Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: kisah benar: Derhaka seorang anak di sandakan


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» kisah benar: Derhaka seorang anak di sandakan

Please Mendaftar To Post


Oleh kisah benar: Derhaka seorang anak di sandakan

MencariSinar
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 532
Posting: 672
Dari: Seky. 9 Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-01-04 09:09


Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah hari itu. I September 1994. Serius
mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang
lain menggeleng gelengkan kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati . Setelah injin motosikal di matikan,saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu ? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa?San, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia ?" kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan ? Tak boleh keluar dari kubur ? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana
lain benar apa yang mereka katakan itu.
" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia?tapi belum boleh lagi ". " Kenapa jadi macam tu ? " saya bertanya supaya
Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..
Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan,
budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya
untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula
enggan memberikannya wang.
" Bukannya banyak, RM 20 aja mak !" gadis itu membentak. " Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya, perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi, lemah jantung dan kencing manis. " Maaak?kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau?tapi mak tak ada duit," balas ibunya. " RM 20 aja !" si gadis berkata.
" Tak ada ," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut !" si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.
" Bukan macam tu ta?" belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya, " Ahhh?sudahlah
emak ! Saya tak mau dengar ! " " Kalau emak ada du? " ibunya menyambung , tapi belum
pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ; "
kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada !" Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan
menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai . " Saida..Sai.. dddaaa.."
katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya berkerut menahan sakit. Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya
masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, di balingnya
bantal dan selimut ke dinding. Dan Sementara diluar,
suasana sunyi sepi. Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya
tidak bergerak lagi. Bila di pegang ke pergelangan tangan dan bawah leher , tidak ada lagi nadi berdenyut. Si gadis panik. Dia
meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melaui jiran-jiran,
kematian wanita itu di beritahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.
Jaimi menyambung ceritanya ; " Mak cik tu di bawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang
pelik, tapi bila mayatnya nak di masukkan ke dalam kubur, ia jadi berat
sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya
ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat Bantu.
" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak
mayat ibunya di tepi
kubur."
Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis
berkenaan. Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya
ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut,
tiba-tiba kakinya tidak boleh di angkat . Ia seperti di paku ke tanah. Si gadis mula cemas. " Kenapa ni ayah ?" kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni..tak boleh angkat !" balas si gadis yang kian cemas.
Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.
" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat? tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya. Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi di panggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.
" Ayah?kenapa ni ?? !! Tolonglah Saida , ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur. Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba
menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat. " Tolong saya ayah, tolong saya?kenapa jadi macam ni ayah ? "
kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal . Sekarang , ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si
ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu. Dia menarik lagi tangan gadis
yang berada di dalam kubur tapi
tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah. " Emak..ampunkan Saida emak, ampunkan Saida.." gadis
itu menangis . Sambil itu di peluk dan di cium jenazah kiblat.Air matanya sudah tidak boleh di empang lagi. " Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal.Saida menyesal.. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku. Kemudian
gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai tangannya supaya boleh di tarik keluar.
Beramai-ramai orang cuba mengeluarkan nya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu di kambus.
" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat di lihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja?kalau hujan macam mana ? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan. " Habis anak saya ?" tanya si bapa. Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak di sempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam. Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang di putuskan, upacara pengebumian terpaksa di teruskan sehingga selesai,termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur di kambus separas lutut gadis
saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya. Yang menyedihkan , ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talking di baca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia
meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya
keluar. Tapi tidak berhasil. " Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan.
Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.
" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur. Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana. Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang di maksudkan dan berusaha menyusup ke
celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak. Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai ke
barisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan kami telah di buat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata masing-masing. Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya. " Pssstt?Raie?Raie..Psstt," saya memanggil , Raie yang
perasan saya memanggilnya mengangkat tangan. " Boleh aku tengok budak tu ?" saya bertanya sebaik saja dia datang ke arah saya. " Mana boleh . Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri
dan kanan khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah?"saya memujuk. Alhamdulillah, setelah puas di pujuk dia mengalah. Tana berlengah, saya
mengusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama ,risau, takut di halau keluar.
Kedua ; tidak sabar hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan. Selepas meredah kubur-kubur yang
bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang di maksudkan. Di pinggir
kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.
Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak di halau. Alhamdulillah, saya lihat
seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil
saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah
kubur.

>

> Bila di jenguk kedalam , dada saya serta-merta terasa
sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah
kubur sambil menangis

> teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah
berhampiran lahad dan merintih ; "Emak?ampunkanlah Saida,
Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.."

> Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran
daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon
keampunan daripada

> arwah ibunya. " Emak?lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan
saya, lepaskan saya," Di tarik-tariknya kaki yang melekat
di tanah namun tidak berhasil

> juga.

>

> Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di
pinggir
kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak
di buat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

>

> " Sudahlah tu Saida?makanlah sikit nak ," rayu bapanya
sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis
tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun
tidak.
Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun
daripada arwah ibunya. Hampir menitis air mata saya melihat Saida .
Tidak saya sangka

> , cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini
berlaku di depan mata. Begitu besar kekuasaan Allah. Memang
betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibi bapa akan di balas
'tunai'. Malangnya saya tidak dapat lama di sana.

>

> Cuma 10 ,15 minit saja kerana Raie memberitahu,
pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu ,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan

> kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan
saya emak, ampunkan saya saya, Ya Allah, lepaskanlah
kaki ku ini, aku bertaubat, aku insaf?"

>

> Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa
Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu
untuk di bawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Seorang polis
saya lihat mengesatkan air matanya.

>

> Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi
perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan
anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata
masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang
untuk membuat liputan tetapi tidak di benarkan

> . Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi
kebaikan
keluarga gadis , permintaan itu terpaksa di tolak.
Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak

> tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur
ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta
keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan
mata. Suara tangisannya yang saya terngiang-ngiang di
telinga.

>

> Saya di beritahu ,sejak siang, tidak ada secebis
makanan
mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah
mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca
al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah di sebutkan Allah,
menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa

> yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat di
keluarkan.

>

> Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan
selimut
yang di beri oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia
tidak dapat tidur. Saida

> menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan
dosanya.

>

> Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula
tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat
melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan
mendengar orang-orang bercerita.

>

> Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya
Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak
tahan di bakar

> kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di
malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum.
Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang di
lakukannya.

>

> Allah Maha Agung..sebaik Saida menghembuskan nafas
terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu
kemudian di sempurnakan seperti mayat-mayat lain.

>

> Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun
kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi
seorang gadis yang derhaka...

subhanaAllah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For MencariSinarProfil   Hantar PM kepada MencariSinar   Pergi ke MencariSinar's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-01-04 10:07


mengucap panjang ana baca cerita ni.....begitulah kuasa tuhan.....



Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-01-04 10:16



masyaAllah...
Allah bayaq cash setiap perbuatan kita kat dunia lagi tak payah tunggu akhirat...
pada yg masih beribu bapa...apa yg kita buat kat mak ayah kita la nie macam tue jugak la anak2 kita akan layan kita..serupa...timbal balik...

masyaAllah..masyaAllah..
*moga roh umi dan abah diberkati...
amin

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-01-04 19:34




na'uzubillah min zalik..

"Ya Allah,jadikanlah kami anak-anak yang menyenangkan hati kedua ibubapa kami, yang menyejukkan perut ibu yang mengandungkan kami, yang berbakti kepada kedua ibubapa kami... amen..."

[ Posting ini telah di edit oleh: ismi_atikah pada 2004-01-20 19:34 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

AyuHumaira
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1342
Posting: 294
Dari: IIUM, Garden of Knowledge & Virtue.

egypt   avatar


posticon Posting pada: 21-01-04 15:05




berderau darah ana...rasa nak balik kampung pulak....rinduuunyeee.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AyuHumairaProfil   Hantar PM kepada AyuHumaira   Quote dan BalasQuote

putera_maroc
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.12.2003
Ahli No: 5922
Posting: 38
Dari: Malaysia

Pahang  


posticon Posting pada: 24-01-04 23:40




AstaghfiruLLah...Ya Allah, jadikanlah diriku ini insan yg sentiasa taatkan ibu dan ayahku...yg sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka berdua...dan jadikaan aku dikalangan hamba2-Mu yg soleh..Amin Ya Rabb...Mak,abah...along sayang mak dan abah selamanya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For putera_marocProfil   Hantar PM kepada putera_maroc   Quote dan BalasQuote

al_farafisya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.01.2004
Ahli No: 6673
Posting: 49
Dari: ardhilLah

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-02-04 03:42


assalamualaikum wrt..

masyaAllah..."Ya Allah,tenangkanlah hati kedua ibubapaku dalam mengharungi kehidupan ini,jadikanlah kami anak2 yang sentiasa menenangkan hati mereka.."amiin

-----------------
Ya Rabbana...tHaBbiT QuLUbaNa 'ALa DiiNiK wa 'ALa to'aTiK..


Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farafisyaProfil   Hantar PM kepada al_farafisya   Quote dan BalasQuote

wardatul
Warga Rasmi
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7059
Posting: 4
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 06-02-04 21:47


sebagai renungan:syurga itu di bawah tapak kaki ibu.jgn sesekali derhaka kepada mereka.begitu banyak pengorbanan yg telah mrk curahkan selama ini.hargailah mrk selagi nyawa di kandung badan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardatulProfil   Hantar PM kepada wardatul   Quote dan BalasQuote

Doralin
Warga Rasmi
Menyertai: 27.12.2003
Ahli No: 6009
Posting: 5
Dari: MCIIUM

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-02-04 22:41



saya terkedu,terkejut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For DoralinProfil   Hantar PM kepada Doralin   Quote dan BalasQuote

umie_humaira
Warga 3 Bintang
Menyertai: 06.11.2003
Ahli No: 4964
Posting: 89
Dari: UPSI

Perak  


posticon Posting pada: 06-02-04 23:47



Masyaallah! terkedu ana baca kisah ni. Takutnya dengan azab yang diturunkan. Semoga kita semua mejadi anak yg soleh dan solehah... aminx3



Bookmark and Share

    


  Member Information For umie_humairaProfil   Hantar PM kepada umie_humaira   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-02-04 01:08


hemmm sedih.."tiada daya dan upaya kita ini kecuali dgn bantuan allah.."semoga allah ampunkan beliau..
ingatlah keredhaan allah terletak pada keredhaan kedua ibu bapa...
wassalam
'

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-11-04 15:23


...
-kisah benar??....sya tak tahu pun..1994,sya baru darjah 4..mungkin tak tahu apa2 lagi...
-besarnya siksaan Allah swt...mudah-mudahan kita sentiasa dalam keredhaanNYA....
-AMPUNKAN ANAKMU INI OH AYAH OH IBU...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-11-04 15:56



Subhanallah...Allahuakbar......

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_addin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 06.07.2003
Ahli No: 2095
Posting: 24
Dari: pantai remis, perak

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-11-04 16:03


terkedu..
nk menitis airmata ni..
semoga allah mengampun dosa umat muhammad sekalian..
ibu,
akan ku bahagiakan dirimu
selagi engkau masih hidup..insyaallah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_addinProfil   Hantar PM kepada puteri_addin   Pergi ke puteri_addin's Website   Quote dan BalasQuote

umm_syuhada
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12460
Posting: 61
Dari: bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-11-04 13:30




ya Allah...betapa benarnya janji2Mu terhadap balasan kpd anak yg derhaka. jadikanlah kami anak2 yg soleh/solehah dan jgnlah kelak Engkau jadikan kami anak2 yg derhaka ya Allah...amin...

Bookmark and Share

    


  Member Information For umm_syuhadaProfil   Hantar PM kepada umm_syuhada   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115919 saat. Lajunya....