Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Semua orang boleh menjadi guru, tak semua guru boleh menjadi pendidik
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 8 hari yang lalu
Kang: 26 hari yang lalu
lidah-penghunus: 28 hari yang lalu
muslimin23: 37 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Remaja
Topik: Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku

Please Mendaftar To Post


Oleh Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-07-04 17:57




Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku

Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR
ISLAM'

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari,
seorang gadis yang
terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki
sebuah bas mini untuk
menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya
walau pun tinggal dibumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian
gadis tersebut sangat menjolok
mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam
bas itu ada seorang tua
yang dipenuhi uban menegurnya.

Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai
dengan ketimuran dan adat serta agama Islam
kamu, itu lebih baik
daripada kamu berpakaian begini yang pastinya
menjadi mangsa pandangan
liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab
oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
"Siapalah kamu hai orang tua?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki
sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua
itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak
cukup setakat itu, si gadis
lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada
orang tua tadi sambil
melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah
serta tolong tempahkan sebuah
bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar
jawapan dari si gadis manis.
Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada
yang menggelengkan kepala
kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis yang masih
muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu
menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian.
Gadis seksi bermulut
celupar tersebut di dapati tertidur di muka
pintu bas. Puas pemandu bas
termasuk para penumpang yang lain
mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis.
Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya.
Gadis itu telah
kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak
disangka. Para penumpang
menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke
pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar
untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut.
Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah
olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba
mengangkat mayat tersebut
juga kehairanan kerana tangan mereka terasa
panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.


Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang
menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah
bilik di neraka
dimakbulkan
Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha
Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan
pelajaran dengan
kisah
benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali
sekali kita mempertikaikan
hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw
dengan mempersendakan atau ejekan.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat
kita jadi kaya dan
seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab
dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita
boleh melupakan
kematian, tetapi
kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya
masanya saja yang akan
menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah
orang yang bodoh itu? Mereka
itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul
alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin
melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah,
dalam
pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang
yang di lakar oleh
majikan
anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu
prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga
tertakluk dengan
undang-undang
yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi
ini. Setiap Sultan ada
taman
larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya adalah
perkara-perkara
yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di
muka bumi ini.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.
Wallahualam bissawab.


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

cahayamataku
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2004
Ahli No: 9688
Posting: 85
Dari: baling

Kedah  


posticon Posting pada: 08-07-04 07:31


saya pernah baca kisah ni tapi masa mayat jatuh tgh jln tu x baca lagi....

moral:jgn somsong dgn azb Allah.

-----------------
sEmAkiN jaUH kU dArIMu...sEmaKIn deKaT pULa KaU mEngHaMpIri Daku.....Oh TuhAn yG mAha PeNgAsiH ....SiApaLAh dIriKu di pAndaNGANmu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayamatakuProfil   Hantar PM kepada cahayamataku   Pergi ke cahayamataku's Website   Quote dan BalasQuote

iman7
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8907
Posting: 265
Dari: Gunung Ledang

hong_kong   avatar


posticon Posting pada: 27-07-04 13:51


terima kasih di atas penjelasan di atas...insaf2

Bookmark and Share

    


  Member Information For iman7Profil   Hantar PM kepada iman7   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-04 17:44


siapalah kita nak sombong dengan khalik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 03-12-04 22:41


bukankah kite sudah sedie tahu dgn kuase Tuhan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

zasurah
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13826
Posting: 5

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-01-05 19:36


siapalah diri ini utk mengukur perjalanan hidup yang masih lagi kabur ...entah syurga entah neraka ? apa yang kupasti ALLAH sentiasa memberi peluang untuk kita berinsaf...ku percaya ALLAH dan Ciptaan-NYA sentiasa menyebelahi kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zasurahProfil   Hantar PM kepada zasurah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089692 saat. Lajunya....