Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Tidak ada sahabat yang setia melainkan kepentingan yang berpanjangan

-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 62
Ahli: 0
Jumlah: 62




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Jejak Kerjaya
Topik: masalah negara:jom baca(khusus utk lelaki)


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafiz_along_83
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Kerjaya
    »» masalah negara:jom baca(khusus utk lelaki)

Please Mendaftar To Post


Oleh masalah negara:jom baca(khusus utk lelaki)

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-05-04 14:44


Negara akan hadapi masalah kekurangan serius guru lelaki
KUALA LUMPUR 7 Mei - Negara akan menghadapi masalah kekurangan serius guru lelaki dalam tempoh beberapa tahun lagi sekiranya tiada pendekatan segera diambil bagi menjadikan profesion tersebut menarik di kalangan golongan itu.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Loke Yim Pheng berkata, kini dianggarkan kira-kira 70 peratus daripada 289,766 jumlah keseluruhan guru di negara ini terdiri di kalangan wanita.

Keadaan itu katanya, menyebabkan terdapat sesebuah sekolah di negara ini mempunyai jumlah guru lelaki tidak melebihi tiga atau empat orang sahaja.

Perkembangan tersebut juga, jelas beliau, menyumbang kepada masalah kekurangan guru secara keseluruhan di negara ini.

Yim Pheng memberitahu, bagi sekolah rendah di seluruh negara terdapat seramai 56,327 guru lelaki berbanding wanita iaitu 109,031 orang.

Sekolah menengah pula, katanya, mencatat seramai 45,923 guru lelaki manakala wanita pula 78,485 orang.

``Kekurangan guru lelaki ini boleh menimbulkan masalah kepada sekolah apabila adanya kerja-kerja berat, ramai guru cuti bersalin, menangani masalah disiplin, sukar untuk mengadakan aktiviti luar dan sebagainya,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Yim Pheng, sekolah di luar bandar lebih memerlukan ramai guru lelaki berbanding di bandar.

``Ini kerana ada sesetengah kawasan, lokasi sekolah adalah jauh dari rumah pelajar-pelajar yang menyebabkan guru perlu menemani pelajar mereka pulang ke rumah setelah kelas tambahan atau kokurikulum,'' katanya.

Beliau memberitahu, banyak faktor membuatkan lelaki tidak berminat menjadi guru.

``Mereka (lelaki) lebih berminat untuk meneroka bidang yang berkaitan teknologi maklumat (IT) dan kerja-kerja berasaskan teknikal yang dirasakan lebih mencabar.

``Selain itu, beban kerja yang banyak seperti terpaksa berhadapan dengan pelbagai kertas kerja juga mengakibatkan mereka berpaling ke bidang lain,'' ujarnya.

Dalam pada itu, Yim Pheng berkata, dorongan sesetengah keluarga yang lebih suka melihat anak perempuan mereka menjadi guru juga menyebabkan profesion tersebut terus dikuasai oleh wanita.

Bagaimanapun, kata beliau, antara faktor lain yang boleh diberikan perhatian ialah kesukaran untuk kenaikan pangkat berbanding bekerja di sektor swasta.

``Tidak dapat dinafikan proses kenaikan pangkat di sektor swasta mudah berbanding sektor awam.

``Walaupun sentiasa menunjukkan prestasi kerja yang baik, peluang kenaikan pangkat mengambil tempoh yang agak panjang,'' jelasnya.

Justeru, beliau mencadangkan agar kerajaan menjadikan profesion tersebut sebagai satu `magnet' atau daya penarik kepada golongan lelaki.

Kata Yim Pheng, antara cadangan yang boleh difikirkan ialah mempercepatkan peluang kenaikan pangkat, mengadakan keistimewaan dan imbuhan tertentu seperti dalam sektor swasta.

``Sudah tiba masanya, langkah-langkah tertentu diambil untuk menjadikan guru sebagai profesion yang bukan sahaja menjadi idaman wanita tetapi lelaki,'' katanya.

Beliau percaya, para guru wanita juga mengalu-alukan kehadiran guru lelaki di sekolah kerana mereka sentiasa boleh bekerjasama dalam apa jua bidang termasuk menangani masalah disiplin dengan lebih berkesan lagi.



fikri2kan lahhh...
kalau perempuan yg baca....sebarkanlah pada adik2 lelaki anda atau abang2 anda...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

great_teacher
WARGA SETIA
Menyertai: 03.01.2004
Ahli No: 6195
Posting: 739
Dari: ...:::BANDAR DI RAJA MENUJU KE SERAMBI MAKKAH:::...

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-05-04 10:20




Heheheeee.....satu cabaran kepada sahabat2 yang bergelar LELAKI....
Jom la kita ramai2 memeriahkan dunia pendidikan dengan menjadi GURU....Jangan biarkan generasi masa depan tidak terdidik ekoran kekurangan guru Lelaki yang macho dan hensem....



Bookmark and Share

    


  Member Information For great_teacherProfil   Hantar PM kepada great_teacher   Pergi ke great_teacher's Website   Quote dan BalasQuote

mafish_84
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4287
Posting: 120
Dari: serambi madinah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-05-04 15:50




sebenarnyer orng lelaki ni kurang bermint nak jadi cikgu...mungkin cerewet kot, sebb kene layan kerenah budak2... kalau cikgu perempun lemah lembut,cikgu laki tak leh nak sabar, main bagi ajer...

ehhh great_teacher kalau nak yang hensem2 ngan yang macho ajer jadi cikgu, habislah dak perempuan kat kelas tuuuu. asyik dok tenung cikgu ajer nantikan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mafish_84Profil   Hantar PM kepada mafish_84   Quote dan BalasQuote

syah_solehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.08.2003
Ahli No: 2858
Posting: 350
Dari: Johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 30-05-04 00:43




great_teacher promo diri sendiri la tu.. hihi, ana wanita baca juga kakyongju.. hihi.. tak pe kan??

Bookmark and Share

    


  Member Information For syah_solehahProfil   Hantar PM kepada syah_solehah   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 17-06-04 17:00


Quote:

On 2004-05-09 15:50, mafish_84 wrote:


sebenarnyer orng lelaki ni kurang bermint nak jadi cikgu...mungkin cerewet kot, sebb kene layan kerenah budak2... kalau cikgu perempun lemah lembut,cikgu laki tak leh nak sabar, main bagi ajer...

ehhh great_teacher kalau nak yang hensem2 ngan yang macho ajer jadi cikgu, habislah dak perempuan kat kelas tuuuu. asyik dok tenung cikgu ajer nantikan....

betul tu memang lelaki kurang ber minat jadi guru termasuklah saya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 17-06-04 21:02


emmmm....

kalau ikutkan tak minat jadi cikgu ni....kadan-kadang tu best jugak..coz dapat rotan buhak..hihihi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 17:37


ermm..alah ok ape jadi cikgu..nanti hari guru leh dpt hadih byk2 kan....


-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

z_tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2309
Posting: 155
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 12-09-04 21:50


assalamualaikum....
ana pun kurang mnat gak nk jadi pendidik ni..tk tau ar nape...maybe kurng sesuai kot.p kalo trpakse, maybe go on gak la..

Bookmark and Share

    


  Member Information For z_tornadoProfil   Hantar PM kepada z_tornado   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-09-04 22:38


wah wah wah....peluang baik tu..mintak2lah dapat sekolah menegah..dpt sekolah rendah menangis la...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alamfana01
Warga Rasmi
Menyertai: 16.05.2004
Ahli No: 9002
Posting: 5
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 28-09-04 16:55



sebenarnya org lelaki bukan tak mahu jadi guru, cuma keadaan dan masa yang tidak mengizinkan utk org lelaki menjagi guru. lagipun org lelaki ni sentiasa mahukan sesuatu yg hebat pd diri mereka oleh yang demikian terciptalah satu suasana guru2 dimonopoli oleh kaum perempuan

Bookmark and Share

    


  Member Information For alamfana01Profil   Hantar PM kepada alamfana01   Pergi ke alamfana01's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.359296 saat. Lajunya....