Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 102
Ahli: 0
Jumlah: 102




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 6 hari yang lalu
Kang: 25 hari yang lalu
lidah-penghunus: 27 hari yang lalu
muslimin23: 35 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pengalaman saksi korban menggelupur menginsafkan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pengalaman saksi korban menggelupur menginsafkan

Please Mendaftar To Post


Oleh Pengalaman saksi korban menggelupur menginsafkan

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-01-05 13:07


DALAM masa terdekat ini, kita akan melangkah ke bulan terakhir dalam takwim 1424 Hijrah iaitu Zulhijah. Pada bulan ini Allah menganugerahkan kepada umat Islam suatu hari kebesaran iaitu Hari Raya Korban. Dan hari kebesaran itu pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat bersamaan 10 Zulhijah atau 21 Januari 2005. Dalam kegembiraan menyambut Hari Raya, umat Islam yang berkemampuan pula dituntut melakukan ibadat korban. Ibadat korban bermaksud menyembelih haiwan tertentu seperti unta, kerbau, lembu atau kambing pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijah.

Kali ini saya hendak berkongsi pengalaman berkorban pada Hari Raya Aidiladha tahun lepas di kampung iaitu di Kelantan.
Sambutan Aidiladha di Kelantan memang meriah berbanding sambutan Hari Raya Aidilfitri tetapi di Kuala Lumpur sebaliknya. Tetapi yang sewajarnya hari raya korbanlah sepatutnya di sambut dengan meriah dan ia pula di sambut selama tiga hari, malah kita disunatkan bertakbir dan tahmid selama tiga hari (hari tasyrik) dan dalam masa tiga hari inilah umat Islam dituntut menyembelih lembu atau kambing dan seangkatannya.

Biasanya, di Kelantan sebaik sahaja sehari berhari Raya Puasa orang-orang kampung di sana masing-masing bertanya khabar lembu korban yang akan disembelih pada 10 Zulhijah. Ia terlalu awal untuk ditempah tetapi inilah amalan yang sentiasa dipraktikkan oleh masyarakat di Kelantan. Semuanya tidak mahu terlepas untuk membuat amal ibadat.

Masing-masing ‘booking’ awal takut-takut tidak dapat bahagian pada Hari Raya Korban nanti. Pada waktu ini soal duit korban tidak difikirkan lagi, janji sudah ‘booking’ awal-awal. Takut terlepas.

Begitulah yang terjadi pada diri saya, saya berniat hendak satu bahagian korban jadi terpaksalah kena berkorban untuk korban lembu. Pada masa itu, satu bahagian RM250. Kalau tidak cukup bajet boleh tempah yang harga lebih murah sedikit iaitu RM180.

Kalau di kampung-kampung sehari sebelum ketibaan Aidiladha iaitu pada hari para jemaah haji berwukuf, keluarga yang melaksanakan korban itu akan bersiap sedia menyediakan rempah ratus untuk memasak daging korban. Bak kata ada yang nak buat sup tulang, masak kuzi, gulai, dalca, dan macam-macam lagi. Memang meriah.

Kebiasaannya satu keluarga akan merebahkan seekor atau dua ekor lembu korban untuk kaum keluarganya. Sebab itu suasana lebih meriah baik sehari sebelum atau selepas kenduri kendara. Terlebih dahulu dua pertiga daging disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi bolehlah buat kenduri.

Berdasarkan pengalaman saya mengambil bahagian korban lembu, ustaz memberitahu kita disunatkan melihat darah haiwan itu mengalir sebaik sahaja disembelih sehinggalah haiwan itu tamat riwayat hidupnya.

Apa yang saya lihat sendiri bagaimana lembu itu menghembuskan nafas dengan darahnya yang mengalir dan masih tersembur-sembur, serta menggelupur betul-betul menginsafkan.

Saat inilah kita harus niat berkorban kerana Allah Taala. Waktu ini tergambar bagaimana tulusnya pergorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang terpaksa melaksanakan perintah Allah SWT, dengan menyembelihkan anaknya Nabi Ismail a.s.

Pada zahirnya ia cuma pengorbanan seekor haiwan sembelihan, namun jika dikaji dengan teliti, ia adalah ujian Allah dalam melatih kita agar sentiasa bersedia untuk berkorban jiwa dan tenaga demi menegakkan agama Allah di bumi ini.

Dalam pada itu, amalan korban itu mempunyai kelebihan besar. Dilihat dari sudut kerohanian, ia dapat mengikis sifat bakhil kita untuk membelanjakan harta ke arah kebaikan. Ibadat itu dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan memberi kegembiraan dan kesenangan, terutama golongan fakir dan miskin bagi sama-sama merasakan keriangan hari raya.

Justeru, kita melakukan ibadat korban itu akan menambah lagi amalan kebajikan yang dilakukan, di samping menjadi sebagai penebus dosa kita. Sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korbanmu dan saksikan ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang lalu." (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibn Hibban).

Bahkan Islam mensyariatkan korban sebagai salah satu ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Di samping itu, ia mengingatkan kita terhadap kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. sebagai suatu ujian daripada Allah kepada hamba-Nya yang taat.

Ada banyak hadis yang menyebut keutamaan ibadat korban. Antaranya, hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah bersabda bermaksud: “Tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai oleh Allah daripada menumpahkan darah (ibadat korban)."

“Bahawasanya ia (haiwan yang dikorbankan itu) datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya dan bahawasanya darah (korban itu) mendapat tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi. Oleh itu hendaklah kamu berkorban dengan hati yang bersih." (Hadis riwayat al-Tarmizi)."

Melalui hadis ini, kita dapat dengan jelas bahawa ibadat korban adalah ibadat atau amalan yang disukai oleh Allah. Maka tentunya ia mendapat kemuliaan di sisi Allah pada hari kiamat kelak.

Akhirnya marilah kita sama-sama berdoa semoga setiap amal kebajikan yang kita lakukan, termasuk amalan korban akan diterima dan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: "Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai keredaan Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat menjamin. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang yang berbuat baik." (Surah al-Hajj, ayat 37).

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Korban dan berkorbanlah kerana Allah SWT. – lanh



Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 22-01-05 17:00


hmmm...waktu tgk lembu kena qurban...best sgt....tepikir lak camna laa kalau manusia yg kena qurban lak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 26-01-05 22:32


Wawa tak boleh tengok lembu kena sembelih... nanti Wawa yang cry..teringat laman web www.qoqaz.com yang memaparkan bagaimana orang Muslim disembelih oleh kuffar yahudi laknatullah! Betul2 tak boleh lupa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-01-05 22:39


Quote:

On 2005-01-22 17:00, Putra_Aiman wrote:
hmmm...waktu tgk lembu kena qurban...best sgt....tepikir lak camna laa kalau manusia yg kena qurban lak...






a'aa betul tuh ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 01:05


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah korban adalah satu ibadah yang mulia di sisi Allah SWT. Sekiranya Edul Fitri sekedar sehari saja haram puasa tetapi Edul Adha haram puasa sehingga empat hari - satu hari raya dan tiga hari tasyrik.

Bila kita nak korban lembu maka lembu itu adalah terpilih dan seringkali kita dengar cerita lembu yang lari dan juga tidak diketemu sehingga selesai hari tasyrik. Itu bermakna lembu tersebut tidak redha untuk menjadi lembu korban. Lembu korban mestilah bersih dan tidak cacat.

Bila nak korban seekor lembu mudah tetapi bila ada beberapa ekor lembu pastikan bila nak sembelih maka tumbangkan semua dulu dan ikat elok-elok serta letak kepala mereka agar selesa. Kemudian sembelih satu persatu. Sekiranya tidak ditumbangkan semua dulu maka akan sukar untuk menumbangkan yang kedua dan seterusnya sebab mereka tu dah bau darah kawan mereka yang disembelih kata oranglah.

Walau apapun beranikan diri untuk melihat darah yang mengalir dari sembelihan lembu atau kambing korban dan bayangkan setiap titis darah itu adalah ibadah yang niat korban.

Umi sudah berpuluh tahun lihat lembu dikorbankan dan seringkali umi bertutur lembut pada lembu-lembu yang sedang nazak agar redha kerana beruntung terpilih untuk ke syorga. Dan tutupkan mata mereka dengan daun pisang.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps -
"Cegahlah lisanmu dari mebicarakan orang-orang muslim, dan apabila salah seorang di antara mereka meninggal dunia, maka katakanlah hal-hal yang baik mengenainya". (HR Thabrani)


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nysa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5481
Posting: 91
Dari: BuMi

egypt  


posticon Posting pada: 27-01-05 09:34


hmm..pnh tgk lembu masa sembelih kt sek dulu..tak thn..rse cam nk muntah tgk darah..lg2 lak rse kesian..so,baik takyah tgk kalo kesian kan??

Bookmark and Share

    


  Member Information For nysaProfil   Hantar PM kepada nysa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.231525 saat. Lajunya....