Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Islam Hadhari: Remaja berpasangan hingga dinihari


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Islam Hadhari: Remaja berpasangan hingga dinihari

Please Mendaftar To Post


Oleh Islam Hadhari: Remaja berpasangan hingga dinihari

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 11-05-04 17:14


Islam Hadhari: Remaja berpasangan hingga dinihari

Tuesday, May 11 @ 09:59:04 MYT


KUALA TERENGGANU, 11 Mei (Hrkh) – Beratus-ratus remaja serta muda-mudi `berpesta’ bersama pasangan masing-masing di pantai peranginan Batu Buruk, di sini hingga awal pagi ini.

`Pesta’ tersebut diraikan sebaik sahaja Majlis Pelancaran Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2004 dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dataran Batu Buruk, petang semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Chan Kong Choy, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman Said, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Chua Soi Lek dan Menteri Besar, Dato’ Idris Jusoh.

Golongan tersebut turut dihidangkan dengan persembahan artis-artis jemputan pada konsert yang diadakan sempena majlis itu.

Persembahan tarian liar breakdance oleh sekumpulan remaja lelaki dilihat tiada kena mengena dengan kempen yang dilancarkan itu.

Inilah gambaran serta agenda Islam Hadhari yang dilahirkan oleh para pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk rakyat.

Apa yang menjadi persoalannya, dapatkah generasi remaja serta muda-mudi yang berjaya dihanyutkan oleh pemimpin BN melalui program seperti itu dapat menjadikan negeri ini ‘Terengganu Bestari’?

Justeru itu, kemenangan BN memerintah negeri ini sekaligus membuang slogan ‘Membangun Menurut Islam’ yang diasaskan oleh PAS selama lebih empat tahun dan diwujudkan Islam Hadhari adalah untuk menurut kehendak hawa nafsu semata-mata.

Tinjauan Harakah di pantai peranginan itu hingga jam 1.00 pagi tadi mendapati masih terdapat deretan kereta serta motosikal para remaja bersama pasangan masing-masing

Apa pendapat ukhwah semua...ini kah dinamakan masyarakat bertamadun...(islam Hadhari)...tepuk dada tanya iman....??????????


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-05-04 21:00


sebagai seorang rakyat kuala terengganu, saya rasa malu. inikah islam hadhari?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

nuraini
WARGA SETIA
Menyertai: 02.07.2003
Ahli No: 1900
Posting: 1110
Dari: ***Anti-KekejamaN WaNiTa***

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-05-04 09:49



alahai sedih dan sakitmya rasa di hati....



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurainiProfil   Hantar PM kepada nuraini   Quote dan BalasQuote

syamin_raw85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 285
Posting: 46
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-05-04 11:44


This is 'what so called' Islam Hadhari bagi UMNO or BN. Kita dapat kenal perbezaan diantara corak pemerintahan PAS dahulu dengan BN di Terengganu sekarang. Lepas ni, Terengganu akan jd macam di KL ni pulak. Susah-susah...

-----------------
"Idea yang bernas dan akal fikiran yang matang datang dari ketenangan. Kesilapan itu datangnya daripada kegopohan dan emosi."

Bookmark and Share

    


  Member Information For syamin_raw85Profil   Hantar PM kepada syamin_raw85   Pergi ke syamin_raw85's Website   Quote dan BalasQuote

zilal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 319
Posting: 317
Dari: btGajah~alorSetaq

Perak  


posticon Posting pada: 12-05-04 12:21




p/s: jd...ape tindakan kite...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilalProfil   Hantar PM kepada zilal   Pergi ke zilal's Website   Quote dan BalasQuote

ummuhatim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.04.2004
Ahli No: 8668
Posting: 40
Dari: kedah,

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-05-04 15:09


....

Hmmm sahabat2 sekalian fikir2kanlah



-----------------
kIta aKaN mEraSaI P'jUanGan kITa iNI sEmPit, aPabILA kITa MemIkiRkaN
kITa
yG mEmUlaKan P'jUanGan iNI, aKAn tTp aPb kITa MemIkiRkaN bHw P'jUanGan
iNI
bKn kITa yG mEnaMatkAnNyA & kITa hY sLh SatU dR mATa rAntaIan AntAra
rAntaIan yG pJg, maKa kITa aKA

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuhatimProfil   Hantar PM kepada ummuhatim   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 13-05-04 18:37




ISLAM HADHARI????

-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-05-04 08:29



Cukup jelas bukan.....yang betul2 ingin menegakkan islam dihina, dicerca, dituduh menyeleweng agama, dituduh jumud dan konservatif, dinafikan hak royalti, dihentikan bantuan perkapita sek agama,........tapi rakyat terengganu yang jahil sanggup menukar pemimpin bertaqwa kepada pemimpin yang merosakkan masyarakat hanya dengan sedikit sogokan wang, Baru-baru ini derih jusuh, MB terengganu yang baru mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar yang aktiviti hiburan yang ingin diadakan di terengganu mestilah tidak bercanggah dengan ISLAM HADARI, maknanya ISLAM HADARI ciptaan ulama umno ini membenarkan semua ini "

" golongan tersebut turut dihidangkan dengan persembahan artis-artis jemputan pada konsert yang diadakan sempena majlis itu "

" Persembahan tarian liar breakdance oleh sekumpulan remaja lelaki dilihat tiada kena mengena dengan kempen yang dilancarkan itu "

Dan untuk rakyat terengganu, mungkin tidak lama lagi program sureheboh TV3 bakal memeriahkan bumi terengganu dengan konsert sureheboh yang pastinya hangat dengan ronggengdangdut joget ahli-ahli maksiat yang direstui dan diredhai oleh dasar ISLAM HADARI BN ini...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-05-04 19:17


masyaAllah..ape nak jadi dengan duni la ni...
inilah teori diarang..kang dah terbukti..kemajuan maksiat yg di capai....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 15-05-04 22:00


Satu demi satu keburukan timbul di terengganu sejak diambil alih oleh BN. Nampaknya perjuangan PAS untuk 'Maju Bersama Islam' akan hanya tinggal kenangan. Lepas ini, apa lagi yang akan dilakukan oleh kerajaan BN di Terengganu? Mungkin perjudian dan meminum arak akan di'halal'kan kembali dengan memberi lesen operasi. Fikirkanlah implikasinya keatas kita...

MAJU BERSAMA ISLAM

-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

usamah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8451
Posting: 52

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-04 22:34


.......inilah tafsiran mereka terhadap islam.......maka yang sesat ialah penyokong mereka sendiri.....jawablah dihadapan ALLAH taala nanti...orang yang tak takut mati ni orang yang fasiq.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For usamahProfil   Hantar PM kepada usamah   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-05-04 22:49


Sukran kepada semua sahabat ukhwah........moga kita sentiasa berhati-hati dalam kehidupan...pandai menilai, yang mana baik dan yang buruk..........jangan kita terikut-ikut dengan rentak remaja yang lalai dan runtuh moral..seperi yang digambarkan didalam arikel berita diatas......jaga diri hiasi peribadi ....

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 18-05-04 13:19


emmm...

dasyat nyer islam hadhari ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

tooyu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.04.2004
Ahli No: 8671
Posting: 29
Dari: somewhere kat kdh

Kedah  


posticon Posting pada: 18-05-04 13:29


al quran memerintah bukan diperintah

Bookmark and Share

    


  Member Information For tooyuProfil   Hantar PM kepada tooyu   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 24-05-04 23:03


Betul tu Tooyoo....malah tarikan islam adalah pada akhlak umatnya, tapi hari ini,akhlak muda-mudi islam kian jauh dari landasan Al-Quran As-Sunah.Moga kita dijauhkan dari sifat sedemikian..seperti mana akhlak muda-mudi islam yang dipaparkan dalam berita tersebut.

Sayib Qutub dalam kitabnya pertunjuk jalan mengatakan Islam hadhari ada dua masyarakat iaitu masyarakat islam dan masyrakat jahilliyah.....

sama-samalah kita fikirkan .........tepuk dada tanya iman

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 25-05-04 12:00


emmmmmmmm....

islam hadhari....dialah yang menjahanamkan islam yang sebenar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

Belalang_kampung
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-05-04 15:00


warohmatullah..

Astaghfirullahaladzimm..
Kenapalah jadi camni..kenapa mereka taknak ikut Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W.??mereka ada kuasa kenapa tak cegah!!??Rosaklah kemuliaan Islam jika ditangan orang2 yang jahil..Ulama' adalah pewaris para Nabi..ulama' akhirat menjauhi mereka..ulama' dunia shj yg ada..inilah jadinya..

Semoga Allah swt pelihara kita semua dpd kerosakan dan kejahatan orang2 berselindung disebalik Islam..AMINN.

"ISLAM itu indah..seindah akhlak Nabi Muhammad Solallahu alaihiwassalam..ISLAM itu tinggi tiada yang lebih tinggi darinya.."

wallahualam..

Allahuakbar!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Belalang_kampungProfil   Hantar PM kepada Belalang_kampung   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-05-04 20:16


MUTAKHIR ini ulama Umno berhempas pulas cuba mengolah konsep 'Islam Hadhari' yang istilahnya dikoin dan dibekalkan kepada YAB Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di dalam ucapannya pada satu persidangan awal tahun ini.



Islam Hadhari dikatakan merupakan projek khas YAB Perdana Menteri. Di dalam kertas kerja 'Program Seminar Percambahan Pemikiran Islam Hadhari Fasa Kedua Tahun 2004' dinyatakan:

"Program Seminar ini merupakan program khas yang akan dilangsungkan secara besar-besaran di seluruh negara yang akan melibatkan sektor kerajaan, agensi-agensi kerajaan, sektor swasta, bank-bank, syarikat-syarikat korporat yang besar serta badan-badan berkanun."

Dari objektifnya antaranya dikatakan:

"Rata-rata rakyat negara ini disalahertikan dan menolak pembangunan itu sebagai tuntutan agama yang mereka pelajari dari ceramah-ceramah jalanan yang tidak berhemah. Dengan memahami penjelasan ini, ia akan membentuk masyarakat Islam yang cemerlang melalui penghayatan nilai-nilai Islam yang sebenar dan membentuk semua pekerja di negara ini menyokong usaha-usaha kerajaan dan Umno bagi mencapai matlamat wawasan 2020."

Antara tujuan yang diperturunkan ialah:

"Program seminar ini akan mempastikan seluruh kakitangan/pekerja di negara ini sebagai jentera kerajaan dan Umno yang terlibat secara langsung dengan pelaksanaan dasar dan polisi kerajaan Barisan Nasional sekaligus memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN."

Seminar secara berperingkat yang akan dilakukan di seluruh negara menyasarkan untuk tahun ini seramai 700,000 pekerja dengan peruntukan sebanyak RM41.12 juta.

Huraian: Mengapa Islam Hadhari?

Sebelum ini Umno merasa tergugat dengan gagasan 'Negara Islam' dan dokumen Negara Islam' yang dilancarkan oleh PAS pada akhir 1424/2003.

Sebelumnya Umno mendakwa bahawa Malaysia 'Negara Islam' dan Umno parti yang memperjuangkan Islam, tetapi tidak pernah mengeluarkan sebarang dokumen 'Negara Islam' dakwaannya.

Dalam pada itu perisytiharan Malaysia 'Negara Islam' ala Umno tidak disenangi orang bukan Islam dalam parti-parti komponan BN dan juga di luar BN seperti DAP.

Dalam pada itu Umno sendiri merasa tercabar dengan dakwaan 'Negara Islam', kerana seharusnya ia menyediakan dokumen 'Negara Islam'nya, sedangkan Umno tidak pernah ikhlas untuk menegakkan 'Negara Islam' sebenarnya.

Sebab itu 'Islam Hadhari' memperlihatkan sifat tercari-cari Umno tentang gagasan Islamnya. Ianya adalah helah dan pelarian dari penjelasan 'Negara Islam' yang didakwa Umno.

Istilah Hadhari

Bagi mengelak daripada terperangkap dengan olahan 'Negara Islam' Umno, ulama Umno mencari-cari istilah yang dapat menarik perhatian masyarakat dan sekaligus mengabui mereka, maka dikemukakan istilah 'Islam Hadhari'.

UMNO sedar ada sebuah istilah yang telah terkenal dipopularkan di Malaysia, iaitu 'Masyarakat Madani'.

Istilah ini telah diperkenalkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketika menyampaikan kertas kerja berjudul, "Islam Dan Pembentukan Masyarakat Madani" yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 19 - 21 September 1996 (Masyarakat Madani, 1998: VI).

Tetapi oleh kerana istilah ini diperkenalkan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka ianya menjadi fobia bagi Umno dan dijauhinya sejauh-jauhnya.

Biarpun istilah ini lebih tepat dan jitu. Pengemukaan 'Islam Hadhari' secara yang boleh dipersoalkan adalah bertujuan untuk menandingi dan kalau boleh menenggelam dan menghapuskan istilah dan konsep 'Masyarakat Madani' itu.

Istilah 'Hadhari' bukan sebenarnya istilah asli yang dikemukakan oleh 'ulama Umno, tetapi diciplak dari istilah yang digunakan oleh Ibn Khaldun di dalam bukunya yang berjudul 'Muqaddimah Ibn Khaldun'.

Ibn Khaldun di dalam membicarakan tentang perkembangan masyarakat, menurutnya bermula dari Badwi (darat/hulu), membawa kepada Hadhari (maju/semasa), Madani (bandar/bertamaddun) dan Misri (kota/berbudaya). Istilah-istilah ini digunakan bagi menunjukkan tahap perkembangan dan kemajuan masyarakat ( Ibn Khaldun, 1948: 122).

Penggunaan istilah-istilah berkenaan oleh Ibn Khaldun yang menisbahkan kepada masyarakat adalah tepat. Dato' Seri Anwar juga yang turut meminjam dari istilah Ibn Khaldun 'Madani' dan dinisbahkan kepada masyarakat adalah tepat, iaitu 'Masyarakat Madani, manakala penggunaan istilah 'Hadhari' yang dinisbahkan kepada Islam adalah tidak tepat, mengelirukan, bahkan salah kerana ianya boleh mencemarkan akidah.

Kritikan: Istilah Islam

Istilah Islam adalah berasal dari al-Quran dan Hadith. Banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh dipetik.

Contoh ayat al-Quran bermaksud:

"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah ISLAM" (Al-Imran, 3: 19)

Juga ayat bermaksud:

"Pada hari itu Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu (Islam) dan Aku lengkapkan kepada kamu nikmatKu dan Aku redhakan kepada kamu Islam sebagai agama".

Manakala Hadith dapat dipetik contoh hadith riwayat Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w. disoalkan tentang Iman, Islam dan Ihsan (Riwayat Bukhari).

Kefahaman Ilmu

Dari 'Islam' dapat dirumuskan antaranya sebagaimana berikut:

i) Islam adalah satu agama dari Allah yang sempurna lagi lengkap yang tidak boleh ditokok tambah atau dikurangkan.

ii) Islam merangkumi segala yang maujud. Menjadi keilmuan dan panduan.

iii) Islam boleh diolah secara tauhid, falsafah, prinsip, hukum, ilmu, akhlak dan sebagainya.

iv) Islam melahirkan negara, tamadun, peradaban dan kesusilaan.

v) Islam melahirkan masyarakat umat yang mempunyai identiti dan ciri tersendiri.

Sayyid Qutb di dalam membicarakan hakikat masyarakat Islam mengatakan:

"Sistem masyarakat Islam itu bersumber dari aqidah Islam dan ditentukan polanya oleh Syariat Islam, maka dalam penyegaran dan pertumbuhannya sistem itu haruslah tunduk kepada sumbernya dan kepada syariat Islam yang menentukan bentuknya.

"Syariat Islamlah yang menguasai segala perkembangan di dalam sistem masyarakat yang bercorak Islam itu. Dalam pengarahannya, sistem itu tidak memberi kelonggaran untuk menundukkan diri kepada sesuatu konsepsi asing yang menyimpang dari karakteristiknya sendiri, baik pengarahan yang bersifat menyeluruh (kulliy) maupun yang bersifat juziy (partial).'' (Sayyid Qutb, 1975: 66)

Dalam pada itu menurut Sayyid Qutb, jika ada secara kebetulan elemen-elemen tertentu yang dianggap baik dan mempunyai persamaan dengan sistem-sistem tertentu atau apa-apa penisbahan terhadapnya, maka tidak boleh dikaitkan dengan Islam contohnya 'Islam Sosialis', maka kata Sayyid Qutb:

"Adalah tidak layak sebenarnya untuk memberikan embel-embelan kepada Islam seperti di atas itu, kerana sistem Islam itu secara faktuil lebih tua (dari sistem sosialis - penulis) dan unggul.

"Ini dari segi gaya bahasa. Dari segi materinya, maka Islam adalah suatu sistem yang lengkap dan sempurna. Segala pengarahan yang terdapat di dalamnya berpangkal pada sendi-sendi yang tetap, terpaut pada idea yang menyeluruh dengan pembidangan yang teratur dan bersangkut rapat dengan akidah terhadap Allah." (Sayid Qutb, 1975: 24)

Makna

(Dari pemaparan di atas mari kita lihat 'Islam Hadhari' dari segi makna)

Penggunaan Istilah 'Islam Hadhari' memberi implikasi makna sebagaimana berikut:

i. Ada faham (isme) tertentu (Islam Hadhari) yang ditempel (embel) kepada Islam yang faham ini mencabul Islam sebagai agama yang lengkap, suci dan sempurna yang tidak perlu dikaitkan kepada mana-mana fahaman.

ii. Melihat Islam sebagai sesuatu yang terhad, iaitu dari segi 'hadhari' (Maju dan Semasa), sedangkan Islam sebagai satu sistem yang menyeluruh yang mencakupi segala yang maujud. Ini merendahkan martabat Islam itu sendiri.

iii. Mengaitkan Islam dengan kemahuan pihak tertentu (Umno). Alangkah tidak beradabnya mereka yang terlibat terhadap Islam (lihat kertas kerja dan judul-judul kertas cadangan bagi Islam Hadhari).

iv. Memaksa Islam dengan kemahuan-kemahuan semasa yang tidak wajar dikaitkan dengan kesucian Islam (Contoh: Objektif Islam Hadhari: Membentuk semua pekerja di negara ini menyokong usaha-usaha kerajaan dan Umno bagi mencapai matlamat wawasan 2020).

v. Meninggalkan aspek-aspek kesempurnaan Islam yang lain seperti perundangan Islam dan dari satu segi mencemar Islam, kerana di dalam Islam Hadhari di Malaysia ada perkara-perkara yang bercanggah dengan Islam yang tidak diambil tindakan yang selaras dengan kehendak Islam seperti membiarkan perjudian, riba dan segala jenis maksiat.

Implikasi Dari Segi Aqidah Tauhid

(Dari pemaparan di atas mari pula kita lihat implikasi dari segi akidah tauhid)

i) Dalam sejarah pemikiran Islam, walau betapa pun berlakunya pelbagai pendapat. Misalnya lahirnya golongan Asha'irah, Maturidiyyah dan Mu'tazilah di dalam bidang usuluddin dan ilmu al-kalam (Al-Baijuri, t.t. 28 -29.).

Mereka tidak dinisbahkan kepada Islam Asha'irah, Islam Maturidiyyah atau Islam Mu'tazilah. Ini untuk mengelak dari perkara yang mengelirukan di dalam Islam.

Lagi pula kelahiran ini adalah merupakan aliran-aliran yang tumbuh di dalam peradaban dan tamadun masyarakat Islam. Ianya merupakan pengolahan terhadap Islam. Di dalam konteks ini tidak sewajarnya menempelkan 'Hadhari'' kepada Islam.

ii) Islam sebagai agama Allah yang bersifat syumul, tidak seharusnya dilihat kesyumulannya hanya kepada aspek yang dianggap significant dan dalam masa tertentu (kekinian). Implikasinya aspek-aspek yang lain tidak sempurna?

iii) Jelas dari kertas kerja 'Islam Hadhari'' memperlihatkan Islam diguna dan diperalatkan bagi kepentingan ideologi dan parti tertentu (Umno).

Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui akan niat dan keikhlasan atau sebaliknya pihak-pihak berkenaan.

iv) Istilah 'Hadhari' bila dikaitkan dengan Islam tidak dapat mengelak dari pencemaran akidah, maka sebab itu hendaklah dinisbahkan pertumbuhan yang lahir dari nilai dan syariat Islam kepada masyarakat.

Contohnya 'Masyarakat Madani'. Istilah ini tepat dan menarik kerana ianya mempunyai akar kata dan pecahan yang tumbuh dan berkembang di dalam tamadun dan peradaban Islam.

Contohnya berasal dari Madinah (tempat berkembang suburnya Islam), berkait dengan tamaddun (peradaban dan susila), berkait dengan kata 'Din', iaitu tempat dikembangkan agama Islam, berkait dengan 'Dayn', iaitu manusia terhutang dengan Allah, kerana nikmat yang dikurniai-Nya, sebab itu manusia perlu patuh kepada-Nya dan berkait dengan kata 'Dana', iaitu dekat dengan Allah dan juga bererti mudah dipelajari (Islam).

Manakala istilah 'Hadhari' tidak ada perhubungan dengan sebarang istilah yang merujuk kepada tamaddun dan peradaban Islam. Mengapakah istilah yang miskin, tidak tepat dan tidak berkembang di dalam perbendaharaan Islam ini menjadi pilihan ?

v) Secara sedar atau tidak mereka yang terlibat dengan gagasan 'Islam Hadhari' adalah mereka yang terpengaruh, bahkan terjebak dengan faham sekularisme Barat.

Berhubung dengan faham sekularisme ini Syed Naquib al-Attas di dalam bukunya Islam And Secularism mengatakan:

''The term secular, from Latin saeculum, conveys a meaning with a marked dual connotation of time and location; the time referring to the 'now' or 'present' sense of it, and the location to the 'world' or 'worldly' sense of it. Thus saeculum means 'this age' or 'present time', and this age or the present time refers to events in this world, and it also then means 'contemporary events (Al-Attas, 1978: 14).

Jelas 'Islam Hadhari' yang bermakna Islam semasa, kini dan sekarang melihat kemajuan secara terputus kepada pergolakan semasa, moden dan kini dan terpisah dari kesyumulan Islam secara keseluruhan, khususnya dari segi akidah, syariat dan nilai serta akhlak.

Penglihatan lebih didominasi oleh konsep kemajuan alam kebendaan dan sekular terpisah dari kerohanian.

'Islam Hadhari' jika tidak sepenuhnya bersifat sekular sebagaimana dihuraikan di atas, setidak-tidaknya tidak terlepas dari pandangan dan pengaruh sekular itu.

Pengaruh sekular ke dalam pemikiran tokoh-tokoh ulama Umno bukan secara kebetulan, kerana bukan satu rahsia lagi ada kalangan pensyarah dan ulama yang mendokong Umno terang-terang menampilkan pandangan yang bersifat sekular baik di dalam bilik kuliah, di dalam ceramah, forum dan penulisan sehingga orang awam sendiri merasa tidak senang.

Disebabkan itulah tidak hairan pandangan yang bersifat sekularisme meresap masuk ke dalam rangka dan gagasan 'Islam Hadhari'.

Kesimpulan

(Bagi menjaga kesucian Islam, maka di bawah ini diperturunkan beberapa cadangan)

i) Agama Islam adalah agama yang suci lagi lengkap, maka segala usaha secara ikhlas bagi menegakkan Islam, hendaklah atas nama ISLAM semata-mata.

Usaha menempel atau melabelkannya dengan sesuatu boleh merosakkan kesucian Islam itu sendiri. Ini adalah merupakan sebaik-baik pendekatan.

ii) Seandainya hendak juga ditempelkan sesuatu, maka janganlah ditempelkan pada Islam yang sudah lengkap, tetapi bolehlah pada aspek-aspek pengolahan terhadap Islam, misalnya Masyarakat Madani (hasil dari acuan akidah-syariat Islam).

iii) Istilah 'Islam Hadhari' khususnya istilah 'Hadhari' agak janggal dan asing. Ianya tidak tumbuh dan berkembang di dalam peradaban dan persuratan Islam, sekurang-kurangnya tidak sebagaimana istilah 'Madani' bagi 'Masyarakat Madani.

iv) Andainya istilah ini (Hadhari) mahu digunakan, walaupun 'Madani' lebih wajar, tetapi kerana ianya dipopularkan oleh Dato' Seri Anwar dan mahu dielak (tidak wajar dari segi ilmu dan kebenaran), maka hendaklah digunakan Masyarakat Hadhari, bukannya 'Islam Hadhari'.

v) Jangan terjebak ke dalam pengaruh sekularisme yang boleh merosakkan kesucian Islam dan boleh mencemarkan akidah.

Rujukan:

Al-Attas, Syed Muhammad al-Naquib. 1978. Islam And Secularism. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam (ABIM).

Al-Bayjuri, Ibrahim. T.t. Hashiyat Tuhfat al-Murid 'Ala Jawharat al-Tawhid. Misr: Dar Ihya' al-Kutub al-'Arabiyyat.

Ibn Khaldun. 1984. Muqaddimat Ibn Khaldun. Beirut: Dar al-Qalam.

Masyarakat Madani: Satu Tinjauan Awal. 1998. Selangor: Institut Strategi Pembangunan Malaysia (MINDS).

Sayyid Qutb. 1975. Masyarakat Islam. Bandung: PT al-Ma'arif. - mks.





Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

sahabat_amin
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 123
Posting: 1288
Dari: Bumi Darul Iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-05-04 21:20


ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI

baru2 ni..
ader satu malam...
ana ngan ayah ana ader gi kluar bandar jap beli something...
pastu,masa ana tunggu ayah ana kat parking car..
ana tengok ramai betul kau sejenis ana sedang duduk tercanggung di tepi2 jalan..
ader yg tua,muda,ader yg dah mcm mayat hidup..dah nak nazak..
ana ingatkan diorg tunggu aper..
pastu diorg tue pun naik ke sebuah bangunan 2 tingkat yg takde apa2 signboard..
memang ramai lah yg pegi naik atas bangunan tue..
ana pelik gak..
masing2 bersegera ke sana..
ana cuba tinjau2 dr bawah..tp x pasti apa yg dibuatnya...
pastu,lepas 2-3 minit,sorang demi sorang turun dr bangunan tue..
masing2 pegang satu kertas...

agak2nyerlah..kertas apa tue,yer...??!

semakin lama,semakin ramai yg datang dan naik bangunan tue...
lepas curi2 tengok,barulah ana tau kertas apa..

JUDI NOMBOR EKOR kembali semula di trg ?

p/s:mana pihak JHEAT atau polis sendiri ..?
sudah dihalalkan ker kegiatan nie..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahabat_aminProfil   Hantar PM kepada sahabat_amin   Pergi ke sahabat_amin's Website   Quote dan BalasQuote

syafie
Warga Rasmi
Menyertai: 20.05.2004
Ahli No: 9093
Posting: 17
Dari: Tawau, Sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-05-04 21:56


biasalah tu.. memang dah kerja mereka, makin ramai yang jahil makin mudah mereka menang. tugas seterusnya... jan duk diam jer.. tolong ler Islam... dan orang-orang yang hendak menolong Islam... kat sabah ni lagi teruk.. dan sangat teruk.. kira cam baru nak start belajar 'IQRA'... aperpun.. Islam takkan kalah... pejuangnya walaupun nampak kalah.. dati insyaALlah di sisi-Nya... mereka menang...

"Allah sentiasa bersama-sama dengan hambanya yang Sabar..."
akhukum fil Islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafieProfil   Hantar PM kepada syafie   Quote dan BalasQuote

nur_muhammadi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 13.05.2004
Ahli No: 8956
Posting: 31
Dari: seremban,ns

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 26-05-04 22:49




inilah akibatnya apabila persoalan agama diberikan kpd org yg bukan ahli.....maka timbullah istilah2 baru semata2 utk kepentinganmereka....apa maknanya kemjuan yg dikejat ttp persoalan aqidah & akhlak ditinggalkan...islam itu syumul

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_muhammadiProfil   Hantar PM kepada nur_muhammadi   Pergi ke nur_muhammadi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 13-06-04 13:57





Loteri: Islam Hadhari tidak kenal halal, haram

Friday, June 11 @ 16:06:53 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Sikap pemimpin Umno yang mencadangkan agar mewujudkan loteri seolah memberikan gambaran betapa konsep Islam Hadhari tidak kenal erti halal dan haram.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, kesanggupan pemimpin Umno supaya diwujudkan loteri bagi membantu kemajuan sukan negara bukan sekadar menggambar mereka tidak bermoral malah konsep Islam Hadhari yang diuar-uarkan seolah-olah tidak kenal erti halal dan haram.

Katanya, sekalipun bidang sukan hanya untuk keduniaan tetapi memperuntuk judi seperti loteri dalam sukan tetap haram dalam Islam.

Dua hari lepas, anggota Parlimen Kota Bharu, Dato' Zaid Ibrahim mencadangkan agar kerajaan mewujudkan loteri khas untuk membantu mengembangkan sukan di negara ini.

Beliau mencadangkan demikian kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said di sidang Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Azalina pula berkata, kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan loteri bagi membantu sukan negara kerana tidak mahu PAS menang dalam pilihan raya akan datang.

Mengulas kenyataan Azalina, Idris berkata, menteri berkenaan mungkin berasakan PAS adalah sebuah parti yang memelihara Islam.

"Ini menunjukkan perlunya dipertahankan parti PAS kerana sekurang-kurangnya pemimpin Umno tidak berani membuat sebarang kemungkaran kerana takut PAS menyerang mereka," katanya.

Oleh itu katanya, rakyat harus faham bahawa PAS sememang menegakkan hukum Allah dan menentang segala kejahatan dan kejahilan.

Beliau yang turut sedih dan kesal dengan tindak tanduk pemimpin Umno tanpa hirau dosa dan pahala berkata, Biro Agama Umno yang diwujudkan itu tidak seharusnya berdiam diri dalam menangani masalah-masalah seperti itu. - mks


Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 16-06-04 00:11


Islam Hadhari: Kerajaan dibidas kerana membenarkan 'Konsert Sarah Brightman'



Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Senator Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Kelantan) membidas kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kononnya membawa konsep Islam Hadhari tetapi masih lagi membenarkan konsert hiburan artis luar negara seperti 'Konsert Sarah Brightman' pada 20 Jun ini.

Semasa mencelah dalam perbahasan oleh Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Mashitah Ibrahim, Siti Zailah mempersoalkannya kerana Islam Hadhari yang dibawa oleh kerajaan adalah untuk mendidik rakyat dengan fahaman Islam yang sebenar sedangkan masih melaksanakan program-program yang berunsurkan negatif.

"Adakah kerajaan sedar bahawa perkara ini terang-terangan bercanggah dengan budaya kita dan apa lagi mendidik masyarakat kita ke arah akhlak yang baik," katanya sambil menunjukkan keratan akhbar penyanyi luar negara itu.

Tegasnya, di antara perkara yang akan dibawa oleh penyanyi itu ialah lagu yang bertajuk 'Harem' yang bermaksud 'satu bahagian bilik yang terpisah dalam rumah orang Islam yang menjadi kediaman wanita Islam'.

Jelasnya, lagu yang akan dinyanyikan oleh Sarah itu merupakan satu rancangan halus yang akan merasuk dalam pemikiran umat Islam negara ini.

Beliau kesal dengan pendirian Mashitah yang berpendidikan agama kerana membenarkan konsert Sarah diadakan di negara ini untuk dijamu kepada belia Islam.

Siti Zailah dengan lantang mempersoalkan adakah kerajaan boleh memastikan belia Islam tidak terlibat sama setelah program ini berlangsung, ini kerana sudah banyak program seperti ini pastinya dihadiri oleh belia Islam.

Bagaimanapun, Mashitah menjawab konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh Kerajaan BN adalah sesuai dengan rakyat Islam dan bukan Islam.

Mashitah berkata, dengan mengambil kira masyarakat bukan Islam dalam negara ini konsert itu tidak semestinya dihadiri oleh belia Islam.

"Jadi dalam hal ini 'tepuk dada tanya selera', yang penting kita cuba berikan kawalan dalaman tetapi bukan dengan menghalang konsert ini," katanya dalam Dewan Negara hari ini.




Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_najah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.05.2004
Ahli No: 9199
Posting: 182
Dari: egypt

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 00:27




islam hadhari...sayerr pun tak paham aper itu islam hadhari nih..manerr sumber yang diambil utk wujudkan islam hadhari nih???wallhualam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_najahProfil   Hantar PM kepada ummu_najah   Pergi ke ummu_najah's Website   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-06-04 22:58


INI HASIL HADRINYA....


Malaysia daftar 70,430 anak luar nikah sepanjang 1999-2003

Friday, June 18 @ 12:27:56 MYT


KUALA LUMPUR, 18 Jun (Hrkh)- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendaftarkan 70,430 anak luar nikah bagi tempoh lima tahun iaitu daripada 1999 hingga 2003, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Dato' Azmi Khalid.



Menjawab soalan Senator Ustaz Haji Hassan Shukri, beliau memberitahu Dewan Negara daripada jumlah tersebut berdasarkan statistik mengikut agama, anak luar nikah orang Islam paling ramai didaftarkan iaitu 30,978 orang.

Azmi berkata, berdasarkan statistik pendaftaran anak luar nikah mengikut bangsa pula, kaum Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak mencatat bilangan tertinggi iaitu sebanyak 20,949 orang.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri itu turut mengemukakan statistik lengkap mengenai pendaftaran anak luar nikah mengikut negeri bagi tempoh lima tahun dengan Selangor mencatat bilangan tertinggi iaitu 12,836 pendaftaran manakala Terengganu mencatat bilangan paling kecil iaitu 574 orang dalam tempoh lima tahun berkenaan.

Ustaz Hassan yang juga Timbalan Presiden PAS, dalam soalan asalnya meminta menteri berkenaan supaya menyatakan jumlah kelahiran anak-anak luar nikah mengikut pecahan negeri, bangsa dan agama antara tahun 1995 hingga 2003.

Dalam jawapan beliau, Azmi menjelaskan bahawa JPN bukan merupakan agensi yang bertanggungjawab mendaftarkan anak luar nikah.

Katanya, JPN hanya bertanggungjawab mendaftar dan mengeluarkan sijil kelahiran bagi semua kelahiran yang berlaku di Malaysia di mana kelahiran dilaporkan.

"Dalam proses pendaftaran tersebut sudah tentu meliputi juga daripada kalangan yang dianggap anak luar nikah," jelas beliau.

Menurut Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan (ibu bapa) yang tidak berkahwin tetapi maklumat bapanya dimasukkan ke dalam Daftar dan Sijil Kelahiran kanak-kanak.

"Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tak sah taraf, ujarnya.

Azmi menjelaskan berdasarkan takrif tersebut, statistik pendaftaran kelahiran anak luar nikah mengikut negeri bagi tahun 1999 hingga 2003 mencatatkan bilangan besar 70,430 orang dengan Selangor seramai 12,836 orang, diikuti Perak (9,78, Kuala Lumpur (9,439), Johor (8,920), Sabah (8,435), Negeri Sembilan (4,10, Pahang (3,677), Kedah (3,496), Pulau Pinang (3,412), Melaka (2,707), Kelantan (1,730), Perlis (691), Sarawak (617) dan Terengganu 574 orang.

Beliau juga mengemukakan statistik pendaftaran anak luar nikah mengikut bangsa dengan Melayu/Bumiputera Sabah dan Sarawak sebanyak 20,949 orang, India (19,581), Cina (18,111) dan kaum-kaum lain sebanyak 11,789 orang.

Manakala statistik pendaftaran mengikut pecahan agama pula, orang Islam mencatat bilangan tertinggi mendaftarkan anak luar nikah seramai 30,978 orang, 18,085 bagi penganut Hindu, 17,236 bagi penganut Buddha, seramai 3,395 orang Kristian dan 736 orang anak luar nikah daftarkan mengikut agama-agama lain. MR/lanh





Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 13:50


Perlu ada batasan


HIBURAN memang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia kerana ia satu cara untuk memberi ketenangan, malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk berhibur, namun mempunyai batasan tertentu bagi mengelakkan kelalaian.

Perkara ini bukan baru dalam kehidupan dan sudah wujud daripada zaman Rasulullah lagi dengan pendekatan berlainan bagi tujuan untuk berhibur.

Pegawai Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Abas Yahya berkata, hiburan boleh dilihat dari dua sudut iaitu hiburan yang dibenarkan dan hiburan yang tidak dibenarkan.

Hiburan yang dibenarkan adalah bertujuan memberi pengajaran dan kesedaran manakala yang tidak dibenarkan adalah hiburan boleh melekakan serta memberi kelalaian kepada pendengarnya.

Malah, katanya Islam tidak melarang keseronokan dalam hidup, namun jangan sehingga menyebabkan generasi muda lalai dan terbabit dengan gejala tidak baik hasil daripada program dan pendedahan yang dilaksanakan kini.

“Bagi saya program hiburan yang dilaksanakan ketika ini adalah pendekatan baru dalam usaha untuk mencungkil bakat baru dalam industri hiburan.

“Namun, mereka perlu menonjolkan perkara positif dan tidak terikut-ikut dengan budaya Barat yang boleh memberikan kesan buruk kepada individu terbabit,” katanya.

Abas juga menasihatkan agar mereka yang berminat menyertai pertandingan itu tidak terlalu ghairah untuk glamor dan memikirkan akibat yang bakal ditempuhi.

“Mereka harus mendapatkan kaedah berkesan untuk menonjolkan bakat mereka kerana bukan semua mempunyai keistimewaan yang mereka miliki.

“Oleh itu, golongan ini harus menghargai bakat yang ada dengan memilih saluran yang betul untuk memperlihatkan bakat mereka,” katanya.

Malah, Islam sendiri tidak melarang umatnya untuk menikmati keseronokan dalam hidup, namun kita perlu mengelakkan aktiviti tidak berfaedah yang menyebabkan kelalaian.

Jika ia terjadi, maka tidak mustahil generasi muda akan menajdi terlalu bebas sehingga terbabit dalam gejal tidak baik hasil daripada pendedahan terlampau kepada hiburan dan keseronokan.



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 07-08-04 13:54


Betul kah ini di namakan islam hadhari..namun keruntuhan akhlak dan gejala sosial kian menjadi-jadi....tk dah ader sebarang tindakan.........tepuk dada tanya iman??????

Islam Hadhari pikat pengundi Terengganu

Oleh Azahar Kasim

SENTIMEN agama yang dijadikan modal dalam kempen Barisan Nasional (BN) di Terengganu ternyata berkesan apabila pengundi mula tertarik dengan BN yang hendak melaksanakan agama dengan berkonsep Islam Hadhari.

Penerimaan mereka jelas apabila memenangi 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyapu bersih kerusi lapan Parlimen di negeri ini dalam pilihan raya umum pada 21 Mac lalu.

Kemenangan mutlak dua pertiga itu membolehkan BN memerintah dengan penuh bergaya apabila 60 peratus muka baru yang berlatar belakang agama dan memiliki tahap pendidikan akademik yang tinggi dipilih rakyat.

Mereka dipilih kerana rakyat Terengganu mahu melihat bagaimanapun Islam Hadhari yang membawa makna Islam Bertamadun dilaksanakan di Terengganu seperti yang dijanjikan pemimpin BN.

Pelaksanaan ini penting kerana penggunaan nama Islam dan keperibadian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali sebagai Pak Lah menjadi tunjang kepada kemenangan BN di Terengganu.

Penduduk Terengganu mahupun Kelantan terlampau dahaga nama Islam dan imej pemimpin politik yang warak, merendah diri, boleh menjadi imam dan berakhlak mulia selaras dengan tuntutan agama Islam.

Sebelum ini, watak-watak pemimpin sebegitu dimiliki pemimpin Pas yang menamatkan pengajian agama dalam syariah, usuluddin, bahasa Arab dan fikah daripada universiti di Mesir, Arab Saudi, Jordan, Pakistan dan Iraq yang mewarnai politik di Pantai Timur.

Kedahagaan dan kehausan mereka memilih pemimpin sebegini jarang diperolehi dalam pilihan raya umum sebelum ini yang kebanyakannya diwakili ahli korporat dan pentadbir kerajaan.

Keadaan itu menyebabkan rakyat Terengganu dan Kelantan yang terkenal dengan amalan agamanya berbelah bahagi untuk menyokong BN kerana Islam kemungkinan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna oleh mereka yang tidak arif di bidang itu.

Selain itu, masalah perebutan kuasa kian menjadi topik hangat pengundi di Terengganu dan Kelantan bagi setiap kali pilihan raya dan berakhir dengan keputusannya tidak memihak kepada BN.

Permasalahan itu dan beberapa masalah lain menyebabkan BN kalah di dua negeri itu dalam pilihan raya umum lalu terutama pada 1995 dan 1999.

Bedah siasat dilakukan sebelum menemui formula bahawa Islam boleh digunakan dalam kempen tetapi dengan cara bijaksana supaya tidak disalahtafsirkan.

Formula digunakan Pak Lah ialah mengetengahkan calon beragama dan akademik tinggi serta mengurangkan calon tertentu, terutama usahawan dan `lama' bagi bertanding di Terengganu.

Campur tolak dalam formula itu ditokok tambah dengan kepimpinan Pak Lah yang sederhana dan warak memberi kelebihan kepada Umno Terengganu pada pilihan raya umum kali ini kerana wajah Pak Lah dijaja seluruh negeri dan negara bagi mendapat sokongan dan mandat rakyat.

Bukan sahaja wajahnya yang bersahaja dan suka tersenyum tetapi gambaran istimewa lain seperti Pak Lah sedang mengimamkan sembahyang dan poster Pak Lah menadah tangan memohon doa ke hadrat Ilahi diletakkan di semua kawasan tumpuan ramai di negeri ini.

Gambaran itu menunjukkan Pak Lah sama gagah, seiring dan setanding dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga dua ulama terkenal dalam Pas.

Di Kelantan, poster dan sepanduk Nik Aziz menadah tangan memohon doa turut diberi perhatian walaupun ia menjadi kebiasaan seorang ulama memohon kekuatan kepada Allah SWT sebelum melakukan apa-apa perkara.

Tetapi pada tahun ini, gambar Pak Lah melakukan perkara yang sama terpampang di Kelantan menyebabkan rakyat negeri itu berbelah bahagi membuang undi.

Drama itu berakhir dengan Pas memenangi 24 kerusi DUN manakala BN 21 dan ia menunjukkan pertambahan jumlah kerusi berbanding pilihan raya umum 1999 hanya dua kerusi.

Bagaimanapun, situasi ini tidak dapat dilihat di Terengganu apabila gambar Hadi tersenyum dengan slogan `Terengganu Kite Hok Kite' dan `Pertahankan Maruah Terengganu Kite' terpampang di semua sudut utama seluruh negeri.

Kemungkinan gambaran Hadi menadah tangan dan mengimamkan sembahyang dianggap tidak perlu kerana ketokohan dan ilmu agama Hadi sudah tidak boleh dipertikaikan.

Tetapi BN menggunakan strategi berbeza dengan memperkenalkan pemimpin tertinggi negara, Pak Lah yang juga memiliki sifat terpuji seperti ulama dalam Pas.

Situasi itu menyebabkan pemimpin sederhana seperti Pak Lah mendapat tempat di kalangan hati rakyat Terengganu sebelum mereka menolak kepimpinan agresif dan keterlaluan yang diamalkan pemimpin Pas.

Pelbagai alasan diberikan pengundi BN menolak kepimpinan Pas di Terengganu yang dilambangkan sebagai ego (gong) dan agas (sombong) selepas berjaya memerintah Terengganu.

Pemimpin Pas lupa bahawa rakyat menilai keperibadian pemimpin sebelum memangkah kertas undi walaupun Pas melaung-laungkan Islam tetapi kecenderongan pemimpin yang agak radikal dan keterlaluan tidak dapat diterima rakyat dewasa ini.

Ada orang mengatakan jika Allahyarham Datuk Fadzil Noor masih ada dan Haji Hadi tidak menjadi Presiden Pas, kemungkinan dasar agresif Pas di Terengganu dan di Malaysia dapat dikekang kerana Fadzil terkenal dengan sifat kesederhanaan dan bersabar walaupun hendak melaksanakan Islam.

Apa yang berlaku, Hadi menjadi Presiden Pas dan Menteri Besar Terengganu yang ghairah melaksanakan Islam tanpa memikirkan sokongan rakyat terhadap pemimpin itu dan kerajaan negeri kian merosot, sejak kebelakangan ini.

Sokongan kian merosot kerana kealpaan pemimpin Pas yang terlampau yakin rakyat akan terus memberi sokongan kepada mereka walaupun BN menggunakan sentimen agama untuk memenangi hati rakyat.

Malahan, Hadi pernah berkata rakyat Terengganu tidak dapat dikelirukan dengan Islam Hadhari kerana mereka sudah faham dengan perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Ternyata sangkaan itu meleset kerana pengundi di Terengganu tidak sekuat pengundi di Kelantan mendalami ilmu agama serta mereka terlalu bergantung dengan kerajaan dalam memajukan diri sendiri dan keluarga.

Sebab itulah, BN terus menjanjikan pemberian wang ihsan diteruskan dalam usaha memenangi hati rakyat Terengganu yang lebih menjurus kepada budaya subsidi, sejak sekian lama.

Kekuatan BN memainkan isu pemberian wang ihsan diteruskan, penghapusan tol dan penyambungan pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur serta membesarkan Lapangan Terbang Sultan Ismail menjadi `gula-gula' paling manis untuk rakyat Terengganu.

Apa yang penting ialah rakyat Terengganu mahu melihat perlaksanaan `Islam Hadhari dan Terengganu Bestari' yang menjadi alasan kukuh kepada BN mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya umum ke-11 sebelum mereka menyokong BN dalam pilihan raya umum ke 12 akan datang.






Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

NURLIA
Warga Rasmi
Menyertai: 02.06.2004
Ahli No: 9266
Posting: 12
Dari: SELANGOR

Selangor  


posticon Posting pada: 07-08-04 14:16


...................

Betul tu...........apa nak jadi dgn remaja sekarang....tidak tahu malu.............
yang penting tepuk dada tanya iman....
fikirkan la sendiri..................null

Bookmark and Share

    


  Member Information For NURLIAProfil   Hantar PM kepada NURLIA   Pergi ke NURLIA's Website   Quote dan BalasQuote

NURLIA
Warga Rasmi
Menyertai: 02.06.2004
Ahli No: 9266
Posting: 12
Dari: SELANGOR

Selangor  


posticon Posting pada: 07-08-04 14:16


...................

Betul tu...........apa nak jadi dgn remaja sekarang....tidak tahu malu.............
yang penting tepuk dada tanya iman....
fikirkan la sendiri.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For NURLIAProfil   Hantar PM kepada NURLIA   Pergi ke NURLIA's Website   Quote dan BalasQuote

NURLIA
Warga Rasmi
Menyertai: 02.06.2004
Ahli No: 9266
Posting: 12
Dari: SELANGOR

Selangor  


posticon Posting pada: 07-08-04 14:17


...................

Betul tu...........apa nak jadi dgn remaja sekarang....tidak tahu malu.............
yang penting tepuk dada tanya iman....
fikirkan la sendiri.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For NURLIAProfil   Hantar PM kepada NURLIA   Pergi ke NURLIA's Website   Quote dan BalasQuote

hakimabdulrahman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10003
Posting: 541
Dari: kawan

singapore  


posticon Posting pada: 07-08-04 14:42


Remaja dan muda-mudi sekarang ni kebanyakkan mahu kebebasan,tak da konkongan oleh ibubapa,mau berdikari sekiranya bole....,ingin memilikki sesuatu yang terbaru jika dapat...mau mencoba sesuatu yang baru........mau berjaya disegi pendidikan seberapa yang bole....
Jadi nak salahkan siapa ya.....
Mereka ni berhati muda dan sentiasa mahu mencoba yang baru........
Ada tu ilmu ukhrawi tu tinggi tapi masih melakukan kemungkaran....salah siapa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hakimabdulrahmanProfil   Hantar PM kepada hakimabdulrahman   Pergi ke hakimabdulrahman's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 20-08-04 12:03


ana setuju dengan pendapat abdul rahman tu..........sepatutnye pendidikan tu bermula di rumah.......agar remaja hari dapat di didik dengan ilmu pengetahuan,agar mereka tk terheret ke lembah gejala sosial,malah pihak kerajaan harus mengambil langkah bagi mengatasi masalah ini........jangan sampai orang ramai mempertikaikan islam hadhari yg di laungkan........

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 14:42


Dirogol kekasih ketika 'dating'

Oleh Rahayu Mohd Salleh
[email protected]

DIROGOL waktu bertemu janji jarang sekali mahu diakui apatah lagi apabila pelaku itu teman lelaki. Mangsa yang rata-rata remaja perempuan lazimnya tidak mahu perkara itu diambil tindakan pihak berkuasa lantaran malu atau bimbang diri dipersalahkan.
Lebih malang apabila kejadian itu hanya menjadi rahsianya seorang kerana tiada siapa yang dirasakan dapat memahami situasi. Namun, pemikiran sebegini tidak seharusnya berpanjangan malah tidak mustahil jika kejadian tidak diingini itu terus berleluasa dalam diam kerana tiada siapa mahu menghalang.

Bilangan kes rogol menunjukkan peningkatan saban tahun seperti diketengahkan statistik Polis Diraja Malaysia. Jika pada 2002, sebanyak 1,431 kes dilaporkan, kejadian pada 2003 pula meningkat kepada 1,479 kes.

Berdasarkan 587 kes dilaporkan mulai Januari hingga Mei tahun lalu, 346 kes membabitkan pelaku di kalangan teman lelaki, kenalan dan kenalan baru.

Selebihnya membabitkan kes sumbang mahram serta pelaku di kalangan orang yang tidak dikenali dan pelaku lain seperti bomoh dan guru. Secara purata, dianggarkan 85 hingga 90 peratus kes rogol membabitkan pelaku yang dikenali mangsa.

Menurut Seksyen 375 Kanun Keseksaan, maksud rogol adalah luas termasuk persetubuhan yang bertentangan iaitu dengan paksaan dan tanpa kerelaan perempuan.

Berdasarkan satu kajian di Amerika Syarikat dijalankan oleh ahli psikologi, Mary Koss, mendapati 57 peratus kejadian rogol berlaku sewaktu bertemu janji manakala 84 peratus perogol enggan mengaku jenayah yang mereka lakukan.

Kajiannya turut menunjukkan 30 peratus daripada mangsa menimbangkan kemungkinan untuk membunuh diri manakala 42 peratus mangsa tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian berkenaan.

Sikap sesetengah remaja sukar meluahkan perasaan terutama hal peribadi kepada pihak yang benar-benar dapat membantu, menyukarkan lagi keadaan.

“Remaja yang menjadi mangsa rogol teman lelaki atau kenalan lazimnya jarang mahu bercakap mengenai kejadian yang menimpa mereka apatah lagi mahu ke hospital atau balai polis.

“Ada kalanya bukan salah mereka kerana tidak mahu mengenengahkan kejadian itu kerana banyak pihak termasuk ahli keluarga yang mungkin tak dapat memahami sebaliknya, menuding jari pada mangsa sebagai punca kejadian,” kata Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita, Ivy Josiah.

Justeru, dia menyarankan supaya diwujudkan persekitaran di mana golongan remaja dapat meluahkan masalah mereka tanpa berasa diri sering dipersalahkan.

“Misalnya, penubuhan unit kaunseling rakan sebaya. Apabila membabitkan hubungan sesama teman lelaki atau wanita, remaja jarang bercakap hal sedemikian dengan ahli keluarga atau guru.

“Oleh itu, kehadiran rakan sebaya ini tentu memudahkan lagi keadaan remaja bermasalah khususnya mereka yang menjadi mangsa jenayah seksual,” katanya.

Remaja perempuan pula, menurutnya, sering menjadikan lelaki berimej ‘macho’ sebagai ikon mereka hingga ada kalanya membuatkan mereka terjebak dengan pilihan mereka itu. Lebih parah apabila sesetengah lelaki pula menganggap mereka ‘berhak’ ke atas teman wanita masing-masing hingga boleh memperlakukan mereka sesuka hati.

Tiada siapa berhak dirogol. Berada di dalam rumah atau kenderaan lelaki tidak bermakna seseorang wanita itu bersetuju melakukan hubungan seksual dengan lelaki terbabit. Malangnya, pandangan sebegini lazim dianggap sebaliknya.

“Apabila teman lelaki berbelanja mewah untuk teman wanitanya, tak bermakna wanita itu harus berasa terhutang ‘budi’ dan terpaksa melakukan hubungan seksual walaupun wanita itu enggan melakukannya,” kata petugas Persatuan Pergerakan Wanita, Che Nor Mohaini Abdul Aziz.

Mengawal hubungan sosial, menurutnya, juga antara langkah yang boleh dilakukan termasuk bertemu janji secara berkumpulan serta tidak memilih tempat yang sunyi dan terpencil.

“Hati-hati pada minuman diberikan, jangan sampai ia dibubuh bahan asing yang boleh memabukkan hingga mengakibatkan kejadian tak diingini.

“Malah jika keadaan dirasakan tak selesa, lebih baik tinggalkan saja tempat berkenaan daripada mendedahkan diri kepada risiko yang lebih buruk,” katanya.

Kejadian rogol, menurutnya, boleh berlaku kerana sebab yang mudah membabitkan beberapa aspek daripada perspektif pelaku seperti peluang, sasaran dan keupayaan.

“Lazimnya, pelaku menganggap diri mereka lebih berkuasa daripada mangsa kerana itu, ada kes rogol membabitkan mangsa di kalangan orang tua dan kanak-kanak. Mereka lazimnya lebih lemah daripada perogol dan golongan sebeginilah yang sering diambil kesempatan,” katanya.

Apa sekalipun, menyemai rasa hormat lelaki terhadap wanita bukan soal kecil dan segala asuhan harus bermula sejak seseorang itu masih di usia rebung lagi.

apa dah jadi.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 16:28


Saban hari, kes rogol dan khalwat selalu terdapat di dada akhbar.Masyarakat sekarang seolah-olah sudah tidak bertamadun. Hanya mengikut nafsu tanpa mengikut akal. Entahlah, umat akhir zaman ini, nampaknya lebih jahil daripada umat jahiliah dahulu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 12-02-05 10:35


Entah lah...makinn hari makin menjadi-jadi gejala sosial di negara kita...bila dah negara kita maju dan digelar negara islam,masalah gejala-gejala sosial tak timbul lagi.............!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.525347 saat. Lajunya....