Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 106
Ahli: 0
Jumlah: 106




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: MALAM ISTIMEWA......


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» MALAM ISTIMEWA......

Please Mendaftar To Post


Oleh MALAM ISTIMEWA......

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 22-10-04 16:10




LAILATUL QADAR



Bismillahirahmanirahhim.





"…(iaitu) ada pada bulan Ramadhan. Kerana itu, hendaklah kamu mencarinya pada sepuluh hari terakhir. Kerana ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29, atau malam terakhir." - HR Ahmad



Lailatul Qadar adalah satu malam istimewa yang dikurniakan kepada umat Muhammad SAW lantaran kebimbangan Baginda terhadap usia umatnya yang semakin pendek. Bagi mengatasi keraguan ini, maka Allah SWT menurunkan malam Lailatul Qadar yang membawa pahala seperti beribadat selama 83 tahun. Ini bagi menyamakan jarak masa umat terdahulu dengan umat Baginda pada hari ini dalam mengerja dan mendapatkan pahala beribadat.

Suatu masa Baginda hendak memberitahu kaumnya mengenai tarikh Lailatul Qadar yang tepat tetapi terjadi satu pergaduhan di antara dua orang muslim. Jelas Baginda, maka itu rahmat (tarikh Lailatul Qadar) telah diambil kembali. Sesungguhnya perbalahan kerapkali menyebabkan kita kehilangan nikmat dan rahmat. Justeru, Baginda menyarankan kepada kaum muslimin agar menghubungkan silaturrahim kerana ia adalah amalan yang lebih baik daripada solat, puasa dan sedekah. Silaturrahim juga akan meningkatkan iman di dalam sesuatu kaum.

Pada zaman Rasulullah SAW, ramai ulama dan sahabat menyambut Lailatul Qadar dengan tekun mengerjakan ibadat. Rasulullah SAW sendiri tidak pernah leka dalam hal ini walaupun Baginda telah dijanjikan tempat di sisi-Nya. Malahan Baginda khusyuk beribadat sehingga kakinya bengkak tanpa memikirkan kesakitan yang ditanggung.

Kita sebagai umatnya juga harus mengikuti contoh ini. Tidak sepatutnya kita memilih untuk mengikuti sunnah Baginda yang dirasakan mendatangkan faedah yang besar kepada kita sahaja kerana sememangnya semua sunnah Nabi memberi faedah. Namun, apabila memperkatakan hal ibadat, jarang sekali kita mahu mencontohinya. Bak kata pepatah tepuk dada, tanya selera.

Perbanyakkanlah amalan pada Malam Lailatul Qadar seperti membaca Al-Quran, bertasbih dan bertahmid. Dan ia sesungguhnya boleh ditemui jika kita dapat membezakan malam tersebut dengan malam-malam sebelumnya.



Rasulullah SAW telah menjelaskan di antara tanda-tanda Lailatul Qadar ialah:

· Malam yang sepi, tenang dan bercahaya;

· Tidak panas atau sejuk (sederhana) seolah bulan memancar terang;

· Tiada petir atau kilat sabung menyabung sehingga subuh;

· Pada paginya matahari akan timbul tanpa pancaran cahaya, seperti bulan mengambang

Tanda ini amat jarang ditemui, kecuali tanda terakhir yang pernah terjadi. Andai bertemu dengan malam ini, maka ucapkanlah doa berikut yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosaku. Dikau suka mengampun, maka ampunilah daku."



Pada malam ini juga Jibrail a.s akan turun ke bumi dan mengarahkan setiap malaikat berkunjung, memberi salam dan berjabat tangan dengan mukmin yang sedang beribadat di rumah mereka. Namun malaikat-malaikat ini tidak akan mendatangi mana-mana rumah yang di dalamnya ada haiwan-haiwan peliharaan yang haram, penzina, juga rumah yang di dalamnya tergantung perhiasan atau gambar haiwan dan manusia. Justeru, awasilah perlakuan kita dan sentiasalah berusaha meningkatkan iman, terutamanya dalam Ramadhan ini.



Semoga bersua dengan Lailatul Qadar dan wassalam.





Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

penuntut_ilmu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1110
Posting: 180
Dari: Gedung Ilmu

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 17:44



mudah-mudahan kita semua diberi peluang utk bertemu 'Lailatul Qadar'...
amin...

-----------------
.::TERHORMAT DALAM DIAM::.
.::BERANI DALAM SEGAN::.
.::TENANG DALAM RAHSIA::.


Bookmark and Share

    


  Member Information For penuntut_ilmuProfil   Hantar PM kepada penuntut_ilmu   Pergi ke penuntut_ilmu's Website   Quote dan BalasQuote

epi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.12.2003
Ahli No: 6043
Posting: 86
Dari: penang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 22-10-04 17:48


insyaAllah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For epiProfil   Hantar PM kepada epi   Pergi ke epi's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 22-10-04 17:54




Semoga dapatlah ana ketemu dan beramal dimalam yang indah,mulia dan terbaik ni......

"Wahai Allah,sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun,suka keampunan maka ampunilah aku"



Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 09:02


InsyaAllah, sama2lah kita beramal utk mendapatkannya. Allahuakbar!

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 09:13



sya pun menunggu kedatangannya...
mudah-mudahan sya dapat merasainya....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 25-10-04 09:20




InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua akan bertemu dengan malam istimewa iaitu "Lailatul Qadar"....

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 09:34


Semoga kita dipilih oelh Allah swt utk beramal di mlm Lailatul Qadr.

Mafhum hadits,
"Seketika di jalan Allah lebih baik drp beribadah nafil di sepanjang malam Lailatul Qadr di hadapan hajarul aswad"

Mafhum hadits,
"Barangsiapa membaca surah tabarakallazi dan alif-lam-mim-sajadah di antara waktu maghrib dan isyak, maka ganjarannya seolah-olah dia beribadah di sepanjang malam Lailatul Qadr di hadapan hajarul aswad"



Kepada semua muslimin, sama-samalah kita niat dan azam untuk i'tikaf pada 10 hari terakhir ramadhan, sambil mencari Lailatul Qad semata-mata mengharap secebis redha Illahi

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 09:37



Pada saya org yg bertemu dgn malam istimewa itu adalah org yg beramal secara istiqamah pd hari2 sebelumnya. Tingkat amalan di 10 mlm terakhir Ramadan terutama mlm2 ganjil. Kurangkan waktu tidur & hidupkan malam2nya dgn bacaan Quran, solat2 sunat, berzikir dll. InsyaAllah, hajat kita akan dikabulkan oleh Allah SWT.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 12:04




mudah-mudahan kite semua dapat merasainye... Allah Maha Besar....
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.587696 saat. Lajunya....