Oleh |
Bolehkah wanita bernasyid??? |
Nurr_Iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM
|
Posting pada: 31-10-03 23:54
Assalammualaikum wbt.. Di sini ana hendakkan sedikit penjelasan daripada ahli2 ukhwah.com mengenai persoalan bolehkah wanita bernasyid dengan niat untuk berdakwah...Kita semua tahu yang suara wanita adalah aurat...tapi jika niat untuk berdakwah,bagaimana?
|
muslimahsejati
WARGA SETIA Menyertai: 06.06.2003 Ahli No: 1091
Posting: 1009
Dari: kota tinggi,johor
|
Posting pada: 03-11-03 17:04
Rasanya tak salahkan wanita bernasyid asalkan pandai jaga diri dan menutup aurat.Tapi kalau islam hukumnya haram bagi wanita mengeluarkan suara di khalayak ramai.
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 03-11-03 20:11
Waalaikumussalam.. suara wanita pada asalnya tidak aurat.. tetapi suara yang dilembutkan dan boleh menarik perhatian lelaki akan menjadi aurat.. dan semestinya dengan menyanyi akan menggunakan suara yang mendayu2 dan pakaian yang over tabarruj.. dan semestinya dah jatuh hukum haram.. sedangkan seorang ustazah yang berceramah juga kena menjaga batas suaranya walaupun dia sememangnya sedang menyampaikan ilmu.. jadi kesimpulan.. wanita tak payahlan bernasyid.. dah terlalu ramai kaum lelaki yang bernasyid dan berdakwah.. banyak lagi bidang lain yang boleh diceburi untuk berdakwah.. dan sejarah juga membuktikan bahawa kaum wanita yang bernasyid tidak pun berjaya dan kebanyakannya tidak dapat menjaga diri.. jadi jauhkanlah kemudaratan ... nyanyi dalam bilik air jelah wassalam -----------------
Hargai semasa ada.... [ Posting ini telah di edit oleh: Hanan pada 2003-11-05 05:37 ]
|
muslimahsejati_unicgirlz
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 653
Posting: 83
Dari: balik pulau
|
Posting pada: 03-11-03 22:01
assalamualaikum betul kata hanan tuh..ana sokong sangat..jadi kalu teringin sangat nak nyanyi , nyanyi jer dalam bilik air..hihihihi ----------------- engkau wanita terbaik sebaik manusia
namamu tetap menjadi sejarah
engkaulah sumayyah
hanya Tuhan yg tahu
|
syah_solehah
Warga 4 Bintang Menyertai: 07.08.2003 Ahli No: 2858
Posting: 350
Dari: Johor
|
Posting pada: 05-11-03 03:42
assalamualaikum.. syah_solehah rasa... dari ilmu syah_solehah yang cetek ni....... hukumnya... taktau. tapi, cuma boleh diberikan sedikit pandangan yang ianya adalah kurang bbaik.. lainlah kalau buat persembahan depan muslimah lain jugak. kalau depan muslimin, rasanya tak payah laaa... takut jatuh hukumnya haram macam hanan katakan.. ok?
|
ummuluqman
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.10.2003 Ahli No: 4162
Posting: 54
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 05-11-03 20:58
Assalamualaikum.. Alah tak payah bernasyid..nyanyi kat mana2 pun orang akan tengok semacam kat kita.Contohnya nyanyi dalam kelas.Pastinya semua mata akan memandang tak senang ngan lagu yg dinyanyikan(tak bermakna sumbang).Tapi tak senang kerana memikirkan peradaban seorang wanita yg tanpa segan silu mempamerkan perilaku yg kurang menyenangkan. Ala tak payah nyanyila..macam kata Hanan..nyanyi aje dalam toilet.Teringin sangat nak bernasyid..nyanyila muhrim yg terleka utk mengerjakan perintah Allah swt.(cthnya solat) Wallahua'lam...
|
syada
Warga Rasmi Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4747
Posting: 7
|
Posting pada: 06-11-03 14:04
niat tak menghalalkan cara. sama gak kalau seseorang tu berniat untuk bersedekah tapi mencuri. haram jugak hukumnya. nasyid perempuan memang tak boleh kalau didedahkan pada tontonan umum.
|
MohdZakri
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.10.2003 Ahli No: 4163
Posting: 76
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 06-11-03 14:59
Assalamualaikum,wbt... persoalan ini sering menjadi buah mulut org yg minat bernasyid dengan yang hanya mendengar sahaja...ia tidak boleh apabila menimbulkan maksiat dan fitnah kepada muslimat...ia diharuskan jika untuk kebaikan...jika antum sedang mendodoi anak apa kata di iringi dengan nasyid2 yg banyak memuji kebesaran Allah,zikir munajat,membaca ayat Al-Quran di telinganya itu adalah baik...mudah-mudahan zuriat yg lahir menjadi insan yg berta'wa kepadaNya.. Akhir-akhir ini umat islam,dah tak terfikit tentang nie...yg menimbulkan fitnah seperti di hadapan lelaki yg bukan mahram,memang tak boleh,begitu juga ceramah-ceramah agama yg boleh mendatangkan fitnah seperti lenggok suara,cara pakaian,solekan dah tentu tidak boleh melainkan untuk suaminya sahaja... Tetapi jika nashid-nashid pada hari ini,cuba tepuk dada tanya iman...ana tidak bersetuju jika wanita bernashid untuk tuntutan umum..hatta ada jika seseorang wanita melihat wanita yg lain dengan shahwat pun boleh di jatuhkan huku haram.. Islam datang bersama-sama konsep "al-wikhoyah khoirul minal ilaj"..mencegah lebih baik dari mengubat... ....wallahua'lam..
|
insannulkamil
Warga 2 Bintang Menyertai: 07.11.2003 Ahli No: 4978
Posting: 50
Dari: selangor
|
Posting pada: 07-11-03 12:50
Assalamualaikum...... bagi ana .......kalau nak bernasyid di depan muslimah tak apalah, tapi kalau di depan.....muslimin tak payahlah..... tapi sekarang nie kalau lihat di sekolah........ramai pompuan yang bernasyid secara kump......dan ada di antaranya juga yang diberi kelulusan oleh ustazah2 mereka...... jadi........bagaimana tue kalau ustazah yang sruh bernasyid??? ana nak tanya pada saudara zakri. anta kata .....kalau pompuan bagi ceramah boleh menimbulkan fitnah??????seperti lenggok suara... yang tue ana tak pahamlah ????? boleh sesipa jelaskan kepada ana..... al-maklumlah ana adalah seorang hamba yang lemah........dan rendah... asalamualaikum.. [IMG]null[/IMG]
|
kim
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.10.2003 Ahli No: 3965
Posting: 243
Dari: bawah kerajaan Allah
|
Posting pada: 08-11-03 08:05
assalamualaikum... ana pun tak setuju kalau wanita bernasyid...rasa tak sopan bila tanpa segan silu mengeluarkan suara yang lembut dan mendayu-dayu di khalayak ramai...tapi kalau bernasyid di depan muslimah tak pe...macam sekolah ana bila buat persembahan nasyid pelajar @ guru perempuan ( di dewan ) .... ustaz dan pelajar lelaki diminta pergi ke musollah atau balik bilik ( kira dihalau lah )...... ----------------- "kita ingin segalanya indah, semurni pantai yang putih bersih, indahnya bagai tersusun madah, BERSEMI UKHWAH DIPUPUK KASIH"
|
abdimukhlis
Warga Rasmi Menyertai: 05.11.2003 Ahli No: 4919
Posting: 9
Dari: taiping
|
Posting pada: 10-11-03 12:42
assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh....jazakallah.. ana setuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh sahabat kita hanan dan mohd nazri...memang pada hukumnya,suara muslimah bukanlah aurat.tetapi, bergantung pada sejauh mana cara dan lenggokan suara seseorang muslimah itu, secara automatiknya ia akan menjadi haram jika ia dapat menarik perhatian kaum adam disekeliling..adalah lebih baik andainya semua ini dapat dijauhkan.walaupun kita bernasyid demi untuk mengembangkan dakwah islamiah,namun kita tidak sedar bahaya fitnah yang bakal kita tempuhi.....
|
my_masjid
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.06.2003 Ahli No: 1419
Posting: 87
Dari: Ganu Da Roll Iman
|
Posting pada: 15-11-03 13:00
Waalaikumussalam wrh... Buat saudara-saudari yang sedang berbincang,pada hakikatnya hukum wanita bernasyid ni adalah 'harus' jika sekiranya senikatanya baik, berunsur nasihat dan merangsang kepada kebaikan. Jika cara penyampaiannya baik, tiada pendedahan aurat, beradab, maka diharuskan. Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, masail Fiqhiyah. Juga Fatwa Dr Abdul Karim Zaydan (alMufassal, Jld 4) Harus wanita melibatkan diri dalam seni suara dan muzik jika tiada unsur fitnah yakni maksiat, dosa atau syubhat. Dalil-dalil dalam masalah ini tiada yg mencapai taraf hasan-sahih atau mutawatir. Wallahua'lam. ----------------- Hati yang dekat pada masjid akan dekat dengan ilmu,hati yang dekat pada ilmu akan dekat dengan amal kebajikan,hati yang dekat dengan amal kebajikan akan dekat dengan Syurga.Dan Syurga itu pastinya dekat dengan Allah s.w.t
|
Nurr_Iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 31.10.2003 Ahli No: 4821
Posting: 83
Dari: UiTM
|
Posting pada: 28-11-03 22:42
semua.. thanks kpd semua yg menjawab topik ini, terima kasih di atas nasihat anda semua...
|
syirqey
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.11.2003 Ahli No: 5027
Posting: 94
Dari: Pahang, Malaysia
|
Posting pada: 28-11-03 23:44
Aurat wanita adalah terhad kepada tapak tangan dan mukanya sahaja seperti yang telah dibahas oleh jumhur ulama. Walaubagaimanapun, suara tidak disebut sebagai perbahasan utama dalam persoalan aurat. Pada pendapat ana, suara seorang wanita boleh meruntuh bahkan melalaikan seseorang seandainya nasyid atau nyanyian itu terlampau mendayu-dayu dan menyebabkan ianya terlalu asyik. Ini tergantung kepada individu yang mendengarnya sebenarnya. Tetapi jika penyanyi itu boleh membuatkan pendengar terlalai atas sebab nyanyiannya, maka jatuh hukum haram pada nyanyiannya. Ini masih boleh dibahaskan jika ada nas yang sesuai. Sesungguhnya jika ada alternatif lain untuk menyampaikan dakwah, kenapa tidak pada golongan tertentu sahaja contohnya annisa' sahaja. Jika benar mahu berdakwah kenapa sampai mementingkan glamer. jika mahu berdakwah kenapa sampai harus bersalaman dengan lelaki. Jika mahu berdakwah kenapa sampai mahu bergambar dengan lelaki yang pastinya menimbulkan pelbagai fitnah. Apatah dengan pandangan selirik boleh menimbulkan dosa kenapa tidak lainnya. Terpulanglah pada niat individu itu, atas kenapa dijadikan nasyid sebagai dakwah dan sesungguhnya Allah jadikan atau ciptakan sesuatu itu punya kelebihan tersendiri dan layaknya atas sesuatu kerana upayanya. Wallahualam
|
masri
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.01.2004 Ahli No: 6370
Posting: 178
Dari: Tampin
|
Posting pada: 28-02-04 01:35
tiada nas yg mengatkan haram secara mutlak..malah ulama' juga x bersepakat dlm menghramkannya dan mengharuskannya.. maka ia bergantung kepad cara bernaysid tue... kalau setakat lagu kumpulan mawaddah seperrti yg bertajuk bila tuhan x ditakuti..saye x merasakan bhw hukumnya sampai ke takat haram... saye x ingat hadith apa..tp ade satu kisah di satu perayaan.terdapat wanita yg menyanyi..dan rasullullah menyruh sahabat2 membiarkan shj kerana hari itu adelah hari raye..Jika suara wanita itu secara mutlaknye aurat sudah tentu rasululah menghalang wanita tersebut menyanyi.. walaubagaimanepun hal suara wanita ini mmg bab khilaf..so jgnlah kita cuba mengatakan si polan tu pengamal ma;siat jika dia menyanyi nasyid... sekian shj assalamualaikum [email protected]
|
heris
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 388
Posting: 250
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 02-03-04 10:47
Banyak Nas nas yg soheh mengatakan, bahawasanya suara perempuan adalah aurat, dan haram utk diperargakan didepan halayak umum, seperti nasid atau yg berbagaiĀ² lagi. kerana suara wanita boleh membuat seseorang lelaki tu tergoda dan jatuh hati...jika godaan syaitan, mungkin kita boleh berlindung dari Allah, tapi, godaan wanita susah utk kita jauhi..apapun, fikirĀ²lah..kerana, setiap apa yg dicegah, ada hikmah disebaliknya.. Dalam riwayat muslim ada menerangkan tentang purata wanita dalam Neraka, ia menyebutkan, bawaha purata wanita dalam neraka ialah anggaranya 9 wanita dan 1 lelaki..? kenapa ia terlallu banyak..? banyak sebab yg menjadikan begitu..? diantaranya, mendedahkan aurat dikhlayak ramai..... wallahu a'lam...
|
sunan-faqih
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::
|
Posting pada: 05-03-04 11:02
Quote:
| On 2004-03-02 10:47, heris wrote: Banyak Nas nas yg soheh mengatakan, bahawasanya suara perempuan adalah aurat, dan haram utk diperargakan didepan halayak umum, seperti nasid atau yg berbagaiĀ² lagi. kerana suara wanita boleh membuat seseorang lelaki tu tergoda dan jatuh hati...jika godaan syaitan, mungkin kita boleh berlindung dari Allah, tapi, godaan wanita susah utk kita jauhi..apapun, fikirĀ²lah..kerana, setiap apa yg dicegah, ada hikmah disebaliknya.. Dalam riwayat muslim ada menerangkan tentang purata wanita dalam Neraka, ia menyebutkan, bawaha purata wanita dalam neraka ialah anggaranya 9 wanita dan 1 lelaki..? kenapa ia terlallu banyak..? banyak sebab yg menjadikan begitu..? diantaranya, mendedahkan aurat dikhlayak ramai..... wallahu a'lam...
|
| Hmm..teringin nak mereply topik yang menarik ni. Mengenai kenyataan di atas, ana minta heris perdetilkan kenyataanya (yg ana hitamkan), kerana andai benar ada banyak nas2 sohih yang mengatakan suara wanita ialah aurat dan haram diperdengarkan, pastinya ulama bersepakat dalam hal ini untuk menghukumkan sedemikian dek nas2 yang sohih pastinya menjadi keutamaan mereka dalam menetapkan hukuman @ fatwa. Lihat pula posting di bawah yang dipetik daripada Al-Ahkam Online. Quote:
| On 2003-11-15 13:00, my_masjid wrote: Waalaikumussalam wrh... Buat saudara-saudari yang sedang berbincang,pada hakikatnya hukum wanita bernasyid ni adalah 'harus' jika sekiranya senikatanya baik, berunsur nasihat dan merangsang kepada kebaikan. Jika cara penyampaiannya baik, tiada pendedahan aurat, beradab, maka diharuskan. Fatwa Mufti Wilayah Persekutuan, masail Fiqhiyah. Juga Fatwa Dr Abdul Karim Zaydan (alMufassal, Jld 4) Harus wanita melibatkan diri dalam seni suara dan muzik jika tiada unsur fitnah yakni maksiat, dosa atau syubhat. Dalil-dalil dalam masalah ini tiada yg mencapai taraf hasan-sahih atau mutawatir. Wallahua'lam.
|
| Ana bukanlah insan faqih untuk mengulas lanjut ttg perkara ni, namun pertentangan dua kenyataan ini bisa mengelirukan...semoga Allah memberi petunjuk dan Hidayah kepada kita agar tidak lari dari landasan kebenaran hukumnya. ALLAH KNOWS THE BEST Ilalliqa' Ma'assalamah----------------- SEKRETARIAT K-FIQH Layari www.k-fiqh.com Like our page www.facebook.com/kfiqh
|