Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 159
Ahli: 0
Jumlah: 159




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 23 hari yang lalu
Kang: 42 hari yang lalu
lidah-penghunus: 44 hari yang lalu
muslimin23: 52 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: ''Kami malu bertugas di Jawi''


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» ''Kami malu bertugas di Jawi''

Please Mendaftar To Post


Oleh ''Kami malu bertugas di Jawi''

ibnzayyat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11234
Posting: 64
Dari: Ateee Komee

Perak   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 17:30



Wednesday, February 23 @ 11:18:09 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - "Saya malu nak kata pada kawan-kawan bahawa saya kakitangan Jabatan Agam Islam Wilayah (Jawi) setelah Jawi beberapa kali membatalkan samannya terhadap orang berkedudukan tinggi,"keluh seorang kakitangan Jawi yang menghubungi Harakah semalam.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, hampir keseluruhan kakitangan Jawi berasa malu atas tindakan Pengarah Jawi, Ramli Endut yang membatalkan semula saman ke atas pelakon, Jeslina Hashim minggu lalu.
Ujarnya, sebagai seorang Pengarah jabatan agama Islam, Ramli tidak sepatutnya membatalkan saman terhadap Jeslina kerana moralnya akan memberi impak negatif kepada Jawi.

Hingga ke hari ini kata beliau, ramai pihak yang berurusan dengan Jawi terutamanya mereka yang disaman atas kesalahan zina dan sebagainya melontarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan jawi ketika berurusan.

Katanya, ada yang cuba memperlekeh Jawi setelah Jawi membiarkan Jeslina mengeluarkan kenyataan menghina Jawi.

"Kami bersusah payah menjalankan tugas termasuk di waktu malam semata-mata untuk menguatkuasakan undang-undang.Bagaimanapun akhirnya oleh kerana tekanan dari pihak tertentu, orang yang ditahan bebas dari dakwaan,"kata sumber itu.

Katanya lagi, rata-rata kakitangan kecewa dengan tindakan Ramli yang langsung tidak mempertahankan tindakan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang yang mereka lakukan.

Bagi kakitangan bawahan, mereka berasa malu dengan sikap Ramli yang mencemar imej badan agama dan akta yang dikuatkuasakan.

Selain itu, sebagai kakitangan beliau turut kesal beberapa pemimpin negara termasuk Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil yang memberi tekanan kepada Jawi supaya mengugurkan kes Jeslina.

Kata beliau, dengan hasil campurtangan beberapa individu berkepentingan, pesalah maksiat dilepaskan begitu sahaja sementara penguatkuasa Jawi menangggung malu akibat tindakan pihak atasan itu.

Sementara itu, Ramli yang mula bertugas sebagai Pengarah Jawi pada 16 September 2003 telahpun menamatkan perkhidmatannya pada 21 Februari 2005.

Persaraan beliau dari jawatan Pengarah Jawi ketika isu Jeslina hangat diperkatakan memberi kesan buruk kepada imej Jawi.

Sumber berkata, persaraan beliau memperlihatkan Ramli seorang tokoh yang gagal mempertahankan imej Jawi sebagai badan agama selain memberi gambaran buruk di mata masyarakat mengenai kredibiliti Jawi itu sendiri.

Menurut sumber, majlis perpisahan yang dianjur Jawi di Pusat Islam (21 Februari 2005) menelan belanja yang tinggi.Kata sumber itu, belanja makan bagi tetamu di kalangan orang biasa mencecah RM18 satu kepala sementara bagi orang kenamaan mencecah RM28 sekepala.

Jumlah jemputan ialah seramai 1000 orang di mana 800 orang biasa dan 200 kenamaan.

Ujar sumber, kakitangan bawahan berasa malu dan kesal Rami sanggup membelanjakan wang yang begitu banyak untuk majlis perpisahan sedangkan dalam masa yang sama, kakitangan terpaksa berasa malu dengan tindak tanduknya berhubung kes Jeslina.

Pada 13 Januari lalu, Jeslina dan beberapa rakanya ditahan di Kelab Malam The Zouk, Jalan Ampang berikutan dakwaan berkelakuakn tidak sopan.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari, media mula melaporkan bahawa Penguatkuasa Jawi mencabul hak asasi Jeslian dan bebera tahanan lain.

Selepas media melaporkan isu itu, beberapa pemimpin negara termasuk Shahrizat, Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad dan Presiden Sisters In Islam, Zainah Anwar melontarkan kecaman terhadap Jawi.

Kecaman dan tekanan itu mengakibatkan, Jawi melalui Pengarahnya membataklan semua dakwaan ke atas Jeslina dan beberapa rakanya.

Kenyataan Jawi itu kemudian mendapat respons negatif di kalangan pertubuhan Islam termasuk Dewan Pemuda PAS Wilayah, Pemuda PAS Pusat, Jemaah islah Malaysia (Jim) dan beberapa badan lain.

Mereka mengecam tindakan Jawi yang dilihat mencemar kredibiliti badan perundangan Islam itu. - mks.

p/s oh tanah air ku ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnzayyatProfil   Hantar PM kepada ibnzayyat   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 17:34


pandangan Allah selayaknya lebih utama drp pandangan manusia yg lemah!

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 17:34


pandangan Allah selayaknya lebih utama drp pandangan manusia yg lemah!

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 23-02-05 17:42



ya belajar sayangkan diri..janganlah nak buat benda yg tak elok...

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

uqbah_ibnu_amir
Warga Rasmi
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14560
Posting: 4
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 23-02-05 18:38



harap2 ulama' dan umara' bergandingan..insyaallah ,negara maju ALLAH redha kan takbir..ALLAHHUAKBA

Bookmark and Share

    


  Member Information For uqbah_ibnu_amirProfil   Hantar PM kepada uqbah_ibnu_amir   Quote dan BalasQuote

tinta_musleh
Warga Rasmi
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14566
Posting: 11
Dari: tanjung karang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 20:12


diharapkan tindakan yang berlandaskan agama pada masa hadapan tidak akan dipengaruhi mana2 pihak..tidak mengapa dikecam pihak berpengaruh di dunia tapi jangan sampai dikecam di akhirat...(dilaknat Allah) subhanallah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tinta_muslehProfil   Hantar PM kepada tinta_musleh   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 23-02-05 23:30


Ini adalah bukti pertama kerapuhan dan kelemahan Islam Hadhari yg popular sekarang nie....amal ma'ruf kemana, nahi mungkar ke mana.

Kenapa takir balik pertuduhan??
Kenapa perlu takut dgn artis??
Kenapa perlu takut dgn Shahrizat???
Kenapa perlu takut dgn org2 politik??
Kenapa perlu takut dgn pihak pemerintah yg zalim??
Kenapa kenapa kenapa and kenapa????

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 23:56


Assalamu-alaikum

Ha.. ya lah tu.... malu nak ngaku staff JAWI, so tunggu apa lagi? BLAH la... resign saja dr situ! Bukannya dia tak tahu yg JAWI tu di bawah kerajaan mana sekarang ni. Kes2 lain yg JAWI tak boleh settle tak pulak dia rasa malu... apalah punya org! Cukup bulan terima gaji, sapa yg bayar kat dia? makan kenyang, tidur lena... eeeeee memang tak malu!!!

..."Bagi kakitangan bawahan, mereka berasa malu dengan sikap Ramli yang mencemar imej badan agama dan akta yang dikuatkuasakan. ".....

Dah... pak sanggup ni pulak yg kena hentam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 01:24




biarkanlah...yang ana tahu..kalau terlepas kat dunia kat akhirat kelak terimalah padahnya. ana malas nak salahkan sesiapa...sebabnya kita tidak tahu siapakah yang benar atau salah..tapi yang pasti..Allah itu Maha Adil. we just wait n see wat happen..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-02-05 01:34


... keranamu malaysia..apa saja leh berlaku krn malaysia boleh... bila artis disanjung ulama' dipancung...awat ustz2 yg promote islam hadhari sangap jaa....malu kaa???

..............................................

"Kekasih pilihan Allah dihadiahi dugaan hebat tanda kasihNya. Tidak dibiarkan lena dalam dakapan lazat melimpah. Tetapi, dihidangkan keperitan susah dan payah yang tiada sudah."


Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-02-05 08:29


tak baik kutuk diorang mcm tu... kita tak keje kat situ.. sbb tu bleh ckp mcm2. skrg ni boleh la cakap besar... diorang tak tegas la ape lah... cuba kalau kita yg berada di tempat diorang tu.. mcm mana la agaknyer yer..???!!

jgn ckp besar laaa....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

zaiturqin
Warga Rasmi
Menyertai: 11.01.2005
Ahli No: 13657
Posting: 14

Kelantan  


posticon Posting pada: 24-02-05 10:41


Kalau macam mana nilah tindakan kerajaan di bawah pimpinan islam hadhari, macam mana nak banteras maksiat yang berleluasa, yang haram dikatakan halal , yang halal di katakan haram.

mana amar makruf nahi mungkar??

inikah negara islam yang perjuangkan hak islam , dimana JAWi sendiri tidak mampu nak ambil tindakan, hanya terkebil-kebil sahaja.

sedihnya ana kalu beginilah kerajaan Malaysia

YA ALLAH SELAMATKAN KAMI
YA ALLAH SELAMATKAN KAMI
YA ALLAH SELAMATKAN KAMI...

BANTULAH KAMI DARI GOLONGAN MEREKA YANG ZALIM, BANTULAH KAMI DRP GOLONGAN YANG MENENTANG KAMI ...AMIN



Bookmark and Share

    


  Member Information For zaiturqinProfil   Hantar PM kepada zaiturqin   Quote dan BalasQuote

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 25-02-05 11:42




"""Ha.. ya lah tu.... malu nak ngaku staff JAWI, so tunggu apa lagi? BLAH la... resign saja dr situ! Bukannya dia tak tahu yg JAWI tu di bawah kerajaan mana sekarang ni. Kes2 lain yg JAWI tak boleh settle tak pulak dia rasa malu... apalah punya org! Cukup bulan terima gaji, sapa yg bayar kat dia? makan kenyang, tidur lena... eeeeee memang tak malu!!!

..."Bagi kakitangan bawahan, mereka berasa malu dengan sikap Ramli yang mencemar imej badan agama dan akta yang dikuatkuasakan. "..... """"""

mawa..mawa..kalau ana pun rasa malu gak dituduh macam tu..diorang menjalankan tgjawab tangkap si pesalah tetiba orang tuduh mencabul la itu la inila...memang terbukti pun diorang salah sebab tu kena tangkap.faham!!!!xbaik tau...kes-kes lain tak dihebohkanmacam kes ni mawa.....maaf eh kalau ana terkasar bahasa..sorry....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 25-02-05 11:47




"""Ha.. ya lah tu.... malu nak ngaku staff JAWI, so tunggu apa lagi? BLAH la... resign saja dr situ! Bukannya dia tak tahu yg JAWI tu di bawah kerajaan mana sekarang ni. Kes2 lain yg JAWI tak boleh settle tak pulak dia rasa malu... apalah punya org! Cukup bulan terima gaji, sapa yg bayar kat dia? makan kenyang, tidur lena... eeeeee memang tak malu!!!

..."Bagi kakitangan bawahan, mereka berasa malu dengan sikap Ramli yang mencemar imej badan agama dan akta yang dikuatkuasakan. "..... """"""

mawa..mawa..kalau ana ditempat pekerja jawi tu pun ana rasa malu gak dituduh macam tu..pekerja jawi menjalankan tgjawab tangkap si pesalah tetiba diorang dituduh mencabul si jeslina n kawan la itu la inila...Beberapa pemimpin negara termasuk Shahrizat, Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad dan Presiden Sisters In Islam, Zainah Anwar melontarkan kecaman terhadap Jawi sebab tangkap si jeslina kan??memang terbukti pun diorang salah sebab tu kena tangkap.JAWI ditubuhkan untuk tujuan macam ni la..faham!!!!xbaik tau.......maaf eh kalau ana terkasar bahasa..sorry....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 21:26


Assalamu-alaikum

.... resign saja, full stop! Org tu memang dah tak puas hati dgn majikan dia dan org tu jugak dah "memalukan" majikannya dgn menceritakan sedikit sebanyak keburukan majikannya kat org lain(Publish dlm paper pulak tu!)! Dia yg kononnya nak menegakkan kebenaran tapi dia sebaliknya dah mengotorkan periuk nasiknya sendiri. Gaji yg dia dpt tu mcm mana pula sebab dia dah tak ikhlas dgn majikannya?!?!??!?!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 29-03-05 03:32




yg salah bukan JAWI tp (bekas)pengarahnya....

JAWI masih relevan...

tp yg jadi masalah ialah sesetengah org memusuhi JAWI dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri...

ape sebabnya?....

patut mane yg baik disokong,mane yg buruk ditegur...

jgn dikondem terus...

mcm ada sorang imam masjid di KL, menuduh imam JAWI masjid ni dgn mcm2 tuduhan....dia tak tau ke yg tauliah imam dia tu sape yg kasi...

katakanlah MAIWP yg kasi tauliah,bukan ke MAIWP tu adik beradik JAWI?

jadi jgn rasa malu bekerja dgn Jabatan Agama sbb kita bekerja untuk Islam untuk bekerja untuk makan gaji je...



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118713 saat. Lajunya....