Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.
-- at-Taubah: 129

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 39
Ahli: 0
Jumlah: 39




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Doa Yang Tertolak
Disiarkan pada Khamis, 06 November 2003 @ 6:05:29 oleh Hanan

Tazkirah syah_solehah menulis: "Assalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh

Dalam siri Tazkirah kali ini mari sama-sama kita berkongsi pengetahuan berkenaan Kenapa doa kita tidak dimakbulkan Allah s.w.t. Doa merupakan "otak ibadah".

Tanpa doa kita dianggap manusia yang sombong disisi Allah, kerana seolah-olah tidak memerlukan apa-apa lagi. Tanpa mengetahui sebab Kenapa doa kita selama ini ditolak, kita akhirnya kecewa kerana permohonan penting kita terhadap Allah tidak pernah dikabulkannya. Dalam hal ini contoh terbaik adalah kisah yang diceritakan dari Syaqiq Al Balkhi tentang pertemuannya dengan Ibrahim Bin Adham sebagai mana berikut:


"Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq) berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai lalu mereka bertanya kepadanya :

"Ya Abu Ishaq,Allah berfirman;bermaksud "Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan.Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".

Ibrahim bin Adham menjawab : "Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara".

1.Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2.Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3.Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunahnya.
5.Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
6.Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8.Kamu sibuk meneliti aib atau cacat cela teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9.Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10.Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

Berdasarkan perkara yang tersebut diatas jelaslah bagi kita bahawa 10 perkara tersebutlah yang menjadi penghalang makbulnya doa kita terhadap Allah s.w.t. . Dari itu perkara diatas bukan sahaja wajar diketahui, tetapi juga perlu diteliti kerana doa bukan sahaja berperanan sebagai Wasilah untuk memenuhi hajat duniawi semata-mata tetapi lebih jauh dari itu sebagai tanda kerdilnya kita sebagai makhluk Allah yang hanya semata-mata mengharapkan rahmat darinya.



Sekian Wabillahi Taufiq Walhidayah

Ustaz Mazlin Bin Hamid
Guru Agama
Majlis Agama Islam Perlis

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Doa Yang Tertolak" | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.47111 saat. Lajunya....