Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 69
Ahli: 0
Jumlah: 69




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 6 hari yang lalu
Kang: 25 hari yang lalu
lidah-penghunus: 27 hari yang lalu
muslimin23: 35 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: OBAMA ANJUR SIDANG KEMUNCAK EKONOMI NEGARA ISLAM


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» OBAMA ANJUR SIDANG KEMUNCAK EKONOMI NEGARA ISLAM

Please Mendaftar To Post


Oleh OBAMA ANJUR SIDANG KEMUNCAK EKONOMI NEGARA ISLAM

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 29-04-10 09:15


Obama anjur sidang kemuncak dunia Islam

WASHINGTON 27 April - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam membentangkan satu dasar penting dalam strategi beliau menjalin hubungan dengan dunia Islam, dengan menganjurkan satu sidang kemuncak untuk meningkatkan pembangunan ekonomi negara-negara Islam. Dalam langkah yang diharap oleh White House akan membantu mengangkat hubungan dengan dunia Islam melepasi dekad-dekad yang panjang melibatkan rundingan tentang keganasan dan konflik, Obama membawa usahawan dari 50 negara ke Washington selama dua hari untuk mejalin hubungan ekonomi.

Obama dalam ucapan bersejarah beliau di Kaherah pada Jun tahun lalu, menyatakan tekad untuk menganjurkan pertemuan tersebut dan turut menyeru ke arah 'permulaan baru' dalam hubungan antara AS dengan dunia Islam. "Perubahan sebenar datang dari bawah ke atas dan kerana itulah kita berada di sini. Dengan mendengar masalah masing-masing kita telah berjaya menjadi rakan," kata Obama ketika mengumumkan beberapa pertukaran baru melibatkan pendidikan dan perniagaan dengan negara-negara Islam. Beliau turut menyatakan bahawa dana Teknologi dan Inovasi Globas AS yang baru 'berpotensi menggerakkan' AS$2 bilion (RM6.4 bilion) dalam pelaburan swasta. Obama juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu di Ankara pada tahun depan.

Semasa merasmikan mesyuarat tersebut, Setiausaha Perdagangan, Gary Locke berkata, kemajuan perniagaan Islam bukan saja akan membantu dunia Islam tetapi juga keselamatan dan perdagangan AS. Kira-kira 250 usahawan dari pelbagai negara menghadiri sidang kemuncak itu, di mana imej AS tercalar dengan perang di Iraq dan Afghanistan, skandal penyeksaan di penjara Abu Ghraib dan kem tahanan di Teluk Guantanamo. – AFP

Sumber : Utusan Online, 28/04/10
.........................................................................................................

Obama Terus Cuba Memperbodohkan Dan Menyesatkan Umat Islam.


Nampaknya musuh utama umat Islam, AS, terus melakukan usaha untuk memperbodohkan umat Islam melalui pendekatan yang dikenali sebagai “smart power” menggantikan pendekatan “hard power” yang dilakukan oleh George W Bush sebelum dari ini. Tetapi yakinlah, apa sahaja yang dilakukan oleh AS sama ada dengan ‘wajah’ lembut mahupun keras, tujuannya tetap sama - meneruskan penjajahan dan menyebarluaskan ideologi Kapitalisme ke seluruh dunia. Cuma kali ini nampaknya Obama cuba mengubah pendekatan dengan mengubah wajah AS yang sememangnya sudah terkenal dengan perangai dan watak hodohnya sebagai pengganas nombor 1 dunia, kepada sikap bermanis muka dengan umat Islam. Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita menyakini bahawa apa sahaja yang cuba dilakukan oleh Obama mahupun AS hari ini tidak akan dapat memadamkan keburukan dan kejahatan AS yang secara terang-terangan membunuh jutaan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di lain-lain negeri umat Islam.

Wahai umat Islam! Renungilah firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya”. .

Firmannya lagi: “orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)”. .

Yakinlah jika umat Islam menjadikan akidah Islam sebagai miqiyas (standard) ketika melakukan amal perbuatannya, maka selagi itulah Obama dan AS tidak akan dapat memperbodoh dan menyesatkan umat Islam. Hanya para pemimpin sekular dan boneka umat Islam yang ada pada hari ini sahajalah yang akan tunduk kepada tipudaya Obama dan AS.

www.mykhilafah.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

farouks
WARGA SETIA
Menyertai: 27.05.2007
Ahli No: 30061
Posting: 433

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-04-10 23:37


Pemimpin umat Islam terus dibodoh-bodohkan.

Umpama kerbau dicucuk hidung


-----------------
http://mykhilafah.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For farouksProfil   Hantar PM kepada farouks   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 30-04-10 16:24


Inilah realiti pemimpin ummat Islam hari ini.
Mereka membuang Islam, tetapi tunduk menyembah sistem kufur.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-04-10 20:13


!!! QUOTE !!!

Cuma kali ini nampaknya Obama cuba mengubah pendekatan dengan mengubah wajah AS yang sememangnya sudah terkenal dengan perangai dan watak hodohnya sebagai pengganas nombor 1 dunia, kepada sikap bermanis muka dengan umat Islam. Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita menyakini bahawa apa sahaja yang cuba dilakukan oleh Obama mahupun AS hari ini tidak akan dapat memadamkan keburukan dan kejahatan AS yang secara terang-terangan membunuh jutaan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di lain-lain negeri umat Islam.


setuju.....

selagi AS tidak dapat mengheret Israel keluar dari bumi Palestine....dan selagi zionis berterusan membunuh dan mencengkam muslim di Palestine..... say NO to Obama dan apa saja dasar2 yang dianjurkan oleh US.....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 01-05-10 08:38


Pada 30-04-10 20:13 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Cuma kali ini nampaknya Obama cuba mengubah pendekatan dengan mengubah wajah AS yang sememangnya sudah terkenal dengan perangai dan watak hodohnya sebagai pengganas nombor 1 dunia, kepada sikap bermanis muka dengan umat Islam. Sebagai seorang Muslim, sewajarnya kita menyakini bahawa apa sahaja yang cuba dilakukan oleh Obama mahupun AS hari ini tidak akan dapat memadamkan keburukan dan kejahatan AS yang secara terang-terangan membunuh jutaan umat Islam di Iraq, Afghanistan dan di lain-lain negeri umat Islam.


setuju.....

selagi AS tidak dapat mengheret Israel keluar dari bumi Palestine....dan selagi zionis berterusan membunuh dan mencengkam muslim di Palestine..... say NO to Obama dan apa saja dasar2 yang dianjurkan oleh US.....



hmm,kurang2 usaha juga nak pulihkan imej negara dia yang terjejas sebab bush dulu...memang akan ambil masa yang sangat panjang.....sedangkan rakyat mereka pun mengaku perang di dua negara tu adalah membazir...lagi pun ramai saudara2 seagama kita menetap disana....dan saya pun ada juga saudara dan kenalan di sana pun tak suka dan menyampah dengan tingkah laku sesetengah presiden mereka.

senang sajalah,sila tonton ucapan obama di mesir dulu ada obama cakap usaha2 dia nak betulkan hubungan dengan negara islam


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 01-05-10 10:08


Inilah pentingnya kita memahami politik dengan kacamata Islam yang paling tajam. Kekaburan dalam memahaminya, terutama dikalangan pemimpin, akan menyebabkan kesilapan tindakan politik, dan akibatnya adalah kesengsaraan dan penganiayaan terhadap umat Islam.

Permusuhan terhadap US, bukan kerana ia menyokong Israel, atau kerana ia menyerang Iraq dan Afghanistan. Permusuhan dengan US juga bukan kerana ia dipimpin Obama, Jimmy Carter, Bush atau sesiapa pun. Kita perlu jelas-sejelasnya, US adalah pengembang ideologi kapitalisme yang merupakan peneraju orde dunia yang sama-sekali tidak membenarkan ada doktrin lain mengambil posisinya. Setelah kejatuhan sosialisme di USSR, Islam adalah ideologi yang paling berpotensi untuk bangkit dan menyaingi US. Maka sebab itu, selepas kejatuhan Soviet segala bentuk serangan baik secara fizikal mahupun mental, dilancarkan kepada Islam dan umatnya. Mereka akan berusaha dengan apa cara sekali pun untuk memastikan kebangkitan Islam ini akan lumpuh dan tidak mampu menyangi mereka. Istilah yang paling tepat, adalah 'PENJAJAH' yang memastikan penjajahan mereka berkekalan, itulah sifat paling benar bagi US.

sama ada mereka mengguna pendekatan menyerang negara umat Islam, atau melalui tekanan dasar ekonomi dan globalisasi, penerapan nilai2 kapitalisme secara paksa, atau melalui sokongan padu kepada Israel, dan boleh juga dalam bentuk sokongan dan kerjasama kepada pemimpin umat Islam yang liberal dan juga moderat, itu semua adalah manifestasi atau modus operandi bagi mememastikan hagemoni mereka berterusan dan Islam (dan apa pun kekuasaan) tidak akan bangkit menandingi mereka dan penjajahan kapitalisme terhadap dunia berterusan.

Wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-05-10 13:56


!!! QUOTE !!!

hmm,kurang2 usaha juga nak pulihkan imej negara dia yang terjejas sebab bush dulu...memang akan ambil masa yang sangat panjang.....sedangkan rakyat mereka pun mengaku perang di dua negara tu adalah membazir...


nak pulihkan imej untuk menarik sokongan negara2 islam pada pentadbiran Obama ??... untuk memudahkan presiden US tu nak memperkudakan pemimpin-pemimpin islam tersebut kemudiannya ??....

!!! QUOTE !!!

lagi pun ramai saudara2 seagama kita menetap disana....dan saya pun ada juga saudara dan kenalan di sana pun tak suka dan menyampah dengan tingkah laku sesetengah presiden mereka.


saya rasa komen ni tak relevan

!!! QUOTE !!!

senang sajalah,sila tonton ucapan obama di mesir dulu ada obama cakap usaha2 dia nak betulkan hubungan dengan negara islam



anda ni che din...kalau Obama kentut pun anda kata bau macam One Drop ....
kalau setakat ucapan Obama di Mesir yang dipimpin oleh pemerintah Islam yang pro US dan pernah menzalimi misi bantuan ke Palestin itu awak boleh telan bulat-bulat..... percaya dan terpesona dengannya, letihlah 'perjuangan' Islam ditangan pemuda yang macam anda ni....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.127776 saat. Lajunya....