Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 42
Ahli: 0
Jumlah: 42




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: Pengorbanan Ibu ( Cerpen )


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Pengorbanan Ibu ( Cerpen )

Please Mendaftar To Post


Oleh Pengorbanan Ibu ( Cerpen )

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 12-08-05 22:18


"Jagalah dirimu baik2, Ingatlah Allah dan jangan sesekali kamu lupa akan 'temujanji' kamu dengan penciptamu setiap hari, elakkan lah dari melakukan tegahanNYA dan berbuat baiklah kepada semua orang sekitarmu....Biarpun kamu tak ingat kepada ibu, tetapi jangan sesekali kamu lupa akan Penciptamu yang Maha Agung"......." Tiada apa yang dapat ibu berikan buat kegunaanmu, ambillah RM280.00 ini sebagai kegunaanmu sepanjang kamu mencari tapak baru.....itu sahaja yang termampu ibu usahakan dan ibu dah tak berdaya memberi lebih dari itu..."......Sambil menahan sebak di hati, ibu Amir berpesan " Ibu tak harapkan kamu membayar kembali wang ringgit ini, cuma, cukuplah sekadar doa dan sedekahkanlah fatihah jika ibu telah tiada nanti, ibu sudah kehilangan ayahmu sekian lama dan hanya kamu sahaja sebgaia penghibur dan pengubat suka duka ibu, namun ibu relakan kamu pergi jika di sana sinar menanti ".......Airmata sudah tidak dapat ditahan lagi dan terus memecah empangan yang telah di tahan sekian lama..." Biar setinggi mana jua kamu terbang, jangan sesekali kamu lupa tapak dan permulaan kamu"..Itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan oleh seorang ibu
Terima kasih ibu, insya Allah saya tak akan pernah lupakan segala pesan2 ibu"........Itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan sebelum Amir melangkah pergi meninggalkan kampung halaman demi mencari sinar baru dan mengeluarkan keluarganya dari kepompong kemiskinan... Amir juga gagal menhan tangisan seorang lelaki dan airmata nya juga bercucuran jatuh saat bersalaman dan mencium tangan ibunya sebelum dia melangkah pergi.... Amir telah di tawarkan jawatan sebagai Eksekutif kanan di salah sebuah Syarikat besar di ibu kota....

******************************************************

" Ibu, andai Amir dah berjaya nanti, Amir nak kerja yang baik2 dan bantu ibu, Amir nak binakan sebuah rumah yang indah untuk ibu" sungguh indah kata-kata yang ditutrkan oleh seorang anak demi mengembirakan hati seorang ibu.....hubungan kedua anak beranak ini amat rapat setelah kematian ayah Amir 8 tahun yang lalu selepas terlibat dalam kemalangan... Sejak itu, ibu Amirlah yang terpaksa bertungkus lumus demi menyara mereka dua beranak.... Setiap pagi ibunya akan bangun seawal jam 3 pagi dan mula membuat kuih muih untuk di hantar ke kedai Pak Mat sesudah subuh, ibunya akan pastikan segala keperluan anaknya lengkap dan dia akan turun menoreh getah pula.... Selepas selesai menoreh, Ibunya akan bergegas ke kedai Pak Mat dan membantu apa yang termampu, maklumlah, seorang ibu berumur 50an, mana mampu nak melakukan kerja2 yang terlalu berat...Dapatlah dia upah dalam RM8.00 dan selebihnya adalah hasil dari jualan kuihnya.... Tengaharinya pula ibunya akan mengemas dan memasak sambil menanti kepulangan anaknya...Begitulah rutin hariannya Mak Timah,ibu Amir....
....." Assalamualikum Mak Cik" tiba2 terdengar suara yang memecah lamunan Mak Timah...... " Waalaikumsalam, eh, bila pula kamu datang ni Azua" tak perasan pulak mak cik" jawab Mak Timah lembut....Azua bersalaman dengan Mak Timah sambil menghulurkan satu bungkusan kecil berisi lauk....Azua ialah jiran Mak timah dan merupakan teman sepermainan Amir Sejak kecil...." Apa lagi ni Azua, susah saja kamu ni...Mak kamu apa kabar?" Balas Mak Timah sambil di ambilnya bungkusan tersebut...." Alhamdulillah, ibu dan ayah baik, mereka kirim salam kepada makcik"....Jawan Azua dengan penuh sopan....." tiba2, suasana menjadi sepi, hanya kedengaran suara unggas malam yang sahut menyahutan mengiringi gelap malam.. Angin ynag bertiup juga seakan mengerti apa yang terbuku di hati dua insan yang membisu tersebut.....
" Tak ada apa-apa kabar dari abang Amir ke mak cik?" Azua memberanikan diri bertanya, meskipun dia tahu jawapan yang bakal di terima......" Belum lagi, mungkin dia agak sibuk...Kamu tahujelah, dia kan perlu uruskan ramai kakitangan bawahannya...Kalau dia senang tu, dia hantarlah kabar" Seperti yang sudah di jangka,itulah jawapan yang bakal diterima.... " Kamu janganlah risau, berdoalah padaNYA agar Amir selamat dan selalu dalam lindunganNYA" tambah Mak Timah sambil dia mengelap kelopak matanya yang sedikit bertakung menahan sebak.... Tiba2 hati Azua juga sayu mendengar kata-kata Mak Timah tersebut....Dia tahu, sebenarnya Mak Timah cuba mennenagkan hatinya sendiri dengan jawapan sebegitu..Namun mujurlah Mak Timah kuat dalam menempuh dugaan Illahi.....Namun sekuat mana dia mampu bertahan? Apakah Amir akan temasuk dalam golongan derhaka? Mengapa tergamak Amir bersikap begini dan yang paling meyedihkan, ke mana perginya janji2 yang pernah di ucapkan....Azua bermain2 persoalan dengan perasaan sendiri....
Selepas 6 tahun kepergian Amir ke kota metropolitan, dia seakan-akan lupa tapak permulaannya dan yang lebih menyayayt hati, Amir langsung tidak kirim berita kepada ibunya yang agak uzur...Jangankan wang bulanan, malah surat pun tak pernah di kirim lagi sejak 2 tahun yang lalu....

*******************************************************

"Tahniah atas kejayaan kamu Amir, saya bangga dengan kamu, Kamu telah banyak menaikkan imej syarikat dan dengan itu, saya ingin khabarkan kepada awak, mulai sekarang, awak bukan lagi di kedudukan sekarang, Saya naikkan awak menjadi pengurus bahagian" itulah antara kata-kata pujian yang diterima Amir atas kejayaannya mendapatkan projek terbaru bagi Syarikat Nilam..." Terima Kasih Dato Azhar, segala kejayaan ini tak akan di perolehi tanpa bantuan dan tunjuk ajar dari Dato' dan kakitangan yang lain...Saya akan cuba berikan yang lebih baik"
Berita kenaikan pangkat itu telah di sampaikan kepada ibunya di kampung dan saat Amir pulang ke kampung, ibu amir amat gembira dan cepat2 dia memasak lauk kegemaran amir, ikan tongkol masak sambal.....Mlam itu mereka dua beranak sibuk mengemas rumah dan tiba-tiba ibunya bersuara "Amir, dah 3 tahun kamu kerja dan ibu rasa pasti simpanan kamu pun dah agak cukup, bila kamu nak carikan ibu menantu? Ibu nak juga timang cucu sebelum ibu pergi" Kata-kata ibu Amir memeranjatkan lamuman Amir...." Apalah ibu ni, saya baru saja kerja, nantila dulu,lagipun janji saya kat mak pun belum tertunai, insya ALLAH kalau ada jodoh tu adalah" jawab Amir ......" Mak ni bukan apa, mak tengok kau pun dah meningkat usinya, tahun ni saja dah genap 30 tahun, tambahan punla mak tengok si Azua tu baik saja...Kenapa tidak kau cuba sunting saja dia tu" ibu Amir berterus terang dengan niatnya..... Amir sedikit terkedu.....Dia tak pasti nak jawab macam mana dan di biarkan sahaja persoalan ibunya tanpa jawapan.....
Allahu Akbar, Allahu Akbar" suara azan Isya' yang berkumandang memecah kesunyian. " Mak, saya nak pergi solat Isya kejap, lepas ni kita makan sama2 ye....." cepat-cepat Amir pergi dapur dan berwudhu'. .. Selesai saja solat Isya' mereka dua beranak makan bersama sambil bercerita tentang kerja dan hal-hal yang berkaitan kerja amir......

****************************************************

" Uhuk...uhuk.... " Mak Timah terbatuk dan Azua cepat-cepat membetulkan baringan Mak Timah..."Mak cik, nak air?" tanya Azua....Namun mak Timah menggeleng kepala.... Sejak 2/3 bulan ni, Mak timah kerap sangat batuk dan tak larat dan berjalan. Azua lah yang sering membantu mengemas rumah dan menyiapkan segalanya untuk Mak Timah.... Azua menutup semua tingkap dan membetulkan frekuensi radio bagi mendengar azan maghrib... Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 7025 malam..."Mak cik, saya nak minta diri dulu, lepas isyak nanti saya datang balik ye" Pinta Azua .....Mak Timah tidak bersuar apa-apa tetapi hanya mengangguk kan kepalanya sahaja ...... Berat rasanya Azua nak balik dan meninggalkan Mak Timah keseorangan dalam keadaan uzr macam tu..... Azua bangun dan keluar perlahan-lahan.....
" Ya Allah, ...aku pohon padamu, kembalikanlah anakku kepangkal jalan, Jika dia tersalah, KAU ampunkanlah dia...Dia masih tidak mengerti dan masih mentah... Janganlah kau hukum dia..Sesungguhnya dia adalah anak yang baik...Kau berilah hidayah dan KAU lindungilah dia walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kau permudahkanlah perjalanan hidupnya. Jangganlah Kau sesatkan dia dengan tipudaya syaitan...Kau janganlah golongkan dia dalam golongan derhaka...aku pinta padaMAU Ya Allah...." airmata kesayuan gugur bersama doa yang di pohon sesudah menunaikan solat Maghrib.

**************** BERSAMBUNG ************************

Saya nak minta pendapat teman2 semua,Nak di sambung ke cerita ni? Bagilah komen sikit...Saya dah ada ending cerita ni, tapi saya nak tahu, saudara/ saudari semua nak ending sedih, atau gembira atau tak ada ending?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

salsabiila
Warga 2 Bintang
Menyertai: 11.03.2005
Ahli No: 15054
Posting: 58

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-08-05 20:18


assalamualaikum...
ana rasa baik saudara sambung cerita ni....setakat yang ana baca jalan cerita ni agak menarik juga dan ana juga tertanya-tanya apakah ending cerita ni... saudara karang cerita ni jadi itu hak saudara nak buat ending cerita ni sedih atau gembira..... buat cepat ya ending nya ana dah tak sabar nak baca ni......

Bookmark and Share

    


  Member Information For salsabiilaProfil   Hantar PM kepada salsabiila   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 17-08-05 23:28


BAHAGIAN KE 2 .....................

    " Selamat pagi Tuan Amir " itulah kata-kata yang diucapkan oleh setiap kakitangan setelah Amir memulakan tugas dengan jawatan barunya sebagai pengurus..... Pada mulanya, segalanya berjalan dengan lancar dan Amir menjalankan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab....


*****************************************************************

    " Oh maafkan saya, saya tak sengaja..." spontan sahaj terkeluar kata-kata tersebut dari mulut Amir. Dia cepat-cepat membantu gadis tersebut mengangakat barangan yang berterabur atas escalator..... "Maafkan saya, saya memang tak sengaja " tutr Amir tersipu-sipu..... Gadis tersebut memandang tepat ke mata Amir membuatkan dia bertambah gundah...." Tak mengapa lah, tapi sebagai balasan, awak kena belanja saya minum, boleh !" Balas gadis tersebut setelah di lihat Amir bersungguh2 meminta maaf kerana melanggar bahunya sehingga berterabur semua barangan yang di bawanya... " Ok, saya setuju,..." Saya Amir dan .........."......" Saya Intan" balas gadis tersbut sambil menghulurkan tangan dan bersalaman.... Mereka beriringan menuju ke 'Dome' cafe dan mereka duduk di satu sudut dan mula berbual2.... Setelah agak lama berbual , Intan meminta diri untuk pulang...." This is my card and just call me anytime u need me" tutur Intan sambil menghulurkan kad kepada..." By the way, thanks for the drinks and next time, be more carefull ok" Intan terus berlalu meninggalkan Amir.....
    Sejak peristiwa tempoh hari, Amir dan Intan makin akrab dan akhirnya terbitlah bibit percintaan di antara mereka berdua.... Kemana sahaja mereka akan bersama.... Secara kebetulan, Intan jga bekerja di kawasan yang sama dengan Amir..... Ini lagi memudahkan mereka untuk bertemu..... Perkenalan tersebut juga telah membuatkan Amir makin jauh dengan ALLAH.... Solat yang yang di jaga selama ini seperti "CHOC FUDGE" sekejap ada, sekejap tiada.... Amir makin hanyut dengan tipu daya dan hasutan syaitan... Melalui Intan juga, Amir berjinak-jinak dengan rokok dan kelab malam.... Hampir saban hari kelab Malam menjadi tempat persinggahan Intan dan Amir.....Amir juga mula berjinak-jinak dengan arak...Ternyata, benarlah seperti kata-kata Rasulullah, di akhir-akhir zaman nanti, wanita akan menjadi racun yang paling berbisa dan akan menyesatkan lebih ramai kaum lelaki.....
    Keakraban Amir dengan Intan menyebabkan Amir lupa akan tanggungjawabnya sebagai hamba dan sebagai seorang anak...Janji-janji yang pernah di ucapkan sudah lama lenyap bersama nikmat kepalsuan yang di kecapi saat ini bersama Intan..... Ibunya di kampung langsung tidak dikirimkan khabar, perbelanjaan bulanan juga langsung tidak di kirim lagi....
    Hubungan rapat Amir dan Intan telah menjerumuskan mereka ke arah maksiat.......Sekarang, Amir hidup bertemankan arak dan maksiat.....Amir juga telah berpindah dan menetap sebumbung dengan Intan...Tidak ubah lagaknya seperti pasangan suami isteri.......

Ternyata, pangkat dan kedudukan telah mengubah hati insan yang terlalu lurus selama ini... Sekarang, Amir mula berjinak-jinak dengan kelab-kelab malam dan Amir juga telah begelumang dengan maksiat..Tikar sejadah yang selama ini menjadi hamparan dinihari, kini di ganti dengan hamparan cadar di hotel2 mewah..... Wang , wanita dan pangkat telah mengelapkan hatinya


*************************************************************
    
    " abang Amir, mak abang sakit kuat, baliklah, lagipun dah lama abang tak balik....Mak abang rindukan abang.....Wa takut abang tak sempat nak jumpa mak abang dan minta maaf daripadanya nanti" tutur Azua lembut saat dia menghubungi Amir di pejabatnya..... Namun kelembutan yang di berikan di balas dengan jawapan yang yang langsung tidak di duga....." Boleh tak, Wa jangan call sini lagi, abang banyak kerja tau tak....Kalau mak sakit, nanti abang kirimkan duit, belikan saja ubat ...elok lah tu.....Lagipun mak pun memang dah tua, memang lah sakit" terus Amir hempas gangang telefon...... Terkedu Azua dengan kata-kata yang di hamburkan oleh Amir....Tak sanggup rasanya dia nak beritahu kepada Mak Timah...... Kelopak matanya sedikit bergenag dan cepat-cepat dia kesat airmata yang mula mengalir agar tidak di lihat oleh Mak Timah... Dia tahu, Mak Timah pasti akan bertambah luka jika dia tahu kata-kata yang di lafazkan oleh anaknya...." Bila Amir nak pulang Azua?" Tiba-tiba suara Mak Timah memecah kesunyian....Berat Azua nak ceritakan...." abang Amir cakap dia akan balik, tapi buat masa ni dia agak sibuk...Dia kena uruskan banyak kerja kat tempatnya" tak sanggup rasanya Azua nak sampaikan kata-kata Amir padanya tadi...Di tambah pula dengan tindakan Amir mengempas telefon sebelum sempat Azua nak berbicara lanjut......" Tak pelah Azua, kamu pergilah solat Isyak dahulu, nanti mak kamu risau pulak kamu tak balik2 lagi dah lewat macam ni" sambung Mak Timah ...... " Tak apalah mak cik, saya pulang dulu, esoksaya datang lagi" Tutr lembut gadis tersebut sebelum dia beransur pulang setelah di pastikan semua tingkap dan pinu di kunci, Azua beredar...


*****************************************************************


     " Ya ALLAH, kau kembalikanlah abang Amir ke pangkal jalan....KAU buka kanlah pintu hatinya, janganlah KAU menyesatkan dia..... Berilah petunjuk dan hidayahMU pada abang Amir....." Air mata sayu mengalir mengiringi ratapan doa sesudah Azua menunaikan solat Isya'........ Memang Azua menaruh hati kepada Amir namun sebagai seorang wanita , dia hanya memendamkan sahaja dan dia juga tahu, Amir pastinya tak akan pandang akan gadis sepertinya yang di anggap kolot dan kekampungan..... Ada juga pinangan yang diterima dari pemuda-pemuda kampung, namun di tolaknya dengan lembut... Cuma satu alasan yang di berikan Azua " Sementara abang Amir tiada, biarlah dia tak kahwin dan menjaga Mak Timah" itulah alasan yang diberikan kepada ibu dan bapanya.... Ibu bapa Azua faham akan niat sebenar Azua dan oleh kerana itu juga mereka tidak mahu menerima pinangan yang datang .......



******************** BERSAMBUNG ****************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 18-08-05 16:49


Hari berganti hari, mingu berganti minggu dan bulan meniti bulan....Keakraban Amir dan Intan telah menyebabkan prestasi kerja Amir makin jauh merudum...Amir juga telah di beri amaran oleh pihak majikan atas kemerosotan prestasinya......Namun apabila nafsu telah meguasai diri, semuanya sudah tidak berguna lagi...Amir tidak mengendahkan segala nya.. Baginya, dia telah memiliki "syurga" yang di idamkan bersama wanita yang dianggapnya sebagai permaisuri.....Ibunya di kampung sudah tidak dipedulikan lagi....Amir terus di buai tipu daya dan kepalsuan dunia.....Janji yang pernah di taburkan kepada ibunya suatu ketika dahulu sudah lenyap bersama arus peredaran masa


*************************************************************************************************************
     " Amir, baliklah walau sekejap. Mak rindu sangat kepada kamu...Kenapa kamu buat mak macam ni....Mak takut tak sempat nak melihat dan menatap wajah kamu sebelum dihembuskan nafas terakhir ini..Mak rindukan kamu Amir.... Ya Allah. Aku redha dengan ketentuanMU... Jika sudah ditakdirkan aku menghembuskan nafsku yang terakhir sebelum dapat ku tatap wajah anak ku. Aku redha Ya ALLAH.. Tetapi, berilah peluang untuk anakku melihat ku untuk yang terakhir kali dan berilah ruang untuknya bertaubat... aku merayu kepadaMU, janganlah KAU golongkan dia di kalangan anak yang derhaka ... aku pinat padamu, KAU tunjukkanlah nak ku jalan yang sebenarnya dan KAU keluarkanlah dia dari kegelapan dan tipu daya syaitan.... " Begitulah susunan doa yang dipanjatkan buat yang Esa sesudah selesai MaK Timah menunaikan solat Subuh......Airmata menjadi teman setia Mak Timah.....Setiap hari, itulah yang dipinta dari YANG MAHA ESA....Tiada tempat untuk di bergantung harap...Namun begitu, Mak Timah tidak pernah membuang anaknya seperti mana Amir lakukan..... Betapa tibggi pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.....Mak Timah dikejutkan dengan kehadiran Azua...Itulah rutin harian Azua...Dia pasti akan datang dan mengemaskan rumah dan menyiapkan segala keperluan Mak Timah...... Dia juga yang akan memasak untuk Mak Timah.....
    " Azua, makcik faham apa yang sedang bermain dalam perasaan mu nak.. Mak cik minta maaf kerana Amir buat macam ni.... Sabarlah ye sayang...kamu berdoalah kepada Allah mudah-mudahan Amir kembali kepangkuan kita" Mak Timah seolah-olah faham dengan persoalan yang bermain dalam hati Azua...." Tak mengapalah makcik, saya faham....Lagipun ini semua kan sudah ada dalam jadual NYA...apa daya kita sebagai hamba untuk menentang kehendak dan percaturanNYA...Lagipun Makcik ibarat ibu saya sendiri" Balas Azua bagi memujuk hati Mak Timah... Dia faham, sebenarnya Mak timah juga terasa sedih dengan sikap dan perlakuan Amir...." Alangkah bagusnya jika Amir berada di tempat kamu, pastinya Mak cik adalah insan yang paling bertuah di dunia ini....Biarlah kita miskin harta tapi kasih sayang adalah harta yang paling berharga." sambung Mak Timah..." Azua, Mak cik dah tua dan tak tahu bila Allah akan jemput mak cik, andai mak cik pergi menghadap Allah sebelum sempat berjumpa Amir, kamu berilah barang ini buatnya"..... tutur Mak Timah Sambil di hulurkan sebuah kotak kecil..... Kedua hamba Allah itu berpelukan dan pada saat ini, hanya airmata menjadi saksi kesedihan yang sedang membelenggu hati dan perasaan mereka......

******************************************************* BERSAMBUNG ****************************************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 23-08-05 08:02


ehem..pas tu?
[ Telah diedit oleh: sanada_yukimura pada 23-08-05 08:02 ]


Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-05 10:50


assalamualaikum..

bila nak sambung cerita ni akhi ye..
tak sangka nta berbakat dalam bidang penulisan ni ;)

***berhati2lah dengan dunia.. kerana ia indah dan mudah untuk mdtgkn "kelalaian"..***

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

nurazyyati_83
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.07.2005
Ahli No: 17466
Posting: 125
Dari: dunia yang fana

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-08-05 11:03


FITNAH AKHIR ZAMAN yang PALING DAHSYAT..........WANITA & DUNIA
NAU'ZUBILLAH.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurazyyati_83Profil   Hantar PM kepada nurazyyati_83   Quote dan BalasQuote

eNira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2005
Ahli No: 17047
Posting: 102
Dari: somewhere in Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-05 17:13


bila nak smbg lagi...

sedih cerita ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eNiraProfil   Hantar PM kepada eNira   Quote dan BalasQuote

nur_solyHAH1107
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16927
Posting: 27
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 25-08-05 14:51


saya SAAAAAAAAAAAAAAYANG IBUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU ;-) ;-) ;-) ;-) ;-) ;-) ;-)


-----------------
BIAR REBAH,jangan BERUBAH..biar TERBUANG,terus BERJUANG..hati PEJUANG pastinya berSATU,kerana di situ nawaitu kita bersemai,bersama menuju REDHA ILLAHI..


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_solyHAH1107Profil   Hantar PM kepada nur_solyHAH1107   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 07-09-05 17:10


Dari hari ke hari, tahap kesihatan Mak Timah makin kritikal, namun anak yang di harap akan menjaga nya di saat begini tidak kunjung tiba.... Amir terus terlena di palit racun dunia.. Tidak sedikit pun dia terdetik untuk melawat ibunya di kampung.......

******************************************************************
     "Azua........ makcik rasa sudah tidak mampu lagi makcik nak bertahan... Mungkin Allah dah nak jemput Makcik kembali..... Ingatlah segala pesan makcik dan sampaikanlah amanah makcik kepada Amir.... Janganlah kamu bersedih hati denagn segala apa yang telah terjadi.... Pastinya ada rahmat yang sengaja DIA lengahkan buat kamu..." tutur Mak Timah kepada Azua..... Dia seakan tahu akan ajal yang sedang menjemputnya makin hampir.... Meskipun terasa agak terkilan dengan segala apa yang telah di lakukan oleh anaknya sendiri, namun Mak Timah bertuah kerana Azua setia di sisinya tanpa mengira masa.... Airmata Azua gagal di bendung. Dalam kesedihan, Azua cuba mencari kekuatan yang pastinya tidak lahir dari hatinya... Kekuatan yang hampir patah oleh kerakusan Amir mengejar nikmat palsu.....
     " Mak cik janganlah risau, insyaAllah, abang Amir pasti akan balik menjenguk mak cik." hanya itu sahaja yang mampu di lafazkan sebelum airmata yang di kawal gugur ke pipi gadis tersebut....


*****************************************************************

    " Maafkan saya, mulai hari ini, khidmat awak sudah tidak di perlukan di sini.... performance awak ternyata mengecewakan... Ini surat pemecatan awak dan saya minta awak serahkan kembali kunci kereta yang syarikat berikan".... Ibarat satu tikaman yang mengenai tepat ke dada saat kata-kata tersebut di tuturkan oleh Dato' Azhar.... Dengan wajah yang sugul, Amir mencapai surat pemecatan nya dan menyerahkan kembali kunci kereta BMW yang digunakan selama ini.... Dato Azhar tidak memandang ke wajah Amir, sebaliknya dia membiarkan sahaja Amir meninggalkan kunci tersebut di atas meja.... Amir melangkah longlai menuju pintu keluar..... Pintu di kuak dan sebeleum sempat Amir melangkah keluar, Dato Azhar bersuara, " Oh ya! Amir, kamu di beri tempoh 3 hari untuk mengosongkan apartment yang kamu duduki" ... Ibarat jatuh di timpa tangga..... Segala-galanya yang menjadi kebanggan Amir selama ini di 'rampas' dalam sekelip mata...... Kini, dia benar-benar buntu....

*****************************************************************
     "Sudahlah, tak ada gunanya I terus bersama dengan U. You have nothing left.... Mana u mampu nak tanggung I..... Starting now on, u boleh lupakan i and DONT EVER LOOK FOR ME ANYMORE...... u umpama kucing kurap Amir.... "......." damm" pintu di tutup dengan kuat dan Intan berlalu pergi meninggalkan Amir terpinga-pinga.... Kali ini Amir betul-betul hilang punca.... Segala yang di miliki selama ini hancur... Kerjaya yang di agungkan sela aini sudah terlerai..... rumah, kereta dan segala barangan yang ada juga sudah bukan miliknya lagi...... Malahana, wanita yang selama ini berkongsi segala kesenangan juga turut berlalu meninggalkan Amir terkapai-kapai.... Lumrahnya dunia, saat bahagia, semuanya indah namun saat derita, tiada yang mahu berkongsi....
     Amir merenung sekeliling...................kosong................ hidupnya kosong dan tiada arah... Syurga dunia yang selama ini dia kejar sudah musah keseluruhannya....... Tiba-tiba terdetik dalam hati kecilnya " MAK"....... Fikirannya menerawang mengingatkan segala salah dan keterlanjuran yang pernah dia lakukan selama ini... Dia mengabaikan pengorbanan seorang ibu yang telah betungkus lumus mendidik dan membelai nya hingga dia mampu berdiri setinggi ini..... Air mata mengalir di pipinya....... Baru dia sedar, ini semua berpunca daripada sikapnya yang lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak...... Perlahan2 dia bangun menuju bilik air. Amir berwudhuk dan melangkah menuju biliknya... Dia selongkar tikar sejadah yang selama ini menjadi penghuni tetap almarinya..... Dia melakukan solat sunat dan memohon keampunan dariNYA....
******************************************************************

Makcik mengucap makcik, " AsyhaduallailahaIllah"............... " Waashaduanna Muhammadrasulullah "....................... bibir Mak Timah berkumat-kumat mengikut segala apa yang di pertuturkan oleh Azua..... Air mata mengalir deras di pipi Azua saat itu....... Tiba-tiba....................................

*********************    BERSAMBUNG ***************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

yina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.08.2005
Ahli No: 17978
Posting: 152
Dari: bumi ALLAH

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 18:48


Assalamualaikum...
Alhamdulillah...seronok baca cerita ni...memang berbakat jadi penulis..
seronok saya baca cerita Akhi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yinaProfil   Hantar PM kepada yina   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 22:22


hish... buat saspen saja... bila nak sambung ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

rexy
Warga Rasmi
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18633
Posting: 18
Dari: *D-UPSI,rumah-melake

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-09-05 22:29


ceritanya memang best..cepat sambung ek

Bookmark and Share

    


  Member Information For rexyProfil   Hantar PM kepada rexy   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 08-09-05 12:58


Nak bagi suspen sikit baru best..... Sebenarnya, susah nak sambung cerita ni sebab, tiap kali nak sambung, hati saya turut sedih...... Tapi tak apa, lagi sikit habislah cerita ni... Sabar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 09-09-05 12:58


Tiba-tiba, Azua merasakan yang Mak Timah sudah tidak bergerak Lagi..... Azua
memanggil2 Mak Timah sekuat hati tetapi tubuh kaku itu ternyata telah pergi
menyahut seruan ALLAH..... Azua menangis semahunya............ Baju yang dipakainya
lenjun oleh basahan airmatanya.... Azua memanggil ibu bapanya dan menyampaikan
perkhabaran tersebut...... Kedua ibu bapa Azua juga amat bersedih dengan kepergian
Mak Timah... Di tambah lagi dengan sikap anaknya Amir yang tiada di sisi....

*****************************************************************
"Mak................... Maafkan Amir mak....................mak..............
Bangunlah mak....Pandanglah muka Amir mak..Pandanglah walau seketika pun....
Amir berdosa Mak, ampunkanlah Amir, mak....." Amir menangis seperti anak kecil
saat dia mendakap sekujur tubuh yang sudah tidak mampu melafazkan apa-apa lagi.....
Kesemua mata yang hadir tidak mampu bersuara... Mereka hanya memerhatikan sahaja
gelagat Amir yang seumpama hilang pedoman....
Namun, penyesalan yang lahir sudah tiada gunanya kerana yang pergi tetap takkan
kembali lagi........ Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, buruk padahnya.....
Orang kampung membantu menguruskan jenazah ibu Amir hingga selamat di semadikan
bersebelahan pusara Ayahnya...... Setelah selesai upcara pengkebumian, semua penduduk
kampung yang hadir beransur pulang, hinggalah Amir tinggal berseorang di sisi pusara
ibunya..... Dia tidak berhenti meratap atas kematian ibunya..... Dia menyesal dan
tak dapat mengawal emosinya.... Dia hanya lewat beberapa jam sahaja sebelum ibunya
menghembuskan nafas yang terakhir....... Harapannya untuk memohon keampunan selama
ini terlewat.... Amir betul2 ibarat Layang-layang terputus talinya...........
"Sudahlah bang, yang pergi tetap tak akan kembali lagi... Jika abang meratap begini,
pasti sedih roh ibu abang... Sama-samalah kita berdoa padaNYA agar roh mak abang di
cucuri rahmat.....Akhirnya Azua memujuk Amir... Mereka melangkah pulang ke rumah
saat maghrib merangkak tiba meninggalkan asar.... Sesudah menunaikan solat Maghrib, Amir
membacakan surah Yassin dan berdoa sambil menyesali segala yang telah berlalu... Lumrah
manusia, menyesal sesuatu setelah kehilangannya.....

*****************************************************************

    "Assalamualaikum abang"... Tiba-tiba teguran Azua memecah lamunan Amir yang sedang
leka di beranda rumahnya...... " Waalaikumsalam, ehh Azua, sila lah naik." Amir cepat-cepat
mempersilakan Azua naik setelah dia menyedari kehadiran gadis tersebut... " Tak apa lah abang ,
saya datang ni cuma nak sampaikan amanah Makcik...." Azua menghulurkan kotak kecil yang pernah
diberikan oleh ZMakcik Timah semasa hayatnya agar di sampaikan kepada Amir... Amir agak tergamam,
dia mencapai kotak tersebut tanpa terucap apa-apa....Azua melangkah pergi meninggalkan Amir bermain
dengan perasaan sendiri....
Amir membuka kotak kecil yang diserahkan Azua sebentar tadi... Di dalamnya terkandung beberapa dokumen
yang tidak pernah Amir lihat...
Turut tersisip ialah sekeping nota tulisan tangan ibunya.... Amir macam sangat tulisan tangan ibunya..
Amir membuka dokumen yang disertakan bersama surat tersebut.. Kelihatannya seperti geran
tanah... "Tapi geran tanah siapa? Mengapa pulak Mak bagi kat aku?" bertubi-tubi persoalan menerjah benak fikiran Amir....

***************************************************************

NAK TAHU APA YANG TERJADI? hehehehehehehehehe.......... Sabar ye, esok2 saya sambung....
Dah nak habis dah citernya......

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 09-09-05 15:15


Assalamualaikum..... Ke hadapan anakanda tersayang Khairul Amir Bin Mustafa.... Pastinya saat anakanda menerima warkah ini, ibu sudah tiada lagi di sisimu... Pastinya ibu telah kembali ke pangkuanNYA... Bersemadi di alam hakiki...Alam yang sedang ayahmu diami dan alam yang bakal kita tujui..... Semoga anakanda tabah dalam mengharungi segala onak dan ranjau dalam dunia yang penuh dengan pancaroba ini.... Ibu tak pernah menyalahkan kamu atas apa jua yang telah berlaku... Kasih ibu pada kamu tidak akan pernah pudar dan doa mak selalu menemani kamu.... Amir, ibu sedih kerana gagal memberi kemewahana padamu saat hayat ibu... Namun, untuk menebus segala kesusahan tersebut, bersama-sam warkah ini, ibu sertakan bersama kemewahan tersebut... Pastinya kamu tertanya-tanya tentang geran tanah yang ibu sertakan di sini... Biarlah ibu jelaskan agar kamu lebih mengerti....
Amir, geran tanah 12 ekar ini adalah harta pusaka arwah ayah kamu... selama ini ibu tak pernah beritahu kamu akan hal ini kerana ibu tak mahu kamu kurang berusaha dalam mencapai kejayaan sekiranya kamu tahu kamu memiliki semua ini..... Ibu sendiri tidak pernah menggunakannya untuk kepentingan peribadi.... Kegembiraan dan kemewahan ibu hanya kamu seorang... Bagi ibu, kamu adalah segala-galanya.... Ibu ajar kamu hidup berdikari, mengenal kesusahan akan mengajar kamu dekat dengan ALLAH... Ternyata, sepanjang tempoh itu, kamu amat rapat dengan ALLAH..... Kemiskinan mengajar kamu erti hidup sebenar... Dari kecil ibu bela kamu dan ibu pergunakan segala kudrat yang di anugerahkan oleh yang Maha Kuasa kepada ibu bagi membesarkan kamu... Pernah juga ibu hampir 'jatuh' oleh kerakusan dunia namun ibu tanamkan dalam hati untuk terus memberikan yang terbaik demi masa depan kamu.... Ibu tak mahu menunjukkan kepayahan tersebut kepada kamu.... Kamu masih belum mengerti erti kepayahan...... Pengorbanan yang ibu curahkan hanya kerana ibu terlalu sayang kepadamu wahai anakanda Amir...... Kamu membuat ibu berbangga dengan kecemerlangan kamu dalam pelajaran dan itu sudah cukup membuat ibu bahagia dan segala pengorbanan ibu kepada kamu selama ini kamu telah tebus dengan penghormatan tersebut......
     Namun, apa yang ibu khuatirkan akhirnya tiba.... Kamu melangkah ke bandar dan kamu mengejar kemewahan yang tidak ada jaminannya.. Kamu leka dengan kepalsuan dunia... Kamu leka dan lalai dengan nikmat yang palsu.....Namun, doa ibu tak pernah putus agar kamu tidak hanyut dengan kepalsuan tersebut.......
    Ibu sedar, ini semua salah ibu... Namun, kini ibu sudah tiada lagi di sisi kamu... Oleh yang demikian, ibu serahkan geran ini dan segalanya telah dipindahkan atas namu kamu..... Anggaplah ini semua adalah penebus segala dosa ibu kerana gagal memberi kemewahan kepada kamu selama ini..... Kamu pergunakanlah apa yang telah di anugerahkan dengan baik dan ke jalan yang di redhai.......... Ibu minta maaf daripada kamu kerana tiada apa yang lain dapat ibu pusaka kan buat dirimu....
    Ibu juga ada satu permintaan..... Kiranya saat ini kamu masih belum mendirikan rumah tangga, ibu harap, kamu dapat menjadikan Azua sebagai penyeri rumah tangga kamu... Dia adalah wanita yang terbaik buat mu...... Selama kamu tiada, dialah yang menjaga sakit pening ibu.... Memang lahiriahnya tidak bersuara dan tidak meminta balasan tapi hati wanita hanya wanita sahaja yang tahu..... Ibu amat mengerti apa yang tersimpan di hati kecilnya...... Ibu tidak memaksa tetapi bagi ibu, itu adalah yang terbaik....
    Ibu tak mahu apa-apa daripada kamu, cukuplah kiranya kamu dapat kirimkan doa buat ibu agar ibu tenang di sisiNYA... Janganlah kamu lupa, hanya kamu sahaja waris kami dan kami mahu kamu jadi seorang insan yang terbaik dan jauhilah segala laranganNYA.... Perbanyakkanlah melakukan ibadaha dan ingatlah, restu ibu senantiasa mengiringimu.... Sebagai penutup bicara, ibu minta agar kamu mampu menjaga diri dan jadilah seorang insan yang sleh demi kesejahteraan dunia akhirat..... SALAM KASIH DARIPADA IBU MU..............


FATIMAH BT ISMAIL "


    Airmata Amir sudah tiada kawalan lagi... Dia menangisi kerakusannya mengejar kemewah dunia hingga mengabaikan dan melukakan hati seorang ibu yang sanggup berkorban demi melihat kejayaannya.... Geran tanah yang di serahkan ibunya di perhatikan dan ianya menambahkan pilu di hati Amir.. Selama ini, ibunya sanggup membanting tulang empat kerat meskipun ibunya berkemampuan dengan harta peninggalan arwah ayahnya... Ibunya terlalu "gagah" dalam melawan tipu daya dunia yang tidak mungkin mampu di harung oleh dirinya sendiri.....
     " Ibu, akan ku tunaikan segala permintaanmu.... Ku akan pastikan segala cita-citamu tercapai. " bisik hati kecil Amir...


*****************************************************************

    "Assalamualaikum......" terdengar jelas suara Amir memberi salam...... Dengan segera Azua membalas salam dan bergegas ke muka pintu... Di sambut kepulangan Amir dengan senyuman terukir di bibir dan di salam serta di cium tangan suaminya dengan penuh rasa kasih........ Amir mengucup dahi isterinya dan berbicara lembut kepada isterinya, "Terima kasih Azua..... abang rasa bahagia sangat dengan kehadiran Wa dalam hidup abang...... Alangkah bagusnya jika mak dapat ada di sisi kita saat ini...." Air mata Amir begenang di kelopak matanya....... Sebagai seorang isteri yang amat memamhami apa yang sedang bermain di lubuk hati suaminya, Azua menenangkan suaminya dengan kata-kata semangat agar suaminya tabah dengan takdir Illahi.. " abang, dengan jawatan abang sebagai imam masjid ini, pastinya mak akan bahagia dan Wa pasti ini yang di harapakan daripada abang.... Bersamalah kita sedekahkan Fatihah buat arwah mak, moga dia bahagia di sana."


                                        TAMAT....................

Tamatlah sudah kisah pengorbanan seorang ibu..... Cuba kita semua renungkan kembali, apakah kita telah membahagiakan hati ibu kita? Gembirakah ibu kita dengan apa yang kita lakukan? Berapa kalikah kita telah melukakan hati ibu kita dan berapa kali ibu kita menyuarakan kelukaan yang dia rasai itu ? Selagi ibu kita masih berada di sisi kita, rebutlah segala peluang untuk mengembirakannya agar kita tidak terlewat...... Bagi yang telah ketiadaan ibu dan ayah, sedekahkanlah Fatihah buat roh mereka agar senantiasa tenagn dan bahagia di sana......... Sekian......

* **********************************************
Yang baik segalanya datang dari ALLAH
Segala yang kurang adalah dari kelemahan
saya sendiri......
***********************************************

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-09-05 18:23


pengorbanan ibu..
tanpa seorang ibu.. tiadalah insan bernama 'aku'
tanpa kasih sayang ibu.. serba kekurangan lah pembesaran seorang 'aku'
tanpa belaian seorang ibu.. mampukah 'aku' berada pada tempat di mana aku berada saat ini..
terlalu besar pengorbanan seorang ibu..
mampukah aku berkorban untuk membalas segala pengorbanan yang telah ibu lakukan..
kasihku pada ibu.. moga tidak berbelah bahagi hingga ke akhir hayatku..
hanya kepada Ilahi.. ku pohon kan agar ibu sentiasa dalam rahmat dan keberkatan Mu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 12-09-05 08:22


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

Nadiahsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.05.2005
Ahli No: 16314
Posting: 283
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-09-05 14:46


assalamualaikum....
memang best cerite ni...sedih saya dibuatnya...
so...ingatlah..syurga di bwh talapak kaki ibu...
sentiaselah mengasihinya dan menyayangi kerana tanpa mereka...kita tidak akan lahir ke dunia ini...
Hanya kepada ALLAH ku berserah..semoga ibu terus diberkati dan dikasihimu...
terime kasih untuk segalanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For NadiahsolehahProfil   Hantar PM kepada Nadiahsolehah   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 12-09-05 17:07


Alasan ini lagi... Mummy harunya.... bestfriend mak kita sejak kecik... mummy, anak mAK itu boleh diampunkan ke???????????

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 13-09-05 13:37


Pada 12-09-05 17:07 , farhanna posting:

!!! QUOTE !!!

Alasan ini lagi... Mummy harunya.... bestfriend mak kita sejak kecik... mummy, anak mAK itu boleh diampunkan ke???????????


Confuse...confuse...apa yang nak disampaikan sebenarnya dengan penyataan di atas ye wahai saudari Fahanna? Maybe boleh jelaskan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

puteri_sofea
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.07.2005
Ahli No: 17022
Posting: 26
Dari: tanah air tercinta

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-09-05 16:23


Dah tinggal sikit Kenapa tak habiskan saja.saya berkobar2 untuk mengetahui sehgga habis.tapi dah tak ada feeling pula bila dah stop di sini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_sofeaProfil   Hantar PM kepada puteri_sofea   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 16-09-05 16:27


Pada 16-09-05 16:23 , puteri_sofea posting:

!!! QUOTE !!!

Dah tinggal sikit Kenapa tak habiskan saja.saya berkobar2 untuk mengetahui sehgga habis.tapi dah tak ada feeling pula bila dah stop di sini.



Assalamualaikum puteri_sofea... Rasanya saya dah sampai ending pun cerita ni.... Cuba hayati kembali dari mula sampai akhir... Kan dah tamat.... Anyway, syukran atas kesudian anda dan teman2 ukhwah yang lain yang sudi merenung artikel saya ini.. Moga mendapat sedikit sebanyak pengajaran darinya... InsyaALLAH...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

ummu_munirah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.07.2005
Ahli No: 17716
Posting: 84
Dari: wp Kuala Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-09-05 18:55


Pada 16-09-05 16:23 , puteri_sofea posting:

!!! QUOTE !!!

Dah tinggal sikit Kenapa tak habiskan saja.saya berkobar2 untuk mengetahui sehgga habis.tapi dah tak ada feeling pula bila dah stop di sini.


puteri_sofea, ummu rasa kurang sesuai kat nak beri komen negatif.. sebenarnya kisahyg cuba ditonjolkan membawa satu mesej yang besar dalam kehidupan kat seharian.. walau pun tidak secara langsung.. tapi ada juga masa2 tertentu tanpa kat sedari kat telah mengabaikan sekeping hati seorang ibu.. cuba luangkan masa sedikit.. baca semula keseluruhan cerita.. moga2 dengan cara itu dapat 'feel' itu kembali :-)

akhi.. tulis lah lagi cerita2 yang boleh mbw pengajaran..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_munirahProfil   Hantar PM kepada ummu_munirah   Quote dan BalasQuote

srikandisolehah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.06.2005
Ahli No: 16961
Posting: 35

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-09-05 23:05


assalamualaikum....
memang best cerite ni...sedih saya dibuatnya...
so...ingatlah..syurga di bwh talapak kaki ibu...
sentiaselah mengasihinya dan menyayangi kerana tanpa mereka...kita tidak akan lahir ke dunia ini...
Hanya kepada ALLAH ku berserah..semoga ibu terus diberkati dan dikasihimu...
terime kasih untuk segalanya...
.................................
Islam Itu Indah

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandisolehahProfil   Hantar PM kepada srikandisolehah   Quote dan BalasQuote

Akhi_Arab
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2005
Ahli No: 17612
Posting: 342
Dari: KL

malaysia  


posticon Posting pada: 09-11-05 08:48


Pada 20-09-05 18:55 , ummu_munirah posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-09-05 16:23 , puteri_sofea posting:

!!! QUOTE !!!

Dah tinggal sikit Kenapa tak habiskan saja.saya berkobar2 untuk mengetahui sehgga habis.tapi dah tak ada feeling pula bila dah stop di sini.


puteri_sofea, ummu rasa kurang sesuai kat nak beri komen negatif.. sebenarnya kisahyg cuba ditonjolkan membawa satu mesej yang besar dalam kehidupan kat seharian.. walau pun tidak secara langsung.. tapi ada juga masa2 tertentu tanpa kat sedari kat telah mengabaikan sekeping hati seorang ibu.. cuba luangkan masa sedikit.. baca semula keseluruhan cerita.. moga2 dengan cara itu dapat 'feel' itu kembali :-)

akhi.. tulis lah lagi cerita2 yang boleh mbw pengajaran..


     Syukran ya ummu_munirah...Teringin juga nak menulis lagi namun masa kurang mengizinkan..Takut jalan ceritanya jadi hambar..Namun, syukran atas pandangan dan atas kesudian teman-teman yang meluangkan masa untuk menghayati pengorbanan ibu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Akhi_ArabProfil   Hantar PM kepada Akhi_Arab   Quote dan BalasQuote

nurinsan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.11.2005
Ahli No: 20255
Posting: 23
Dari: alam nyata

Pahang  


posticon Posting pada: 09-11-05 10:12


:-) hmmmm... alhamdulillah... ini firstime ana dapat log in kat portal ukhwah ni... syukran kat anta sebab meluangkan masa nak siapkan cerpen ini... hargailah ibu bapa kita selagi ada kesempatan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurinsanProfil   Hantar PM kepada nurinsan   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-05-06 01:12


sayang mak....!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.421978 saat. Lajunya....