanya mereka takut. Di Rufaqa' misalnya, mereka takut menyebut Allah sebab bimbang kumpulan mereka akan diharamkan seperti Arqam. Kumpulan nasyid pun takut sebut Allah sebab bimbang lagu mereka tak disiarkan.

Sentiasda berhati-hati dengan golongan yang sesat dan cuba mencari pengaruh supaya turut sama sesat!

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 00:21


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah umi nak ambil peluang ini untuk mewar-warkan siaran Tafsir Al Quran di IKIM.fm setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Waktunya ialah 6.30 pagi dan ulangannya ialah 7.30 malam atau selepas azan. InsyaAllah sesiapa yang mengikutinya akan merasa terisi jiwanya.

Penyampainya ialah Ustaz Haji Zahazan Mohamad yang kini pensyarah di UIAM Gombak. Lahir di Melaka pada 1974 dan mendapat didikan awal di Sek Keb kampung Gelam sebelum ke Sek Men Agama Sultan Muhamad Melaka dan kemudian ke Kolej Islam Klang pada tahun 1990. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Yarmouk Jordan (1992 - 96). Dapat sarjana Bahasa Arab di UM dan kini menyambung PhD di UM juga.

InsyaAllah semoga kita semua terutama anak-anak dapat mencari ilmu bersama beliau setiap hari. Allahumma Ameen!

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - "Tidak baik berdiam diri dalam kebijaksanaan, sama sebagaimana tidak baik berbicara dalam kejahilan" (Ali bin Abi Thalib lah.a.)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

peacemaker
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.09.2005
Ahli No: 19061
Posting: 65

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 03:50


ada sesiapa tak yang record kuliah tafsiryna? sebab selalu terlepas. siapa yang ada..boleh la share

Bookmark and Share

    


  Member Information For peacemakerProfil   Hantar PM kepada peacemaker   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 08:58


Wa'alaikumussalam wrt wbt
Assalamu'alaikum wrt wbt

Alhamdulillah umi pun kekadang miss juga tetapi cuba hadirkan diri pada waktu ulangannya. Rasanya beliau sendiri akan merekodkan sebab Ustaz Haji Zahazan Mohamed itu adalah CEO Telaga Biru yang banyak menerbitkan buku dan CD keagamaan.

Wallahuta'ala a'alam bissawab
Wassalamu'alaikum wrt wbt
ummimq
ps - harap-harap begitulahkan. Ameen!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

al-fateh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.02.2006
Ahli No: 22816
Posting: 80

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 20:39


Pada 02-09-05 12:49 , Kang posting:

!!! QUOTE !!!

Inilah yang dikatakan sesat dan cuba menyesatkan. Di alam nyata di alam internet cuba menyesatkan! Hati-hati...

Di Rufaqa' dan sebahagian besar kumpulan nasyid tak ada ALLAH. Yang ada bagi mereka hanya TUHAN. Tapi bila tanya balik cara takbiratul ihram ialah: Allahuakbar, bukan Tuhanhuakbar. Mereka juga menyebut, InsyaAllah, bukan InsyaTuhan. Pelik kan?

Rupanya mereka takut. Di Rufaqa' misalnya, mereka takut menyebut Allah sebab bimbang kumpulan mereka akan diharamkan seperti Arqam. Kumpulan nasyid pun takut sebut Allah sebab bimbang lagu mereka tak disiarkan.

Sentiasda berhati-hati dengan golongan yang sesat dan cuba mencari pengaruh supaya turut sama sesat!


Saya tak nampak ada salahnya pada pihak Rufaqa. Saya mencari kebenaran dan saya tidak nampak apa-apa cacat pada kebenaran itu. sama ada Allah atau tuhan, ia adalah Tuhan yang sama yang kita sembah. Jadi masalah nama itu bukan satu persoalan. Allah itu namanya, Tuhan itu gelarannya. Kalau sebut PAk Lah, itu namanya sedangkan PM itu gelarannya. JAdi apa masalah yang timbul? Nampak sangat daif orang yang menulis, hinggakan terlupa doa dibaca setiap hari Rabbana atina fiddunia... Itu terjemahannya Wahai Tuhan KAmi, tidak pula diterjemahkan kepada WAhai Allah kami. JAdi baik Rabb atau Allah, sama sahaja, kerana keyakinan pada Tuhan itu sama. Dalam Al-fatihah, dibaca, Alhamdulillahi Rabbil 'alamin maka diterjemah, Pujian bagi Allah, Tuhan sekelian Alam. Tuhan mengisytiharkan diriNya dalam Al-quran, kadangkala Rabb, kadangkala Allah. Jadi apa masalahnya?

Kang dan seangkatan dengannya, Jawablah atau tarik balik kenyataan yang cukup memalukan dari anda!

http://mindaglobal.forumsplace.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-fatehProfil   Hantar PM kepada al-fateh   Quote dan BalasQuote

wasatiah3
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 15741
Posting: 117
Dari: Bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 22:44


Bahaya... boleh jadi modal pada bukan Islam ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wasatiah3Profil   Hantar PM kepada wasatiah3   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 23:11


kalau semua pun bahaya... susahlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Zuhairi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 6256
Posting: 106
Dari: Selayang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-02-06 23:52


Assalamua'laikum

Mari kita ban e-bacaan.com .. jangan masuk dan jangan promote..

Sesungguhnya jawapan yang diberikan itu tidak ilmiah langsung. Sekali imbas jika dibaca menunjukkan penulis tersebut tidak menunjukkan penguasaan dalam ilmu fiqh. Cara penulis tersebut menjawab soalan memang jauh berbeza dengan teknik menjawab oleh para ustaz2 fiqh(sebagai perbandingan, rujuklah betapa ilmiahnya, betapa saratnya dengan dalil-dalil dan pendapat-pendapat ulama lain; dalam jawapan2 Dr. Yusuf Qardhawi terhadap soalan2 yang ditanya melalui kitabnya Fatawa Mua'sirah).

Kalau kita lihat, dalil-dalil yang digunakan oleh penulis itu tidak berlandaskan pemahaman menyeluruh melalui pengkajian ayat-ayat Quran yang lain dan dikaitkan dengan hadith-hadith lah-Rasul s.a.w. Barangsiapa mendustakan hadith Nabi s.a.w sudah tentu mendustakan Al-Quran jua, kerana Al-Quran disampaikan melalui Rasulullah s.a.w.

Penulis tidak sedar bahawa pengamalan ayat Al-Quran itu terlihat pada diri Rasulullah s.a.w, jadi hadith-hadith adalah sumber kedua dalam menafsirkan ayat Al-Quran, bukannya akal sendiri, melainkan hal-hal yang 'crystal clear' seperti perintah "dirikanlah solat" ataupun "Diwajibkan berpuasa". Hal demikian tiada masalah sebab kanak-kanak pun faham bahawa solat itu telah diperintah oleh Allah melalui ayat tersebut.

Penulis tidak mengkaji ayat-ayat Quran ini melalui ulama-ulama tafsir mahupun ulama2 nahu bahasa arab sendiri. Sangat menyedihkan, kerana penulis bertindak mengambil cebisan-cebisan daripada dalil yang mampu dicarinya, dan menselewengkan maksudnya mengikut ikut suka mindanya sahaja. Tidak dinyatakan di situ sumber-sumber rujukan mahupun pendapat ulama yang diambil. Jika ada pun, pendapat yang diambil adalah pendapat yang sangat pelik sebab jumhur ulama mewajibkan pemakaian tudung.

Takrif 'khumur' sebagai 'kain alas dada' juga sangat bertentangan dengan tafsiran para mufassirin. Seingat saya, mufassirin ada bercanggah pendapat, tetapi bukan tentang khumur, tetapi kalimah 'illa ma zohara minha'(kecuali apa yang zahir daripadanya), di mana ada di kalangan mufassir yang berpendapat muka dan tapak tangan sahaja, dan ada yang berpendapat muka juga perlu ditutup dll.(saya pun dah tak ingat, maaf); tidak ada pun pendapat yang kata rambut itu termasuk yang zahir (kerana yang zahir boleh ditayangkan.)

Dalam An-Nur:31 telah disebut larangan kaum muslimah menayangkan perhiasannya. Ulama menafsirkan kalimah "zinah"(perhiasan) itu bermaksud aurat. Benarlah, rambut juga perhiasan wanita bukan? Kenapa lelaki tak kena tutup rambut? Ini kerana larangan untuk kaum lelaki tidak termasuk untuk menyembunyikan perhiasannya, rujuk surah An-Nur: 30, dan ia berbunyi:

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Dalam ayat di atas, tidak disebut perkataan "zinah" (perhiasan), dan ini menunjukkan larangan kepada lelaki tidak sama dengan kaum wanita.

Jika difikirkan secara hikmahnya isi ayat di atas(bukan untuk menafsir ayat), memang banyak manfaatnya jika perempuan menutup tubuhnya lebih banyak daripada kaum lelaki. Wanita dicipta Allah lebih lemah-lembut daripada lelaki, sebab itulah terjadinya kes-kes wanita dirogol. Jarang sangat didengari kes perempuan merogol lelaki(secara biologinya, ianya memang tak logik, tak perlu saya jelaskan). Rambut wanita sebenarnya adalah penarik kepada kaum lelaki. (kalau tak percaya, lihatlah iklan-iklan syampoo di TV, di mana dilihat di situ lelaki-lelaki tertarik dengan rambut wanita yang mengerbang lembut tu.) Wajah wanita juga adalah penarik kepada kaum lelaki, sebab itulah ada wanita yang bertindak memakai niqab/purdah, walaupun ada ulama' yang berpendapat muka tidak perlu ditutup(berdasarkan sebuah hadith yang menyebut muka dan tapak tangan bukan aurat).

Selain itu, wanita perlu menutup lebih banyak daripada anggota tubuhnya kerana, terbukti melalui satu kajian sains(dalam Discovery Channel), lelaki lebih ingin kepada hubungan seks berbanding wanita. Hal ini kerana lelaki tidak berisiko melahirkan anak, sedangkan wanita ada kemungkinan untuk mendapat anak jika berhubungan seks. Sebab itulah perempuan lebih kuat dalam melawan dugaan syahwat(inilah kekuatan wanita) kerana yang akan mengandung kelak adalah mereka, bukannya yang lelaki. Jadi, tidaklah nampak penting lelaki untuk menutup tubuhnya kerana wanita tidak berhajat kepadanya, berbanding hajat lelaki kepada wanita. Malah, kelonggaran aurat lelaki memudahkan mereka untuk bekerja keras, seperti berjuang di medan perang dan lain-lain. InsyaAllah, wanita yang menutup auratnya dengan cukup bagus akan terpelihara daripada ancaman rogol. Maafkan andai kata-kata saya sebelum ini semacam 'offensive', kerana kesignifikanan penutupan aurat oleh kaum wanita perlu dijelaskan.

Ringkasannya, penulis jawapan dalam ruangan tersebut telah bertindak mengikut akalnya semata-mata demi untuk memuaskan kehendaknya dalam memutarbelit apa yang memang jelas haq dan qat'ie dalam syariat ad-din ini. Dalam ertikata lain, penulis tersebut membuat kesimpulannya sendiri tanpa merujuk kitab-kitab tafsir yang mahsyur, yang diakui ramai intelektual Islam sendiri.

Semoga Allah turunkan hidayahNya kepada penulis terbabit, Sesungguhnya mendustakan apa yang haq dalam agama Islam dosanya besar. Semoga kita berhati-hati dalam membaca artikel2 yang terdapat di internet ini, dan dalamilah ilmu penafsiran Quran dan hadith melalui guru yang bertauliah sebagai bekalan kita untuk menghadapi golongan 'sekular' sebegini.

Wallahua'lam
[ Telah diedit oleh: Zuhairi pada 26-02-06 01:03 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ZuhairiProfil   Hantar PM kepada Zuhairi   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-02-06 00:45


Pada 25-02-06 20:39 , al-fateh posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-09-05 12:49 , Kang posting:

!!! QUOTE !!!

Inilah yang dikatakan sesat dan cuba menyesatkan. Di alam nyata di alam internet cuba menyesatkan! Hati-hati...

Di Rufaqa' dan sebahagian besar kumpulan nasyid tak ada ALLAH. Yang ada bagi mereka hanya TUHAN. Tapi bila tanya balik cara takbiratul ihram ialah: Allahuakbar, bukan Tuhanhuakbar. Mereka juga menyebut, InsyaAllah, bukan InsyaTuhan. Pelik kan?

Rupanya mereka takut. Di Rufaqa' misalnya, mereka takut menyebut Allah sebab bimbang kumpulan mereka akan diharamkan seperti Arqam. Kumpulan nasyid pun takut sebut Allah sebab bimbang lagu mereka tak disiarkan.

Sentiasda berhati-hati dengan golongan yang sesat dan cuba mencari pengaruh supaya turut sama sesat!


Saya tak nampak ada salahnya pada pihak Rufaqa. Saya mencari kebenaran dan saya tidak nampak apa-apa cacat pada kebenaran itu. sama ada Allah atau tuhan, ia adalah Tuhan yang sama yang kita sembah. Jadi masalah nama itu bukan satu persoalan. Allah itu namanya, Tuhan itu gelarannya. Kalau sebut PAk Lah, itu namanya sedangkan PM itu gelarannya. JAdi apa masalah yang timbul? Nampak sangat daif orang yang menulis, hinggakan terlupa doa dibaca setiap hari Rabbana atina fiddunia... Itu terjemahannya Wahai Tuhan KAmi, tidak pula diterjemahkan kepada WAhai Allah kami. JAdi baik Rabb atau Allah, sama sahaja, kerana keyakinan pada Tuhan itu sama. Dalam Al-fatihah, dibaca, Alhamdulillahi Rabbil 'alamin maka diterjemah, Pujian bagi Allah, Tuhan sekelian Alam. Tuhan mengisytiharkan diriNya dalam Al-quran, kadangkala Rabb, kadangkala Allah. Jadi apa masalahnya?

Kang dan seangkatan dengannya, Jawablah atau tarik balik kenyataan yang cukup memalukan dari anda!

http://mindaglobal.forumsplace.com


Tudia.... ahli-ahli Rufaqa banyak yang terlepas di sini... Harap jangan bawa temberang Ashaari ke dalam Portal Ukhwah.com.

Beberapa orang dengan menggunakan beberapa nickname masuk ke dalam Ukhwah.com. Mereka dari Rufaqa dan mati-matian akan mempertahankan Abuaya lebih dari mempertahankan Rasulullah. Mereka senyap bila Rasulullah dihina, tapi melenting bila Abuaya diusik sikit, sebab dalam temberang Abuaya bertemu Rasulullah -- Rasululah memanggil Abuaya sebagai "Tuan" menandakan kedudukan Abuaya lebih tinggi dari Rasulullah. Menurut cerita yang dijaja oleh pengampu Abuaya di Sungai Pencala -- "Abuaya dah bertemu Allah SWT, berhadapan." Siapa yang hendak diperbodohkan ni? Rasulullah hanya sampai di Sidratul Muntaha, Abuaya sampai lebih atas lagi.

Nak tanya sikit, siapa kamu nak suruh saya tarik balik kenyataan saya?

Nak tanya juga, Kenapa hanya Rabb yang diterjemahkan. Kenapa tak 99 nama Allah yang lain diterjemah? Rabb itu memang Tuhan, bagaimana dengan Malik, Qudus, Razak, Latiif dan seterusnya hingga 99? Mengapa hanya Rabb yang diterjemah dan dikaitkan, kalau hendak bercakap pasal gelaran.

Nak tanya lagi Kenapa Tuhan Cinta Agung? Apa masalahnya dan musykilnya kalau sebut Allah Cinta Agung. Kenapa lebih gemar menyebut gelarannya? Ada masalah? Tak ada masalah cuma takut, sebut Allah nanti kena cop ekstrim, sebut Tuhan nampak global atau universal. Habis Allah itu tak universal ke? Tak global?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ilhamharapan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2004
Ahli No: 9051
Posting: 63
Dari: Tanta

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-06 01:35


Assalamualaikum......

Saya kira, sekarang ini kita sedang berbincang berkaitan isu penyalahtafsiran berkaitan kewajipan memakai tudung di dalam al-Quran. Saya tidak nampak perkara lain atau isu lain perlu diperbesarkan.

Pada penelitian dan pandangan saya, dan saya berkata atas nama saya, tidak memihak kepada mana-mana. Perkataan Rabb, Tuhan, mahupun Allah, semuanya sama. Maksudnya satu, tujuannya satu menyatakan nama Allah. Dan persoalan-persoalan seperti ini, adalah satu persoalan yang sangat kecil dan remeh. Tidak perlu dibangkitkan dan diperbesarkan. Persoalan pokok adalah isu pemakaian tudung. Ini yang perlu diperbahas panjang lebar. Perlu dipertahankan hukum Allah.

Di dalam portal ini, saya melihat ada sesetengah pihak seolah terlalu benci dan anti kepada Rufaqa'. Kenapa? Adakah Rufaqa' tidak beriman lagi? Adakah agamanya sudah terpesong. Kalaulah mereka terpesong, kitalah selaku saudara seagama yang perlu memperbaikinya. Persoalan remah temeh tidak perlu diperpanajang dan diperdebatkan.

Maaf, saya ingin bertanya kepada kang. Sebelum itu, saya nak menegaskan yang saya tidaklah berpihak pada mana-mana. Rufaqa' telah membina satu rangkaian bagi memajukan ekonomi orang Islam, di sana mereka amalkan sunnah, berserban, berjubah yang sekurang-kurangnya ada usaha membantu Islam dan menghidupkan syiar Islam. Persoalannya; apakah yang Kang lakukan untuk Islam? jangan kerana kita orang besar, ilmu tinggi banyak duit, kita ego dan tak mahu mengaku kesalahan kita. Yang baik kita ambil ia sebagai satu kebaikan, yang buruk kita kena betulkan.

"Barangsiapa melakukan satu kebaikan, baginya pahala dan pahala mereka yang mengikutinya. Barang siapa yang melakukan satu kejahatan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutinya"

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhamharapanProfil   Hantar PM kepada ilhamharapan   Quote dan BalasQuote

ilhamharapan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2004
Ahli No: 9051
Posting: 63
Dari: Tanta

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-06 02:25


Saya ingin menyambung perbicaraan sedikit. Ringkasnya, kita tidak perlulah memperbesarkan perkara yang remeh atau kecil-kecil sahaja. Yang penting persoalan pokok dan dasar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhamharapanProfil   Hantar PM kepada ilhamharapan   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1921

usa   avatar


posticon Posting pada: 26-02-06 02:40


Pada 26-02-06 01:35 , ilhamharapan posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum......

Sebelum itu, saya nak menegaskan yang saya tidaklah berpihak pada mana-mana. Rufaqa' telah membina satu rangkaian bagi memajukan ekonomi orang Islam, di sana mereka amalkan sunnah, berserban, berjubah yang sekurang-kurangnya ada usaha membantu Islam dan menghidupkan syiar Islam.

"Barangsiapa melakukan satu kebaikan, baginya pahala dan pahala mereka yang mengikutinya. Barang siapa yang melakukan satu kejahatan, baginya dosa dan dosa orang yang mengikutinya"


Boleh tolong buktikan? Siapapun boleh cakap kosong tanpa bukti kan? Ekonomi Islam mana yang dimajukan oleh Rufaqa? Tolong beritahu sikit (dengan bukti lengkap), bolehlah nanti saya mengaku kesilapan saya (kalau ada). Datang ke Sungai Pencala, tengoklah sendiri, singboard2 kosong 101 macam jenis perniagaan digantung bagi menunjukkan ia pertubuhan besar. Tak tahulah kalau itu dikira sebagai sumbangan ekonomi Islam.

Jubah, sunnah? Kali terakhir saya nampak semasa Arqam belum diharamkan. Saya tinggal hampir dengan mereka. Mereka dah tinggalkan serban, jubah, sunnah. Nampak pakai songkok dan baju biasa.

Sumbangan saya kepada Islam? Rasanya tak ada. Memang tak ada langsung. Boleh saya tahu sumbangan Rufaqa pada Islam? Sila beritahu lengkap dengan bukti! Dan boleh tak saya tahu sumbangan yang bertanya kepada saya? Tentu sumbangan anda SANGAT BESAR kerana berani bertanyakan sumbangan orang lain untuk Islam.

Walaupun tak ada sumbangan untuk Islam, tapi saya tak kelentong sambil menyesatkan. Saya tak pernah mendakwa diri saya bertemu Rasulullah dan telah berhadapan dengan Allah SWT, InsyaAllah. Saya tak kelu menyebut "Allah".

Maaf dah lari dari topik... terpaksa menahan serangan puak-puak taksub Rufaqa.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.479309 saat. Lajunya....