Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
"Courage is like love; it must have hope for nourishment."
-- Napoleon Bonaparte

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 94
Ahli: 0
Jumlah: 94




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 20 hari yang lalu
Kang: 38 hari yang lalu
lidah-penghunus: 40 hari yang lalu
muslimin23: 49 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: wanita bekerja atau tidak bekerja?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» wanita bekerja atau tidak bekerja?

Please Mendaftar To Post


Oleh wanita bekerja atau tidak bekerja?

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-02-05 21:17




Saya merasa hairan kenapa wanita zaman sekarang mahu bekerja? Adakah kerana mereka sudah berpendidikan tinggi? dan menganggap bahawa bila sudah berpendidikan mereka wajib bekerja?Sedangkan nafkah terletak pada kaum lelaki. Inilah yang menjadi tanda tanya sahabat-sahabat muslim saya yang berasal dari Afrika. Di negeri mereka wanita tidak bekerja diluar tetapi tinggal di rumah sebagai suri rumah. Walaupun mereka berpoligami tapi kesemua isteri mereka hidup bersama sebagai suri rumah. Kaum wanita ni ALLAH amat sayang kepada dia. Sebab apa, sebelum kahwin dia dipelihara oleh kedua ibubapa bila kahwin, dia menjadi tanggungjawab suaminya, nafkah suami bagi, pakaian, rumah, tempat tinggal dan segala-galanya suami bagi...apa lagi nak disusahkan.

Anak lelaki lain, tanggungjawabnya besar dan berat terhadap kedua ibubapa, adik beradik perempuannya, isteri dan anak-anaknya, mencari nafkah dengan bekerja, menyediakan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan kepada isteri dan anak-anaknya. Begitu juga kewajipan terhadap orang tuanya terletak pada lelaki. Begitu beratnya tanggungjawab orang lelaki. Dan begitu beratnya bila disoal di akhirat nanti....

Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi tiap-tiap muslim sama ada lelaki mahupun wanita. Bagi wanita yang telah berkahwin menuntut ilmu sampai ke peringkat tinggi tidak semestinya kena bekerja kerana nafkah itu terletak pada suaminya melainkan jika suaminya mengizinkannya untuk bekerja. Bagi wanita yang belum berkahwin, mungkin dia perlu bekerja untuk menyara dirinya. Tetapi dia masih di bawah tanggungan kedua ibubapanya dan menjadi tanggungjawab ibu dan bapanya untuk menjaganya dan haram dia keluar rumah tanpa ditemani muhrimnya. Ada pendapat mengatakan "belajar tinggi-tinggi tapi tak kerja hanya jadi suri rumah". Menjadi suri rumah pun memerlukan pendidikan. Nak ajar anak-anak tentang agama, ilmu duniawi dan macam-macam lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 00:04


Assalamu-alaikum

Emmm.... saiful ni dah kahwin ka belum?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 01:07




entahlah...ini pendapat ana aje. sometimes perempuan nak kerja bukan disebabkan apa, cuma perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal. kerana dunia sekarang ni dah macam2 kan. if they get marry..okaylah..jadi suri rumah, lepas tu perceraian berlaku. bagaimana si isteri ni nak menyara anak2nya.? thats why, perempuan ni..belajar tinggi2 dan ada setengah tu keje sebab nak kumpul duit ..beli rumah,kereta and so on..persiapan ..in case si suami ceraikan mereka. takdelah si isteri merempat. ana rasalah. maaf kalau ana silap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 24-02-05 11:42


hmm zaman sekarang ni dah lain...
ekonomi dah tinggi..
so isteri kenala membantu suami...

Tak salah isteri bekerja asalkan tempat itu selamat..
jauh daripada maksiat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

umie81
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10978
Posting: 86
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 12:25


assalamualaikum..
bekerja utk bantu keluarga.....
tiada niat lain yg tersirat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For umie81Profil   Hantar PM kepada umie81   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 24-02-05 12:34




ana setuju ngan, sharifahnatasha in case klau kena cerai... menangis tak berlagu, ler jawabnyer yek???
Satu laie ana nak cakap, ni pasai org pompuan belajoq tinggi2, Kan baik kalau dalam 1 negara tu semua orang berilmu tak mengira status atau jantina. Pada ana, kalau berkerja pun seorang perempuan still can be a good wife... Its a challenging for her, TUL TAK ORANG POMPUAN SUME??? Kena BEWARE LER sebelum berlaku ape2, maner ler tau kalau suami tak panjang Umo' and satu laie, sekurang2 pendapatan isteri boleh simpan buat anak2 lanjut pelajaran/ tak ler loan kat PTPTN, TUL TAK POMPUANNNNN?



Yang Kurik itu kundi, yang merah itu saga...
Yang baik itu budi, yang Indah itu bahse


Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 24-02-05 13:18


isteri keje..tak salah...kalau isteri kite nak keje...biar jela die keje...
TAPI...
isteri keje..untuk membantu suami..
so..yang sepatutnya..semua gaji si isteri..kene bagi pada suami..
inilah yang di maksudkan membantu suami...bukannya gaji dia tu..simpan dalam bank..gune duit suami je...
kalau centu..baik tak yah keje...cuz...walaupon si isteri dah ade pendapatan isteri..tapi masih susahkan suami...

korang paham tak neh....


Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 20:11




kalau ikutkan agama,mana ada semua duit isteri nak kena bagi si suami.. melainkan kalau si isteri tu rasa nak tolong. kalau ikutkan tanggungjawab suami ialah memberi nafkah kepada si isteri. dia tak boleh guna duit isteri sewenang2nya tanpa pengetahuan si isteri. ingat tak dalam akad nikah.. tanggungjawan suami..bila belajar tingkatan 5.? bukannya si isteri kena bagi nafkah pada suami. itu sahaja dari ana. maaf kalau ana ada tersilap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

strawberri
Warga 5 Bintang
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13269
Posting: 391
Dari: Alaska Timur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 21:34


lelaki sekarang bukan semua bertanggungjawab....banyak benda boleh terjadi di masa hadapan..belum kahwin memang la janji macam2..xyah keja la dok rumah jaga anak tp bila dah kahwin, masalah kewangan menimpa2.last-last cerai tinggal la si isteri yang tak keje tu bersama anak2nya.. macam mana nak sara hidup?

Bookmark and Share

    


  Member Information For strawberriProfil   Hantar PM kepada strawberri   Pergi ke strawberri's Website   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-02-05 21:55




Saya bukannya apa, takut kaum hawa ni terdedah dengan fitnah di luar yang agak mencabar. Dan bimbang jugak nanti kaum hawa mengungkit di belakang hari bila suami suruh masak suruh itu suruh ini..., dia jawab "abang ingat saya duduk saja ker, saya pun penat bang...saya pun kerja jugak macam abang..." Dan kaum wanita yang taatkan suaminya diberi ganjaran syurga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-02-05 21:57


cik mawa, saya belum kahwin lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

JuStIsLaM
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 22:03



YES!!!! ana sangat sangatlah bersetuju dengan pendapat sharifah natasha.
cubalah kaum adam berfikir kenapa kebanyakan wanita terutamanya di Malaysia memilih untuk bekerja walaupun telah berumah tangga... sebabnya ialah - sebagai insurans!!
bukan sekali 2 kite dengan pasal lelaki yang bercerai dengan 'isteri lama' setelah berjumpa dengan pasangan yang lebih 'menarik'. Di Malaysia ni, cerita mcm tu terlalu biasa dah ... so, wanita pun kenalah bersedia... sediakan payung sebelum hujan gitu .. hehehehe... kat afrika lainlah, manader org cerai cerai ...

tentang hal isteri KENA bagi nafkah kat suami, sekali lagi saya bersetuju dengan sh. natasha. Islam outline dengan jelas, nafkah = tanggungjawab suami! walaupun isteri itu bekerja, tanggungjawab tu tak jatuh kepada isteri, still merupakan bidang tanggungjawab suami!!. Samalah dengan si isteri, walaupun dier bekerja, t'jawab menjaga rumah & suami pun tak jatuh jugak....masih tanggungjawab isteri..

anyways, ni hanya pendapat saya... kalau salah, saya minta maaf la ek ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuStIsLaMProfil   Hantar PM kepada JuStIsLaM   Quote dan BalasQuote

nanalah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.10.2003
Ahli No: 4591
Posting: 93
Dari: sungai besar

Selangor  


posticon Posting pada: 25-02-05 16:56


sy setuju tu..
lagipun kat afrika mungkin lelaki nyer rajin2
tapi cuba tgk kat m'sia nie...ada sedikit....sedikit yer...bkn semua...yg malas bekerja, mengharapkan gaji isteri utk menampung hidup dorang tu...pastu apa dorang buat hanya goyamg kaki..bila x dpt duit..belasah isteri...
yg merana isteri/perempuan....
hanya yg sabar..dan teramat cintakan suami nyer ajer yg sanggup hidup ngan dorang tu.....
tp hidup merana.....so perempuan kerja kerna nak tampung hidup dia.....klu harap suami yg malas....hidup kebulurlah..anak2 pun terabai...

maaflah yer klu kenyataan sy tu terlampau.....
sila betulkan apa yg salah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nanalahProfil   Hantar PM kepada nanalah   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 25-02-05 17:07


Wawa kerja sbb Wawa minat.., berdasarkan pemerhatian Wawa pada fenomena skang ni, Wawa tak boleh bergantung kepada bakal 'suami' Wawa nanti.. al-maklum, kalau dia orang susah, tak kan Wawa nak duduk goyang kaki jer kat umah?? Duit amat penting bagi Wawa, Dgn duit kita boleh beli segala keperluan dan pastinya kehidupan kita bertambah selesa.. Kalau nak diikutkan hati, Wawa mmg nak duk umah jaga keluarga dan keluarga mertua tapi....ntahlah.. Boleh ker ek??

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 17:27




ermm... mcm2 pendapat ek?? actually, kebanyakan wanita/isteri yg berpelajaran tinggi atau tak tinggi skali pon, diorang ni keje utk tampung keperluan hidup... takkan dari kecik sampai beso@tua nak ditanggung makan minum? dok goyang kaki je unggu org hulur je...ni nak jadi pemalas ade laa... bagi akak sendiri, akak keje sbb akak suke, minat dan nak cari salah satu kepuasan/kebahagiaan hidup... kalu dok umah je, mau beku la kot... dulu2 zaman belum dapat keje lps abis study, berbulan2 dok umah pon dah naik jemu...

lagipon, zaman skang ni wanita/isteri bekerja untuk bantu ringankan beban suami/mak ayah menanggung ahli keluarga... bukannye nak simpan duit tu utk diri sendiri je.... tak salah wanita/isteri bekerja asalkan sesuai dgn fitrahnya sbg seorg wanita dan dia mampu melaksanakan kerjanya dgn sebaik mungkin... Sedangkan Saiyidatina Khadijah r.a. isteri kesayangan Rasulullah s.a.w. pon merupakan seorang ahli perniagaan wanita yang disegani, hartawan lagi dermawan... Khadijah masih mampu menjadi isteri dan ibu yang baik juga kan???

so, rasanya tak salah wanita/isteri nak bekerja asalkan tahu tanggungjawabnya di rumah... think positive n be postive.... baik lelaki, baik perempuan, bila tahu tanggungjawabnya dan tunaikan amanah tersebut pasti aman dunia ni...

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 21:15


Assalamu-alaikum
Quote:

On 2005-02-24 21:55, saiful wrote:


Saya bukannya apa, takut kaum hawa ni terdedah dengan fitnah di luar yang agak mencabar. Dan bimbang jugak nanti kaum hawa mengungkit di belakang hari bila suami suruh masak suruh itu suruh ini..., dia jawab "abang ingat saya duduk saja ker, saya pun penat bang...saya pun kerja jugak macam abang..." Dan kaum wanita yang taatkan suaminya diberi ganjaran syurga...



Buang sajalah kemusykilan awak tu jauh2. Tanggungjawab suami ialah mendidik isterinya. Jadi, isteri yg dibekalkan dgn didikan yg baik tak mungkin berkelakuan/merungut macam tu..... Jgn susah hatilah kawan cumanya takut2 nanti bila selalu sgt dok pikir benda ni..... kerja... tak kerja... kerja ...tak kerja.... sampai tua kita tak kahwin!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 21:21


Quote:
Saya bukannya apa, takut kaum hawa ni terdedah dengan fitnah di luar yang agak mencabar. Dan bimbang jugak nanti kaum hawa mengungkit di belakang hari bila suami suruh masak suruh itu suruh ini..., dia jawab "abang ingat saya duduk saja ker, saya pun penat bang...saya pun kerja jugak macam abang..." Dan kaum wanita yang taatkan suaminya diberi ganjaran syurga...



Suami adalah pemimpin bukan pengarah.

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

khausar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2004
Ahli No: 11904
Posting: 69
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 26-02-05 21:43


issh2 tak patutlah..
perempuan tak salah kalau bekerja..
kita hendaklah pandai bahagi masa atra kerja n family..
sebenarye produktiviti negara byk disumbangkan o prmpuan..
perempuan bayak, berniaga boleh menigkatkan ekonomi negara..
lagi stu ketelitian permpuan boleh juga bantu negara dalam sektor pegurusan dan juga kewangan..
so kewujudan perempuan bukan semata2 untuk kesejahteraan keluarga tapi juga untuk agama, bangsa dan negara..

Bookmark and Share

    


  Member Information For khausarProfil   Hantar PM kepada khausar   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-02-05 22:53




Sebenarnya ada kebaikan dan keburukan sama ada seorang wanita tu bekerja atau tidak bekerja...pada pendapat saya...tak kisahla kerja ke tak kerja...asalkan kalau dah kawin tu kena minta izin suami dulu...kalau suami tak izin tak blh nak buat apalah...

a) Kebaikan wanita bekerja:
Dia boleh bantu suami dr segi kewangan, blh praktikkan apa yg dia blaja dulu dan juga cm syarifahnatasha kata leh jdkan sbg sandaran atau jaminan if anything happen cthnya suami suami tu meninggal dunia atau menceraikan wanita itu...(get ready la kata omputih)yg kedua..at least kalau kita keja...agak sshla skit kaum laki ni nak pijak kepala kita atau mainkan kaum wanita ni...bukannya maksud saya kalau wanita tu x bekerja dia senang ditindas lelaki tp maksud saya...at least kalau kerja tu...bykla dpt pengalaman so bila byk pengalaman makin matangla seseorg wanita tu..kan ke pengalaman tu mengajar kita erti dewasa...

b) Keburukan wanita bekerja lak:
Dia takleh tumpukan sepenuh perhatian kepada anak2 dan suami...yelah sibuk bekerja...agak susahla skit nak bahagikan masa tu...mana nak masak lagi...nak kemas rumah lg...nak tgk homework anak lg...nak layan suami lg...tapi yg bijak bahagikan masa tu takda masalahla...yg kedua mmg byk dugaan dan godaan di luar sana...wanita yg kuat iman tu no hal la tapi yg x pandai jaga diri dan cepat tergoda mmg masalahla...yg ketiga...mungkin wanita yg bekerja ni dia agak demand skitla tambah2 kalau suami tu berpendapatan rendah dr isteri..mungkin akan terjadi perkara ungkit mengungkit antara suami isteri...jgn salah paham lak... maksud saya tak semua wanita cmtu... sesetengah ja yg 'peel' cmtu...

a) Kebaikan wanita yg tidak bekerja:
Dia boleh tumpukan sepenuh perhatian kepada suami dan anak2...tak silap sayala...anak2 lebih suka kalau ibu mereka tidak bekerja...mereka blh manja2 dan luangkan masa bersama ibu mereka...suami pun suka kalau blk rumah isteri ada depan mata sambut mereka pulang...bg wanita yg blaja tinggi2...x payah risau sbb mereka blh didik anak2 mereka dgn ilmu yg ada...xda lg istilah "blaja tinggi2 tp last2 duk kat dapo gak"...mereka blh gunakan ilmu yg ada utk mendidik anak2 mereka...suami pun tak risau apa yg terjadi di luar sana(isteri main kayu tiga) sbb mereka tau isteri ada di rumah setiap masa menanti kepulangan mereka(tp ada gak kes isteri yg 24 jam duk umah tp main kayu tiga..apa kes tu??

b) Keburukan wanita tidak bekerja:
Emm cm sharifahnatasha kata...if anything happen to us(wanita) terkontang kantinglah cari tempat berlindung at least kalau bekerja tu ada la gak jaminan hidup...kalau kena tinggal suami pun life still can go on...still leh bg anak2 makan2...yg kedua...mesti terdetik skit dihati..."aku penat2 blaja tinggi2 tp kena duk umah takleh keja" maknanya tak dpt kepuasan bekerja...tak sempat nak enjoy bekerja...mesti tertekan ja duk kat umah tambah2 lak wanita yg sebelum kawin mmg gila keja tup tup lps kawin suami tak bg keja...aduhh tensennya rasa...pastu takleh nk cari pengalaman hidup/kerja...at least kalau bekerja tu level kematangan kita akan meningkat...so takdala asyik ditindas kaum lelaki ja...ye dak??

Apa pun...pendapat saya kalau wanita tu blm berkahwin mmg patutla dia bekerja...leh rasa camana ada duit sendiri..leh berdikari...leh bg ibu bapa kita rasa duit kita..leh cari pengalaman...best sebenarnya bekerja...kalau yg minat bekerja tu mmg leh rasa kepuasan bekerja...kalau lps kawin nak keja pun xda masalah janji dpt greenlight dr suami dulu..kalau suami tak izin..takleh buat apa la..ini sekadar pandangan dr saya...yg baik tu dtg dr Allah yg buruk tu dr diri saya sendiri...kalau ada salah sila2 la tegur...setiap teguran itu leh mematangkan kita...Wallahua'lam...



[ Posting ini telah di edit oleh: Rindu_Rahayu pada 2005-02-26 23:46 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 23:04


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah wanita muslimah bekerja atau tidak itu bergantung pada keadaan atau prioriti. Sekiranya wanita itu sememangnya layak untuk kerja tersebut dan tidak ada halangan untuknya bekerja contohnya masalah suami atau anak dan sebagainya maka silakan kerja.

Tetapi sekiranya ada lelaki yang melamar dimana lelaki ini seorang yang soleh dan beriman dan mampu menjaga segala-galanya termasuk faktor ekonomi serta berjanji untuk bantu keluarga wanita muslimah maka tidak apa kalau tidak bekerja.

Cuma yang penting ialah nawaitu wanita itu bekerja dan juga sama ada memudahkan fitnah berlaku sekiranya bekerja maka perlu difikirkan. Belajar mencari ilmu memang untuk diamalkan tetapi yang jelas ilmu itu boleh dipraktikkan dalam aspek rumahtangga juga. Seorang isteri dan ibu yang ada pendidikan beza dengan isteri dan ibu yang sekedar lulus minima spm. perhatikanlah...

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu". (QS Muhammad:7)



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 23:27


Quote:

On 2005-02-26 23:04, ummimq wrote:
Belajar mencari ilmu memang untuk diamalkan tetapi yang jelas ilmu itu boleh dipraktikkan dalam aspek rumahtangga juga. Seorang isteri dan ibu yang ada pendidikan beza dengan isteri dan ibu yang sekedar lulus minima spm. perhatikanlah...



Apakah sekedar lulus minima spm yg menjadi ukurannya? Kasihanlah kat isteri2 & ibu2 yg "minima" kelulusannya tu... kebolehan mrk didlm rumahtangga telah dinafikan secara tidak lansung dan banyak jugak yg dok bercerai-berai tu adalah tergolong dlm mereka yg berkelulusan "maksima" .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

imansyazwani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 14745
Posting: 252
Dari: kuala kangsar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-07-05 16:42


assalamualaikum!!
iman rasa perkara ini
bergantung pada individu itu sendiri...
dan bergantung juga pada kemampuan lelaki tersebut!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For imansyazwaniProfil   Hantar PM kepada imansyazwani   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-07-05 17:21


ada seorang rakan saya waktu di sekolah dahulu, best student dan 4 flat untuk kesemua semester. Kini ambil medicine di oversea. Tapi, cita-citanya hanya belajar tinggi-tinggi dan sebaik mungkin, dan kemudian tak kerja. Hanya dedicate masa untuk suami dan anak-anaknya aje... tu lah cita-citanya.. huhuh kagum betul saya!

:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-07-05 18:17


ana lebih suka isteri ana bekerja dirumah :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-07-05 11:58


isteri kerja atau tak kerja....semuanya terletak pada tangan suami...tapi bagi saya...tak salah kalau si isteri tu keluar bekerja asalkan tahu menjaga diri dan batas-batas pergaulan cukupla...silapnya orang kita sekarang...sambil kerja sambil minum air tanpa berfikir bahawa diri sudah dimiliki...cuba kita lihat di negara arab sekarang...kerajaan mereka juga telah menggalakkan wanita supaya bekerja...kalau tak macam katak di bawah tempurung lah wanita zaman sekarang...kalau nak buat jahat tu duduk di rumah pun boleh...tak kira tempat...gara-gara wanita dilarang bekerja,boleh dikatakan di setiap negara wanita dipandang rendah tanpa memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan kebolehan masing-masing...memangla tak dinafikan bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin kerana hanya mempunyai satu akal sahaja tapi kadang-kadang buah fikiran wanita juga penting dalam pentadbiran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 04-07-05 12:06


bunyinya macam pejuang hak asasi wanita saja SautulJannah ni.

ps: tak salah wanita bekerja asalkan diizinkan suami.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

cahayainsani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 11:13


Assalamu'alaikum...
saya bekerja adalah untuk membantu keluarga...
dan menyambung pengajian tiada niat lain selain itu...
Wassalam...
Moga Allah murahkan rezeki kita semua...
Amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayainsaniProfil   Hantar PM kepada cahayainsani   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 14:40


Amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 16:16


keadaan semasa kadang-kadang menuntut sama..

ana akan bekerja selagi mampu dan selagi diperlukan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 16:26


Assalamualaikum


kalau nak membantu diri,suami dan keluarga ...
tak nampak Kenapa tak nak bekerja ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

mukasyaf
WARGA SETIA
Menyertai: 28.06.2005
Ahli No: 16905
Posting: 1367
Dari: bumi Allah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-07-05 16:30


ok..setuju dengan zulman dan RuMaishaaa.

ps: kerja saja lah. asalkan halal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukasyafProfil   Hantar PM kepada mukasyaf   Quote dan BalasQuote

SautulJannah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.04.2005
Ahli No: 15806
Posting: 153
Dari: ippm

Kelantan  


posticon Posting pada: 02-08-05 06:27


saya ni bukannya nak memperjuangkan hak asasi wanita mukasyaf...mungkin masa sekolah dulu saya tak sedar hal ni...tapi dalam course yang saya ambik skarang ni...ada subjek yang berkaitan dengan gender stereotype...mungkin sebab tu saya dah lebih buka mata agaknya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SautulJannahProfil   Hantar PM kepada SautulJannah   Quote dan BalasQuote

syahbi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2005
Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 02-08-05 06:46


isteri kerja....kalau suaminya izinkan rasanya memang tak salah,lagilah keaaan ekonomi sekarang ini..rasanya kalau suami saja yang kerja memang tak cukup,lagi kalau dah ada anak yang bersekolah,yang masuk universiti...tapi kalau pendapatan suami tu cukup untuk menampung seluruh keluarga tak kisah....tapi whatever pun itu cuma pendapat saya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahbiProfil   Hantar PM kepada syahbi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.137404 saat. Lajunya....