Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Keep your friends close, and your enemies closer
-- Sun-Tzu

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 93
Ahli: 0
Jumlah: 93




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 6 hari yang lalu
Kang: 25 hari yang lalu
lidah-penghunus: 27 hari yang lalu
muslimin23: 35 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Cerpen
Topik: sedetik cinta


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» sedetik cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh sedetik cinta

ukhwah_setia0905
Warga Rasmi
Menyertai: 13.02.2009
Ahli No: 37158
Posting: 7
Dari: Pokok Sena,Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 14-02-09 12:08


Assalamualaikum , ini saya ada satu cerpen untuk dikongsikan....
Harap terhibur ....... ;-)



“Nia please forgive me?”
Amran terus mengejar Nia yang berjalan laju menuju ke arah lif untuk naik pejabatnya di tingkat 3 sebuah pusat membeli belah yang terkenal di kota metropolitan itu. Nia tidak mempedulikan omongan maaf dari lelaki buaya darat itu.
“Jangan ganggu aku, boleh?”
Herdik Nia kuat hingga beberapa orang yang juga ingin menggunakan lif itu memandang pasangan yang sedang bertengkar itu. Nia memberi isyarat kepada pengawal-pengawal peribadinya agar menghalau Amran dari terus mengganggunya. 4 pengawal peribadi Nia terus menarik dan mengheret Amran dari terus mendekati Nia.
Beberapa orang pekedai yang sedang membuka kedai mereka hanya melihat Amran diheret dan dihalau. Mereka hanya tersenyum sumbing melihat lelaki yang tidak tahu malu itu terus dihalau keluar. Bukan sekali mereka melihat Amran dihalau oleh pengawal peribadi Nia, kali ini saja dah masuk 4 kali.





Nia memekakkan telinganya apabila mendengar Amran menjerit memanggil namanya. Bosan dengan sikap buaya pengikis itu. Amran hanya akan mengejar Nia apabila dia sudah kekurangan wang untuk bersosial. Amran seorang model sambilan suka menggunakan wang perempuan-perempuan kaya untuk nemampung kehidupan mewahnya.
Nia sudah tertipu dengan lelaki itu setelah memberikan wang sejumlah RM 20,000 kepada Amran setelah lelaki itu mmberitahunya yang dia ingin menggunakan duit untuk berniaga.
Nia tidak percaya tentang cerita-cerita di majalah yang menyatakan tentang kehidupan sosial Amran hinggalah dia melihat sendiri Amran bercumbu dengan seorang gadis seksi di pusat membelinya sendiri dua minggu yang lalu. Dek kerana geram, Nia menampar kedua-duanya sekali. Dia bukan seorang gadis yang mudah dipergunakan dan memaafkan lelaki buaya itu sewenang-wenangnya.
Amran adalah lelaki ke-5 dalam hidupnya. Dia banyak dikecewakan dalam hidupnya. Namun dia tidak pernah serik untuk bercinta lagi kerana baginya dicintai dan mencintai adalah sesuatu yang indah.
Cinta pertamanya adalah cinta monyet sejak di sekolah menengah lagi. Semasa di tingkatan 3, Nia berkenalan dengan Irfan. Rakan sekelasnya. Hubungan mereka berakhir 7 tahun kemudian. Terlalu lama untuk dilupakan. Banyak yang Nia tidak tahu tentang Irfan, walaupun masa yang lama dalam perhubungan mereka itu Nia tidak banyak mengenali Irfan dan akhirnya membawa kepada perpisahan mereka.
Cinta ke-duanya pula adalah dengan seorang lelaki yang hanya dikenalinya melalui sahabatnya. Masa itu Nia sedang belajar di salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur. Lelaki itu hanya mempunyai cinta nafsu dan cintanya tidak sejati. Nia sering membandingkan kebaikan lelaki itu dengan Irfan, jauh di sudut hatinya Irfan adalah lelaki terbaik dalam hidupnya.
Cinta ke-tiganya sama seperti perangai Amran suka mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Benci dia pada lelaki sebegitu, mereka bukannya tiada duit tetapi mereka lebih suka mengikis harta demi kemewahan mereka.
Last sekali cinta ke-empat Nia. Dia bertemu dengan lelaki yang berperasaan persis Irfan. Kasih sayangnya sama, sikap rendah dirinya juga sama tapi ternyata kasih lelaki itu bukan untuk Nia. Nia meluahkan cintanya pada lelaki itu tetapi lelaki itu menolak dengan baik dengan alasan Nia bukan gadis yang diminatinya.
Pedihnya hati tidak terkira tapi nak buat macam mana dah kalau tak ada jodoh tu buat macam mana pun tak akan bersama jua akhirnya.
“Ah...bosannya....!”
Jerit Nia seraya memusingkan kerusi kulit empuk yang diimport itu beberapa kali. Mimi, setiausaha kesayangan Nia bergegas masuk ke bilik tuannya itu apabila mendengar jeritan Nia yang agak menggegarkan satu pejabat urusan Milinium Mall.
“Cik, Kenapa pagi-pagi dah tertekan ni?”
Soal Mimi yang agak takut untuk menegur majikannya yang kelihatan agak moody pagi itu.
“Mi, manalah aku tak tertekan. Dapat boyfriend pun tak guna sesen pun. Perhabiskan duit aku lagi adalah.”
Adu Nia sambil mengusutkan rambutnya yang tersisir rapi itu.
“Belum jumpa hodoh lagilah tu, cik. Sabarlah.”
Nasihat Mimi kepada bos kesayangannya itu.
“Mungkin aku dah tak boleh berkasih dengan sesiapapun, kut.”
“Jangan kata macam tu, cik. Cik sebenarnya boleh mencari jodoh yang baik tapi setiap lelaki yang cik kenal tu cik mencari Irfan dalam diri mereka. Mana boleh macam tu.”
Terdiam Nia mendengarnya. Mimi tahu segala kisah cintanya. Nia lebih suka berkongsi cerita dengan Mimi yang sebaya dengan kakaknya itu. memang ada betulnya kata-kata Mimi itu tapi nak buat macam mana, cinta pertama memang sukar dilupakan.
“Habis tu sekarang ni aku nak buat macam mana supaya si pengikis tu tak ekor aku lagi?”
“Senang saja tu cik, apa kata cik pergi bercuti, tenangkan diri buat sementara waktu. Bila dah lelaki sedar yang cik tak sukakan dia lagi, cik baliklah sini balik.”
“Cadangan tu lebih kurang macam sembunyikan diri saja.”
“Bukan sembunyi cuma tenangkan diri. Cik jangan bimbang, pandai-pandailah saya kelentong wartawan dan orang ramai bila mereka tanya ke mana cik pergi, nanti.”
“So, ke mana boleh aku bercuti ni?”
“Ke Pulau Redang.”
Tanpa mempedulikan kesan sampingannya, Nia bersetuju untuk bercuti ke Pulau Redang. Mimi yang menguruskan segala percutian Nia yang dijadualkan bermula hujung minggu ini.
“Nia, biar betul kamu nak pergi sendiri.”
Tegur ibunya yang tak yakin dengan anak bongsunya itu. Sejak dari kecil lagi Nia tidak pernah bersendirian ke mana sahaja dia pergi. Tiba-tiba nak bercuti bersendirian tanpa memberitahu keluarganya destinasi tempat percutiannya.
“Pergi sendiri? Biar betul, lama mana?”
Soal abang sulungnya pula.
“Dua minggu.”
“Biarlah mak dua minggu saja. Bukannya lama pun.”
Kata Zahim selamba. Nia bertepuk tangan gembira. Sejak kehilangan ayahnya 4 tahun yang lalu Nia tidak pernah bercuti. Dia banyak menghabiskan masa mudanya dengan menguruskan pusat membeli belah milik arwah ayahnya itu tanpa sebarang rungutan.
Abang sulungnya pula menguruskan syarikat penerbangan domestik dan antaranbangsa yang juga hak milik penuh arwah ayah mereka. Sejak kematian ayah, Zahim menjadi tempat mengadu Nia. Ayah kepada sepasang anak kembar itu mengambil keputusan untuk tinggal bersama keluarganya memandangkan ibunya yang sentiasa sakit-sakit itu.
“Mak, jangan bimbang. Him akan arahkan bodyguard Him ikut Nia senyap-senyap.”
Puan Sri Marlia tersenyum puas mendengarnya. Lega hatinya mendengar kata-kata Zahim itu. Patutlah lelaki itu beria-ia mengizinkan Nia bercuti walaupun gadis itu tidak menyatakan tempat percutiannya.
“Hah, apa yang dibisikkan tu?”
Soal Nia agak marah melihat abang dan ibunya berbisik itu.
“Kami bukannya apa...kami berharap kat sana nanti kau jumpa jodoh kau.”
“Mak...tengoklah abang ni. Sengaja nak sakitkan hati orang.”
Marah Nia yang tahu abangnya sedang mempermainkannya kerana sering gagal dalam percintaannya itu. Nia meminta pembelaan dari ibunya kerana usikan abangnya itu.
“Betul kata abang kamu tu. Bila dah menyamar jadi orang miskin tu harap-harap adalah orang nakkan kamu, bukan kerana harta kamu.”
“Kalau payah sangatkan mak, mak sajalah yang carikan jodoh untuk Nia.”
Kata Nia selamba sambil melabuhkan punggungnya di sebelah ibunya.
“Eleh...mengada-ngada. Hari tu abang nak jodohkan kamu dengan lelaki yang abang berkenan kau tak nak.”
“Apalah abang ni, pilihkan untuk Nia ‘Pak Ustaz’, kalau dari Malaysia ok jugak, ni dari Mesir...siap berjambang lagi tu. Eee...tak berkenanlah.”
Kata Nia seraya menggerakkan badannya gaya ‘geli-geleman’ apabila mengenangkan lelaki yang diperkenalkan kepadanya dua tahun yang lalu. Puan Sri Marlia ketawa melihat gelagat anak bongsunya itu. Zahim juga ketawa melihat gelagat adiknya yang kebudak-budakan itu. Sikap Nia yang kebudak-budakan itulah menjadi penyeri keluarganya itu.

Percutian secara senyap-senyap yang telah dirancang Nia bermula. Dia ke Pulau Redang menggunakan bot melalui jeti Merang, Besut, Kuala Terengganu. Dia sengaja tidak menggunakan helikopter peribadinya kerana tidak mahu dihidu oleh mana-mana wartawan mahupun musuh-musuhnya yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mahukan perniagaan keluarganya itu dan ahli keluarga sebelah ayahnya yang kononnya mempunyai hak dalam perniagaan yang diusahakan sendiri oleh arwah ayahnya itu.
Nia meminta Mimi merahsiakan percutiannya itu daripada pengetahuan umum dan jika ada yang bertanya, Mimi akan menggunakan alasan Nia ke London atas urusan perniagaan dan hanya akan pulang dalam masa dua minggu dari sekarang.
Nia hanya mengenakan seluar jeans hitam dan dipadankan dengan blaus dari kain kapas berwarna krim mengheret sebuah beg pakaian bertroli dan sebuah beg pakaian bimbit menuju ke kaunter pertanyaan di sebuah hotel mewah itu di tepi pantai Pulau Redang yang mendamaikan itu.
“Cik, saya dah buat tempahan.”
Beritahu Nia kepada seorang gadis yang berpakaian kebaya sendat yang menyambut kedatangannya di kaunter pertanyaan itu.
“Nama cik?”
Soal gadis itu lembut. Kelihatan agak sukar untuk gadis itu mengukirkan senyuman. Nia tidak mempedulikan lagak gadis pulau itu. Nia memberitahu namanya kepada gadis penyambut tetamu itu sambil tersenyum mesra.
“Oh, Cik dah buat tempahan untuk bilik VVIP.”
Beritahu gadis itu lagi dan tidak semena-mena wajah gadis itu mengukir sekuntum senyuman yang manis sekali. Hipokrit! Desis hati kecil Nia. Tiba-tiba datang satu idea nakal Nia untuk menguji gadis yang memilik sekuntum senyuman yang mahal itu.
“Cik, saya nak tukar bilik lain boleh. Kawan saya salah buat tempahan. Asalnya kami berdua tetapi saya seoranglah pulak yang hadir.”
“Er...Cik nak bilik VVIP single ke?”
“Bukan, saya nak bilik biasa saja. Lagipun saya nak tinggal untuk dua minggu dan saya takut saya tak mampu untuk bayar duit hotel ni kalau saya sewa bilik VVIP tu.”
Berubah wajah gadis penyambut tetamu itu apabila mendengar Nia tiada duit untuk menyewa bilik yang mahal.
“Kalau tak ada duit Kenapa nak menginap kat hotel mahal ni?”
Soal gadis itu dengan menyindir. Sakit pula hati Nia mendengarnya.
“Hei, perempuan. Kau ingat aku tak ada duit ke. Aku cuma nak tengok perangai hodoh kau tu saja. Kau memang tak layak bekerja di hotel ni tau.”
Jerkah Nia. Nadanya yang tinggi itu amat memalukan gadis itu hingga menyebabkan semua orang di lobi hotel itu memandang Nia dan gadis penyambut tetamu itu. Nia memalingkan muka dan badannya ke raha lain. Lebih baik cari hotel atau chalet lain daripada asyik bertembung dengan perempuan jahiliah ni.
“Cik, ada apa-apa masalah ke?”
Soal pemilik hotel itu yang berpakaian agaknya kemas berwarna hitam.
“Kau ni siapa?”
Nada Nia masih meninggi. Handsome-lah pula lelaki ni, Nia ketawa jahat dalam hatinya.
“Saya pemilik hotel ini. Nama saya Khairul.”
“Elok sangatlah Encik Khairul ada di sini, saya nak encik beri lebih lagi latihan kepada penyambut tetamu encik yang tidak berbudi bahasa dan memilih kasih hanya kerana sekuntum senyuman.”
Kata Nia seraya berlalu pergi.
“Cik, jangan pergi. Kita boleh berbincang dulu.”
Kata Khairul dengan nada yang lembut menghalang Nia yang mahu beredar dari hotel itu. Gadis yang bernama Melati pada tag namanya itu tertunduk malu dengan sikapnya sebentar tadi itu.
“Nak apa lagi, encik ni pun nak hina saya juga ke? Orang miskin macam saya ni tak layak ke tinggal di hotel mewah macam ni?”
Soal Nia marah. Khairul mengerutkan dahinya hairan dengan kata-kata Nia itu. Kalau miskin takkan boleh beli beg pakaian berjenama Gergio Amani. Barangan berjenama tu.
“Saya minta maaf dengan sikap pekerja saya. Saya berikan diskaun untuk cik menginap di bilik VVIP tu.”
“Berapa percent?”
“50%.”
“Good, saya terima.”
Kata Nia dengan gembira.
“Adam, bawakan beg cik ni ke bilik VVIP 302.”
Kata Khairul setelah melihat bilik yang telah ditempah Nia itu. nia menjeling ke arah gadis penyambut tetamu itu. sakit hatinya tidak terkira dengan sikap biadap gadis itu tetapi berbaloi kerana dia tidak disyaki oleh sesiapapun buat masa itu. Mungkin orang-orang di sekitar pulau ini tidak membaca majalah-majalah perniagaan yang banyak memaparkan tentang kehidupannya sebagai gadis korporat termuda itu.
“Cik, saya minta maaf dengan sikap kawan saya tu, ek.”
Kata Adam dengan terketar-ketar. Nia hanya tersenyum sumbing mendengarnya. ini mesti ada apa-apa kalau dah dibelanya perempuan biadap itu.
“Makwe kamu ke?”
Adam mengangguk.
“Kamu suka perempuan biadap macam tu?”
“Saya yakin dia akan berubah selepas hari ini. Selama ini tak siapa yang berani tegur dia.”
Kata Adam tergagap-gagap lagi.
“Sepatutnya ia menjadi tugas kamu untuk menegurnya.”
“Saya takut kehilangannya.”
Kata Adam lembut. Begitu kasihnya lelaki itu pada teman wanitanya itu walaupun sikap perempuan itu terlalu biadap untuk dibuat makwe. Adam meletakkan beg-beg pakaian Nia ke dalam bilik istimewa itu selepas membuka pintu bilik itu untuk Nia.
“Nah, ini untuk kamu kerana sikap baik kamu.”
“Banyak ni, cik.”
Kata Adam sambil merenung not RM100 itu.
“Tak berbanding dengan sikap baik kamu. Tapi tolong rahsiakan dari pengetahuan orang lain, nak-nak bos kamu. Nanti dia tarik balik pulak diskaun bilik ni. Anyway, ucapkan terima kasih kepada makwe kamu tu.”
“Kenapa, cik?”
“Sebab dia saya dapat diskaun 50%, tau.”
Adam tersenyum sambil mengangguk. Apabila Adam keluar dari biliknya, Nia segera meminta operator menyambungkan panggilannya kepada pemilik hotel itu.
“Encik Khairul, tolong jangan berhentikan Cik Melati ataupun menukar dia ke tempat lain. Saya yakin dia akan berubah selepas ni.”
Kata Nia panjang lebar. Khairul menamatkan panggilan telefon itu selepas bersetuju dengan permintaan Nia itu.
“Awak bernasib baik kali ini.”
Kata Khairul kepada Melati lalu Melati diarahkan keluar dari bilik pemilik hotel mewah itu.
“Macam mana, Encik Khairul marah teruk ke?”
Soal Adam sejurus kekasih hatinya itu keluar dari bilik pejabat Khairul sebentar tadi.
“Dia cuma bagi amaran, katanya Cik Nia tu maafkan hati.”
“hati kena minta maaf dengan cik Nia tu tau, dia baik orangnya. Satu lagi, lepas ni jangan buat perkara macam tu lagi, tau. Tak baik pilih kasih macam tu.”
Melati benar-benar insaf kali ini. Dia amat-amat menyesal dengan perangainya itu. dia yang juga menyayangi Adam itu menurut kata Adam tanpa membantah.

.......bersambung.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhwah_setia0905Profil   Hantar PM kepada ukhwah_setia0905   Quote dan BalasQuote

SinarNajmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.09.2007
Ahli No: 31104
Posting: 40
Dari: putrajaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 14:15


Emmmm best.boleh tahan.
Ada sambungan tak???
Nak sangat baca sambungannya.pastikan ending dia best dan the bestttt begitu.
Thank you

Bookmark and Share

    


  Member Information For SinarNajmieProfil   Hantar PM kepada SinarNajmie   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 15:27


huhu.. nampak kerek saja si Nia ini..
bila nak sambung ek? :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 15:44


best juga cerita ni..kalau ada sambungan mesti lagi menarik kan??
ana nak tunggu sambungannyer..
yang pasti cerita ni ada nilai2 yang baik..first..
budi bahasa budaya kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

ukhwah_setia0905
Warga Rasmi
Menyertai: 13.02.2009
Ahli No: 37158
Posting: 7
Dari: Pokok Sena,Kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 16-02-09 16:33


Seawal pagi Nia keluar dari hotel itu selepas bersarapan. Apabila berdiri di muka pintu pagar hotel itu, Nia berpaling ke arah kiri dan kanannya. Arah mana nak ditujunya. Dia sendiri tak tahu. Macam mana nak buat ni, dia mahu bersiar-siar tapi takut sesat.
“Cik Nia, nak ke mana pagi-pagi ni?”
Soal Adam mesra yang mahu masuk ke dalam hotel itu.
“Nak bersiar-siar. Awak tak kerja ke hari ni?”
“Tak, hari ini saya cuti. Saya datang ni nak jemput hati. Dia baru habis kerja syif malam.”
Nia mengangguk tanda faham dan dia ingin beredar dari situ.
“Cik nak bersiar-siar ni, cik tahu ke nak ke mana?”
“Tak, takut juga sesat ni.”
“Kalau macam tu, cik tunggu sini saya pergi jemput hati lepas tu kita siar-siar sama-sama.”
“Tak ganggu ke?”
“Eh, tak adalah...hati pasti suka.”
Kata Adam. Nia hanya menunggu di pintu masuk hotel itu sahaja sementara Adam masuk menjemput Melati.
“hati, kita bawa cik Nia berjalan-jalan kat pulau ni, nak?”
“ok saja. Tapi nak ke dia lepas apa yang hati buat semalam.”
“ok, dia dah tunggu kita kat pondok jaga ssana.”
Beritahu Adam dengan sekuntum senyuman yang maniss terukir. Berubah juga wajah Melati mendengarnya. Biar betul secepat itu, sangkanya mungkin sebelah petang mereka akan bersiar-siar.
“hati, Kenapa ni. tak suka ke?”
“Bukan...cuma tak sangka sekarang.”
“Boleh tak?”
“Boleh, jom.”
Melati menarik tangan Adam agar mempercepatkan langkahnya. Dia tidak mahu Nia tunggu mereka terlalu lama. Tak elok buat orang lain tertunggu-tunggu begitu, desis hati kecilnya yang agak teruja untuk berjumpa dengan Nia itu.
“Cik, saya nak minta maaf banyak-banyak.”
Ucap Melati sejurus berjumpa dengan Nia di pondok pengawal hotel itu. nia hanya tersenyum menyambut salam Melati itu.
“Kalau macam tu tak payah nak bercik-cik dengan saya. Panggil saya Nia cukup.”
“Betullah kata majalah tu, cik Nia memang baik orangnya. Mesra, ramah dan pemaaf lagi.”
Kata Melati kepada Adam. Nia memberhentikan langkahnya serta-merta lalu memandang pasangan kekasih itu. Biar betul identiti dia dah terbongkar.
“Kamu berdua kenal saya?”
“Kenal. Kami selalu baca tentang cik dalam majalah, cuma semalam saya tak macam cik saja. Lainlah bila cik tak bermekap ni.”
Kata Melati.
“Please, jangan bongkarkan rahsia saya pada sesiapapun. Saya tak nak percutian saya ni dihidu wartawan.”
Melati dan Adam mengangguk setuju.
“Kami janji.”
Kata pasangan itu serentak dan separuh berbisik. Nia tersenyum gembira dan memulaka perjalanan mereka mengelilingi pekan pulau itu yang sentiasa sibuk itu. Jika di dalam majalah Nia kelihatan anggun bergaya dengan pakaian korporat dan mekap yang sesuai dengan wanita korporat, hari ini dia tidak bermekap dan dengan mengenakan pakaian biasa itu membuatkan ramai orang tidak mengenalinya. Buktinya, Melati saja sudah tertipu pagi semalam.
Melati mengecamnya setelah Adam membelek sebuah majalah perniagaan yang tersusun di hotel tempat mereka bekerja itu lalu ditunjukkan kepada Melati untuk sesi pengecaman dan ternyata tekaan mereka tepat sekali.
“Eh, hati. Kenapa banyak kedai-kedai kat bangunan ni sunyi saja?”
Soal Nia, hairan melihat bangunan Pekan Budaya itu sunyi sepi sekali
“Mereka mogok. Bos kami nakkan bangunan warisan ni untuk memperbesarkan hotel tu, pekedai-pekedai ni tak setuju tapi tuan punya bangunan ni nak jual juga.”
Nia mengerutkan dahinya. Tindakan Khairul itu tidak patut. Mengikut cerita Adam lagi hanya tinggal bangunan warisan ini saja yang menunjukkan wujudnya reka bentuk tradisional pulau itu.
“Berapa yang ditawarkan untuk beli bangunan ni?”
“RM80, 000. Kata Encik Khairul bangunan ni dah lama. Itupun harga yang paling mahal dia boleh bagi.”
Beritahu Adam.
“Kalau macam tu, saya akan bantu penduduk kampung ni untuk mengekalkan bangunan warisan.”
Kata-kata Nia itu dapat dibaca oleh Adam dan Melati. Mungkin kerana mereka suka membaca mengenai hal ehwal perniagaan menyebabkan mereka cepat menangkap kata-kata Nia yang tesirat itu.
“Tapi Nia tak boleh lakukan sendiri.”
Kata Adam
“Why? Awak berdua ingat saya tak mampu untuk berurusan dengan orang tamak yang sanggup jual warisan pulaunya demi wang.”
“Bukan begitu. Kan, Nia kata nak rahsiakan kedatangan Nia ke pulau ni. Jadi jangan tunjuk muka dan nama cik. Cik gunakan orang tengah.”
“Hm, bagus cadangan tu. Saya terima.”
Kata Nia lalu mengekor pasangan kekasih itu ke sebuah gerai makan untuk menjamu selera mereka di tengah hari itu. Nia menggunakan masa itu untuk berbincang dengan abangnya tentang pembelian bangunan warisan itu.
“Baru dua hari kamu ke sana, kamu dah buat hal.”
“Please, abang...kalau Nia tak bantu sekarang, bangunan tu akan dirobohkan hujung minggu ni.”
“ok, abang bantu.”
“Thanks, er...abang tulis alamat ni...”
“Tak payah, abang tahu adik abang kat mana...”
Asalnya Nia ingin naik marah tapi apabila mengenangkan dia sedang meminta bantuan dari abangnya, marahnya hilang. Rupa-rupanya percutiannya sudah diketahui abangnya.
“Beres! Masalah bangunan warisan tu dah selesai.”
Melati dan Adam tak habis-habis berterima kasih kepada Nia kerana membantu mereka mengekalkan bangunan warisan zaman-berzaman itu. zahim membeli bangunan itu dengan harga RM100, 000 seperti yang dikehendaki Nia. Apabila Zahim membelinya atas nama syarikat penerbangan Emas Airlines, tiada siapa yang akan mengesyaki Nia ada di pulau itu.

“Cik Nia...Cik Nia...”
Panggil Khairul yang melihat Nia ingin keluar dari lobi hotel itu dengan berpakaian santai ke pantai. Nia yang mengenakan baju mandi berwarna hitam serta diselitkan kain batik yang dililit pada pinggangnya kemas.
“Ah, encik Khairul.”
Sapa Nia yang agak terkejut dipanggil lelaki itu sebentar tadi. Nia juga terkejut melihat pakaian lelaki itu jauh berbeza dari apa yang dilihatnya tiga hari yang lepas. Lelaki itu hanya mengenakan seluar ‘Hawai’ pendek dan dipadankan dengan baju T longgar.
“Nak ke mana ni?”
“Nak bersiar ke pantai.”
“seorang?”
Nia mengangguk.
“Kalau macam tu...jom saya temankan.”
“Encik tak kisah ke?”
“Tak, jangan nak berencik-enciklah dengan saya, panggil saja Khai.”
“Saya Nia.”
Nia menghulurkan tangan berjabat mesra dengan Khairul tanda perkenalan. Pasangan yang baru berkenalan itu berjalan menuju ke arah pantai yang hanya terletak beberapa meter dari hotel itu.
Hubungan akrab itu berterusan hingga beberapa hari. Nia dibawa Khairul bersiar dengan speed boat-nya, ber-scuba, berkuda dan menyaksikan matahari terbenam dari tingkat teratas hotelnya.
“Wah...rupanya cantik juga rupa matahari terbenam dari atas bumbung ni.”
Kata Nia berseloroh. Khairul tersenyum mendengarnya. Lelaki itu dengan beraninya mengambil langkah pertama dengan memegang tangan Nia. Nia membiarkannya saja, mungkin dengan cara itu Khairul meluah rasa cintanya kepada Nia.
Mungkin beberapa hari bersama ini akhirnya membuahkan satu rasa cinta dalam diri mereka. Nia tahu yang Khairul ada rasa cinta padanya, begitu juga dengannya. Dia hanya ingin mendengar lelaki itu meluahkan perasaannya kepada Nia dan selepas itu dia akan terus bersetuju untuk menjadi teman hidup Khairul.

Hari ini Khairul muncul dalam rupa yang berlainan. Nia tidak berani untuk menegurnya, namun dia tahu apakah masalah yang menimpa lelaki itu.
“Khai, Kenapa ni?”
“Saya gagal untuk dapatkan bangunan sebelah tu? Ada orang beli dengan harga yang lebih mahal lagi. Kalau saya jumpa orang tu, saya bunuh dia.”
“BUNUH!”
Tersentak Nia mendengarnya. biar betul. Habislah riwayatnya jika Khairul tahu yang dia adalah pesaing lelaki itu. bulat mata Khairul apabila pelanggan-pelanggan di restoran itu memandang mereka.
“Bunuh jentik-jentik...takut denggi...”
Kata Khairul cuba menjelaskan situasi itu. Pelanggan-pelanggan di restoran itu tergelak kecil mendengarnya. nia yang masih trekejut mendengar berita itu terus bangun lalu beredar dari situ.
“Nia...nak ke mana tu? Kata nak pergi berenang sama-sama.”
“Er...mood awak kan tak elok hari ni...esok-esok sajalah.”
Kata Nia lalu berlari menuju ke arah Melati yang duduk di kaunter pertanyaan itu.
“Ti, habislah Nia kalau bos kamu tahu.”
“Yalah, bos dah suruh orangnya cari maklumat tentang pembeli tu. Tak lama lagi tentu dia dapat jejak Nia.”
Ee...takutnya rasa nak balik hari tu juga pun ada. Nia terus naik ke biliknya. Hari itu dia tidak jadi untuk berenang bersama Khairul.

“Encik, ni maklumat yang encik nak tu.”
Hulur pembantu Khairul kepadanya. Lelaki itu terus membelek fail maklumat tentang pembeli bangunan warisan yang terletak di sebelah hotelnya.
“Zahim bin Tan Sri Latiff. Pemilik syarikat penerbangan Emas Airlines. Kenapa pemilik syarikat macam ni berminat untuk membeli bangunan buruk macam tu.”
Khairul membelek pula maklumat tentang peribadi Zahim dan keluarganya. Mungkin ada nama-nama lain yang dikenalinya. Akhirnya satu nama membuatkan dia tergamam seketika.
“Dania Karmila binti Tan sri Latiff. Macam aku pernah dengar nama ni...”
Khairul berlari menuju ke kaunter pertanyaan @ kaunter penyambut tetamu untuk mencari nama yang seingatnya pernah dilihatnya.
“hati, cuba cari nama Dania Karmila binti Latiff.”
Melati ingat nama itu dan hanya mengikut kehendak majikannya walaupun dia tidak perlu mencari maklumat tentang orang yang hendak dicari Khairul itu.
“Cik Dania Karmila binti Latiff menginap di bilik VVIP 302.”
Beritahu Melati dengan lembut dan sopannya.
“Cis. Aku dah agak perempuan ni ada muslihatnya.”
Marah Khairul lalu beredar dari situ. Melati ingin menyampuk tetapi dia tidak berani kerana takut dengan kemarahan majikannya itu. siapalah yang tak takut bila tengok bos dah berapi marahkan sesuatu yang dia sendiri tahu apa masalahnya.


thank sebab sudi memberi komen.....
....bersambung........

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhwah_setia0905Profil   Hantar PM kepada ukhwah_setia0905   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 09:40


wah..habis lah cik melati..
baru saja nak berputik cinta..da ada halangan..heheh..
k ,go on ye..
toce

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 09:42


uppss..habislah cik nia..
melati dan adam sekali..huhuhu
konflik baru bermula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 10:16


lah... bersambung ke? cepat lah tak sabor dah nak tau seterusnya... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

chanjin
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.04.2005
Ahli No: 15836
Posting: 26

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-02-09 10:23


aduyai..
bestnya cerita..
sambung..jangan tak sambung..huhu

habis cik nia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For chanjinProfil   Hantar PM kepada chanjin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108898 saat. Lajunya....