Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 114
Ahli: 0
Jumlah: 114




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 5 hari yang lalu
Kang: 24 hari yang lalu
lidah-penghunus: 26 hari yang lalu
muslimin23: 34 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: terkini!!!!!!GEMPA BUMI MELANDA LAGI..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» terkini!!!!!!GEMPA BUMI MELANDA LAGI..

Please Mendaftar To Post


Oleh terkini!!!!!!GEMPA BUMI MELANDA LAGI..

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 01:20




ANA BARU DPT BERITA DARI RAHAYU...TADI..SATU GEMPA BUMI BERLAKU DAN DPT RASE GEGARANYA DI PULAU PINANG..BERITA PENUH MASIH BELUM TAU..
MASYAALAH.....AKHIR ZAMAN WEH...BANYAK2 BERTAUBAT KITA..


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 01:23


bukan setakat di pulau pinang, ana berada di cyberjaya pun terasa..bergegar gak skit..wallahu'alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

syamil87
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.03.2005
Ahli No: 15218
Posting: 70
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 01:29



posto2...baru dpt berita psal nie!!!!!!

NewsFlash: Earthquake measuring 8.2 reported off coast of Indonesia on same fault line as quake that caused December’s deadly tsunami. U.S. agency urges evacuations along coasts of countries on Indian Ocean due to tsunami fears after 8.2 earthquake. Details soon. -- http://www.cnn.com/2005/WORLD/asiapcf/03/28/indonesia.quake/index.html

Bookmark and Share

    


  Member Information For syamil87Profil   Hantar PM kepada syamil87   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-03-05 01:30




Huge quake hits Indonesian coast

A powerful earthquake in the Indian Ocean has hit the coast of Indonesia's tsunami-hit island of Sumatra, triggering a tsunami alert. The quake was given a magnitude of 8.2 by the US geological survey who have warned it could cause tidal waves.

The epicentre was located at about 200 km (125 miles) off the mainland.

The US Pacific Tsunami Warning Center said the quake could cause a "widely destructive tsunami" in the area around its epicentre.

"Authorities in those regions should be aware of this possibility and take immediate action," the center said in a statement on its website.

It comes three months after a major earthquake and subsequent tsunami in the Indian Ocean on 26 December caused major damage and killed tens of thousands of people in the region.

Russ Evans, a seismologist from the British Geological Survey, told the BBC the Boxing Day earthquake had a magnitude of 9.5.

He says the latest quake was almost certainly an after-shock from the first one and that a tsunami was certainly possible, but on a smaller scale.

'I heard my neighbours screaming'

The quake struck between the Sumatran cities of Padang and Medan at around 2315 local time (1615 GMT) and lasted up to three minutes, said Ramlan of Indonesia's Meteorological and Geophysics Office.

Power blackouts and major panic ensued, local officials told AFP news agency.

The quake was felt across the region with people in the Malaysian capital, Kuala Lumpur, some 500km away, evacuating high-rise buildings and running out into the streets.

"I was getting ready for bed, and suddenly, the room started shaking," said Kuala Lumpur resident Jessie Chong.

"I thought I was hallucinating at first, but then I heard my neighbours screaming and running out."

Thailand, which was also hit by the 26 December disaster, has issued an tsunami alert.

BBC World News

[ Posting ini telah di edit oleh: naruto-san pada 2005-03-29 01:52 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-03-05 01:40




An earthquake measuring a preliminary magnitude of 8.2 struck off the coast of Indonesia today -- on the same fault line that originated a December 26 earthquake that launched a deadly tsunami. The director of the Pacific Tsunami Warning Center said scientists there feared another tsunami might hit the area. "There is a potential for some wave activity," said Julie Martinez, a geophysicist at the U.S. Geological Survey's National Earthquake Information Center.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

marsya_balqis
Warga Rasmi
Menyertai: 01.04.2004
Ahli No: 8148
Posting: 6
Dari: sabak bernam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 02:15



subhanAllah..skrg ana kat sabak bernam..gegaran tu bermula kira2 pukul 12.06 minit pagi tadi..pd mulany ana igt ana cuma berhalusinasi.tapi gegaran 2 samakin kuat hgga membuatkan ana terhuyung-hayang..1st time ana dpt rasa gempa bumi...masyaAllah..hingga sekarang ana terasa pening..wahai sahabat sekalian..ambillah masa yg tinggal ini utk menambah pahala dan berbuat amal ibadat..kiamat semakin hampir...nyawa kita hanya dihujung jari...Ya Allah ya Tuhanku..berilah hambaMu ini ptnjk...Kau hidupkn kami sbgi seorang mu'min maka Kau matikanlah kami sebagai seorang mu'min juga..Amin..dariNya kita dtg,kpdNya kita pulang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For marsya_balqisProfil   Hantar PM kepada marsya_balqis   Quote dan BalasQuote

songkok_aji02
WARGA SETIA
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 593
Posting: 532
Dari: KL / JB

Johor  


posticon Posting pada: 29-03-05 08:34


betul tu officemate ana pun ada citer pasal nie..sama2la kita renungkan.. semoga Allah yg maha pengasih lg maha penyayang mengampunkan dosa para hamba2nya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For songkok_aji02Profil   Hantar PM kepada songkok_aji02   Quote dan BalasQuote

Adelin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.03.2005
Ahli No: 15025
Posting: 36
Dari: Kuala Lumpur

Selangor  


posticon Posting pada: 29-03-05 08:49


Subhanallah! waktu tu ana sedang tidur, tetiba aje member call kata kat KL pun terasa gegarannya.. Kakak ana yang dok kat apartment ceras pun terasa gegaran itu di rumahnya, ramai yang turun ke bawah.. Bimbang kalau2 ade gempa bumi. "Ya Allah ampuni lah dosa2 kami Ya Allah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For AdelinProfil   Hantar PM kepada Adelin   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 08:52


-sya d sabah,time tu sya tengah tngok tv,tetiba terima sms dari kawan yg tinggal kat lembah kelang...terkejut jg.pastu call dia..tanya mcam mana keadaan kat sana..dia kata da ok lepas mereka smua turun dr kediaman masing2..tk lama mrekan naik ke rumah masing..ok da kata dia....


SESUNGGUHNYA ALLAH SWT TIDAK BERLAKU ZALIM TERHADAP HAMBA2NYA.ITU SEMUA ADALAH DARI KESILAPAN MANUSIA ITU SENDIRI......

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 08:56


Lagi gempa bumi kuat -- Gegaran pada 8.2 skala Richter turut dirasai di Malaysia





KUALA LUMPUR 28 Mac - Gempa bumi kuat berukuran 8.2 skala Richter di laut utara Sumatera menggegarkan pulau itu serta Semenanjung Malaysia selain kawasan pantai Sri Lanka, selatan India, Singapura dan pantai Thailand.

Gegaran pada kira-kira pukul 11.09 malam waktu tempatan (12.09 tengah malam waktu Malaysia) boleh mengulangi ancaman tsunami yang melanda beberapa negara Asia 26 Disember lepas dan mengakibatkan 300,000 orang hilang atau maut. Ia akibat gempa berskala 9 Richter berpusat di kawasan yang sama.

Pihak berkuasa negara-negara terlibat termasuk Malaysia memberi amaran kepada penduduk pesisiran pantai yang berpotensi dilanda tsunami supaya mengambil langkah-langkah perlu.

Jabatan Kaji Cuaca Malaysia dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai di sekitar kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Langkawi supaya berpindah ke kawasan lebih tinggi.

``Gempa bumi ini berpotensi untuk menghasilkan tsunami yang boleh memusnahkan,'' jelas kenyataan itu.

Orang ramai yang tinggal di bangunan-bangunan tinggi di beberepa negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Lembah Kelang, Melaka serta Johor, bergegas turun apabila kediaman mereka bergegar, sebagai langkah berjaga-jaga.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi itu berukuran 8.2 pada skala Richter. Agensi Meteorologi Jepun pula menyatakan ia berukuran 8.5 pada skala Richter.

Gempa bumi terbaru itu berlaku tiga bulan selepas malapetaka yang sama mencetuskan ombak besar tsunami di 11 buah negara Asia dan Afrika.

Gegaran yang berlaku pada 26 Disember lalu menyebabkan lebih 174,000 orang terbunuh, 106,000 lagi hilang manakala 1.5 juta penduduk kehilangan tempat tinggal.

USGS di Golden, Colorado berkata, gempa itu berlaku pada pukul 11.09 malam waktu tempatan.

Pusat gegarannya terletak kira-kira 205 kilometer ke barat Sibolga dan 245 kilometer ke barat daya Medan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi dan Geofizik Indonesia, berkata gegaran itu berlaku selama tiga minit di satu kawasan perairan di antara bandar Padang dan Medan.

Para pegawai Indonesia berkata, gempa bumi itu telah mencetuskan keadaan panik di kalangan para penduduk di pulau Sumatera dan menyebabkan bekalan elektrik terputus.

Sementara itu di Melaka, kira-kira 300 pesakit dan kakitangan Pusat Perubatan Melaka di arah berkumpul di pintu masuk unit kecemasan hospital itu setelah mendapat arahan dari bahagian keselamatan di situ ekoran berlakunya gegaran kuat.

Mereka berkumpul pada pukul 12.15 malam.

Gegaran lebih kurang tiga minit itu turut berlaku di kawasan berdekatan pantai seperti di Limbongan, kelebang, Tengkera, Ujong Pasir dan Melaka Raya. Sebanyak 50 penghuni di Kondominium Pasir Mas di Ujong Pasir terpaksa turun dari rumah masing-masing dan berkumpul di tempat letak kereta dan tepi jalan akibat gegaran kuat tersebut.

Semua mereka dibenarkan masuk ke rumah masing-masing pada pukul 1.50 pagi ini setelah kondominium tersebut disahkan selamat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.





Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

aquarius_nur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14613
Posting: 224
Dari: tg karang, selangor...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 08:57


Semenanjung bergegar:
Berpuluh-puluh maut gempa 8.5 skala Richter di Sumatera
Oleh Magendran Rajagopal, Nurul Adlina Kamaluddin dan Azmi Md Deros




KUALA LUMPUR: Penduduk kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Langkawi diarah berpindah ke kawasan tinggi berikutan kemungkinan dilanda tsunami berikutan gempa bumi 8.5 pada skala Richter di pantai barat Sumatera malam tadi.

Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca dalam kenyataannya berkata, gegaran yang dikesan jam 12.09 malam tadi boleh menyebabkan tsunami seperti pada 26 Disember lalu berikutan gempa bumi berhampiran Banda Aceh berukuran 9 pada skala Richter.

Di Pulau Nias, selatan Sumatera, berpuluh-puluh orang dilaporkan mati manakala beratus-ratus rumah dan bangunan musnah dalam kejadian itu.

Agus Mendrofa, Timbalan Datuk Bandar Gunungsitoli, sebuah bandar di pulau yang dipetik stesen televisyen Metro TV berkata, dia boleh mengesahkan berpuluh-puluh orang mati.

Sementara itu, pihak berkuasa Thailand, Indonesia dan Kepulauan Andaman di India mengeluarkan amaran tsunami berikutan gempa bumi kuat berkenaan.

Gempa itu turut mencetuskan panik, termasuk di Banda Aceh yang menyaksikan ramai penduduknya bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Di BANGKOK, Jabatan Kaji Cuaca Thailand mengeluarkan amaran tsunami dan menggesa penduduk di Selatan Thailand supaya berpindah.

Di NEW DELHI, kerajaan di Kepulauan kecil Andaman dan Nicobar, India juga mengeluarkan amaran awal tusnami.

Amaran serupa turut dikeluarkan oleh Sri Lanka dan Tamil Naidu, di India. Penduduk di Trincomalee, pantai barat Sri Lanka mula berpindah awal pagi tadi.

Gegaran kuat yang berpusat di kawasan berhampiran Sibolga, Sumatera turut dirasai di kebanyakan negeri di Semenanjung. Pusat gempa bumi ialah kira-kira 205 kilometer ke barat laut Sibolga, Sumatera dan 535 kilometer ke tenggara ibu negara.

Pusat Kajian Geologikal Amerika Syarikat pula mengeluarkan amaran kemungkinan berlaku tsunami pada jam 1.05 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Malaysia (MCC), berkata sehingga jam 2 pagi tiada kejadian tidak diingini dilaporkan.

Semua ibu pejabat polis kontinjen dan ibu pejabat polis daerah diarah berjaga-jaga, khususnya di kawasan Pantai Barat Semenanjung.

Di Kedah, kira-kira 2,000 penduduk enam kampung di Kota Kuala Muda yang dilanda tsunami 26 Disember lalu lari meninggalkan kampung ke kawasan jauh dari pantai.

Jurucakap itu berkata, antara kawasan yang dilaporkan merasai gegaran itu termasuk Pulau Pinang, Johor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan Kelantan, Pahang dan sekitar Lembah Klang.

Seorang pemanggil, Mohd Nazaruddin Mohd Kamaruddin, 26, dari Teluk Intan, Perak berkata, gegaran itu agak kuat sehingga menyebabkan air dalam tangki atas siling rumahnya tumpah.

“Tiba-tiba rumah bergegar dan air dalam tangki atas siling tumpah, manakala pasu bunga atas meja jatuh,” katanya.

Mohd Nazaruddin berkata, berikutan kejadian itu penduduk keluar daripada rumah masing-masing untyuk menyelamatkan diri.

Seorang pemanggil dari Tanjung Karang, Selangor, Abdul Wahab Selamat berkata, pokok di luar rumahnya, di Sungai Burung bergoyang dalam gegaran jam 12.10 minit itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kuala Muda, Asisten Komisioner Low Hoong Soon yang melawat kawasan itu mengarahkan penduduk berjaga-jaga kemungkinan tsunami melanda.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima banyak panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu mulai jam 12.15 malam.

Ramai penghuni, terutama di bangunan tinggi keluar dari kediaman mereka untuk menyelamatkan diri, manakala pejabat Berita Harian menerima panggilan dari seluruh negara, termasuk di Johor dan Kedah.

“Kami menasihatkan mereka yang tinggal di bangunan tinggi keluar menyelamatkan diri untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Antara kawasan yang merasai gegaran termasuk di Sentul, Bangsar, Pantai Dalam, Puchong, Subang Jaya, Cheras, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Pelabuhan Klang.

Polis dan bomba juga turut mengarahkan penghuni bangunan tinggi supaya mengosongkan sementara kediaman sehingga keadaan disahkan selamat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aquarius_nurProfil   Hantar PM kepada aquarius_nur   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 09:16


sy pun ingat sy berhalusinasi bila rasa kerusi and computer bergoyang2. dengar berita pg td, dah ada mangsa ek..

takutnya tapi awat semua org wat rilek je..takde tsunami ke nanti? ade ke tak..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

rajulun_wasimun
Warga Rasmi
Menyertai: 29.03.2005
Ahli No: 15409
Posting: 5
Dari: tanta..egypt

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 09:18


MARILAH SAMA2 KITE MERENUNG KEMBALI DOSA2 KITA DGN YG MAHA ESA SLAMA NIE....OLEH ITU BYK2 KANLAH BERISTIGHFAR KEPADA ALLAH DAN SENTIASA MEMBASAHI LIDAH KITA DGN ZIKRULLAH....MUDAH-MUDAHAN KITE TERGOLONG DARI HAMBA2NYA YG BERIMAN DAN BERTAQWA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For rajulun_wasimunProfil   Hantar PM kepada rajulun_wasimun   Pergi ke rajulun_wasimun's Website   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 29-03-05 10:18


Ana tak merasainya walaupun ana duduk di KL...
Tetiba dalam 12 45 am umi ana dari kampung menghubungi ana mengatakan kawasan rumah ana juga merasai gegaran...
barulah ana buka tv ade breaking new dr ntv7...
alhamdulillah tiada apa yg berlaku...

kejadian yang berlaku mengingatkan kita tentang hari kiamat yang bakal berlaku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-03-05 16:27




Subhanallah...masa gegaran tu berlaku lbh kurang pukul 12.15a.m..baru abis iron baju abah..pastu terus baring atas katil..tgh jari ni nak sms kat syed masa tu la rasa katil bergoyang kuat sgt..memula ingatkan hantu yg duk goyang pastu terus tgk kipas ngan cermin pun goyang gak..MasyaAllah terus jerit panggil nama abah..pastu abah suruh cecepat turun bawah..masa tu sempat lagi nak sms kat syed nak bgtau kat dia apa yg terjadi tapi line lak takleh..lps 5 min baru blh...kepala dah berpinar-pinar dah pastu abah suruh tidoq bawah ngan ibu...errr takut nak tidoq kat atas...ini pengalaman kedua..tapi kali ni lagi hebat dr dulu..Ya Allah hebat sungguh kuasaMu Ya Allah...

Biar Manja Tapi Tegas

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 16:54



Tapi kalau ikut skala 8.5 boleh terjadi tsunami. Paling tidak pun berlakunya pergerakan plak bumi. Bila ini berlaku di dasar lautan pasti terjadi gerakan ombak dr dasar laut ke permukaan laut yg akhirnya menuju ke tepi pantai. Namun Allah masih menahan tsunami drpd berlaku. Apakah rahsia Allah mengenai kejadian ini? Apa pun baliklah ke pangkal jalan...menuju Allah Rabbuljalil...

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-03-05 17:05


Sesungguhnya itu baru ujian Allah yang kecil, bayangkanlah pada hari qiamat, seluruh alam semesta hancur, bukit-bukau hancur menjadi debu..manusia bagaikan kelkatu...ini baru ujian kecil wahai saudaraku...sesungguhnya kita ini hamba Allah, kembalilah ke jalanNya..Allah itu maha pengampun lagi maha mengasihani..


Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

sundus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.07.2004
Ahli No: 9770
Posting: 70
Dari: negeri sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-03-05 19:14


pada sesiapa yg merasai gegaran dan goncangan gempa bumi jgn berlengah2 dan terus duduk dalam rumah...bagi yang tinggal di bangunan tinggi terus turun bawah dan cari tmpat yg selamat..dan bagi yang duduk rumah satu2 terus keluar dan cari tmpt selamat!itupun jika gempa bumi itu tidak menyerang dengan ganasnye...andai gempa bumi yg dasyat maka amalan dan doa la peneman kita di saat itu..wallahua'lam!

Bookmark and Share

    


  Member Information For sundusProfil   Hantar PM kepada sundus   Quote dan BalasQuote

al-biruni03
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.06.2003
Ahli No: 1583
Posting: 237
Dari: bukit kapar,klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-03-05 01:16




erm..saya pon rasa jugak...mlm td (29 mac 05)
jam 12.15 mlm...
tgh syok2 menulis diari atas katil..tetiba rasa katil bergoyang2..sy pon rasa pelik semacam..ingatkan perot saya ke gegar2??..erm...buat x tahu jer..
pastu..esoknye tepon kwn...asalnye nak tanya kaba..
pastu dia pon kata ada gegaran....sy pon terkejut..n bersyukur krn gegaran kat tmpat sy (bkt kpr,klang) x kuat sgt..
pastu..mlm td (29 mac 05) TGK buletin utama...memang sah berlaku gegaran lagi kat sumateraaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-biruni03Profil   Hantar PM kepada al-biruni03   Pergi ke al-biruni03's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 30-03-05 03:45


Masya Allah....
---------------------------------------------------------
Ya Allah...
bantulah hambaMu
disaat hambaMu memerlukan..
Ya Allah,
Sekiranya hari ini hari terakhir bagiku,
Jgn la kau rentap jantungku kerana kemurkaanMu,
Tarikla nyawaKu dengan kasih sayangMu,

Ya Allah,
Diri ini terasa jauh dariMu,
Tapi jauh disudut hati ingin mendambakan kasihMu,
Ya Allah,
Linangan air mata takkan mampu,
Mengubat rindu hatiku terhadapMu,
Tetapi dosa hambaMu...
Menggunung tinggi..
Sangat bahagia bila dekat denganMu
Tapi bila semakin hanyut...
HambaMu mengharapkan petunjuk dariMu,
Seperti yang hambaMu ucapkan tatkala solat,
Ihdinassirotol Mustaqim..

Ya Allah,
Seandainya nyawaku ditarik,
Kerana bala dariMu..
Moga Doa HambaMu ini,
Terus berkumandang mengharap rahmatMu..

---------------------------------------------------
Nukilan dariku... Insaflah aku.. Ya Allah...



-----------------

Koleksi Busana


    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

aleyasyafira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.12.2004
Ahli No: 13015
Posting: 100
Dari: melaka

canada   avatar


posticon Posting pada: 30-03-05 12:04



ber double rasenye drp gegaran yg sy rasa dlu..
mane tak nyer,kerusi yg kte duduk tu bergegar..
seram berbaur takut..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aleyasyafiraProfil   Hantar PM kepada aleyasyafira   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 30-03-05 12:21


sedar bila kawan suruh turun ke bawah,waktu tu mmg terasa gegaran tapi buat tak tau je ingatkan dah pening ngadap note coz esoknye ada paper

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 01:56



Edisi Nasional: Gempa Sumatera: 2,000 maut, bandar musnah


PULAU NIAS (Indonesia): Pasukan penyelamat menganggarkan antara 1,000 hingga 2,000 orang terbunuh akibat gempa bumi semalam, menyebabkan satu pertiga bandar utama pulau itu, Gunung Sitoli, musnah.

Pasukan Bulan Sabit Merah Indonesia melaporkan lebih 1,000 orang mati di pulau itu.

“Kira-kira satu pertiga bandar Gunung Sitoli musnah akibat gempa bumi dasar laut berukuran 8.7 pada skala Richter itu,” kata laporan pasukan berkenaan.

Pasukan bantuan Oxfam International melaporkan kemusnahan yang lebih teruk. Seorang anggota, Alessandra Villas-Boas, berkata: “Kemusnahan jelas kelihatan sebaik kami mendarat.

“Penduduk bertungkus-lumus mengeluarkan mayat dari bawah runtuhan. Kira-kira 20,000 penduduk Gunung Sitoli terputus bekalan air dan elektrik manakala jalan raya rosak teruk.”

Wakil Presiden, TB Silalahi, yang membuat tinjauan melalui helikopter, berkata kira-kira 30 peratus bandar itu musnah atau rosak.

Kerajaan Indonesia menyatakan angka rasmi kematian sehingga kini ialah 430 orang di Nias dan Kepulauan Simeulue di utara Sumatera.

Naib Presiden, Yusuf Kalla, berkata berdasarkan laporan yang diterimanya, antara 1,000 hingga 2,000 orang dari Nias dan Simeulue dikhuatiri terkorban.

Pengarah Agensi Penyelaras Bantuan Bencana Kebangsaan, Budi Atmaji Adiputro, berkata 330 mayat sudah ditemui di Nias, kepulauan yang mempunyai 700,000 penduduk dan popular di kalangan peluncur ombak itu.

“Saya menjangka jumlah kematian akan meningkat kerana masih banyak mayat berada di bawah runtuhan,” katanya.

Pengarah Jabatan Kesihatan Aceh, Mulya Hasjmy, berkata satua pasukan bantuan di Simeulue melaporkan 100 kematian.

Gempa bumi yang berlaku tidak lama selepas tengah malam, kira-kira 200 kilometer dari pusat gempa 26 Disember lalu, menyebabkan beberapa negara, termasuk Indonesia, India, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand, mengeluarkan amaran kemungkinan berlakunya tsunami.

Kira-kira 20 mangsa yang cedera, terutama patah tulang dan luka, menjadi kumpulan pertama diterbang keluar dari Nias dengan helikopter Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Sibolga untuk rawatan.

Singapura menyatakan ia akan menghantar helikopter tentera dan pasukan perubatan serta penyelamat ke Nias manakala Jepun menawarkan barangan, paramedik dan penyelamat.

China akan menyumbang RM1.9 juta selain sumbangan Pertubuhan Palang Merahnya sebanyak RM1.1 juta manakala Australia menawarkan RM3.8 juta.

Gempa kuat itu menyebabkan suasana panik di kalangan penduduk negara sekitar Lautan Hindi yang masih terbayangkan kemusnahan akibat tsunami pada 26 Disember lalu, yang turut mengorbankan lebih 270,000 orang di 11 negara.

Gempa bumi itu menggegarkan banyak kawasan di Sumatera selama tiga minit dan gegaran itu turut dirasai di Malaysia dan Singapura.

Ramai penduduk di utara Sri Lanka berlari ke kuil dan gereja yang locengnya dibunyikan memberi amaran kepada orang ramai supaya berlindung di kawasan tinggi.

Ramai pelancong di selatan Thailand meninggalkan hotel mereka apabila televsiyen menyiarkan amaran kemungkinan tsunami. - AFP


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 11:52


Gempa: Allah beri amaran lagi – Ustaz Idris
Tuesday, March 29 @ 13:06:43 MYT


Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 29 Mac (Hrkh) - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan gempa di Sumatera pada 8.5 skala Richter malam tadi sehingga menyebabkan ribuan penduduk maut, merupakan suatu amaran Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya.


Menurut beliau, kejadian gempa itu menunjukkan betapa perlunya amalan nahi mungkar dilaksanakan bagi menyelamatkan manusia kerana bala yang Allah datangkan itu tidak mengenal orang beriman atau tidak.

Ustaz Idris berkata, jika bala itu menimpa orang baik-baik kemungkinan mereka tidak berusaha untuk mencegah kemungkaran secara bersungguh-sungguh.

Mengenai kesedaran di kalangan umat Islam katanya, proses memberi kesedaran itu perlu kepada bentuk menyeluruh yang ditanamkan dalam diri setiap individu khususnya berkaitan dosa dan bala.

Malangnya tambah beliau, apa yang berlaku pada hari ini ramai di kalangan para ustaz dan bijak pandai yang cuba menafikan tragedi gempa dan tsunami itu bala kepada manusia.

Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca mendakwa, gegaran yang dikesan jam 12.09 malam tadi boleh menyebabkan tsunami sebagaimana yang berlaku pada 26 Disember lalu berikutan gempa bumi berhampiran Banda Aceh berukuran 9 pada skala Richter.

Kejadian gempa bumi malam tadi telah menyebabkan penduduk kawasan pantai di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Langkawi diarah berpindah ke kawasan tinggi berikutan kemungkinan dilanda tsunami.

Di Kuala Lumpur dan Selangor antara kawasan yang merasai gegaran ialah di Sentul, Bangsar, Pantai Dalam, Puchong, Subang Jaya, Cheras, Petaling Jaya, Sungai Buloh dan Pelabuhan Klang.

Berikutan itu, polis dan bomba turut mengarahkan penghuni bangunan tinggi supaya mengosongkan sementara kediaman sehingga keadaan disahkan selamat.

Sehubungan itu, Idris yang juga AJK PAS Pusat berharap dengan tragedi gempa itu dapat menyedarkan sikap 50 pertubuhan kerajaan (NGO) dan individu yang menentang syariat Allah dan perlu menarik balik tindakan tersebut dan bertaubat.

Mengulas sikap sesetengah mereka, beliau berkata, mungkin golongan seperti ini tidak mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Beliau berkata, antara sebab manusia tidak mendapat hidayah daripada Allah kerana mereka terlalu sombong dan megah dengan pangkat dan harta benda.

Tambah beliau, golongan seperti ini terpaksa mempertahankan pandangan yang selari dengan pihak berkuasa walaupun ia jelas bertentangan dengan Allah dan Rasul.

Beliau menjelaskan, bala yang terkena ke atas orang mukmin melahirkan tiga makam manusia; golongan mokhsin iaitu golongan yang apabila didatangkan bala akan bertambah keimananya; golongan abror apabila didatangkan bala akan menghapuskan dosa dan golongan ketiga iaitu orang awam bila beriman insya-Allah akan mati syahid.

"Manakala bagi orang yang tidak beriman pula, bala yang Allah merupakan azab awal di dunia," katanya ketika dihubungi pagi tadi. – lanh




Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.144352 saat. Lajunya....