Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 200
Ahli: 0
Jumlah: 200




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Ukhwah
Topik: Kawan baikku...


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» Kawan baikku...

Please Mendaftar To Post


Oleh Kawan baikku...

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-10-04 23:26


Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu.Contohnya tadi, aku betul-betul lupa,Su. Pagi tu, aku bangun lambat.Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk kekelas,mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun.Report makmal latihan la,latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la.Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu,macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke?
Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu.Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su.Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku.Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa,Su.

Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang,harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak! Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu.

Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap,biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje.Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab engkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-menber aku semua ajak keluar makan. Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la,macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar.Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member.

Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang,nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su,Zu,As,Mag dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar,Maghrib dan Isyak.Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan' kita yang sebenar,yang akan "backing" kita kat akhirat nanti.

Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.Wallahua'lam..



-----------------

Koleksi Busana


    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-10-04 23:57


macam mana bleh masuk isu semasa ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

angel_dust1412
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.01.2004
Ahli No: 6745
Posting: 99
Dari: Kuala Lumpur

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 24-10-04 08:01




Skali-skale nak tuka board
Isu semase pun jadilah yer??

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For angel_dust1412Profil   Hantar PM kepada angel_dust1412   Quote dan BalasQuote

mukmeen
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.04.2004
Ahli No: 8263
Posting: 31
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 24-10-04 08:54


sabar2...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmeenProfil   Hantar PM kepada mukmeen   Pergi ke mukmeen's Website   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-10-04 14:52


mak aiii... best la citer nih... tapi tajuk dia cam x kene je....unsur pengajaran nih.... tangkap urat dalam.......sapa2 yg rajin buat perangai camni, ubah2 la.....

-----------------
kasih sayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-10-04 22:58




rasa2nye isu semasa pasal ramai yang kenkadang lupa atau bebuat lupa kawan yang lima tu.. .. cuma nak jadikan pengajaran jer kepada yang masih hidup hehe

-----------------

Koleksi Busana


    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

nUrIllaHi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.10.2004
Ahli No: 12050
Posting: 89
Dari: bumi ALLAH

blank  


posticon Posting pada: 28-10-04 13:15




Bookmark and Share

    


  Member Information For nUrIllaHiProfil   Hantar PM kepada nUrIllaHi   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 31-10-04 14:39


rasanya ramai yang tak sengaja melupakan sahabat kita yang bernama 'SU'.almaklumlah,sedang lena dibuai mimpi2 yang indah,tambahan pula suasana yang sejuk di subuh hari.tarik selimut...'zzzzz'(--_)

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-04 16:56


tunaikan lah solat walau dimana jua anda berada...assolatuimanuddin....'solat itu tiang agama'

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.569761 saat. Lajunya....