Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
-- ali-Imran: 139

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 31
Ahli: 0
Jumlah: 31




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 9 hari yang lalu
Kang: 28 hari yang lalu
lidah-penghunus: 30 hari yang lalu
muslimin23: 38 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]


Para Malaikat Ditugaskan Mengambil Tanah Untuk Mencipta Adam AS.
Disiarkan pada Rabu, 21 Mei 2003 @ 0:17:44 oleh Hanan

Tazkirah ida01 menulis: "Pada suatu ketika Allah SWT menitahkan kepada Malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya yang akan dijadikan bahan untuk mencipta Adam.Akan tetapi ketika beliau sampai ke bumi, bumi enggan benarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, hingga bumi bersumpah, demi kerana Allah ia tidak rela sebahagian tanahnya akan dijadikan Adam. Kerana ia khuatir kelak Adam jadi maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi.
Kemudian Allah memerintah Malaikat Mikail.Turun pula ke bumi dengan maksud yang sama, namun setelah mendengar perkataan bumi, seperti apa yang dikatakan kepada Jibril, Mikail pun tidak dapat berbuat apa-apa, kembali ke hadrat Allah dengan tangan-tangan hampa.

Kemudian Allah menyuruh Israfil turun ke bumi untuk mengambil tanah.Tetapi Israfil pun tidak berdaya mendengar sumpah bumi.Ia kembali ke hadrat Allah dengan tangan hampa juga.
Yang terakhir Allah menyuruh Malaikat Izrail turun ke bumi untuk mengambil tanah.Kata Allah:”Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimana janganengkau mundur.Katakan bahawa kerjakan atas perintah dari atas namaKu.”

Begitulah setelah Izrail tiba di atas bumi ia berkata:’Hai bumi,ketahuilah kedatanganku ke mari atas perintah Allah dan atas nama Allah.Jika engkau membantah atas pekerjaanku ini,bererti engkau membantah perintah Allah, dan tentunya engkau tidak ingin menjadi makhluk yang derhaka kepada Allah bukan?”

Mendengar perkataan Izrail demikian bumi tidak dapat berkata apa-apa kecuali membiarkan Izrail mengambil tanahnya dengan tidak berbuat apa-apa.
Setelah Izrail mengambil beberapa macam tanah,kembalilah dia ke hadrat Allah.
Firman Allah:”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan untuk mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak engkau pula yang aku tugaskan untuk mencabut roh manusia.”

Jika demikian hamba khuatir yang hamba ini jadi dibenci anak Adam kerana pekerjaan hamba ini,kata Izrail.

“Tidak” jawab Allah:”Mereka tidak akan memusuhi engkau.” Aku yang mengaturnya.Lalu Aku jadikan sebab-sebab untuk mendatangkan kematian mereka.Sebab terbunuh,sebab terbakar sakit dan sebagainya.

Menurut keterangan para Ulamak bahawa tanah-tanah itu adalah seperti berikut:
1.Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis.
2.Tanah Bukit Tursina.
3.Tanah Iraq.
4.Tanah Aden.
5.Tanah Al-Kautsar.
6.Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah.
7.Tanah Paris.
8.Tanah Khurasan.
9.Tanah(Babylon).
10.Tanah India.
11.Tanah Syurga.
12.Tanah Tha’if.

Kata Ibnu Abbas:
1.Kepala Adma dari Tanah Baitul-Muqaddis,kerana di situ berada otak manusia,dan di situlah tempat akal.
2.Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3.Dahinya dari tanah Iraq, kerana di situ tempat sujud kepada Allah.
4.Mukanya dari tanah Aden, kerana di situ tempat berhias dan tempat kecantikan.
5.Mata dari tanah telaga Al-Kautsar,tempat untuk menarik perhatian.
6.Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanisa-manis.
7.Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8.Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Khurasam,tempat lapar dan haus.
10.Kemaluannya dari tanah Babylon.Disitu tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjurumuskan manusia ke lembah dosa.
11.Tulang dari Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
12.Dua kakinya dari tanah India tempat berdiri dan jalan.
13.Hatinya dari tanah Syurga Firdaus, kerana di situ tempat iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
14.Lidahnya,dari tanah Tha’if tempat mengucap Syahadah,bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

"

Tazkirah


Artikel yang paling banyak dibaca dalam Tazkirah:


tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Recent News About Tazkirah:




Misc





Untuk Mencetak    Hantar Artikel ini kepada sahabat




Komen


"Para Malaikat Ditugaskan Mengambil Tanah Untuk Mencipta Adam AS." | Login/Mendaftar | 0 Komens
Threshold
Komen di sini adalah hakmilik yang menghantar. Pihak Pengurusan Portal tidak ada kena mengena.


 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129165 saat. Lajunya....