Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 41
Ahli: 0
Jumlah: 41




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 1 hari, 22 jam, 46 minit yang lalu
Kang: 20 hari yang lalu
lidah-penghunus: 22 hari yang lalu
muslimin23: 30 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Pertelingkahan antara Sunnah vs Syiah.Di mana penghujungnya?

Pertelingkahan antara 2 puak besar di Iraq tiada penghujungnya. Rakyat Iraq mungkin ramai yang akan terkorban lantaran pertelingkahan dalam dunia politik di negara itu. Di manakah perginya semangat mereka untuk mengusir tentera Amerika sekiranya benteng perpaduan sudah tiada?.Adakah ini petanda satu perang besar akan tercetus petanda kiamat hampir tiba?

Petikan akhbar berita harian:BAGHDAD: Perang saudara puak Sunnah dan Syiah sudah bermula di Iraq berikutan kejadian pertumpahan darah dan pengeboman yang kian memuncak, terbukti sukar dibendung khususnya selepas serangan ke atas Masjid Emas di Samarra baru-baru ini.

Ia dikaitkan dengan rebutan kuasa, termasuk kedudukan istimewa Syiah sebagai kuasa majoriti kerajaan baru Iraq selepas memenangi pilihan raya umum Iraq, 15 Disember lalu, meskipun permusuhan itu sebenarnya berlangsung lebih 30 tahun lalu.

Pada masa sama, akhbar The Australian mendakwa, kemuncak permusuhan yang menunggu masa untuk tercetus secara besar-besaran, bukan bermula selepas pengeboman ke atas Masjid Emas atau Makam Askariya, satu simbol penting Syiah di Samarra, Rabu lalu, tetapi sebaliknya berakar hampir setahun lalu.

Kempen serangan balas itu semakin hangat sejak Mac 2005, apabila salah satu pihak melancarkan balas dendam setiap kali menjadi mangsa serangan pihak satu lagi.

Jadi, setiap kejadian pembunuhan Syiah pasti disusuli insiden membabitkan bilangan kematian sama atau lebih ramai di kalangan puak Sunnah.

Oleh sebab itu, kejadian di Masjid Emas berkenaan menjadi peluang keemasan bagi puak Syiah ‘menghalalkan’ serangan besar-besaran ke atas Sunnah secara terang-terang.

Sebagaimana perang saudara di Kemboja, Bosnia, Rwanda, Lubnan dan Kosovo sejak tiga dekad lalu, serangan dendam membuak-buak Syiah dan Sunnah yang seagama, terbukti menerusi penemuan mayat mengerikan, kampung halaman dan kediaman dimusnahkan penyerang.

Puak Sunnah yang sebelum ini menjadi anak emas di zaman Saddam Hussein yang berfahaman sama, kini menjadi sasaran mudah Syiah, penduduk majoriti terpaksa berdiam diri sewaktu bekas presiden itu berkuasa.

“Peluang bagi Syiah menyerang balas terbentang luas sekarang. Dalam masa beberapa minggu lagi, mereka akan menguasai kerajaan baru Iraq selepas menang pilihan raya Disember lalu.

“Perkembangan itu pasti meletakkan Iraq di garis pemisah yang lebih besar. Parti Syiah meraih 128 daripada 275 kerusi sedangkan pihak Sunnah di kedudukan ketiga selepas puak Kurdis. – Agensi

FAKTA

Bukti terbaru perang saudara, 25 Februari

- Sekurang-kurangnya lapan maut dan 31 lagi cedera dalam letupan bom kereta berhampiran pasar di Karbala, selatan Iraq.

- Seramai 13 anggota sekeluarga Syiah mati dibunuh penyerang bersenjata tidak dikenali di Baquba, utara Iraq.

- Pertempuran askar Iraq dan pejuang Sunnah tercetus di sebuah perkampungan Baquba, kelmarin, menyebabkan empat maut dan 17 lain ditahan.

- Penyerang melepaskan tembakan ke atas rumah pemimpin pertubuhan berpengaruh Sunnah, Harith al-Dari, di Baghdad.

- Seorang anggota keselamatan mati dan empat lain cedera ditembak penyerang pada majlis pengebumian wartawan Al-Arabiya, Atwar Bahjat yang maut ketika membuat liputan di Samarra.

- Kerajaan Iraq melanjutkan perintah berkurung siang hari di Baghdad dan tiga wilayah berhampirannya, termasuk melarang kemasukan kereta mulai jam 4 petang semalam bagi mengelak ketegangan lebih buruk.



Informasi Tambahan....
Tarikh Ditambah:26-02-06 00:00:00
Oleh: faridah_stam ([email protected])
Markah: (1276 kali dibaca)
Opsyen: ( Cetak Hantar )
Tetamu tidak dibenarkan memberi komen. Sila mendaftar


[ Kembali ke Indeks Pendapat/Ulasan ]

Pertelingkahan antara Sunnah vs Syiah.Di mana penghujungnya?
Posting oleh ayesha1511 pada 23-06-06 14:28:00
Markah Saya:


mungkin ada pihak yang mengapi2kan perbalahan antara syiah dan sunnah..mungkin ada pihak yang bom kawasan syiah..sedang kan mungkin pihak sunnah tak tahu menahu pun tentang itu..ini semua mungkin angkara munafiqin ..yang hanya bertopengkan islam..tetapi sebenarnya menjadi tali barut Zionis..segalanya mungkin..

sepatutnya yang berpegang dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah tak sepatutnya menuding tangan kepada orang lain dan mengatakan aqidah mereka tu salah..
sebab bagi mereka, mereka yang betul dan kita yang salah..
masalah susah nak selesai macam tu..

yang penting..umat islam kini wajar bersatu di bawah satu pimpinan..jangan hanya memikirkan kepentingan negara sendiri..umat islam bukankah bersaudara...ternyata pemikiran imperialism yang dibawa oleh barat telah berjaya memisah2kan negara2 islam

Pertelingkahan antara Sunnah vs Syiah.Di mana penghujungnya?
Posting oleh jejakaislam pada 18-06-06 07:19:17
Markah Saya:


mana anak2 islam ni...
kata nak tegakkan islam ni apa benda niiii...
kuat kan diri...

Pertelingkahan antara Sunnah vs Syiah.Di mana penghujungnya?
Posting oleh fadzlyz pada 16-06-06 12:46:09
Markah Saya:


betulkan niat dahulu...........

Pertelingkahan antara Sunnah vs Syiah.Di mana penghujungnya?
Posting oleh jejakaislam pada 09-06-06 15:22:50
Markah Saya:


waktu sekarang ni memang dah tak ada masa nak pertikaikan pertikan antara fahaman ni...ni semua tak perlu diperbincangkan...kalau kita pengikut sunnah...tak boleh tida kita kena bersatu dalam nak membentras yahudi laknatullah..dan konco2 nya...begitu juga pengikut syiah ..perlu ada inisiatif menaikkan name islam...buka sikit ruang linkup untuk kita sama-sama bersatu menagak kan islam...

 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136581 saat. Lajunya....