Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 199
Ahli: 0
Jumlah: 199




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Rupa Paras Bukan Jadi Ukuran


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Rupa Paras Bukan Jadi Ukuran

Please Mendaftar To Post


Oleh Rupa Paras Bukan Jadi Ukuran

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 14-03-05 00:01


....................


WARNA kilat, paras rupa dan keturunan bukan tiket untuk dikasihi Allah SWT. Kisah hidup Bilal bin Rabah, tukang azan pada zaman Rasulullah SAW sebenarnya melambangkan kemurnian Islam yang tidak pernah membezakan penganutnya.



Dalam Islam, apa yang dinilai ialah ketakwaan dan keimanan terhadap Allah. Bilal yang dikagumi kerana pengabdiannya kepada Islam amat meruntun hati seluruh umat Islam pada zamannya hinggalah sekarang.

Sebelum itu, tentu ramai yang menyangka hamba seperti Bilal, yang berasal daripada keturunan tidak menentu, tidak berharta atau mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat, tidak berguna langsung kepada agama, bangsa dan tanah air.

Dengan kulitnya yang hitam, dia dianggap sama seperti hampas yang tidak berguna kepada sesiapa pun. Sebaliknya, dirinya hanya milik tuannya yang boleh memerintahkan apa saja yang disukai.

Dengan perkataan lain, tuannya mempunyai kuasa mutlak ke atas dirinya kerana sudah membelinya daripada penjual abdi yang menjadi tradisi masyarakat pada waktu itu.

Apabila dia diperintahkan oleh tuannya untuk bekerja sebagai penternak haiwan, maka dia mesti melaksanakan tugas itu tanpa sebarang bantahan. Begitulah tidak berdayanya seorang hamba yang dimiliki orang yang bergelar "tuan".

Dengan itu, hamba seperti Bilal yang tidak pernah ada kebebasan, tentulah tidak pernah diduga mampu melakukan sesuatu yang penuh erti dalam sejarah perkembangan Islam.

Pada waktu dia menjadi seorang abdi, tidak siapa menduga, suatu hari Bilal bin Rabah yang miskin dan papa, hitam dan hidup ibarat sebiji debu halus, akan berubah menjadi orang disegani.

Tidak siapa juga menduga dengan kekuasaan Allah - debu akan menjadi permata dan miskin akan menjadi kaya. Demikianlah putaran hidup manusia. Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini jika kita mahu melihat iktibar di sebalik apa yang pernah dialami oleh Bilal bin Rabah.

Justeru, yang miskin janganlah menangisi kemiskinannya pada hari ini manakala yang duka janganlah berasa derita dengan kepapaannya sekarang. Suatu hari dengan kehendak Allah segalanya akan berubah dengan keredaan-Nya.

Namun, Bilal bin Rabah tidak berubah daripada debu menjadi permata, daripada habuk menjadi mutiara atau daripada miskin kepada kaya raya, tetapi perubahan yang merempuh hidup dan dirinya ialah perubahan kebatinan yang amat kukuh dan kental.

Jiwa Bilal berubah daripada kekosongan kepada keimanan yang amat kuat hingga mampu mencapai darjat yang tidak mungkin dicapai orang biasa sepertinya dan dia menjadi muadzin yang pertama bagi Rasulullah dan Islam.

Kebaktian Bilal pada Islam sebagai muadzin pertama, menjadi suatu amal yang amat besar dan menjadi pembuka mata kepada seluruh pemimpin serta pembesar Quraisy pada zamannya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 14-03-05 00:04


...Allah menilai keimanan dan ketakwaan seseorg bukan nya berdsrkn rupa paras...tp pd dri org tu sendiri...wallahua'lam...

-----------------
"Bukan satu paksaan untuk disebarluaskan,saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa"

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

czarcam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11715
Posting: 207
Dari: padang Rengas, Kuala Kangsar.

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-03-05 00:48


INDAH nya ISLAM......

-----------------
Perjuangan Ibarat Mata Rantai, Kita Bukanlah Orang Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For czarcamProfil   Hantar PM kepada czarcam   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 14-03-05 02:20


tapi rupa paras juga ada dalam list hadith nabi dalam emmilih calon.the most important is...agama..
kalau semua nak yg cantik jer...yg tak cantik utk saper?utk saya?....hahahhaa..sekadar gurauan...
respon yg menarik dari dakwah ilahi...teruskan perjuangan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

imannoraina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.08.2004
Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH

Kedah  


posticon Posting pada: 14-03-05 11:55




kalo dah tua kendur jugak....lawa macam mana sekali pun...

Allah tidak menilai rupa paras tapi ketaqwaannya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For imannorainaProfil   Hantar PM kepada imannoraina   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-03-05 12:21


wbt

....a'aa..btullah tu,,paras rupa allah takkan pandang, yang penting taqwa..



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

tiey
Warga Rasmi
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 6738
Posting: 3
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-03-05 13:04


macam pernah baca dalam paper hari...ape ek..semalamlah,13mac ..tul tak..

tapi memang bagus pun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tieyProfil   Hantar PM kepada tiey   Quote dan BalasQuote

Hasmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14966
Posting: 34
Dari: Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-03-05 13:10



Betul tu Hasmie setuju.Allah menilai bukan pada rupa paras yang kite miliki kerana semua tu tak kekal lama yang pastinya amalan yang kita lakukan @ kerjakan tiap2 hari kerana itulah yang akan disoal samaada kita di tempatkan di syurga atau sebaliknya. " B'TAKWALAH DENGAN HATI YANG IKHLAS KERANA DGN KEIKHLASAN M'JAMIN KESEJAHTERAAN DI AKHIRAT KELAK"
Terima kasih dari Hasmie

Bookmark and Share

    


  Member Information For HasmieProfil   Hantar PM kepada Hasmie   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-05 15:02


Askum

Jawapan ana macam ni...rupa pun penting jugak sebab manusia ni fitrahnya suka pada kecantikan..kalau betul2 nak yang dah insaf...ada agama..cuba cari dalam pusat serenti atau penjara..mereka ramai yang dah insaf..mereka juga ada yang takde rupa..pi lah pilih..guaru..tapi ini hakikat...semua yang ada pada diri manusia ada sebabnya samada lawa atau tak. Kadang2 agama seseorang atau iman terpancar pada wajahnya..jadi kena tengok wajah jugakan..ramai wanita la ni cantik bukan sebab ada nur tapi contengan alat solek jer..kalau bende tu takder..mmmpakat2 lari lah lelaki. jadi biar tengok rupa tu ada nur di wajahnya, nur islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 14-03-05 22:03



tak tahu la nak kata cam ner.
tapi itula hakikatnya.
muka baik dan macho tapi rupanya hantoo.


Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

SaNa3004
Warga Rasmi
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11061
Posting: 9
Dari: PasiR Mas

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-03-05 12:28


absolutely agree bout d topic...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaNa3004Profil   Hantar PM kepada SaNa3004   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,Sabah@Seremban

Sabah  


posticon Posting pada: 17-03-05 12:35


...

betul tue..

kalau muka cantik/kacak pun kalau perangai buruk..tak guna gak..reject

Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

muawwiz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.03.2005
Ahli No: 14931
Posting: 114
Dari: ardhullah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 00:24


rupa paras tidak penting, yg penting adalah iman seseorang itu serta ketakwaan dan keikhlasan....

contoh dlm perkahwinan....nabi bersabda....kahwin lah kamu dgn 4 perkara ini:
1-harta
2-kecantikan
3-keturunan
4-agama

jd pilih la yg beragama,semoga hidup kamu bahagia didunia dan akhirat.




Bookmark and Share

    


  Member Information For muawwizProfil   Hantar PM kepada muawwiz   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-03-05 09:27



Rupa paras bukan ukuran,
iman dan budi jadi pertimbangan,
dalam badan manusia ada seketul daging ,
kalau baik daging itu, baiklah seluruhnya,
kalau buruk daging itu,
buruklah seluruhnya....

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

insan_sekular
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2004
Ahli No: 9301
Posting: 105
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 13-04-05 08:24


...

-----------------
jom beli buku online ! semua jenis buku... www.katalogbuku.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For insan_sekularProfil   Hantar PM kepada insan_sekular   Pergi ke insan_sekular's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 10:10


hati yang suci murni dan luhur ikhlas..

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-04-05 11:00


betul tu..rupa paras tak kekal lama..tapi perasaan kasih sayang akan tetap subur dalam jiwa seseorang itu

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 14-04-05 17:36




jika kasih sayang tu lahir dari hati tapi bukan dari pandangan mata kita...



-----------------
cinta itu hanya kerana allah,
sayangilah orang yang menyayangi kita kerana orang yang disayangi belum tentu menyayangi kita.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.497174 saat. Lajunya....