Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Remaja
Topik: kawen awal?apa baik buruknya?


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» kawen awal?apa baik buruknya?

Please Mendaftar To Post


Oleh kawen awal?apa baik buruknya?

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 26-08-04 22:55


assalamuaalikum..rakan2 ukhwah.com..sekadar nak mintak pandangan..ape baik buruknye berkahwin awal...dlm usia 20 an gitu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 23:29



Kalau dah Qada' dan Qadar Allah nak buat cam manakan?Lagipun kawen awal ni okay gak bagi yang takut dirinya terjerumus ke lembah maksiat.Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?Tapi tengok pada oranglah.Kalau awak tu tak bekerja , boleh nak sara anak dara orang?So,fikir-fikirkanlah yerk.Buat solat istikarah banyak-banyak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 23:29



Kalau dah Qada' dan Qadar Allah nak buat cam manakan?Lagipun kawen awal ni okay gak bagi yang takut dirinya terjerumus ke lembah maksiat.Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?Tapi tengok pada oranglah.Kalau awak tu tak bekerja , boleh nak sara anak dara orang?So,fikir-fikirkanlah yerk.Buat solat istikarah banyak-banyak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-08-04 23:29



Kalau dah Qada' dan Qadar Allah nak buat cam manakan?Lagipun kawen awal ni okay gak bagi yang takut dirinya terjerumus ke lembah maksiat.Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati?Tapi tengok pada oranglah.Kalau awak tu tak bekerja , boleh nak sara anak dara orang?So,fikir-fikirkanlah yerk.Buat solat istikarah banyak-banyak.

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-08-04 17:45


ha,sampai 3 kali ulang cakap benda yg sama..kalau dah takdir,takpelah....nak buat camner kan..semua tu dah ketentuan Azzawajalla..
But pd saya,usia muda harus diisi dengan ilmu yg cukup,ada pendidikan yg baik,ia akan menjadikan kita lebih matang akalnya....
Usia muda ni juga kena bina kejayaan sendiri,bina kerjaya yg baik,balas jasa ibu bapa sebelum mereka pejam mata...dan ini semua tanggungjawab...
Saya tak berminat nak kawin seawal 20an..too young....buat masa ni kawinlah dengan kerja,buat Master...enjoy dengan kawan kawan yg single...sebab tahu bila kawan dah kawin....erti kawan tu dah mcm takde benda....manusia kan..biasalah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

annafira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.06.2004
Ahli No: 9407
Posting: 204
Dari: Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 01:23



tak tahuler..lum kawin lagi..

-----------------
~*Jika kau mengejar dunia, akhirat akan lari darimu.Tetapi jika kau mengejar akhirat, dunia akan mengejarmu*~

Bookmark and Share

    


  Member Information For annafiraProfil   Hantar PM kepada annafira   Pergi ke annafira's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 07:57



Kahwin awal ke kahwin lewat ke tidak menjadi satu masalah. Yang penting, bagaimanakah kita meletakkan diri kita dan menyesuaikan diri dengan keadaan kita. Setiap manusia adalah berbeza2 dan tidak boleh nak dibandingan. Bagi yang kahwin awal, perlulah mematangkan diri dan bersedia dengan apa juga rintangan dan cabaran rumahtangga. Yang kahwin lewat, perlu juga bijak menjaga diri agar tidak terjebak dalam apa jua masalah. Bagi yang perempuan, sebaiknya jangan kahwin terlalu lewat kalau ada peluanglah.

wassalam

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

centric
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.03.2004
Ahli No: 7819
Posting: 335

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-08-04 08:54




Memang betul cakap Cik Hanan tu, kahwin awal ke lambat ke tak jadi masalah tapi yang penting ialah persedian dan ilmu pengetahuan yang cukup.

Macam ana kahwin semasa umur 24 tahun dan wife pun umurnya sama juga. Alhamdulillah sekarang ada anak 2 orang dan tanggungjawap bertambah. Yang penting kalau kita rasa dah bersedia kahwinlah. Tak perlulah tunggu ada simpanan RM10,000 ke, rumah sendiri ke, kereta sendiri ke. Tapi kalau ada lagi bagus.

Ada juga pasangan yang baru kahwin tak sampai 3 bulan (umur tak sampai 25 tahun dah kahwin) then bercerai even dah couple lebih dari 10 tahun. Ada juga yang kahwin awal tapi alhamdulillah kekal sampai akhir hayat.

Kebaikan Kahwin Awal

  1. Boleh mengelakkan maksiat
  2. Dapat mematangkan diri kita pada umur yang muda.
  3. Hidup akan bertambah ceria
  4. Dapat saling bantu-membantu dalam segi kewangan dan lain-lain lagi.


Rintangan Bagi Kahwin Awal

  1. Kemungkinan tidak dapat menguruskan rumahtangga kerana tiada ilmu yang cukup
  2. Tidak mempunyai kewangan yang kukuh


Ada sahabat yang nak tambah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For centricProfil   Hantar PM kepada centric   Quote dan BalasQuote

ahmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9956
Posting: 39
Dari: tpGARANG

Selangor  


posticon Posting pada: 29-08-04 14:22


Farhanain dah ada yg melamar ke?

elok la tu.. nak banding org lain yg xdpt jodoh lagi... yg penting solat istikharah.. org ye baik, ada persediaan rohani, ilmu dan material.

kekurangan biasa la.. smua org ada kekurangan.. boleh diperbaiki. psl material, insyaallah dh kawin rezeki lg murah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmieProfil   Hantar PM kepada ahmie   Quote dan BalasQuote

sunan-faqih
Warga 5 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-09-04 17:38


warahmatullahi wabarakatuh...

Ana sokong penuh kenyataan kak Hanan dan centric tu.. cuma berminat nak tambah sikit aja..

Kahwin Awal
1. Cepat matang - because of the sense of responsibilities
2. Banyak pahala - the reward of Amal for married person is more than unmarried person
3. Kurangkan maksiat dan dosa - Why not?No need to tackle women yet, have own wife...No more doing anything that are not quite in line with Islamic divine

Rezeki akan datang selepas kahwin...
Wassalam...

-----------------
SEKRETARIAT K-FIQH
Layari www.k-fiqh.com
Like our page www.facebook.com/kfiqh

Bookmark and Share

    


  Member Information For sunan-faqihProfil   Hantar PM kepada sunan-faqih   Pergi ke sunan-faqih's Website   Quote dan BalasQuote

farhanin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.08.2004
Ahli No: 10742
Posting: 326
Dari: di BumI yang Aman PerMAi..

Johor  


posticon Posting pada: 03-09-04 23:24


saye dah ade yang melamar? erm...bukan melamar cume terasa macam terlalu ramai dugaan..bukan dugaan dlm bercinta..dugaan bile tak kawen lagi..lelaki suke mengambil kesenmpatan atas kelemahan perempuan..so mcm pk p0n jadi buntu..semayang istikharah..tapi rasenye mak ayah tak bg kawen lagi...lagi pon anin nak belaja lagi...masih panjang perjalanan..btol la kak hanan cakap..due2 pun baik jika kt tunaikan amanah NYa

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhaninProfil   Hantar PM kepada farhanin   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-09-04 20:32


ana bersetuju dengan pandangan sunan-faqih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 16-09-04 16:50


nak tambah 1 lagi kebaikannya, bila kahwin awal mungkin akan dapat anak awal, so bila dah tua/pencen nanti anak pun dah abis belajar, tak lah beban sgt dr org yg kahwin lambat bila pencen, anak tgh belajar lagi, terbebanlah juga nak tanggung.

p/s: kahwin bila dah sampai jodoh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-09-04 11:19


assalamualaikum..

ana nak mencelah skit..

betulaa tu kata sahabat kita tu, kalau nak kawin tak yah laa tunggu duit simpanan sampai rm10 000. maksud ana duit banyaklaa...kalau dah sampai tahap wajib tu, kawin jer...berbincang dengan kedua-dua belah pihak tentang macamana nak atasi setiap masalah yang ada. nak buat benda yang baik ni, isyaAllah Allah akan tolong. Betulla kata orang , zaman remaja ni terlalu banyak sangat dugaannya. tambah2 cara pemakaian anak2 muda kita zaman sekarang ni.terbeliak bijik mata jika terpandang. bukanlaa maksud ana nak suruh pandang, tapi diorang terhegih2 depan mata kita, camana tu?

kekadang tu, nak salahkan orang lain pun tak kena jugak, diri sendiri pun perlu jugak diawasi dan diperbaiki. tambah2 imam yang lemah macam ana nih, lagilaaa mudah terjebak dengan bebenda gini.

apa-apa hal pun sama2laaa kita berusaha yer...

kesimpulannya

"berkahwinlaa jika anda dah mampu memikul tanggungjawab."

sekadar pandangan sajee...

wassalam.

-----------------
Keikhlasan teramat penting dalam mengatur kehidupan yang menyakinkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

nursolehah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.04.2004
Ahli No: 8420
Posting: 72
Dari: depan pc

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 03:30


kawen awai pun ape salahnye....

-----------------
ukhwah itu bukan terletak pada pertemuan, bukan pada manisnya ucapan dibibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nursolehahProfil   Hantar PM kepada nursolehah   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-09-04 10:13




Berkawin dlm usia 20an dianggap masih muda? cuba kita lihat zaman mak ayah kita, ada yg dah mendirikan rumahtangga seawal usia belasan tahun lagi.. malah perkahwinan tu kekal bahagia sampai skrg.. ada juga yg dah kahwin then still boleh sambung belajar...

Apa yg ana rasa di sini... adalah pentingnya setiap individu memberikan KOMITMEN.. umur tu bukannya 1 masalah kerana ianya bergantung kepada setiap individu. Dan anak muda sekarang pula takut utk terikat dengan komitmen yg ada selepas kahwin (tapi sibuk pulak nak bercouple.. nak bercintalah-->ngada2 betul)... Itu yg banyak berikan alasan.. hantaran tinggilah.. nak capai cita2 dululah.. nak kumpul hartalah.. so, di mana komitmen mereka pada sebuah perkahwinan tu? ada jugak yg tak kahwin tetapi dah rasa fobia bila lihat org lain bercerai( --> ni lagi ngada2) isk.. isk.. setiap orgkan berlainan sifat, so.. dah tentu perjalanan hidup tu berbeza dari org lain...

p/s: berkeluarga lebih seronok dari hidup membujang.. banyak cabaran yg boleh buat kita matang..
wassalam

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

huda1002
Warga Rasmi
Menyertai: 22.09.2004
Ahli No: 11321
Posting: 14

Perak  


posticon Posting pada: 23-09-04 12:55




sy setuju dgn darul_numan81 tu.. bg sy, sy tabik dgn org yg nk kawin awal.. bukan apa, bila dia nk bekawin, tu m'nunjukkan yg dia dh bersedia menerima komitmen dan t/jwb.klu dia x bersedia lg, mesti dia x kawin lg,kan?
lg pun, sy rasa, bdk2 zaman skrg ni mmg patut kawin awl coz klu kita tgk skrg ni byk sgt anasir2 yg boleh dorong kita buat maksiat.at least, klu kita kawin, ada gak org yg tegur dan bimbing kita, kan?

ada gak yg kawin awl, tp bercerai. bg sy, benda ni x leh dijadikan sbb utk kita kata kawin awl ni x elok. maybe itu dh smpi situ jodoh dia.. klu kawin lmbt pun, ada gak yg bercerai.


tp sy tak nafikn, terlalu byk dugaan dan cabaran org yg berkawin awl ni.. yg ptg, sblm kawin kita kena ler sediakn diri mental dan fizikal utk hadapi alam perkhwinan.tu sbb sy respect dgn org yg kawin awl! coz sy masih lg x mampu nk buat cam tu....

hem.. sy sokong sgt ler org yg nk kawin muda2 lg ni....

-----------------
ukuwah yang terbina persis sekuntum bunga..
meskipun kita terpisah jauh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For huda1002Profil   Hantar PM kepada huda1002   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-09-04 23:01



Rasanya orang skrg jer yang anggap kahwin di awal 20an ni terlalu muda padahal kalu cek balik ibubapa atau datuk kita ke...rasanya memang time ni lah mereka kahwin... Ntah la..belum kahwin lagik


----------------------------------------------------------
Hidup ini adalah masalah,
Tanpa masalah bukanlah hidup namanya,
Tapi jangan sekali-kali mencari masalah,
Biarlah masalah yang mencari kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

nieha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.11.2004
Ahli No: 12531
Posting: 61
Dari: kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 27-11-04 21:15



kalu dah rasa matang,kawenlah, apa salahnya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For niehaProfil   Hantar PM kepada nieha   Pergi ke nieha's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-11-04 22:20



-tak salah kawin awal kalau dah jodoh kan...
-yang penting kena pandai la urus rumahtangga tu baik2....yer tak??

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

kHaLiFaH_aLaM_MaYa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 802
Posting: 106
Dari: Capri Island

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-11-04 18:01


Terserah...

-----------------
http://www.cash-banker.com/promo.php?from=khalifah03 -Money Machine

Jika Hati Disinari HidaYah,Membujur Lalu

Bookmark and Share

    


  Member Information For kHaLiFaH_aLaM_MaYaProfil   Hantar PM kepada kHaLiFaH_aLaM_MaYa   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 29-11-04 15:40


depend pada keadaan orang tue...

ada baik kawin awal..dapat jaga hati dan pandangan...terutama lelaki yang beriman yang betul2 rasa terancam iman dengan "keaadaan persekitaran"..terutama kalau dah jumpe pilihan hati..sekadar pandangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.357905 saat. Lajunya....