Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 7 hari yang lalu
Kang: 26 hari yang lalu
lidah-penghunus: 28 hari yang lalu
muslimin23: 36 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Al-Quran dan Hadis
Topik: Menyembunyikan yg hak, Mengundang kemurkaan Allah


Carian Forum

Moderator: Administrator, ABg_IMaM, ibnu_musa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Menyembunyikan yg hak, Mengundang kemurkaan Allah

Please Mendaftar To Post


Oleh Menyembunyikan yg hak, Mengundang kemurkaan Allah

Engku_Salina

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 5
Posting: 462
Dari: Terengganu - KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-04-04 09:17


Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul

SURAH AL-BAQARAH ( AYAT 188 )


TERJEMAHAN
Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim-hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.


TAFSIRAN
Ibnu Abbas berkata, ``Ayat ini menyebut mengenai seseorang yang menanggung atau memiliki harta orang lain, tetapi tidak ada buktinya.

Lalu ia mengambil kesempatan daripada harta tersebut dan dilawannya perkara tersebut ke muka pengadilan, padahal ia ingat bahawa benar harta orang itu ada padanya, padahal ia mengetahui ia berdosa dan makan harta yang haram.

Menurut Ummu Salamah r.a., Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya:

Ingatlah bahawa aku seorang manusia dan ada kalanya datang orang yang sedang bertengkar kepadaku, mungkin yang seorang lebih pandai menerangkan hujahnya daripada lawannya sehingga aku memenangkan ia dalam perkaranya, maka siapa yang aku menangkan padahal ia mengambil hak seorang Muslim, maka hal yang demikian itu sama dengan aku memberi padanya sepotong api neraka dan terserah padanya untuk diterima atau ditinggalkannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ayat dan hadis ini jelas menunjukkan bahawa keputusan hukuman seorang hakim tidak akan mengubah hakikat hukum syariat, yakni tidak dapat mengubah yang haram untuk menjadi halal atau sebaliknya.

Meskipun pada zahirnya boleh berlaku, maka jika tepat zahir dan batinnya itulah yang benar, jika tidak maka bagi hakim tetap mendapat pahala ijtihadnya, sedangkan dosanya tetap ditanggung oleh orang yang menipunya.

Qatadah berkata: Ketahuilah bahawa keputusan hakim tidak dapat menghalalkan apa yang haram dan tidak dapat mengharamkan yang halal, tetapi hakim hanya menghukum menurut apa yang dapat didengar dan apa yang dilihat dan disaksikan oleh para saksi, dan hakim itu manusia biasa yang ada kalanya benar dan ada kalanya salah.

``Oleh yang demikian hendaklah kita ketahui bahawa siapa yang merasa bahawa ia dimenangkan dalam kebatilan, maka perkaranya belum selesai, sehingga dilanjutkan kelak di hadapan Allah yang akan menyelesaikannya.''

Di dalam menjamin agar setiap pengadilan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan saksama, maka mestilah seorang hakim mempunyai syarat- syarat berikut sebagaimana yang diperakui oleh keempat-empat mazhab:

1. Seorang yang berakal dan telah mencapai umur baligh.

2. Merdeka.

3. Muslim.

4. Kemampuan untuk mendengar, melihat dan berbicara.

5. Adil: Maka tidak harus melantik orang yang fasiq dan mereka yang ditolak kesaksiannya kerana ia tidak boleh dipercayai.

6. Lelaki

7. Berupaya untuk berijtihad: Maka tidak boleh melantik orang yang jahil tentang hukum-hakam syariah dan mereka yang bertaklid untuk menjadi hakim.

SEBAB-SEBAB TURUN AYAT
Ayat ini turun berkenaan dengan Imril Qais bin `Abis dan `Abdan bin Asyma' al-Hadhrami yang berbalah dalam soal tanah.

Imril Qais berusaha untuk mendapatkan tanah itu agar menjadi miliknya dengan bersumpah di depan hakim. Maka ayat ini diturunkan sebagai peringatan kepada orang-orang yang merampas hak orang lain dengan cara batil.

PENGAJARAN
1. Allah s.w.t. melarang sama sekali seseorang itu mengambil atau memakan harta orang lain dengan cara yang batil (tidak benar) kerana ia akan menyebabkan orang lain teraniaya dan dizalimi, dan doa orang dizalimi amat mustajab di sisi Allah s.w.t.

2. Peranan seorang hakim ialah untuk mengadili sesuatu perkara dengan seadil-adilnya agar yang berhak akan mendapat haknya dan begitu juga sebaliknya.

Maka perbuatan menyembunyikan sesuatu yang benar hanya akan mengundang kemurkaan Allah s.w.t. dan kecelakaan di dunia dan di akhirat.

3. Contohilah Rasulullah s.a.w. dalam mengadili sesuatu kes pertikaian yang berlaku di antara suku-kaum Arab sewaktu ingin meletakkan Hajar Aswad di Kaabah. Maka renungilah intipati peristiwa tersebut.

Sumber: Utusan Online


Live needs sacrifice, Sacrifice needs fight, Fight needs courage, Courage needs confidence, Confidence determine success, Success lead us to happiness...



[ Posting ini telah di edit oleh: Engku_Salina pada 2004-04-09 09:18 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Engku_SalinaProfil   Hantar PM kepada Engku_Salina   Pergi ke Engku_Salina's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.093332 saat. Lajunya....